BAB 16

Romance Completed 16237

“Alhamdulilah, kawan baik aku ni sah sudah bergelar dengan encik Iffat Iftiqar. Tak sangka betul aku! aku doakan kau orang berdua, bahagia sampai ke syurga. Amin!” doa Wanie dan Mira. Alhamdulilah Ya Allah, segalanya dipermudahkan.

“Terima kasih sangat! Amin” aku memandang suamiku bercakap dengan seorang lelaki berjubah putih. Aku pergi ke arah mereka berdua. Nampak macam rancak sangat mereka bualkan, sampaikan aku tertarik untuk mendekati suamiku.

“Nukman Zahin? Bila sampai?” soalku.

Terkejut juga dia datang selepas habis majlis kahwin kami. Aku memandang tepat wajah suamiku. Ada apa yang tidak kena? Barang yang lepas tidak usah dikenang lagi. Aku pun sudah malas bertekak dengan Nukman di pejabat. Dan sekarang dia harus menerima kententuan Illahi bahawa kami tiada jodoh.

“Aku datang ni nak bagi surat berhenti kerja. Aku dah tak sanggup kerja di Mutiara Holding. Aku ingat nak sambung PHD lagi di UK. Apa pun, aku doakan kalian berdua bahagia. Aku minta maaf selami tak dapat kawal perangai aku.” aku tak tahu pula, dia hendak berhenti kerja?

Mungkin pasal dia tidak sanggup melihat muka aku dengan suami aku, selepas apa yang dia buat pada aku. Mungkin payah untuk dipadamkan, tapi untuk diimbaskan kembali memang senang, bagi aku, Iffat dan juga Nukman.

“Jangan macam ni, Zahin. Kau jangan berhenti kerja. Stay saja. Benda yang lepas, tak usah dikenang kembali. Buat apa malu dengan aku dan Nahwah. Aku pun ada buat silap, siap gaduh, tumbuk dan siap tarik rambut kau lagi. Ingat masa tu? Itu masa silam kita. Buat apa nak ingat balik. Kau study kat UK tu, jauh. Rindu aku dengan kau, Zahin. Kita kan kawan rapat dulu masa dekat German, mustahil kau nak lupuskan macam tu.”

Kagum aku mendengar setiap bait kata suamiku. Alhamdulilah, hati suamiku baik dan tiada unsur dendam. Aku ingat Nukman mahukan apa kali ini. Rupanya dia mahu sambung study dekat UK. Aku tahu amat sukar baginya membuat keputusan.

“Aku tahu. Tapi tak mustahil aku tinggalkan kau, bukan? Aku tetap sambung belajar di UK. Aku dah register. By the way, jagalah Nahwah baik-baik. Jangan sesekali lukakan hati seorang perempuan. Sekali dia sakit, berjuta kali kau susah nak pujuk dia.” Iffat senyum memandangku.

Aku mendiamkan diri sahaja. Berat mulutku hendak berkata. Kalau dulu iya, aku lantang bersuara bila berdepan dengan Nukman. Namun, hari ini. Aku kelu!

“Aku balik dulu. Tahniah sekali lagi.” Nukman Zahin menundukkan wajahnya.

Dia rasa hatinya dipaut rasa kesedihan. Yang jelas, dirinya rasa kecewa dan pedih. Dia malas mahu mempamerkan. Kalau dulu iya, dia akan bergaduh dengan Iffat semata demi Nahwah, cinta hatinya. Namun kini, semua sudah terjawab. Memang sudah tertulis jodohnya bersama Nahwah memang tiada! Kosong! Itulah yang membuatkan dirinya dipukul kesedihan. Namun dia mendoakan mereka bahagia. Tiada gunanya dia bersedih.

“Kejap!” entah kenapa boleh pula aku kata begitu. Alamak! Ishh, mulut ni memang tiada insurans.

“Aku minta maaf.” Itu sahaja kataku. Suamiku memandang pelik. Ingatkan nak kata banyak, lambai tangan ke, siap nangis ke, tapi dengan ungkapan ‘aku minta maf’. Amat klise sekali bagi aku. mungkin suamiku juga berfikiran begitu.

“Aku tahu kau nak kata itu je. Tak ada benda lain ke nak kata? Dulu siap gaduh lagi.” Aku mencebik. Dah nak mula perang lah tu. Suami aku hanya gelak. Tapi dia tahan. Rasa nak bagi penampar pun ada. Ishh! Tak baik dia suami aku.

“Minta maaflah yang boleh aku cakap. Terima kasih sebab sudi datang.” Kataku. Aku jemput saja dia ke majlis kahwinku, aku sangka dia tidak akan hadir hari ini, namun sangkaanku meleset sama sekali. Dia datang juga pada saat-saat akhir.

“Ok! Lepas balik UK, aku kacau kau balik!” gelakkan Nukman betul-betul membuatkan aku sedar, bahawa adakah itu usikan palsu atau benar?

Takkan semudah itu dia melupakan aku? aku tahu penghijrahan dia ke sana, bukan sambung belajar tapi mahu melupakan aku. Tapi kenapa aku juga yang kena? Aku harap sangat dia jumpa dengan perempuan yang lebih baik dari aku.

Tak sangka, Nukman yang satu sekolah dengan aku dulu, boleh terpikat dengan aku. Tak faham. Masih ada orang yang meminati dalam diam. Sepsis ini akan mula rasa cemburu bila orang yang dia minat berkawan atau berkasih dengan orang lain.

Kami melambaikan tangan kepada Nukman. Mengharapkan pemergian dia ke kota London memberi seribu makna dan sinar buat Nukman. Dan suami disebelahku, aku berharap dia juga sentiasa ada bersamaku tatkala susah atau senang.

“Sayang tak rasa dia pergi sebab belajar.” Kataku. Bermulalah imaginasiku.

“Dahlah lupakan Nukman. Dia tak sepatutnya ada dalam kisah cinta kita.” Tadi kata Nukman, kawan baik dia. Sekarang suruh lupakan. Tak faham yang mana satu.

“Aik?” aku memandang pelik wajah suamiku. Dia memeluk erat bahuku. Dia megeluh.

“Tak usah difikirkan lagi. Dia tetap kawan baik abang. Bila sayang asyik fikir pasal Nukman, buatkan hati abang ni cemburu sangat. Dahlah masa belum kahwin, cemburu ni sentiasa membuak-buak sebab Nukman selalu ambil kesempatan.”

Aku faham ayat terakhir, Nukman sentiasa mengambil kesempatan mahu mendekatiku. Namun Hatiku hanya ada suamiku seorang ini. Aku mencubit hidungnya tanpa dia sedari.

“Tapi sekarang sayang dah jadi milik abang kan? Takkan abang masih risau lagi?” aku memaniskan wajahku. Senang melihat wajahnya yang suci bersih.

“Iya. Sekarang tak lagi. Terima kasih sayang jadi suri hati abang.” Aku hanya memberikan senyuman manis. Terima kasih juga kerana memilhku menjadi isterinya. Terima kasih Ya Allah, kurniakan dia untuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience