BAB 13

Romance Completed 16237

“Dalam hal yang macam ini, emak rasa bersalah sangat sangat. Mak tak tahu nak cakap macam mana dengan kamu Nahwah. Mula-mula pinangan Nukman masuk, tapi emak dan abah tolak. Masuk pinangan Iffat emak dan abah terima saja walaupun tak kenal. Masuk pinangan kedua Nukman emak dan abah menolak. Dan sekarang Nahwah tunangan Iffat.”

Aku termanggu seketika. Tidak aku sangka perkara ini boleh terjadi. Patutlah Nukman masih mahu melamar aku lagi di tempat kerja. Dan dia mengakui yang emak dan abah sudah menerima lamaran dia. Memang tak masuk dek akal langsung. Harap saja berkelulusan luar negara tapi otak tak ada akal.

Sepekara lagi tentang Iffat, aku masih menyintainya dan berharap dia mencari aku setelah lama kami tidak berjumpa. Namun bila terkenangkan tentang Mawar, aku jadi lemah kembali. Dia bakal hadir dalam hidup Iffat kerana dendamnya tidak akan pudar begitu saja. Dan aku? emmm entahlah.

“Nahwah pun tak tahu nak cakap apa mak, abah. Semua ni berlaku tanpa kita sedar. Tak boleh salahkan emak dan abah jugak. Semua benda ini berlaku secara serentak.”

“Abah rasa baik kamu buat solat ikstikharah. Minta pentunjuk. Mana yang terbaik untuk dijadikan calon suami.”

Mendengar nasihat abah, aku jadi gementar. Rasa gugup pula bila buat solat ikstikharah. Kalau dulu aku pernah solat ikstikharah apabila aku dalam dilemma membuat keputusan sama ada mahu sambung belajar atau kerja.

Alhamdulilah aku dapat sambung belajar dalam ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran. Dan kini aku berjaya mendapat tempat kerja di Mutiara Holdings. Sebuah syarikat milik keluarga Iffat. Rasa kagum dengan mereka.

Aku mengambil cuti tiga hari untuk merekatkan mindaku. Menhilangkan stress yang bersarang di mindaku. Aku memandang cincin berlian di jari kananku. Rupanya aku dan Iffat sah bergelar tunangan tanpa aku sedari. Dalam masa Iffat tidak bertegur sapa dengan aku, Nukman menyakin aku bahawa akulah tunangnya yang sah. Masa itu aku ingat emak dan abah memang sudah terima lamaran Nukman namun sangkaanku meleset. Aku tidak tahu kenapa gerak hatiku menyuruhku balik Johor. Rupanya inilah buktinya.

Aku menyandar di tepi katil. Mengingatkan amanat Datin Zariya masih tergiang di otak dan telinga. Amat mustahil aku protect Iffat Iftiqar daripada diganggu oleh Mawar. Sedangkan Mawar berkali kali masuk ke bilik Iffat ketika Iffat tiada di pejabat. Dan pertama kali itulah aku bergaduh dengan perempuan yang tidak tahu malu itu. Pada masa itu juga, Iffat datang mengejut tanpa aku sedar.

Aku mencabut cincin berlian yang aku anggap mencecah ribuan rinngit dari jariku. Masih banyak perkara yang aku perlu bincangkan dengan Iffat sendiri. Pasal Nukman pun satu juga. Bagaimana aku harus berdepan dengan mereka berdua esok?

……………………………………………………….

Kasut tinggi Mawar memasuki bilik pejabat Iffat sambil mencebirkan bibirnya memandang ke arah meja milik Nahwah. Tanpa sebarang arahan, Mawar duduk di kerusi. Iffat memandang ketat wajah Mawar.

“You dah bertunang?” menaik kening Mawar bila berhadapan dengan Iffat. Dia betul-betul tidak menyangka bahawa lelaki pujaannya sudah bertunang tanpa dia sedari. Cemburunya kian membuak tinggi.

“Yes! Officially I da bertunang. I tak nak you ganngu hidup I lagi lepas ni.” Iffat mengetakan tali lehernya. Baginya kenyataan itu dapat membuatkan Mawar sedar tentang status dirinya yang sudah begelar tunangan orang.

“Tak semudah tu Iffat! you dah rosakkan hati I. jangan ingat I boleh lepaskan you macam tu je?” merah padam muka Mawar apabila Iffat sanggup berkata begitu. Baginya hanya dia sahaja yang dapat memiliki hati Iffat Iftiqar Dato Zahar. Tiada perempuan lain yang dapat rampas Iffat dari dia. Dia tak akan mengalah.

“Pergilah cari lelaki lain yang lebih baik dari I. I tengok you dengan Zahin sekarang semakin rapat. Mungkin lepas ni, I akan merasa nasi minyak you.” Iffat menaikkan bahu, malas mahu melayann karenah Mawar. Baginya Mawar masih seperti dulu, tidak matang. Baginya hanya Nahwah yang lebih layak bertakhta dihatinya berbanding Mawar.

“Nukman Zahin? You tak tahu ke dia tunang si Nahwah? I bukan perampas ok. I dengan dia kawan. Lainlah I dengan you. You dengan I kan pernah bercinta. Tak mustahil kita akan bercinta lagi.”

“Stop it! Zahin bukan tunang Nahwah but I! you jangan nak merepek yang bukan-bukan Mawar! I tahu you ada agenda sebenarnya kan! You dengan Zahin sama saja!”

“huh?! Tapi kenapa Nahwah yang you pilih? Dah macam tak ada perempuan lain!”

“I tak kisah apa yang you nak andaikan tentang dia. Tapi tolong dan tolong jangan ganggu I lagi!”

“Ok fine! I akan pergi tapi jangan ingat I akan berdiam saja Iffat! remember that!” Iffat menggelengkan kepala melihat Mawar yang sudah beredar dari pejabatnya. Baginya Mawar sudah cukup cantik, bijak dan berharta. Cuma satu sahaja yang tidak lengkap iaitu ilmu. Dia tidak tahu pengajaran apa yang paling baik untuk Mawar agar dia terima kenyataan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience