BAB 12

Romance Completed 16237

“Iffat kenapa dengan kamu ni? lain macam ibunda tengok. Ada masalah ke?” Datin Zariya mengambil ruang untuk duduk berhampiran dengan sebelah anak lelakinya. Rancangan tv dimatikan oleh Datin Zariya sendiri. Dia mahu provokasi anak lelakinya.

Sejak kebelakangan ini, prestasi kerja anak lelakinya kurang memberangsangkan. Kata Nani, anak lelakinya itu lebih banyak muram. Apa pula masalah kali ini? Datin Zariya mula risau.

“ Entahlah.” Iffat Iftiqar tidak mampu luahkan perasaannya ketika ini. Dia tahu, tidak lama lagi Nahwah bakal menjadi isteri kepada Nukman Zahin, kawan baiknya. Kenapa engkau buat begini Nahwah? Kenapa engkau tidak bagitahu yang engkau bakal menjadi isteri kepada Nukman.

“Ibunda terserempak dengan Mawar semalam.” Ibunda meluahkan butir bicara.

“Apa? Ibunda tahu Mawar datang semalam?” Iffat terkejut setelah apa yang didengarinya. Bila masa ibundanya sampai pun dia tidak tahu. Tapi, hatinya puas setelah menyakiti hati Nahwah semalam.

Baru dia tahu bertapa sakitnya hatinya apabila dipermainkan. Senjatanya adalah Mawar sendiri.

Mawar datang tepat pada waktunya walaupun dia sendiri tidak menjangkakan kehadiran gadis tersebut. Dia berlakon aksi rmesra dengan Mawar di hadapan Nahwah sendiri tanpa rasa serba salah.

“Walaupun kamu CEO syarikat, Ibunda lagi berkuasa. Ibunda tahu setiap gerak geri kamu,Nahwah, Nukman dan segalanya kakitangan dalam syarikat. Kamu ingat Ibunda duduk rumah goyang kaki ke?” Datin Zariya sudah tahu kenapa anak lelakinya muram sejak kebelakangan ini.

“Apa ibunda nak sampaikan sebenarnya?” Iffat malas mahu bertekak dengan ibundanya.

“Ibunda sudah hantar rombongan meminang untuk kamu.” Datin Zariya mahu membuat suspens kepada anaknya. Dia tahu apa yang dia buat semua ini demi kebaikan anaknya sendiri.

“Apa?!” Iffat terus bangun dari sofa dan terus memandang wajah ibunda di sebelahnya.

“Kamu ni bila masuk bab cinta memang gagal. Patutlah sampai sekarang kamu masih tak kahwin-kahwin lagi. Sepatutnya kamu selidik dulu apa yang dikatakan oleh Nukman sebenarnya. Ini tidak, main ikut sedap hati je. Tak pasal-pasal ibunda guna kuasa veto.” Iffat masih lagi terkejut dengan apa yang dikatakan oleh ibundanya.

“Jadi ibunda siasat sendiri?” Iffat tidak menyangka begitu sekali ibundanya bertindak sedemikian.

“Nak harapkan kamu memang tidaklah. Esok pergi jumpa Nahwah. Bawa berbincang elok-elok dengan dia. Ibunda kasihan melihatnya. Dia sayangkan kamu. Tapi kamu pula yang buat hal. Semalam keluarga Nahwah baru sahaja khabarkan yang kita harus mempercepatkan tarikh perkahwinan antara kamu dengan Nahwah.”

Iffat terdiam. Maknanya selama ini dirinya dengan Nahwah sudah sah menjadi tunang. Kenapa ibunda merahsiakan hal ini daripadanya. Aku harus mendapatkan Nahwah esok. Dalam hatinya ada sekelumit perasaan sayang kepada gadis itu. Tapi disebabkan egonya yang terlalu tinggi dia mencipta jurang dengan gadis itu.

Gadis itu tidak bersalah. Cuma dirinya saja. Dirinya saja yang terlalu mementingkan diri sendiri. Habis kenapa Zahin memberitahunya bahawa dia dan nahwah bakal berkahwin tidak lama lagi? Sungguh dia pelik. Ada apa-apa yang dia tidak tahu?

Walau apa pun yang berlaku. Nahwah Nur Sabrina tetap di hati ini. Walaupun dia telah melukakan hati dan perasaan perempuan itu, namun dia mahu menagih kasih lagi daripada perempuan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience