BAB 2

Romance Completed 16237

“Hai beb kau tak keje ke hari ni? Surat semalam tu kau dah baca ke?” Mira memberikan aku secawan kopi putih kepadaku. Aku menyambutnya. Kami menikmati suasana malam di balkoni.

Angin malam menghempuskan asap kopi. Baunya semerbak menusuk hidung. Sedap sungguh. Pandai Mira buat kopi. Rasa tenang sikit. Taklah serabut kepala ni asyik fikir tentang Nukman Zahin.

“Hari ni kan hari ahad. Cuti ma. Thanks tau sebab ambil surat kat peti. Kalau tak, habis lucun surat aku.”

Aku menghirup kopi lagi dan lagi. Hanya tinggal setenggah. Cerita tentang Nukman Hakim aku ketepikan. Rasa serabut pula aku memikirkan tentang dia. Padahal, aku hanya membuang masa sahaja. Entah-entah dia pun sekarang bukan fikirkan aku.

“Ni mesti surat pasal tawaran kerja kan? Dapat kat mana?” macam tahu-tahu je minah ni.

Amboi, cepat sungguh. Tapi aku rasa beruntung sebab ada orang ambil kisah tentang aku. Kalau tiada Mira dan Wanie, aku tak tahu lah apa yang terjadi. Mungkin hidup aku akan rasa kesunyian. Merekalah yang mewarnai hidupku sampai ke hari ini. Aku mahu ikatan persahaabatan ini akan terputus. Aku sayangkan mereka.

“Dapat kat area KL jugak. Dekat dengan jalan Raja Chulan. Kira ok kan dekat dengan rumah sewa kita ni.”

Mira mengganguk perlahan-lahan. Aku tahu dia juga setuju apa yang aku katakan. Aku menghirup sampai habis air kopiku. Mira juga sehabis boleh menghabiskan kopi. Rasa kehangatan mula terpercik selepas minum air kopi. Inilah rutin kami pada waktu malam. Berborak sambil minum kopi. Aku rasa dunia ini aku yang punya.

“Kita ni kan, umur dah semakin lanjut tapi calon masih tak lekat-lekat.” Aku memandang Mira disebelahku.

Topik yang disuarakannya tadi sangat tepat dengan masalah aku. Tentang Nukman Zahin. Aku rasa jodohku semakin dekat dengan aku. Tapi aku untuk mengiyakannya. Sebabnya, aku belum cukup ilmu lagi. Walaupun umur dah masuk 25 tahun. Tapi masih berlagak muda. Nahwah memang begitu orangnya.

“Entahlah. Muka cantik macam kau ni takkan tak ada kut Mira? Lain lah aku ni. Tak secantik mana. Kerja pun kat kedai kek je.”

Sengaja aku nak korek rahsia dia.Mana tahu aku dapat rahsia dia. Setahu aku Mira ni ramai peminat. Mustahillah tak ada sesiapa yang terpikat. Memang mustahil! Aku menikmati pemandangan di Bandar Kuala Lumpur.

“Kau jangan nak beza-bezakan aku dengan kau. Kita ni sama je tau. Aku kalau boleh nak jumpa dengan Mr.right. Mr.right tu mesti kena hensem, tinggi, putih, educated dan caring. Wau! Kalau dapat aku tak akan lepaskan.”

Mira mula dah nak berangan. Ke situ pula dia. Well, aku pun sama juga macam Mira. Mahu yang terbaik dalam memilih pasangan hidup. Tapi bila fikirkan balik, aku dapat ke semua tu? Tapi aku tidak minta lebih. Cukuplah sekadar orang itu, beriman dan dapat membimbingku kearah yang diredhai-Nya.

“kalau aku, aku nak secret admirer. Nak tahu siapalah yang sanggup minat kat orang macam aku ni. Kalau dah setuju boleh date. Ha, kan sesuai dengan namanya date with my secret admirer.” Sengaja aku berlawak. Setahu aku, aku tak pernah ada pengalaman bercinta pun dengan mana-mana lelaki. Serius tak pernah!

“Macam-macamlah kau ni Nahwah. Tapi apa yang kita nak dekat pasangan kita, tak semestinya seratus peratus yang kita suka. Mesti ada yang kurang. Kau ingat aku nak yang perfect sangat ke? Emm, aku ni pun tak perfect mana. Jauh kesudah aku tak bertemu jodoh kalau macam tu.” Apa yang dikatakan oleh Mira ada betulnya. Jangan asyik nak impikan yang terbaik kepada pasangan kita. Jangan asyik mahu mengikut perasaan.

“You always right my dear!” kataku.

Hendak memilih pasangan jangan pandang pada luarannya sahaja. Tapi pada dalamannya sendiri. Kalau muka kacak dan cantik kalau hatinya busuk tak ke mana pun. Macam buahlah, nampak luaranya ranum tapi dalamnya ada ulat!

Tapi dalam diam, aku sebenarnya memikirkan lelaki Nukman Zahin. Adakah dia ada ciri-ciri yang aku impikan selama ini. Bila fikir soal jodoh ini, aku jadi beku tiba-tiba. Malas sudah aku nak fikir. Buat serabut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience