BAB 1

Romance Completed 16237

Satu surat berwarna putih beralamat rumahku serta nama penuhku Nahwah Nur Sabrina Binti Ali terletak di atas meja. Surat ini mesti syarikat yang aku temuduga tempuh hari.

Tak sangka pula aku dapat tawaran kerja di syarikat Mutiara Holdings. Alhamdulilah, mesti ceria muka mak dan abah. Tak sia-sia aku berdoa agar dapat perkerjaan untuk menampung keperluanku di Bandar.

Kemudian, aku berfikir sejenak haruskah aku meninggalkan dunia perniagaan kek kak Nurul? Sayang sangat nak tinggalkan kedai kek milik kak Nurul. Kalau tak boleh berhenti, aku kena ambil risiko pulak, sebabnya niat aku memang nak kerja di syarikat yang aku mohon hari tu. Nasib-nasib.

Tak apa. Biar masa yang tentukan. Baik aku telefon mak aku sekejap tentang tawaran kerja ni. Cepat-cepat aku mencari nombor telefon emak. Ok, tekan butang hijau.

“Assalamualaikum mak.” Sapaku.

“waalaikummusalam Nahwah. Lama dah kamu tak telefon mak kat kampung. Sihat ke kamu kat sana?” bunyi bising dihujung talian membengitkan telingaku. Nasib baik suara mak dapat aku dengar.

“Nahwah sibuk mak. Maaflah selama ni Nahwah jarang koll mak. Nahwah sihat alhamdulilah. Mak dan abah sihat?”

“Mak dan abah sihat. Ni, mak nak cakap kat Nahwah pasal rombongan merisik untuk kamu. Kamu tahu keluarga Che mat? Anaknya yang belajar kat oversea tu. Ha, si Nukman Zahin. Keluarganya berkenan sangat kat kamu. Kamu setuju ke tidak?”

Jantungku berdegup kencang. Ha? Rombongan merisik? Dari keluarga Nukman Zahin? Biar betul. Dia kawan sekolah aku kut. Takkan dia berminat dengan aku? Aku fikir dah tak ada spesis lelaki yang hendak mengambil aku sebagai calon isteri. Rupanya ada.

“Apa mak? Biar betul Nahwah dengar ni? Nukman kan satu sekolah dengan Nahwah. Takkan dia ada perasaan cinta kat Nahwah kut?”

“Alah itu tak penting. Yang penting kamu setuju ke tidak?” biar betul mak ni? Selama ni kawan-kawan lelaki yang selalu datang kat rumah, mak langsung tak padang. Katanya tak ngam dengan dia. Alih-alih si Nukman pulak yang berkenan. Pelik mak aku ni.

“Ei, apa mak ni? Nahwah awal lagilah nak fikir pasal benda ni. Kerja lagi penting tau. Mak tak tahu ke yang anak mak ni dapat kerja kat syarikat yang meningkat naik.” Sengaja aku beralih topik, mengharapkan mak juga turut bergembira dengan berita ini.

“Yeke? Alhamdulilah. Tak payahlah kamu nak kerja lagi kat kedai kek tu. Apa gunanya belajar tinggi-tinggi akhirnya jadi penjual kek.”

“Mak ni tak baik tau, itu pun perkerjaan yang halal. Yang bestnya Nahwah dapat gaji cecah seribu lebih tau. Ni pun sebab Nahwah ambil kerja lebih sikit.”

“Apa-apalah Nahwah. Apa mak cakap kau ada je nak balas. Pasal rombongan keluarga Nukman tu kamu pertimbangkanlah. Mak berkenan sangat dengan Nukman tu. Budaknya baik pulak tu. Pandai hormat orang tua. Harap Nahwah terimalah ye.”

Mak ni tak habis-habis pasal Nukman. Tahulah Nukman tu baik,hormat orang tua, pandai dan cerdik. Tapi tak payahlah nak sanjung tinggi. Mual tekak aku.

“Ok lah mak, Nahwah banyak kerja ni nak kena buat. Lain kali Nahwah telefon balik. Assalamualaikum.”aku menekan butang merah. Lagi lama, lagi parah aku dibuatnya dengan mak aku ni. Lain yang aku dapat, lain pula yang aku terima.

Macam mana boleh jadi macam ni? Aku memang tak sangka yang Nukman mahu masuk meminangku. Setahu aku, di sekolah dulu dia tidaklah rapat dan mahu menegurku. Sejak dia dapat tawaran sambung belajar di German dulu pun, dia tak ada meluahkan perasaan apa-apa dekat aku.

Sehinggalah ke hari ini, dia datang membawa sebuah cinta untuk aku. Aku rasa macam nak tergelak. Macam mana dia boleh berkenan dekat aku? takkanlah dia tak terpikat dekat mana-mana gadis mat saleh dekat sana?

Umur Nukman dengan aku tak sama. Dia lebih tua daripada aku. Kira pangkat abanglah ni. Tapi aku langsung tak panggil dia dengan gelaran abang. Dia pun hanya gelarkan dengan ber’engkau’ ‘aku’.

Jadi dari mana datangnya dia suka dekat aku? mungkin dia juga memendam perasaan pada aku yang sudah lama. Tapi kalau boleh, khabar yang sampaikan oleh emak aku itu, tidak benar sama sekali.

Namun, kalau betullah, aku tidak boleh bayangkan apa akan terjadi antara aku dengan Nukman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience