BAB 8

Romance Completed 16237

Iffat Iftiqar masih masih berada di atas katil empuk. Esok dia akan berangkat pulang ke negara kesayangannya, Malaysia.

Tambahan pula, hatinya tidak sabar melihat wajah yang dia selalu pujai, Nahwah Nur Sabrina. Secantik namanya. Dari pertama dia mengenali gadis itu, dia sudah merasakan ada sinar harapan dalam hatinya.

Dia datang ke Maldives pun disebabkan dia mahu melupakan Mawar, bekas kekasih lamanya. Baru-baru ini dia dapat tahu yang Mawar juga berangkat di Maldives. Cuma masa sahaja tidak sama.

Tapi dalam hatinya, berdoa agar dia tidak dapat berjumpa langsung dengan Mawar. Bukan sahaja benci bahkan meluat dengan sikapnya yang tidak ubah seperti dulu. Masih berlagak tiada apa-apa yang berlaku.

Dia sudah mual dengan segala permainan Mawar. Baginya gadis itu membawa malang dalam dirinya.

Dia mahu mencari ketenangan di Hulhumale Beach. Pantai yang penuh dengan kehidupan marin.

Suasananya yang damai dan bersih merehatkan kepalanya yang tengah kusut. Dia juga mahu melupakan segalanya tentang Mawar. Dia tidak mahu hidup bersama kenangan lama.

Walaupun hatinya ada sedikit perasaan sayang kepada perempuan itu, namun dia tidak boleh biarkan dirinya lagi sekali jatuh hati kepada perempuan itu. Walaupun sudah setahun berlalu, Mawar masih berdegil mahu menggangunya lagi.

“Buat apa cuba you koll I lagi. Tolonglah cari orang lain boleh tak? Banyak lelaki dekat luar sana yang you boleh tipu sesuka hati you. Youkan memang propa.” Panas sungguh hatinya. Boleh dia lupa apa yang dia sudah buat dekat aku selama ni?

“Iffat, I memang bersalah sangat-sangat. I tahu I salah, tapi ini bukan salah I Iffat. I mangsa keadaan ayah I sendiri. I tak boleh halang perasaan I dari terus menyintai you. Jujur I kata I masih sayangkan you.”

“you boleh cakap apa-apa pun yang you suka. You ingat I boleh percaya ke dengan kata-kata you tu. Sudahlah I dah muak dengan semua permainan you tu. Yang jelas sekarang kita tak ada apa-apa hubungan ok. Faham?”

“You tak boleh buat I macam ni. ingat I ni sampah ke huh? You kena ingat ye Iffat Iftiqar Dato Zahar I akan pastikan tiada siapa yang dapat memiliki you selain I.”

Iffat masih teringat kata-kata mawar tempoh hari walaupun dirinya sedaya upaya melupakannya. Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam menyelesaikan kekusutan ini. Engkau jauhkanlah Mawar dari hidupku. Engkau dekatlah Nahwah dalam diriku.

Selama ini aku sepi, kosong dan muram segalanya tentang perempuan bernama Mawar. Sekali dia menyintai seorang gadis sampai mati cintanya akan terus mengalir. Dia bukan playboy dan bukan buaya darat. Tapi dia seorang lelaki yang mahukan cinta yang suci dan ikhlas dari hati bukan semata kerana harta, darjat dan rupa paras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience