BAB 3

Romance Completed 16237

Hari ini isnin, aku masuk lewat. Nasib baik aku mendahului Kak Nurul. Entah mimpi apalah sampai aku lewat bangun. Nasib baik solat subuh tak terbabas sama. Saat aku melangkah masuk, ada seorang lelaki menyapaku dengan berkata ‘cik’.

Aku berpaling pada empunya badan. Tinggi sungguh daripada aku. Entah berapa sentimeter pun aku tak dapat nak cogak. Aku tak dapat mengecam sepenuhnya muka lelaki itu disebabkan kaca matanya.

Satu minit kami membisu. Lakonan apakah ini? Kak Nurul sudah tersengih memandangku. Entah kenapalah Kak Nurul ni. Nasib baik pekerja lain sibuk di dapur. Kalau tidak, kuat gossip mereka.

“Encik, nak beli kek ke? Ke nak buat tempahan? Atau nak jumpa dengan kak Nurul atau…” aku nak sambung ayat aku tapi lelaki di hadapanku ini segera memotong ayatku. Geram sungguh.

“Saya tak nak beli kek, tak nak buat tempahan dan tak nak jumpa siapa namanya tu, nurun. Em Nurul. Tapi saya nak jumpa dengan Nahwah Nur Sabrina Binti Ali.” Aku terdiam apabila nama penuh aku disebut.

“Ya saya. Encik ni siapa?” Soalku balik. Gerun pula part dia menyebut nama penuhku. Boleh tahu nama aku pula tu? Siapa dia ni? Sudahlah aku dengan dia bermesyuarat di tengah-tengah pintu masuk kedai. Dahlah tak sempat letak beg bagai.

“Boleh kita bincang kat dalam. Rasanya dekat dalam lebih sesuai.”

Dia mengajukan idea mendahului ideaku. Aduh! Gawat sungguh. Pagi-pagi macam ni lelaki ini sudah buat aku kekok. Berhadapan dengan lelaki sebegini membuatkan aku naik segan. Betul tak tipu.

First time aku rasakan saat ini. Gilalah Nahwah. Aku tak benarkan hati aku jatuh cinta dengan lelaki misteri di hadapan aku ini. Tak mungkin Nahwah!

Aku duduk berhadapan dengannya. Selepas kak Nurul membenarkan kami berbincang. Nasib baik kak Nurul memahami keadaanku dengan lelaki misteri ini. Aku mahu mengajak kak Nurul berbual sekali, namun kakinya cepat melangkah pergi.

“Baiklah saya perkenalkan nama saya Iffat Iftiqar . Saya ketua pengarah dari syarikat Mutiara Holdings yang awak temuduga kerja hari tu. Sebenarnya saya sengaja datang sini nak tengok kedai ini dan awak. Ya awak! Tapi jangan salah faham. Saya bukan secret admirer awak. Saya cuma nak tengok bakal pekerja saya bohong atau tidak yang selama ini dia ada pengalaman bekerja di kedai kek. Sebelum ini kakitangan kami pernah menyelewengkan syarikat kami. Itu yang buat saya berjaga-jaga”

dia kemudiannya menaggalkan cermin mata gelapnya. Baru aku nampak wajahnya. Hatiku mula dibuai dengan wajah kacaknya itu. Aku cepat-cepat beristifar dalam hati.

Aku faham tujuan dia datang sini untuk apa. Rasional juga ayatnya. Tapi tak sangka syarikat yang aku bakal tujui tu, ada jugak kaum adam yang hensem macam Encik Iffat ni. Muda lagi dia ni. Tak sangka boleh jadi ketua pengarah. Ni mesti syarikat mak ayah dia punya. Boleh jadikan?

“Jadi saya ni bukan penipu kan macam staff yang lain?” sakatku. Lantas dia tergelak. Adumak! Cair gila tengok dia senyum. Jaga pandangan Nahwah! Dia ketua pengarah kau! Ingat tu.

“Totally tidak. Tapi mana tahu awak ada selindung apa-apa ke dari saya.” Mengusik pulak dia ni. Nak selindung apa dari dia? Dia boleh tengok kut resume yang aku hantar hari tu? Ke tak baca lagi? Alahai ketua pengarah ni.

“Rasanya awak kena buat temuduga lagi sekali dengan saya seorang.” Temuduga lagi sekali? Bukan hari tu dah cukup lengkap ke?

“Saya tak fahamlah encik Iffat.” Mukaku kelat sungguh. Memang tak faham.

“Yela, hari tu, awak temuduga dengan orang lain. Saya nak kali ni dengan saya. Boleh saya kenal rapat dengan awak .”

“Rasanya tak perlulah kot.” Aku tidak setuju dengan cadangannya.

“Awak pengarah ke saya yang pengarah!” dia meninggikan suaranya.

“Encik Iffat!” aku menekan suaraku. Belum bekerja lagi, sudah marahkan aku.

“Ya saya Nahwah. Ok, esok awak akan mula kerja seperti biasa.” Eh, bukan hari khamis ni ke, aku boleh mula kerja? Pelik sungguh.

“tapi…’

“Ikut arahan pengarah!” aku tidak berani membentak apabila melihat muka garangnya. Panas baran jugak orangnya, Encik Iffat ni.

“Ok, nampaknya awak dah setuju. Baiklah kita jumpa esok.” Sempat pula dia mengenyet matanya kepadaku. Kemudian dia bangun dari kerusi. Kak Nurul datang tepat pada masanya. Lantas aku pun bangun.

“Salam perkenalan dari saya, Iffat iftiqar.”

Boleh pula tu, dia berkata betul-betul depan kak Nurul dan staff lain. Naik lemak pula ketua pengarah ni. Geram sungguh. Sengaja nak malukan aku. Rasa spoil nak kerja tempat dia. Entah berapa kali mahu memberitahu nama penuhnya pun aku tidak tahu.

Akhirnya dia berlalu pergi meninggalkan kedai kek ini. Aku dengan kak Nurul hanya perhatikan dia menaiki kereta Honda City berwarna putih. Lagaknya seperti anak orang kaya. Tengok sahajalah pakaiannya pun sudah cukup.

“Eh, siapa lelaki tadi? Akak ingat teman lelaki kamu.” Amboi kak Nurul ni. Lebih-lebih pulak.

“Bukanlah kak.” Aku menafikan dakwaan kak Nurul. Kaki penyibuk juga kak Nurul ni. Padah kalau macam ni. Itu baru ketua pengarah, belum perdana menteri, datuk yang datang

“Akak nampak, dia tu berkenan sungguh kat kamu. Siapa namanya?” aduh, malaslah aku hendak menjawab soalan kak Nurul.

“Berkenan apanya kak? Dia tu pengurus syarikat yang saya nak kerja nanti.”

Alamak, kak Nurul tak tahu lagi aku nak berhenti kerja sebenarnya. Itulah kak Nurul lah ni, banyak tanya.

Dah sudah, wajah kak Nurul mula muram, Ni yang malas nak pujuk ni.

“Akak, saya nak minta maaf sebab tak bagi tahu awal-awal yang saya nak berhenti kerja. Surat tu datang semalam. Saya harap akak tak berkecil hati.”

Pujukku sambil memaut lengan kak Nurul. Lama jugak kak Nurul berdiam. Staff lain semua memandang ke arah kami. Macam aku pulak yang ada buat salah.

“Kalau itu yang terbaik untuk Nahwah, akak ikut je. Akak cuma sedih bila Nahwah tak ada lagi kerja kat sini. Nahwah banyak tolong akak buat kerja itu ini. Alih-alih Nahwah dah nak berhenti.”

“Akak, tak salah kan kalau Nahwah nak cari pengalaman lain? Nahwah memang sayang sangat kat kedai ni. Tapi Allah dah tetapkan Nahwah untuk kerja kat tempat lain. Gerak hati ni yang memandu semua penentuan hidup Nahwah. Nahwah tetap ingat akak dan kedai ni. Selalu tak ada miss.”

Aku kemudiannya ketawa. Aku tak mahu air mata kak Nurul tumpah lagi. Aku tahu dia tidak sanggup melepaskanku kerana kami dah macam adik beradik.

“Sungguh ni?” kak Nurul memandangku. Aku memberikan senyuman kepadanya sambil mengganguk perlahan.

“Sengalanya untuk kak Nurulku sayang”

kami akhirnya mendakap erat. Bahuku terasa satu, dua dan tiga titisan airmata jernih milik kak Nurul. Berharap masih ada insan lain yang mampu menggantikan tempatku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience