BAB 4

Romance Completed 16237

“Eh! Orang tu dah dapat kerja barulah.” Em, sengajalah tu budak dua ekor tu. Ada saja nak menyakat aku. Mira dan Wanie sibuk duduk di atas katilku.

“Korang ni dah kenapa? Jeles ke?” sakatku. Sengaja nak cipta kekecohan. Kalau tak kecoh tak best lah jawabnya. Bonsan kalau sehari tak borak dengan diorang ni. Diorang ni dahlah gila-gila. Bercampur dengan aku yang bengong bertambahlah haru biru jadinya.

“Mula kerja esok jangan buat perangai tau. Nak pikat boss la. Nak gedik sana sinilah. Nak itu lah nak ini lah.” Amboi Wanie, dia ingat aku ni macam tu ke? Sorry to say la my dear friend.

“Eh, sebelum kau masuk kerja tu, kau pandang-pandanglah sikit lelaki kat opis kau tu. Ada ke yang kacak lagi bergaya? Kalau ada bagilah dekat aku.” Amboi Wanie ni. Habis si Malik tu nak letak dekat mana? Dekat dahi? Dekat lutut?

“Habis, Malik kau nak letak dekat mana? Kasi aku jelah wei. Daripada aku solo je, lebih baik berdua. Kan, Nahwah?” Aku menunjukkan ibu jariku. Tanda sokongan padu.

“Emm, bagus sangat tu, kesudahnya Wanie yang solo.” Tambahku sambil mengemaskini fail dan sijilku.

“Kau pun sama Nahwah. Cakap kitaorang, kau pun sama jugak.” Aku tergelak sama. Aku juga yang terkena. Aku geleng kepala.

“Alah, Nahwah mesti dengan mr.secret admirer dia. Tak kesudahnya dia tu. Feeling je lebih.” Mira menambah.

Apa-apalah malas pulak aku nak layan dengan diorang ni.

Tidak lama kemudian, telefonku berdering berlagu Hazama malaikat. Tertera nama, ‘emak’ di skrin telefon. Lantas aku angkat. Aku mengisyaratkan Mira dan Wanie supaya memperlahankan suara. Aku hendak menjawab panggilan pun terganggu.

Kemudian mereka pun beredar. Adalah tu agenda diorang. Tak faham aku dengan diorang.

“Ha, mak.” Jawabku di talian selepas suara emak tadi tidak kedengaran dek suara kawa-kawanku tadi.

“Kamu ni, bila mak tanya pasal Nukman, kamu sengaja elak kan. Bila kamu nak bercinta ni? Mak tengok kau sibuk dengan hal sendiri?” emak sudah membebel di talian. Mulalah tu, masuk topik pasal Nukman Zahin. Dah macam tak ada orang lain. Bonsan betul. Aku mencebik.

“Nahwah! Mak cakap kau dengar ke tidak? Tak boleh jadi kamu ni, nak kena hantar abang long tengokkan kamu dekat sana.”

Aduh! Dah kenapa masukkan abang long dalam masalah ini. Dia pun ada masalah dengan isterinya.

“Apa mak ni. Kenapa nak libatkan abang long dalam hal ni. Nahwah tahulah nak jaga diri.” Aku mula merungut. Aku memang tak suka kalau ada orang sibuk jaga hal aku. Memang tidak lah jawabnya.

Memang payah emak aku ini. Memang betul, kuasa Nukman Zahin memang besar sehingga emak mula sayangkan lelaki itu. Apalah jampi si Nukman pakai sebenarnya. Aku pun tak tahu. Tunggu dia balik Malaysia, aku nak tanya dia!

“Menjawab pulak tu. Ni mak nak tanya pasal rombongan merisik keluarga Nukman, kamu dah fikir masak-masak ke? Mak harap kamu terimalah dia.”

Dah beberapa kali mak berkata begitu. Tapi pendirian aku tetap sama. Tidak sama sekali menerima Nukman Zahin dalam hidup aku. Walaupun, aku sudah mengenali dia sudah lama. Tapi kenal lama tidak penting. Yang penting soal hati dan perasaan. Aku mahu lanjut tentang perasaannya terhadapku. Aku tidak mahu dikotak-katikkan sebegini rupa. Bukan mudah aku boleh terima seseorang itu.

“Mak ni, kan orang dah kata orang malas nak fikir pasal hal ni. Nahwah berat hati nak terima Nukman tu sebagai calon suami Nahwah. Nahwah tak sedia lagi. Nahwah tak tergerak hati lagi untuk bercinta dengan mana-mana lelaki pun.” Jelasku.

Aku berharap emak tahu tentang perasaanku sekarang ini. Bukan nak melawan, tapi aku juga ada prinsip. Kalau hitam, hitamlah jawapanku. Kalau putih, putihlah jawapanku. Aku harap emak faham tentan isi hatiku. Akulah anak gadisnya dan akulah anak terakhir bagi emak dan abah.

Memang mereka mahu menjagaku dan melihat aku bahagia sehingga ke akhir hayat. Aku tahu kenapa mereka memilih Nukman Zahin sebagai calon menantunya. Kerana dialah yang terbaik. Namun aku langsung tidak memberikan dia peluang untuk bertakhta dalam hatiku.

Bagiku, dia bukanlah untuk aku. Aku anggap dia adalah kawan baik aku sendiri.

“Kalau Nahwah sudah kata begitu, mak tak boleh nak buat apa. Semuanya berbalik kepada kamu. Mak dah bagi lampu hijau untuk kamu dengan Nukman, tapi kamu tak nak. Lelaki mana lagi yang Nahwah nak? Mak bukan apa, mak nak tengok kamu kahwin sebelum mak pergi. Mak sayangkan kamu Nahwah. Kamulah satu-satunya anak perempuan mak dan abah ada. Mak nak kamu bahagia.”

Bila emak sudah berkata begitu, ini yang membuatkan hatiku berbaur sedih. Hati bagaikan disiat-siat. Aku tahu emak mahu melihat aku bahagia. Tapi aku juga mempunyai hati dan perasaan.

Perasaan tidak boleh dipaksa untuk menerima insan yang tidak pernah kita cintai. Cukuplah kita deritakan hati kita jangan sesekali menyakiti hati orang lain.

Kalau benar Nukman Zahin adalah jodohku, aku terima. Tapi kalau dengan orang lain aku pun terima. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.

“Nahwah minta maaf dengan mak sekali lagi sekiranya permintaan mak dengan abah, Nahwah tak dapat tunaikan..” Itulah akhir kataku mengakhiri perbualan kami.

Aku harap mak akan faham tentang semua ini. Semua ini adalah terlalu awal bagiku. Pada tahun inilah aku rasa, detiknya musim cintaku sudah bermula. Namun aku tidak pasti siapakah bakal suami aku suatu hari nanti. Andai ia sudah aku ketahui, sudah lama aku menerimanya. Namun, soal jodoh bukanlah satu perkara yang arif bagiku. Semuanya terserah kepada Allah yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience