BAB 7

Romance Completed 16237

Sudah sebulan lebih, aku berkhidmat bakti dalam syarikat Mutiara Holdings. Setakat ini tiada apa-apa masalah. Setiap kerjaku aku lakukan dengan niat ikhlas sehinggakan aku mendapat pujian daripada pihak atasan dan syarikat luar. Tapi ada saja yang tidak kena, dia perasan yang dirinya diperhatikan. Seminggu yang lepas ada seorang lelaki memberinya wang berjumlah ribuan ringgit.

Motifnya memintaku supaya mengambil semula produk yang sudah tamat tempoh dan menutup semua rahsia ini. Awal-awal lagi aku sudah menolaknya. Dia ingat aku ni hendak sangat ke duit haram tu? Dia tak kenal lagi rasanya siapa Nahwah Nur Sabrina?

Saat aku masuk ke bilik pejabatku, Aku terkejut melihat sejambak bunga lily di atas mejaku. Siapa pula yang bagi bunga dekat aku ni? Nasib baik ada sekeping kad yang diselitkan di belakang bunga.

Yang peliknya tiada nama pengirim. Yang tertulis hanyalah secret admirer. Haih. Inilah yang membuatkan aku tidak suka. Aku baru sahaja hendak fokus dalam kerjaku, hadir pula unsur cinta dalam waktu sebegini.

‘Aku ada secret admirer ke?’ malang sungguh siapa yang minat dekat orang macam aku ni. Tak semena-mena, aku mencampakkan bunga lily di dalam bakul sampah. Senang. Kasi hadiah free dekat tukang cuci pejabat ni.

Malas aku nak kumpul bunga bebanyak ni. Bukannya aku suka bunga. Agaknya dia tidak tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tidak suka. Bukan semua perempuan yang suka bunga.

Pintuku diketuk. Nani masuk bilik pejabatku.

“Datin Zariya nak jumpa dekat bilik meeting.”

“Ok.” Nak jumpa? Pasal apa? Hatiku mula diragut rasa gelisah. Padahal Datin zariya tidaklah segarang yang novel dan drama tayangkan sebenarnya.

Aku membuka tombol pintu bilik mesyuarat dengan pelahan. Rasa menggigil pula. Memang betul Datin Zariya ada di dalam bilik meeting tapi dia seorang sahaja. Aku masuk dengan pelahan.

“Datin nak jumpa saya?” aku memberanikan diri.

Mataku bertentangan dengan mata Datin Zariya. Datin Zariya mengarahkan aku duduk. Kini aku menghadap depan Datin Zariya.

“Sepanjang minggu ni, Nahwah awak berurusan dengan saya bukan dengan encik Iffat.” Kenapa pula? Encik Iffat sudah berhenti ke? Lama kepala otakku berjeda.

“Kenapa Datin?” soalku ingin tahu. Sudah beberapa lama aku tidak berjumpa dengan Iffat. Dia tidak bagitahu pula dekat aku kemana dia pergi. Hendak bertanya, tapi kata Nani dia sedang bemesyuarat di luar negeri.

“Dia pergi Maldives. Bercuti tenangkan fikiran.”

Maldives? Jauhnya. Nak tenangkan fikiran sampai melancong ke luar negara. Hatiku mula rasa rindu. Iffat sendiri langsung tidak memberikan kata-kata akhir. Tapi asalkan dia tetap ketua pengarahku bermakna aku masih boleh berjumpa dengannya. Aku tersenyum sendiri. Gatal betul aku ni!

“Awak suka dia?” Soalan Datin Zariya membawaku ke dalam hati ini.

Adakah dia sudah tahu tentan perasaan aku terhadap anaknya. Aku takut Datin Zariya tidak suka akan aku. Sebenarnya aku tidak mahu mengharapkan apa-apa harapan tentang cintaku kepada Iffat. Bagiku biarlah perasaan ini, aku pendam dengan sendiri.

“Eh, tak lah. Kami kawan je.” Bohongku. Aku dengan Iffat masih berkawan. Tiada status kekasih. Aku harap Datin Zariya faham.

Datin Zariya menyepi. Dia ternyata salah. Dia meneka yang bukan-bukan tentang gadis di hadapanya, Nahwah. Sedangkan gadis itu jujur, baik, cantik dan lemah lembut.

Tapi kenapa dia belum cukup mempercayai bahawa gadis itu tidak mengambil kesempatan terhadap anaknya dan syarikat miliknya. Datin Zariya tidak pasti dengan dirinya sendiri. Baginya Iffat harus berhati-hati dengan mana-mana perempuan.

“Kalau boleh saya hendak awak tengok-tengokan Iffat.”

Datin Zariya sedikit demi sedikit mula mempercayai gadis di hadapannya ini. Datin zariya sendiri tidak mengetahui dari mana datangnya kepercayaannya itu. Kalau dulu, dia was-was dengan pemilik nama Nahwah Nur Sabrina. Namun dia yakin gadis itu akan melaksanakan tugasan ini.

“Kenapa Datin?” Aku rasa Iffat sudah besar dan pandai bawa diri di tempat lain. Aku bukanlah isterinya dan PA dia hendak mengawasi dia. Nanti dia kata aku ni, perasan.

“Saya takut dia di tipu dengan sewenang-wenangnya. Dia sudah banyak kali merana. Pertama dengan Azizi yang banyak menipu duit syarikat. Kedua, sebab perempuan.”

Datin zariya terpaksa membuka rahsia yang sudah lama disimpan rapi. Namun itu semua tidak kemana. Dia harus memberikan kepercayaan kepada Nahwah supaya melaksanakan tugasannya.

Aku langsung tidak tahu menahu tentang masa lalunya. Dia ada cerita yang syarikat ini pernah ditipu oleh kakitangan dalam syarikat ini. Tapi soal perempuan tu, aku tidak tahu pula. Mula terdetik di hati mahu mengorek rahsia mengenai dirinya.

“Saya bukan nak hidupkan cerita lama yang sudah basi. Tapi perempuan bernama Mawar sudah banyak kali melukakan hati kami sekeluarga. Dan saya tidak mahu mana-mana gadis lain mahu mempergunakan anak saya. Saya sering mengginggatkan dirinya supaya berhati-hati dengan semua orang di sekelilingya. Tapi saya tahu, yang dia memang ada hati dengan awak. Dia anak saya, sebab itulah saya mahu awak jaga dia. Sebab awaklah orang yang paling rapat dengan dia.”

Aku terdiam. Hendak percaya makin payah pula. Kata-kata Datin Zariya menusuk di dalam hati ini. Patutlah Iffat selalu tersasul bila menyebut nama aku. Baru aku faham. Tapi part tentang, Datin Zariya tahu anaknya sukakan aku, itulah yang aku susah hendak percaya. Tapi kalau betul, hatiku memang melonjak gembira.

Tapi aku tidak mahu tunjukkan perasan aku yang sebenarnya. Aku tidak mahu dilihat perempuan yang menjengkelkan mahukan anak lelakinya. Itu bukan caraku.

“Saya cuba jaga anak Datin. In Sha Allah.” Jelasku. Hendak jaga Ketua Pengarah aku sendiri? Boleh ke aku ni?

“Boleh awak laksanakan tugas ini?” Datin Zariya menekankan suaranya kepadaku. Bagi aku, tugas ini boleh dikira senang bagi aku namun bila mengenangkan lelaki itu pujaan hatiku, tugas ini aku kira amat payah. Hatiku mulai terpaut dengan CEO aku sendiri.

“Ada apa-apa yang saya tidak tahu tentang kalian berdua?” aku menggeleng.

Aku harap dia tidak tahu apa yang bergelodak di hatiku saat ini. Berhadapan dengan ibunda Iffat, membuatkan hatiku berpeluh. Mana tidaknya, dirinya akan disoal siasat mengenai dirinya dengan anaknya,Iffat.

“Tak ada apa Datin. Saya akan laksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.” Kataku.

“Baik. Sebelum saya terlupa suami saya akan balik dari London malam ini. Esok dia akan datang ke sini untuk melawat syarikat ini. Jadi tunjukkan dedikasi awak terhadap tugas awak sementara dia ada di sini.” tegas Datin Zariya.

Dia mahu Nahwah menunjukkan sikap kerajinannya di hadapan suaminya. Maklumlah, suaminya cerewet ketika berkerja. Jika ada staff yang menjengkelkan, dia terus pecat, tanpa memikirkan dahulu.

“Emmm, saya akan tunjukkan sikap rajin saya terhadap tugasan saya.”

Aku memberikan senyuman. Esok ayah Iffat akan datang ke syarikat ini? Baru balik dari London pula tu. Selama ini Iffat tidak pernah bercerita mengenai ayahnya. Adik beradiknya pun, aku tidak tahu. Kenapa selama aku berkawan dengan dia, aku langsung tidak tahu tentang hidupnya?

Aku biarkan semua itu berlalu dan pasti akan terjawab. Sekarang aku mahu fokus tentang kerjaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience