BAB 5

Romance Completed 16237

Hari yang penuh ceria dengan secawan kopi putih dengan beberapa biskut bijian bagi pelengkap sarapan harianku. Mulutku mengunyah pelahan demi pelahan. Menghayati aroma dan rasanya.

Dengan pagi yang indah ini, kita harus menaikkan rasa semangat. Apatah lagi hari ini, hari pertama aku kerja di syarikat Mutiara Holdings. Aku amat bertuah kerana dapat berkerja di situ. Kerana sebelum ini, aku amat berbangga dengan pencapaian mereka.

“Nahwah nak tumpang kereta aku tak? Jom kita pergi sekali. Hari ni kan hari pertama kau kerja. Biar datang awal baru bos suka dekat kita.” Wanie mempelawaku dan mengambil sekeping biskut lalu disuapkan dekat mulut.

“That’s right Nahwah. Kita kena tunjukkan kedisiplinan kita kat orang lain. Baru orang lain tunjuk hormat dekat kita. That’s rule kau kena jaga.” Mira pun memberi sokongan yang positif. Bagus mereka ni. Ni yang membuatkan aku tabik spring kat diorang. Tak putus-putus bagi aku semangat.

“Baiklah bos!” kesudahnya, aku naik kereta Wanie.

Mira pula naik kereta Myvinya. Kami terpisah jalan dengan kereta Mira disebabkan tempat kerja Mira di Petaling Jaya. Nasib baik tempat kerja aku dengan Wanie tidak jauh. Kira dekatlah jugak. Senang Wanie hendak menghantar dan menjemputku pulang.

“Ok dear. Dah sampai. Good Luck ok. Apa-apa hal mesej aku tau. Ha! Jangan lupa kalau jumpa mamat hensem bagitahu aku. Ok, bye!” Wanie memecut kereta Toyotanya dengan laju tanpa aku mengucap terima kasih. Bertuah betul si Wanie ni.

‘Ok, fine Wanie! Jangan sampai Malik gigit jari sudahlah.” Aku tersengih. Faham sungguh dengan perangai Wanie.

Aku naik tangga menuju pintu hadapan syarikat Mutiara Holdings. Aku dengan segera mendapatkan lif. Disebelahku ada seorang lelaki yang sama sepertiku untuk menaiki lif. Lamanya! Jamku menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aduhai lif ni buat hal betullah. Hilang semangat aku. Dahlah pagi ini, aku kena berjumpa dengan Encik Iffat.

“Awak, lif ni macam tak berfungsi je.”

Kedengaran suara lelaki disebelahku. Suaranya macam aku sudah kenal. Aku memandang lelaki disebelahku. Alamak! Encik Iffat la! Kenapalah aku tak boleh nak cam dia langsung? Bukannya dia pakai kaca mata hitam pun kan hari ni. Aku ni pun. Ish. Aku mengerutu di dalam hati.

“ Awak, err Mawar kan?” Dia ingat? Tapi salah lah nama aku bukan Mawar tapi Nahwah Nur Sabrina. Kalau nak panjang binti Ali. Ishh mamat ni, boleh lupa pulak nama aku. Apa punya ketua pengarahlah.

“Nope. Nahwah Nur Sabrina.” Aku masih menunggu lif terbuka. Encik Iffat pun sama tunggu. Kakinya sudah bergoyang ikut irama balada dah. Yang peliknya, hanya aku dengan Encik Iffat je yang ada. Yang lain? Aku tak tahu pergi mana. Mungkin sudah sampai awal agaknya.

“Nahwah jom kita naik tangga. Rosak agaknya lif ni. Nanti saya panggil pak Yusuf betulkan.” Encik Iffat tanpa segan pilu menarik lenganku. Nasib baik hari ini aku pakai kardingan lengan panjang dan dress yang labuh . Kalau tidak memang aku sekeh kepala ketua pengarah ni. Senang-senang main tarik lengan aku. Aku memang pantang sungguh.

“Ehem” mataku tajam melihat lenganku. Pantang sunnguh bila ada orang mengambil kesempatan terhadap perempuan. Dia ingat aku ini perempuan macam mana? Aku gelengkan kepala. Agaknya dia sudah terbiasa dengan semua perempuan yang dia kenal. Tapi dengan aku, jangan haraplah.

“Maaf Mawar… er Nahwah. Sorry. Aduh!” dia menunjukkan sikap kurang senang. Pelik aku dengan sikapnya. Payah sangat ke nak ingat nama aku ni? Nahwah ok! Ingat Nahwah! Bukan Mawar. Sejak bila nama aku bertukar ni.

“Agaknya Encik Iffat ni asyik ingat girlfriend sangat kut, itu pasal asyik tersasul je.” Aku menuju ke tangga. Nak naik tingkat lapan, memang jenuhlah. Encik Iffat hanya mengikutku dari belakang. Terkesan ke apa yang aku kata tadi?

Selesai di tingkat lapan, ada wanita separuh umur, berpakaian serba mewah sedang berbincang dengan kakitangan lain. Aku memandangnya dari atas ke bawah. Cantik walau sudah berusia. Kagum aku melihatnya. Cuma satu masalah, tidak berhijab. Kalau berhijab mesti cantik. SubhanaAllah. Pujiku dalam hati.

“Nahwah, perkenalkan ini Datin Zariya. Ibunda saya.”

Encik Iffat merapatkan dirinya pada wanita yang aku baru saja puji dalam hati tadi. Patutlah, tepat sangkaanku selama ini. Encik Iffat memang anak orang berada. Muda-muda sudah jadi ketua pengarah. Aku baru saja bertapak di syarikat dia hanya sebagai eksekutif pemasaran belum lagi tahap ketua pengarah.

Datin Zariya memberikan senyuman manis kepadaku. Takut juga aku, kalau dia tidak suka dengan aku. Sebabnya aku mengenakan pakaian muslimah pada hari ini.

“Siapa nama? Budak baru yang Iffat lantik tu ye?” Datin Zariya merenung tepat ke anak mataku. Penuh perasaan. Hatiku mula rasa cuak. Aku pernah terbaca dekat novel dan drama tv. Selalunya orang-orang kaya ni memang selalu memandang rendah pada orang bawahan. Betul ke? Aku memandang muka Datin Zariya dan beralih kepada encik Iffat. Muka ibunya tidak tumpah kepada anaknya. Memang betullah, encik Iffat ini mewarisi kecantikan ibunya.

“Nama dia Nahwah Nur Sabrina. Inilah orangnya yang Encik Iffat ceritakan.”

Apa pula yang Encik Iffat ceritakan pasal aku dekat ibunya? Lagi pening aku. Aku menyalami tangan ibunda Encik Iffat.

“Apa-apa pun, saya ucapkan tahniah Nahwah sebab awak berjaya menyandang jawatan sebagai eksekutif pemasaran. Kami memerlukan kakitangan yang jujur, tulus dan cantik macam Nahwah. Harap Nahwah buktikan kepada kami yang awak boleh berjaya dan mengukuhkan lagi tahap kepercayaan syarikat kita dengan syarikat lain.” Datin Zariya menepuk tangan.

Semua yang berada di situ, mengikut sekali menepuk tangan. Masing-masing mengucap tahniah kepadaku. Aku hanya mengganguk dan mengucapkan terima kasih.

Selepas bersesi temu ramah dengan kakitangan lain, encik Iffat memberi arahan kepadaku supaya menunggunya di tingkat satu masa Lunch hour. Tanpa memikir panjang, aku mengangguk tanda setuju tanpa pedulikan dia memberikan senyuman paling manis kepadaku. Aku tidak pedulikannya selepas itu, disebabkan aku banyak kerja yang diberikan oleh Encik Iffat sebentar tadi.

Alamak! Launch hour time. Em, marahlah nanti Encik Iffat ni. Nak telefon, nombor pula tiada. Apa nak buat? nak tak nak kena turun dekat tingkat satu. Selepas menutup laptop, aku mengapai beg tanganku serta iphoneku keluar dari bilik.

‘Ok pulak lif ni? Tadi bukan rosak ke?’ biarlah. Malas aku nak fikir.

Tibanya di tingkat satu, aku terkejut. Encik iffat betul-betul terpacak depan lif. Dah mcam hendak tercabut nyawaku. Encik Iffat! aku mengurut dadaku.

Kami beriringan jalan menuju di Selera Tomyam. Terbaik Encik Iffat ni. Seleranya ala-ala restaurant sebegini. Kenapa tak pergi dekat restaurant mewah kat hujung sana tu?

Pelik Encik Iffat. Tapi kalau nak pergi dekat restaurant mewah tu, mampu ke aku membayarnya? Itulah yang aku nak tanya dekat diri aku sekarang ni. Alah lantaklah, dah dia ajak aku makan sini, makan jelah. Banyak bunyi pulak aku ni.

“Nahwah, awak ok?” em, nampak sangat aku ni kuat termenung. Jatuh maruah aku. Nahwah fokus ok. Sekarang ni engkau sedang makan bersama dengan ketua pengarah kau. Bukan calang-calang orang.

“Encik Iffat nak makan apa?” rasa macam kekok pula makan berdua-duan dengan bos aku sendiri. Baru nak terfikir sekarang Nahwah? Tapi aku nak ajak siapa lagi? Dah sah-sah dia yang ajak aku seorang.

Malu rasanya. Tapi aku tetap dengan berlagak selamba. Macam sudah lama kenal Encik Iffat.

“Tak payah nak berencik dengan saya. Panggil Iffat. Senang dan ringkas. Awak tak perlulah nak rasa segan sangat. Anggap saja kita ni sudah lama kawan.”

Aku mengganguk perlahan. Macam dia sudah tahu, aku cuba mempertahankan rasa gugupku. Aku tidak pernah rasa sebegini rupa.

“Tapi saya rasa segan sangat bila keluar dengan Encik er Iffat. Sebab kita baru kenal kan? Saya bukan macam perempuan lain yang mudah mesra dengan lelaki.” Aku menyedapkan hati.

Dia diam seketika dan memanggil pelayan untuk segera memesan makanan. Aku rasa aku sedang bercakap dengan tunggul. Tiada respons dari Iffat sendiri.

“Awak nak order apa?” Aku pun tak tahu nak pesan makanan apa. Asalkan sedap di mulut dan di tekak sekali. Lantas aku memesan bihun tomyam dengan air laicikang. Sedap sungguh air laicikang. Rasa terliur pula.

“Ok, samalah saya pun.” Aik? Sama pulak tu nak order.

Selepas pelayan pergi, baru Iffat memulakan kata.

“Awak ni baguskan, tak sama macam perempuan lain. Saya suka awak. Er, maksud saya saya suka dengan prinsip awak.”

Dia memandangku lama, segan pula. Kalau hari-hari begini, boleh terpikat aku dengan dia. Tapi tak boleh, dia anak orang berada tak setaraf dengan aku. Mak dan abah aku kerja buruh saja.

“Saya ni, kurang sangat nak bergaul dengan lelaki. Itulah saya rasa segan sangat bila keluar bersama dengan Iffat.” Aku memaniskan muka. Mula menutup resah di dada. Kenapa dengan aku ni? Alamak, Nahwah jangan cepat jatuh cinta. Please.

“Awak tak perlu malu. Buat biasa saja. Lagipun, dalam pejabat kita kena bersikap professional.” Jelas Iffat. Aku setuju dengan katanya.

“Ha, da sampai pun. Jom makan.” Meja kami dihidangkan dua mangkuk bihun tomyam dan dua gelas air laicikang. Berselera sungguh iffat termasuk aku. Baunya menusuk di dalam hidungku.

“Iffat, baca doa makan dulu.” Dia meminta maaf lalu membaca doa makan. Aku tersenyum melihat tingkahnya.

“Apa yang awak ceritakan ibu awak tentang saya?” rasa mcam nak tahu sangat.

“Em, saya bagitahu dekat ibu saya yang awak ni bakal calon isteri saya.” Aku tersedak.

Cepat-cepat Iffat menghulurkan air laicikang kepadaku. Aku menahan batukku dari berterusan. Pedasnya tomyam tidak terkata. Terasa kerongkongku tersekat dek kepedasan tomyam. Aku cepat-cepat menghirup air laicikang. Aku nampak dia mula gelisah.

“Apa awak ni?” mukaku masam. Hilang mood aku hendak makan. Dah separuh bihun aku makan, rasa mcam tak lalu lagi nak makan. Segalanya dia.

“Saya gurau je. Awak ni kelakar lah.” Dia menggelengkan kepala melihat telatahku. Ei, rasa nak bagi penumbuk je muka mamat ni. Boleh pula diajak bergurau. Nasib baiklah dia ketua pengarah aku. Kalau bukan, sudah lama aku angkat kakiku beredar dari restaurant ini.

Lepas ni, boikot hendak makan bersama dengan Encik Iffat. Seribu kali dia ajak pun, aku tak mahu!

“Nahwah, awak marahkan saya ke? saya minta maaflah. Sebenarnya saya cakap dekat ibunda saya yang awak ni cantik orangnya. Kalau boleh saya mahu masuk meminang awak.”

Aku terus berhenti makan. Dia tersenyum memandangku. Nampak dua-dua lesung pipitnya. Tidak berani aku melawan. Nampaknya, dia berjaya menghilangkan kemarahanku.

“Kalau awak nak sangat masuk meminang saya, jumpa dengan emak dan abah saya. Kalau diorang kata setuju, saya terima. Kalau tidak, saya tidak terima.” Jelasku dengan nada yang serius. Bab jodoh dan soal kahwin, memang aku ambil serius.

“Saya akan cuba.” Aku ingat dia main-main saja tadi. Rupanya betul. Tapi sanggup ke Iffat hendak jumpa dengan emak dan abah aku? aku rasa dia sengaja hendak mengenakan aku. jadi aku biarkan berkata sampai situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience