BAB 10

Romance Completed 16237

Aku semakin tidak menumpukan perhatian dengan setiap kerjaku. Sedangkan kerja-kerjaku ini perlu ditunjukkan kepada Iffat sendiri. Inilah masalah bila aku campur adukkan urusan kerja dengan masalah cinta.

Sampai sekarang hatiku masih berdebar sebaik sahaja aku menerima lamaran Iffat Iftiqar sebentar tadi. Aku bagaikan tidak percaya hatiku ini sudah menjadi milik Iffat Iftiqar selaku ketua pengarahku sendiri.

‘tuk tuk tuk’

“Masuk” izinku sambil membelek fail yang perlu ditunjukkan kepada Iffat nanti.

“Encik Iffat nak berjumpa dengan Cik Nahwah di biliknya.”

“Kenapa ye?” soalku kepada Nani selaku setiausaha Iffat.

“Katanya dia ada pekerja baru yang akan masuk dekat syarikat ni. Mungkin Encik Iffat nak kenalkan staff barunya tu kepada Nahwah rasanya. Saya pun tak pasti. Tapi yang pasti Encik Iffat memang nak jumpa Nahwah. Baik Nahwah pergi dekat bilik Encik Iffat.” Nani berlalu pergi meninggalkanku.

Mulalah hati ini rasa berdebar. Tak boleh Nahwah, engkau tidak boleh campur hal peribadi dengan hal cinta. Fokus Nahwah!

Dengan segala hormatnya aku mengetuk pintu bilik ketua pengarah. Tertera nama Iffat Iftiqar bin Dato’ Zahar. Rasa berdegup kencang. Dari luar aku terdengar perbualan rancak oleh Iffat dengan seorang lelaki.

Selepas meminta kebenaran masuk, aku membuka pintu. Kelihatan Iffat rancak berbual dengan seorang lelaki.

“Er, Encik Iffat nak jumpa saya?”

Aku rasa nak gugur jantungku bila berhadapan dengan Iffat. Dialah yang mencuri hati ini dan dialah ketua pengarahku. Tapi bila berada di tempat kerja, aku harus menunjukkan sikap professionalku sendiri. Dia tersenyum melihat lagatku. Aku tahu dia juga sama sepertiku. Pura-pura berlagak seperti tiada apa-apa.

“Kenalkan ini Nahwah Nur Sabrina selaku eksekutif pemasaran. Dan ini rakan baik saya dan pekerja baru di sini Nukman Zahin bin Khalif.”

Aku terpempan sejenak. Aku meneliti lelaki disebelah Iffat Iftiqar. Naik turun nafasku apabila aku sudah mengetahui lelaki itu. Dialah Nukman Zahin yang emak selalu ceritakan itu dan dialah yang mahu masuk rombongan meminangku.

Tidak sangka yang dia bakal berkerja satu bumbung dengan aku bersama kekasihku sendiri, Iffat Iftiqar. Aku tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi. Aduh pening kepala aku!

“Nahwah?” Iffat mendekatiku. Selebihnya Nukman dihadapanku hanya mendiamkan diri.. Perasaanku yang terkejut ini adalah dua kali ganda apa yang dia dapat.

“She is my friend from school.” Jelas Nukman. Tapi Nukman pandai menyembunyikan perasaannya. Tak sangka yang Nukman bakal berkerja di sini.

“Really?” Iffat sungguh terkejut. Peningku sudah beransur pening. Iffat memandangku dan Nukman silih berganti. Aku rasa sakit hati bila Nukman lebih lebih bercerita tentang aku.

“Yup and she will became my future wife” aku terdiam.

Rasa nak bagi penumbuk percuma dekat Nukman. Menyiarap darahku. Aku tak bagi kata putus lagi! Pandai-pandai je mamat ni nak kata aku ni bakal isteri dia dekat depan Iffat pulak tu. Aku tak tahu hendak kata apa. Yang aku tahu pasti hati Iffat remuk apabila mengetahui hal ini.

Iffat Iftiqar memandangku dengan wajah yang kelat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kamu berdua. Tak sangka sungguh. Bercinta dari zaman sekolah rupanya. Niat saya memang nak awak berdua kenal antara satu sama lain. Tapi nak buat macam mana awak berdua sudah kenal antara satu sama lain. Oklah, aku kena pergi meeting lepas ni. Zahin kalau ada apa-apa tidak kena, jumpa aku.”

Aku tunduk semasa Iffat mahu beredar disebelahku. Berdebar rasanya. Ini semua salah Nukman! Kenapa dia tiba-tiba hadir dalam hidup aku?!

Kini tinggal aku dengan Nukman. Rasa geram mula menerjah di hati. Sampai hati dia berkata begitu depan aku dengan Iffat. Memang tidak sedar diri betul lelaki ini.

“Kenapa dengan awak ni, Nukman. Apa yang awak nak sebenarnya.” Kaki Nukman melangkah setapak di hadapanku. Bau minyak wanginya begitu kuat membuatkan aku bertambah pening. Aku melangkah ke belakang. Peliknya lelaki ini tiada respon. Geram pula aku.

“Inilah Nahwah Nur Sabrina anak pak Ali. Dah lama tak berjumpa. Saya dapat alamat tempat kerja awak ni pun atas bantuan mak awak sebenarnya.”

Ini yang dikatakan bakal suami aku? langsung tiada nilai romantik dan memujuk langsung. Gagal dalam memikat hati perempuan. Aku boleh jaminlah tak ada siapalah yang nak lelaki macam ni walaupun muka bolehlah tahan.

“Tak kisahlah. Tapi kenapa nak hebohkan dekat semua orang yang saya ni bakal isteri awak? Kita belum apa-apa ikatan ok. Teman lelaki pun tak, tunang pun tak. Dan yang paling penting kita tak ada ikatan suami isteri.”

Dia menggangukkan kepala. Paham pula. Hancur luluh hatiku. Hati Iffat pasti lebih hancur apabila mendengar pengakuan Nukman sebentar Tadi. Aku hendak memperjelaskan apa yang berlaku kepada Iffat, tapi Nukman memang ada kuasa mahu Psiko aku sehinggakan aku masih bertahan disini.

“Dia senior saya ketika kami dekat German dulu. Tak salah kan saya bagitahu?” aku ternganga. Iffat senior Nukman? Memang banyak rahsia betul mereka ni.

“Saya bagi amaran terakhir, jangan sesekali katakan yang saya ini bakal isteri awak ye encik Nukman!” aku meninggalkan Nukman keseorangan dalam bilik Iffat.

Rasa marah, geram dan menangis semua ada. Tak gunanya aku mahu mengambil hati Iffat semula. Semuanya sudah berakhir!

“Awak tetap menjadi hak milik saya. Keluarga awak sudah pun terima rombongan merisik daripada keluarga saya. Jadi secara kesimpulannya, awak sah menjadi tunang saya.”

Aku terdiam. Hah? Emak aku tak bagitahu pun? Mustahil. Kalau betullah dia tunang aku saat ini, memang aku terus balik kampung dan bawa balik cincin tunang bagi dekat Nukman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience