BAB 15

Romance Completed 16237

Aku memasuki ruang pejabatku. Bauan bunga lily menusuk hidungku. Rasa hendak bersin tapi tidak jadi. Bauannya tidak memeningkan kepalanya, tapi menyegarkan kepalanya. Aku mencari bauan tadi. Rupanya sejambak bunga lily yang sudah siap diisi dalam pasu putih berisi air. Sungguh cantik. Mesti baru dipetik.

“Bunga melambangkan perempuan dan kewanitaan. Kadang-kadang pantun orang dulu kata, mahu memetik bunga di laman, tapi pantun saya mahu memetik hati awak untuk saya. Saya ikhlas memperisterikan awak tanpa syarat. Cinta saya tidak perlu diukur. Sudah terang saya ingin memiliki hati awak.”

Aku memandang pemilik suara itu. Iffat! memang selama inilah dia pengirim bunga lily kepada aku.

Kenapa tidak aku agak dari awal dulu. Memang kadang-kadang lelaki sering kali ibaratkan perempuan seperti bunga. Aku tahu itu. Dan sekarang, Iffat memujuk hati aku dengan bermadah bagai ni kenapa?

“Apa awak mengarut di siang hari ni? nampak staff lain, masak dibuatnya. Behave sikit.” Entah kenapa boleh pulak aku memarahinya. Sedangkan dialah bos aku. Dia jugalah tunang aku secara sah. Habis kenapa dengan aku? salahkah dia berbuat demikian? Alahai, yang kau pi marah kenapa Nahwah? Tengok! Dia dah naik muka masam sos tomatonya tu.

“Salah ke? awak tunang saya. Biarlah dia orang tengok aksi romantis kita. Kita memang couple of the year pun kan.” Lebih-lebih pulak Iffat ni. Sejak akhir-akhir ni, banyak pula dia bermadah.

“Sudah lah! Saya nak buat kerja ni.” aku menarik kerusi dan duduk. Dia memerhatikan saja langkahku. Aku malas mahu memandang mukanya. Pelik aku ni, sekejap baik dengannya. Sekejap tidak.

“So, emak awak dah cakap kat awak pasal perkahwinan kita tu?” Iffat memberanikan diri bersuara.

Dia takut Nahwah tidak bersedia, marah dan pelbagai emosi negatifnya nanti. Dia takut kehilangan Nahwah. Ibundanya tidak habis habis menyuruhnya mempercepatkan perkahwinan kami. Sedangkan kami masih mengenali antara satu sama lain. Dia perlu tahu apa yang Nahwah suka dan tidak suka.

“Saya tahu pasal tu. Awak tak perlu risau. Saya siap upah flower girl bagi memeriahkan majlis

kahwin kita nanti.” Masin pula mulut aku ni! entah kenapa aku boleh kata begitu. Flower girl? Sejak bila aku upah flower girl? Siapa nak jadi? Aduh! Habis lah. Aku ni main tibia je. Mesti dia pelik dengan reaksi jawapanku.

“Flower girl? Amboi! Nampaknya awak prepare awal daripada saya. Saya gembira sangat awak sudi jadi isteri saya.” Ayat klise sangat Iffat pakai. Dah tak ada ayat lain. Aku mencebirkan bibir.

“Saya terima awak tanpa syarat macam syair awak tadi. Saya harap awak pun boleh terima saya seadanya. Kahwin ini bukan boleh buat main. Bukan hari ini kita sayang dan esok lusa kita tak sayang, tapi sayang itu perlu ada setiap hari sampai hari tua.” Jelasku. Aku harap sangat Iffat menyayangiku seperti mana aku sayang dia.

“Awak perlu tahu, selepas pertama kali saya jumpa awak, awak terus melekat di hati saya. Saya bukanlah lelaki yang bermulut manis, kejar perempuan sana sini. Saya pun tak faham kenapa Mawar masih kejar saya sekarang ini. Mungkin sayalah yang paling hensem sekali di dunia ini.” Aku tergelak dengan pengakuan akhir dia.

“Sebab Mawar cinta pertama awak. Dan tak semudah itu, Mawar akan lupakan awak, Iffat. Tak mustahil dia balik dari London itu membuat rancangan jahat. Mana tahu dia nak bom majlis kahwin kita. Tak mustahil!” apatah aku merepek! Tapi aku mahu dia balas apa yang aku kata tadi.

“Dia nak bom? Awak ni selalu berimaginasi sangat. Mawar pergi sana mesti ada sebab. Bukan bawak balik bom untuk rosakkan majlis kahwin kita. Memang dia cinta pertama saya tapi awaklah yang terakhir.” Iffat mengenyitkan matanya. Aku tesenyum sendiri dengan ayatnya. Ada saja jawapannya.

Tapi aku berharap sangat Mawar tidak berdendam lagi dengan kami. Dan Iffat, saya harap awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Nama awak tersemat rapi di dalam hati saya. Saya cintakan awak!

Awak tahu? Sekali awak hancurkan hati saya, saya akan sakit hati sampai bila-bila. Buat bakal suamiku,Iffat Iftiqar, tolonglah jaga hati saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience