BAB 6

Romance Completed 16237

Kau selalu meragukan
Apa yang disembunyikan

Minda oh selalu
Kau selalu bertanyakan
Apa benar ku rasakan cinta

Oh selalu
Ku rasakan
Tetapiku
Hanya aku
Dan membisu
Kelu

Aku cinta padamu
Walau tiada lagi hijau bumi
Masih terabadi.

Iffat Iftiqar masih mengulangi nyanyiannya di dalam kereta. Lagu milik Azhael, hujung waktu masih berlegar dikepalanya.

Entah kenapa saat ini dia rasa sunyi lagi. Setelah gadis yang dia cintai selama ini pergi meninggalkannya. Waktu sebeginilah dia meluangkan masa dan waktu bersama dengan gadis bernama Mawar.

Patutlah dia tersasul saja menyebut nama Nahwah. Rupanya bekas kekasihnya bernama Mawar. Iffat rasa dekat sangat dengan gadis yang baru dikenalinya Nahwah.

Dia rasa lain macam dengan gadis bernama Nahwah. Entah kenapa dia harus rasa sebegitu. Padahal, dia sudah berikrar kepada dirinya, supaya tidak lagi menyintai mana-mana gadis yang hadir dalam hidupnya. Namun apa yang dia cuba pertahankan, akhirnya memakan dirinya. Dia kini sudah mulai sayangkan Nahwah, sedikit demi sedikit tanpa rasa ragu.

Tapi saat ini dia tidak boleh membohongi dirinya bahawa dia juga meminati gadis tersebut dalam diam. Tetapi dia tak tahu bagaimana hendak memulakan langkah. Dia keliru saat ini. Dia menghentakkan tangannya di stering kereta. Dia mengamuk dalam hati, bilalah jem nak berhenti.

Kereta Honda City memakir elok di halaman rumah banglo tiga tingkat. Rumah inilah yang memberi kenangan indah bersama keluarganya. Bersusah payah kedua bapanya membina kerjaya sendiri sehingga mempunyai syarikat sendiri, kereta, rumah dan harta benda lain. Namun kebahagian tidak pernah terpancar di dalam dirinya.

Dia keluar dari perut kereta lalu menuju ke pintu masuk. Dia melihat orang gajinya, mak Pija sedang mengemas ruang tamu. Dia memberi salam.

“Ha, Iffat baru balik?” muncul ibundanya entah datang dari mana.

Iffat menyandar badannya di sofa. Dia menghembuskan lelahnya di hadapan ibundanya dan mak Pija. Kali ini masalahnya tidak boleh ditanggung seorang diri. Datin Zariya duduk berhadapan dengan anak lelakinya itu. Dia tahu anaknya masih tidak mampu melupakan gadis bernama Mawar.

Setiap kali menggingatkan gadis bernama Mawar, hati Datin Zariya rasa macam tercabut. Sampai hati, gadis tersebut menipu anaknya dan mempergunakan anaknya untuk kepentingan peribadi.

“Iffat masih ingat lagi ke dengan perempuan tak guna tu?” Datin Zariya tidak tahu hendak guna cara apalagi untuk menghentikan ingatan Iffat terhadap perempuan tersebut. Nak guna khidmat bomoh, dikatakan khurafat pula. Tapi dia tidak putus berdoa agar anaknya, Iffat agar segera berjumpa dengan gadis yang baik. Dia tidak kisah menantunya berasal dari golongan miskin atau berada tapi yang penting dapat menerima anaknya dengan seikhlas hati.

Dulu memang silapnya, menerima Mawar sebagai menantunya tanpa usul periksa, walaupun Mawar berada dalam keluarga yang mewah. Dia memang kesal dengan apa yang terjadi waktu dulu. Rupanya ayah mawar adalah musuh tegar suaminya, Datuk Zahar dalam perniagaan.

Kini dia silap, dia akan menerima sesiapa sahaja pilihan Iffat asalkan tidak mengambil sebarang kesempatan.

“Tak ada motif, Iffat fikirkan perempuan tak guna tu. Biarlah dia nak pergi mana.” Walau hatinya ingin tahu entah hidup atau mati perempuan tu. Hatinya menyumpah seranah agar Mawar menimpa malapetaka yang dahsyat. Rasa nak bagi penumbuk sebiji dekat muka perempuan tu.

“Baguslah kalau Iffat tak fikirkan perempuan tu. Ibu pun malas nak fikir pasal dia lagi. Ni, ibu nak tanya macam mana kat tempat kerja tadi ok tak? Budak perempuan tu boleh diharap?” Datin Zariya masih meragui Nahwah, pekerja barunya itu.

Walaupun nampak baik, dia harus berjaga-jaga. Orang zaman sekarang tidak boleh dipercayai sangat. Sekarang semuanya duit. Bila ada duit semua boleh jalan.

“kerja ok. Narwah tu baik ibu. Dia tak macam gadis lain yang Iffat kenal. Tak tahulah kenapa Iffat mudah mesra dengan dia. Tak macam mula-mula Iffat kenal Mawar. Lain sangat.” Iffat meluahkan perasaannya terhadap ibunya.

“Iffat jangan nak buat perangai balik. Kan ibunda kata jangan mudah percaya sangat dengan perempuan yang baru Iffat kenal. Jadi, Iffat suka kat perempuan tu?” Datin Zariya amat merisaukan apa-apa yang terjadi kepada anaknya. Takut perempuan itu mempermainkan dirinya.

“Tak tahulah. Tapi ada benda yang istimewa tentang dia.”

Iffat tidak boleh melupakan wajah suci bersih milik Nahwah. Secantik namanya. Baginya, kehadiran Nahwah membawa seribu erti baginya. Hidupnya yang mula suram di hadirkan oleh seorang gadis bernama Nahwah.

Datin Zariya hanya gelengkan kepala. Tapi tak mengapa dia punya ada perancangan. Semalam dia sudah mengupah Arman untuk mengintip setiap pengerakkan Nahwah tapi tidaklah sampai mencederakan gadis tersebut.

Datin zariya mahukan siapa pemilik nama Narwah Nur Sabrina. Dia hanya akan menghalalkan perhubungan anaknya dengan gadis itu sekiranya gadis tersebut berketurunan baik dan sifat peribadi yang mulia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience