Episod 8

Romance Completed 9435

Petang itu, Rayyan dan Mawar bertolak ke Kuala Lumpur dengan senang hati. Mawar tersenyum lebar kerana Rayyan sudah bersetuju untuk merahsiakan perkara itu dari pengetahuan ibu bapa mereka berdua.
" senang hati nampak...," Rayyan melirik Mawar di sebelahnya yang asyik tersenyum.
" ehh..mestilah..., aku tak sabar nak ajak kau pergi makan mee rebus depan sekolah lama aku..," Mawar berkata teruja.
" mee rebus?,"
" haah...sedap sampai terangkat wey..., rindu pulak aku...,"
" kau nak ajak aku pergi lah ni? Nak makan dekat sana?," Rayyan bertanya.
" iyalah...tapi...kau tak kisah kan makan tepi jalan?," Mawar memandang wajah tenang Rayyan.
" kenapa kau tanya macam tu pulak?,"
" kau kan anak jutawan..., mana tau kau geli nak makan tepi jalan, yang jual tu pun makcik-makcik dah...," Mawar berkata selamba. Rayyan tersenyum mendengar jawapan Mawar.
" kalau makcik yang jual tak pe...tapi kalau abang..abang yang jual..bukan aku je tak nak makan dekat situ, dengan engkau sekali aku tak bagi pergi...,"
" cehhh...., cemburu buta la kau ni..., tapi kan..memang makcik tu ada anak..handsome..., cenggini..," Mawar berkata sambil menunjukkan ibu jari tangannya ke atas. Rayyan menjeling, membuatkan tawa Mawar berderai di situ. Mawar terbayang wajah teman baiknya dulu, Zack. Entah apa khabar mamat tu sekarang.
" jangan curang dengan aku...,kalau tak...," Rayyan berkata serius.
" apa???," Mawar bertanya dengan muka mengolok.
" adalah...,"
" elehhh..., jangan nak perasan lebih ea...aku dengan kau ni memang lah dah sah jadi suami isteri...tapi aku tak kata dah terima kau jadi suami..., still member lagi okay..." Mawar mengingatkan.
" okay Cik Red Rose...,"Mawar menjeling Rayyan bila nama gelarannya itu di sebut.' Red Rose..Red Rose..sibuk je mamat ni.'

Mereka akhirnya sampai di Kuala Lumpur dan menginap di hotel lima bintang kepunyaan Tuan Haris, kawan pada Datuk Paduka Kaiser. Mereka tidur di bilik sendiri, walaupun Rayyan berkeras untuk tidur sebilik, dia terpaksa bersetuju dengan iaterinya yang keras kepala itu.
" kau tak takut ke papa tau kita duduk dekat hotel ni?," Rayyan bertanya waktu mereka keluar makan di sebuah restoran.
" alaaa...jangan risau, diaorang bukan kenal kita pun, lainlah kalau aku tunjuk kad VIP papa aku.., buat biasa sudah..," Mawar berkata sambil menyuap mee goreng mamak ke mulut.
" esok kita nak gerak mana?," Rayyan bertanya sambil menguis taugeh di dalam meenya.
" esok aku ikut kau..., sebab makcik Nab tak buka kedai esok..dia cuti.., so kita pergi makan mee rebus dia lusa...boleh?,"
" orite..cantik..., kalau macam tu, malam ni tidur awal...rehat cukup-cukup...esok kita ada misi...," Rayyan berkata semangat.
" misi? Asal bunyi kau ni macam nak berperang?,"Mawar bertanya pelik. Puas dia bertanya kemana Rayyan ingin membawanya, tetapi lelaki itu tidak juga memberitahu.
" ikut ajalah..., mesti kau suka..takut kau tak nak balik pulak..," Rayyan berkata sambil tersengeh. Entah apa yang di bayangkannya. Mawar menjulingkan matanya ke atas, ' suka hati kau le labu..,'.

" wahhhh!!!! Rayyan!!!...," Mawar menjerit teruja bila sampai tempat yang di tuju. Mulutnya tidak henti-henti tersenyum. Rayyan juga begitu, dia puas bila melihat Mawar melompat gembira.
" Rayyan....kenapa kau tak cakap nak bawak aku pergi sini? Gila best!!!," Mawar berkata sambil menuju ke mesen game.
" saja nak buat suprise..., aku tau kau ni gila-gila...aku pun gila game macam ni jugak dulu..., tapi dah lama tak main, iyalah terperuk dekat Z.E.P.S jek..,"
" aku dah lama nak pergi sini, tapi papa tak bagi..., kau taulah kan...semua tempat dia pasang spy.., lagipun tempat ni jauh dari sekolah aku..,"
" so..apa lagi..kita lenjan jelah satu hari main game...kalau kau nak lepaskan geram..tu dekat bilik sana tu ada game pecahkan barang...orang kata terapi mental.., kalau rasa dah nak gila..pegi lah mengamuk dalam tu..,"Rayyan menunjukkan sebuah bilik penuh dengan barang terbuang.
" setakat ni aku okay lagi..., tapi aku rasa kau boleh dah masuk situ..., mental kau kan tiga suku...," Mawar berkata selamba.
" amboiii...sedap je mulut kau ea.., nak kena cium lagi ke?" Rayyan berbisik dan mula mendekati Mawar.
" kau jangan nak mengada ea...aku dah lama ni tak tumbuk orang..., kalau aku debik muka kau..jangan cakap aku isteri derhaka pulak...,"Mawar berkata sambil menjeling Rayyan geram.' Sikit..sikit nak cium.., mentang-mentanglah dah halal...eiii.. nak je aku lenyek-lenyak mamat tiga suku ni.., suka buat aku hilang mood,'.
" okay..okay..kalau gaduh dengan kau memang tak habis sampai besok..ni kita nak satart yang mana? "Rayyan terpaksa mengalah. Dia faham benar dengan sikap Mawar yang suka menang itu.
" yang tu...," Mawar menunjuk sebuah mesen game tembak menembak siap dengan machine gun di hadapannya.
" okay...kita lawan ea..," Rayyan berkata sebelum mengeluarkan segenggam token di dalam bag. Mawar tersenyum lebar.

Mawar merebahkan tubuhnya di katil sambil memejamkan mata. Terasa lenguh seluruh badannya bila terlalu lama bermain game. Tetapi hatinya puas bila dapat mengalahkan Rayyan. Senyuman terukir di bibir bila mengenangkan segala peristiwa yang berlaku tadi siang. Tiba-tiba telifonnya berbunyi.
" hermmm...," Mawar meletakkan telifon di telinganya.
" lapar lah..jom pergi makan..kau dah mandi?," terdengar suara Rayyan di hujung talian.
" dahhh..,"
" dah solat?,"
" dahhh...," Mawar menjawab.
" bagus...dah jom ikut aku pergi makan,"
" alaaaa...aku penat lah.., nak angkat tangan pun tak larat...,"Mawar memberi alasan.
" tak nak sudah...aku baru nak belanja kau sate..," Rayyan berkata selamba.
" sate!!!???," Mawar terus terbangun bila terdengar perkataan Sate. Tiba-tiba perutnya berkeroncong.
" iyaa...sate.., nape? Bukan kau kata tak larat ke tadi? Dah...aku nak gerak ni..,"
" tungguuuu!!! Nak ikut...," Mawar menjerit kecil sebelum mencapai sweater merahnya. Cepat-cepat dia melangkah ke luar bilik dan..bukkk!!.
" sayang...kan abang dah pesan, kalau nak peluk slow2..jangan main langgar-langgar macam ni..., " Rayyan berkata sambil tersenyum nakal. Mawar yang baru tersedar, terus bangun dan membetulkan sweaternya. Dia tidak perasan Rayyan di hadapan pintunya tadi, kerana ingin cepat, dia terus terlanggar lelaki itu dan mereka berdua jatuh ke lantai.
" asal tak cakap kau dekat depan pintu?," Mawar bertanya bengang.' Nasib baik tak ada orang nampak...,hishhh..buat malu jek.,' bebelnya dalam hati.
" tak sempat nak cakap, ada orang tu dah campak telifon...," Rayyan bangun dan membetulkan t-shirtnya. Mawar mencebikkan bibir tanpa menoleh pada Rayyan. Dia cuba menyembunyikan wajahnya yang sudah memerah. Rayyan pula tersenyum senang.
" cepatlah...lapar ni...," Mawar berkata, malas melayan perangai Rayyan yang suka mengusiknya.

" betul ke ni jalannya?," Rayyan bertanya pelik. Matanya melilau ke sana sini melihat suasana sekeliling. Jalan yang di lalui mereka agak sempit dan sesak.
" betul lah, sikit lagi sampailah dekat depan sekolah aku tu...,haa...tu pun..nampak tak gerai tepi jalan tu..," Mawar berkata gembira sambil jari telunjuknya menunjuk ke depan. Rayyan melihat sebuah gerai kecil di tepi jalan. Ada seorang wanita separuh baya sedang sibuk melayan pelanggan. Rayyan terpaksa meletakkan keretanya agak jauh dari gerai, memandangkan suasana di situ sedikit sesak. Mawar bergegas menuju ke gerai yang sesak dengan pelanggan. Rayyan hanya mengekorinya dari belakang.
" Mak Nab!!!," Mawar menjerit. Wanita yang sedang asyik menyediakan makanan itu menoleh bila namanya di panggil. Wajahnya terus berubah bila terpandang Mawar berdiri di situ.
" Mawar!!! anak Mak!!!," Mak Nab terus mendapatkan Mawar dan memeluk gadis itu erat. Mereka berpelukan sehingga tidak sedar semua mata yang memandang.
" Ya Allah....lamanya Mak tak nampak Mawar, sihat? Ingatkan dah lupa dekat Mak..," Mak Nab berkata dengan wajah gembira.
" mana boleh lupa..Mak Nab kan Mak Mawar..., ermmm..rindunyaaaa...," Mawar memeluk kembali wanita itu. Rayyan ikut tersenyum melihat adegan di hadapannya.
" siapa tu?," Mak Nab berbisik bila terpandang Rayyan yang asyik memerhati mereka.
" ohhh....kenalkan ni Rayyan..," Mawar berkata. Rayyan tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Mak Nab. Mak Nab ikut tersenyum dan menyambut salam Rayyan.
" ehh..marilah duduk..hari ni Mawar cakap je nak makan apa...Mak bagi free..,"
" uiii...macam biasalah Mak Nab...Mawar nak mee rebus spesial..," Mawar berkata teruja.
" anak ni pulak?," Mak Nab beralih pada Rayyan.
" saya pun sama..," Rayyan menjawab. Mak Nab mengangguk dan kembali menyediakan makanan.

Mereka mula menjamu juadah yang sudah ada di atas meja. Mee rebus spesial Mak Nab memang terkenal di kawasan itu. Kepekatan dan rasa kuahnya sungguh menyegarkan. Rayyan sempat melirik Mawar yang asyik dengan mee rebusnya.' Amboii..rindu betul dia dengan mee rebus ni.., sampai tak pandang kiri kanan,' Dia tersenyum melihat isterinya yang menunduk sedari tadi.
" wahh...wahh..datang sini tak roger..., weyy...lama tak nampak..,hidup lagi kau ea..," tiba-tiba ada satu tangan merangkul kepala Mawar dari belakang.
" woiiii!!! Aku tengah makan lah ngok..," Mawar menjerit. Dia kenal benar siapa yang melakukannya begitu, Zack.
" kisah pulak aku..., makan dekat gerai Mak aku senyap-senyap je ea..., nasib baik aku lalu tadi.., nampak je sweater merah menyala kau ni...memang sah!!," Zack berkata teruja tanpa sedar Rayyan di sebelah Mawar. Rayyan yang terkejut dengan apa yang baru di lihatnya berdehem. Mawar sedar lelaki itu kurang senang dengan kehadiran Zack.
" errr..Zack..ni aku nak kenalkan, Rayyan..ka..,"
" suami Mawar...," Rayyan memotong kata-kata Mawar dan menghulurkan tangannya pada Zack. Mawar menjeling Rayyan, tetapi lelaki itu buat tak endah. Zack terkejut dengan pengakuan Rayyan itu, tetapi dia menyambut juga salam yang di hulur.
" Red..kau tak citer pun dah kawin?, bila?," Zack bertanya perlahan, terdengar nadanya agak kecewa. Mawar mengeluh berat.
" sorry la beb..., aku baru je kahwin..tak sampai seminggu pun..., biasalah kau pun kenal papa aku macam mana kan?..,"
" hermmm...takpelah beb...aku sedih je tak dapat tengok kau masa nikah mesti buruk hahaha..., apa-apa pun tahniah!! ..bro..tahniah..," Zack berkata sambil tersenyum pada Rayyan. Rayyan sekadar mengangguk, manakala Mawar sudah membutangkan matanya pada Zack.
" tapi bro..kau tak menyesal ke buat dia ni jadi bini? Dia tak belasah kau? Terajang ke?," Zack beralih duduk di hadapan Rayyan dan bertanya teruja.
" woii..woiii...kau jangan nak mula ea..dah pergi berambus..jangan kau nak bukak cerita apa-apa..," Mawar memberi amaran. Zack sudah tersenyum mengejek.
" apa maksud kau?," Rayyan pura-pura bertanya seperti tidak tahu siapa Mawar.
" ishh..malang betul nasib kau...kau tak kenal budak Red ni macam mana...," Zack menggelengkan kepalanya sambil buat muka kesal. Rayyan tertarik ingin mendengar cerita Zack.
" Red?," Rayyan pura-pura bertanya sambil melirik wajah Mawar yang sudah bertukar kelat.
" Kau tak tau? Mawar ni nama dia dekat sini Red Rose.., dia ni dulu ketua kiteorang.., senang citer..gengster dalam sekolah..., tu sekolah kitaorang..., uishhh..kau tak tau kalau dia lalu..semua kecut perut...,orang semua takut dengan dia..., apa taknya..dia sorang je anak jutawan sekolah dekat situ.., lepastu kuat pulak belasah orang..., ni kau tengok jek badan kecik..tapi kalau dapat belasah orang..siap terbang-terbang...," Zack bercerita panjang lebar penuh semangat.
Rayyan ketawa mengekek mendengar cerita Zack. Sempat dia membayangkan Mawar sedang membelasah orang.
" aikkk...asal kau gelak? Patut kau terkejut dengar cerita aku..," Kali ini Zack pulak pelik melihat Rayyan ketawa.
" aduhh!!!, woiii..main kepala pulak..," Zack mengosok kepalanya yang perit akibat di ketuk Mawar.
" tu baru sikit..., suka suki aja kau ea..., kau ingat laki aku ni tempat ko nak sembang? Habis semua cerita kau nak bagi tau? Dah tak sayang nyawa ke?," Mawar menjegilkan matanya pada Zack. Geram dengan teman baiknya itu.' Harap je jantan...tapi kuat bergosip,'.
" dia dulu dekat sekolah ada boyfreind?," Rayyan tidak menghiraukan Mawar yang sedang marah dan terus bertanya pada Zack.
" bro...nak ada pakwe apenya budak ni..., semua budak lelaki kecut dengan dia...aku je lah yang tahan dengan perangai gila dia ni..., terpaksa bro..," Zack buat muka kesian.
" amboiii..korang..., woiii...aku wujud lagi kat sini okay.., masih bernyawa lagi..., agak-agak lah..," Mawar bertambah sakit hati bila Rayyan melayan kerenah Zack.
" ehh..citer2..kau dah 'sentuh' dia belum?," Zack berbisik pada Rayyan sambil tersengeh. Belum sempat menjawab solan Zack, Rayyan terkejut melihat kepala Zack yang sudah basah dengan air sirap. Dia menoleh pada Mawar yang berdiri sambil memegang gelas di tangan. Nafasnya turun naik dengan muka merah padam.
" woiiii...Red...," Zack bagun sambil menjerit. Mawar tersenyum sumbing sambil menjeling Zack. Dengan selamba dia duduk kembali di kerusinya.
" Makkk...tengok Red ni.., " Zack mengadu pada Mak Nab. Wanita itu menjenguk sebelum ketawa melihat keadaan Zack.
" ahahaha... kesian...padan muka, aku suruh kau tolong niaga..lagi pagi tadi tak muncul..., hambikkk..., sodap air sirap tu?" Mak Nab tidak membela Zack, malah menyokong tindakan Mawar.
" urkhhh..nyampah lah...kalau kau ada..Mak mesti bela kau..., balik arr..," Zack berkata sebelum melangkah pergi sambil terkumat kamit membebelkan Mawar. Rayyan masih terkejut dengan adegan itu.
" asal kau tengok aku macam tu? Nak jugak ke mandi sirap?," Mawar bertanya bila Rayyan merenungnya.
" selamba kau aja simbah mamat tu..," Rayyan berkata sebelum menyedut air orennya.
" padan muka dia..., tu kira sopan jugak aku buat...nasib aku tak tumbuk muka dia tadi..," Mawar tersenyum puas.
" haiii...Mawar..Mawar..apa lagi rahsia yang kau tak bagitau aku?," Rayyan bertanya sambil menggelengkan kepalanya. Mawar sekadar mencebik dan membiarkan soalan Rayyan bergitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience