Episod 11

Romance Completed 9436

Malam itu,Tasya dan dua orang temannya berjalan menuju asrama selepas pulang dari berenang. Tiba-tiba muncul lima orang lengkap bertopeng hitam paras mata di hadapan mereka. Gaya mereka sebiji macam ninja. Tasya, wawa dan Zila mengundur setapak ke belakang, jelas mereka terkejut dan ketakutan.
" korang ni siapa?," Tasya bertanya berani, cuba menyembunyikan ketakutannya. Tetapi lima orang di hadapannya itu hanya diam membisu tanpa berkata walau sepatah.
" jangan dekat..kalau tak aku jerit..," Wawa pula memberi amaran. Malangnya, amaran itu tidak di hiraukan. Mereka makin menghampiri selangkah demi selangkah.
" To....," belum sempat Wawa menjerit, salah seorang dari mereka pantas menekup mulut Wawa dengan telapak tangan, di ikuti Tasya dan Zila. Salah seorang dari mereka menyarungkan kain hitam di kepala Tasya dan rakan-rakannya.
" siapa korang hah!!," Zila menjerit dari dalam kain.
" diam!!! Ini arahan Big Boss..., kalau nak selamat...baik korang diam..," salah seorang dari mereka memberi arahan dengan tegas. Tasya terkejut bila nama Big Boss di sebut,' ke..kenapa Big Boss yang bagi arahan? A..aku ada cari pasal dengan dia ke?,' Tasya hanya bertanya dalam hati, tidak berani untuk bersuara lagi. Mereka di bawa tanpa mereka tahu kemana.

" weyyy...boleh pulak kau bawa aku keluar? Malam-malam macam ni?" Mawar bertanya pada Rayyan yang sedang memandu di sebelahnya.
" ehh...kenapa pulak tak boleh? Aku ada kuasa veto...,suka hati akulah nak bawa kau kemana je yang aku suka..," Rayyan berkata bangga. Mawar mencebik melihat wajah belagak Rayyan.
" bagi pulak cikgu Hamdan..,kecut juga dia dengan kau ea..," Mawar ketawa kecil bila teringat wajah cikgu Hamdan sewaktu Rayyan meminta izin untuk membawanya keluar dari Z.E.P.S.
" apa yang nak herannya...semua cikgu dekat sekolah tu dah tau hubungan kita..., so tak boleh nak kata apa lah..,"
" what!!!??," Mawar nyata terkejut dengan berita itu.
" alaa..releks la..daddy yang bagitau dieorang..bukan aku..., lagipun bagus apa..senang sikit kalau aku nak berdua-duaan dengan kau...tak ada siapa yang nak marah..," Rayyan tersenyum meleret sambil memandang Mawar di sisi. Isterinya itu sudah memasamkan muka. Marah lah tu.
" ni..kau nak bawak aku pergi mana? Gelap je kiri kanan jalan.."
" adalah..., aku nak bawa kau jumpa someone...,"
" sapa?," Mawar bertanya pelik, lagi-lagi melihat senyuman sinis Rayyan.
" nanti kau taulah...," Mawar hanya mengangkat bahunya, malas bertanya lebih. Dia melihat ke langit dari cermin kereta sambil teringat peristiwa siang tadi.

" Syifa!!! Syifa!!!," Mawar menggoncang tubuh temannya itu yang terbaring di tepi meja. Terlihat benjolan biru di dahi kiri Syifa membuatkan Mawar bimbang.
" ahhh..aduhhh" Syifa terjaga dari pingsannya sambil memegang kepala yang sakit. Dia terkebil-kebil melihat Mawar di hadapannya.
" Mawar..., saya dekat mana ni?," Syifa bertanya mamai. Matanya melilau ke sana-sini.
" yang kau baring dekat lantai macam ni dah kenapa? Nyanyuk? Tu dahi sampai jadi biru..apa yang kau buat semalam? Hishhh...,"bertalu-talu pertanyaan di aju Mawar.
" semalam...," Syifa cuba mengingat kembali apa yang berlaku.
" se..semalam saya balik lewat... lepastu sampai bilik pintu tak berkunci.., saya masuk dan...," Syifa berhenti bercerita dan merenung wajah Mawar.
" dan? Apa yang jadi?," Mawar bertanya tidak sabar.
" a..ada lelaki dalam bilik.., sa..saya tegur dia lepas tu dia tolak saya...," Syifa meraba dahinya yang benjol. Mawar mengerutkan dahinya, pelik.
" a..awak dekat bilik air ke semalam? Saya tak perasan pun awak..," Syifa bertanya lurus.
" err..aku tidur bilik lain semalam..., iyalah..aku ingat kau tak balik bilik..," Mawar cuba berahsia tentang perkara yang berlaku.
" ohhh..bilik mana?,"
"Ermm..semalam kau ada kirim air dengan roti kan..."
" air? Roti?," Syifa pelik dengan apa yang di dengarnya.
" iya..air pepsi dengan roti, kau suruh budak form 1 hantar, air untuk aku dan roti untuk kau.."
" ehh..tak adalah..saya semalam dekat Makmal...nak pergi kafe pun tak sempat..," Syifa berkata jujur. Mawar terkejut mendengar penjelasan Syifa.
" tapi air tu..," Dia menunjuk ke arah meja belajarnya, tetapi botol air itu lenyap bersama roti. Mawar semakin pelik.' Mungkin betul kata Rayyan...semua ni berlaku sebab ada orang dengki dengannya..tapi siapa?,'.

" uittt...berangan apa tu? Tak nak turun ke? Dah sampai ni..," Rayyan melambai tangannya di wajah Mawar.
" err..kat mana ni?," Mawar bertanya sambil melihat sebuah gudang lama.
" jom ikut aku..," Rayyan mencapai tangan Mawar dan membawanya menuju ke dalam gudang. Suasana agak suram di luar, tetapi di dalam gudang itu terang benderang. Mawar terkejut bila ada lebih sepuluh orang sedang mengawal di dalam gudang. Mereka lengkap dengan pakaian hitam seperti ninja. Mawar ingin bertanya pada Rayyan tetapi matanya terpandang tiga orang yang sedang di ikat pada bangku dengan kepala bertutup kain hitam. Salah seorang pengawal menghampiri Rayyan.
" Boss...mereka dah ada..,"
" bagus!!," Rayyan tersenyum sumbing dan menarik tangan Mawar menghampiri tiga orang itu. Rayyan memberi isyarat supaya membuka kain yang menutupi kepala mereka bertiga. Mawar nyata terkejut bila melihat siapa mereka.
" Tasya? Wawa..Zila?," Mawar terus memandang Rayyan minta penjelasan.
" B..Big Boss...,a...apa salah kitaorang..," Tasya bertanya takut. Dia juga terkejut bila melihat Mawar ada di situ.' Siapa Mawar sebenarnya?,'.
" kau tanya apa salah kau? Nak aku yang cerita..atau kau mengaku sendiri? Pilih..," Rayyan memberi isyarat pada pengawalnya dan pistol di hulur. Selamba sahaja Rayyan mencapai pistol tersebut dan bermain-main di tangannya.
" Rayyan..," Mawar cuak melihat suaminya yang sudah berubah itu. Lain benar Rayyan malam ini, gaya seperti gangster sebenar.
" so..sorry Big Boss..., " Wawa berkata dengan suara terketar-ketar.
" sorry?..bukan pada aku..tapi pada dia...," Rayyan berkata sambil memeluk pinggang isterinya. Mawar sedikit terkejut, segengter-gengsternya..belum pernah memegang pistol begitu. Mawar menelan air liur, kecut perut weyyy.
" Ma..Mawar?," Tasya masih tertanya-tanya, apa hubungan Mawar dan Rayyan? Adik beradik? Tak mungkin..tapi Mawar memang handal bertarung seperti Rayyan.
" Rayyan..kenapa kau buat macam tu kat dieorang..," Mawar bertanya separuh berbisik. Jelas suaranya yang sedikit bergetar.
" sebab dieorang ni manusia yang busuk hati dekat kau..., semua yang berlaku dekat kau..dieorang yang buat..," Rayyan berbisik di telinga Mawar. Mawar menoleh pada Rayyan, cuba mencari kepastian dan suaminya itu mengangguk.' Tak mungkin..but why??,' dia kembali memandang tiga gadis di hadapannya.
" sorry Mawar...kami tak niat pun nak buat kau macam tu.." Zila lebih dulu meminta maaf. Dia takut bila berhadapan Big Boss,siapa yang tidak kenal dengan kehandalan lelaki itu. Rayyan tersenyum sinis melihat tiga orang di hadapannya.
"Apa yang kau cakap ni? Aku tak faham lah..maaf kenapa?," Mawar bertanya binggung.
" sebenarnya...Tasya..," Wawa mula bercerita segala rancangan mereka pada Mawar dan Rayyan. Tiada guna berahsia waktu itu, semuanya sia-sia, lebih baik berterus terang. Mereka tahu dengan siapa mereka berhadapan. Mawar mengetap bibirnya bila mendengar keseluruhan cerita. Dia merenung Tasya yang sudah menunduk ke lantai. Perlahan-lahan dia menghampiri Tasya.
Bukkk!!
Pipi Tasya di tumbuk padu, tersembur darah dari hudung dan mulutnya. Mata Mawar membulat marah. Tasya hanya diam membisu, dia tidak mampu berbuat apa-apa waktu itu. Wawa dan Zila menelan air liur, kecut perut. Mawar menarik rambut Tasya membuatkan wajah gadis itu terdongak memandangnya. Rayyan hanya memerhati selamba apa yang dilakukan Mawar.
" apesal kau ni puaka sangat hah?? Apa yang kau tak puas hati dengan aku? Sampaikan kau sanggup nak gadai maruah aku? Hahhh!!! Jawab lah sial!!!,"Mawar menjerit sekuat hati. Dia benar tidak menyangka apa yang berlaku padanya selama ini angkara Tasya.
" aku...aku tak boleh terima kau rapat dengan Big Boss..., sejak kau ada, semua harapan aku musnah..., selama ni macam- macam aku buat untuk dekat dengan dia..., tapi kau...kau masuk sekolah tu dan terus dapat perhatian Big Boss..., aku nak kau keluar dari situ..., kau lah yang sial!! Bukan aku!!!," Tasya menjerit. Mawar buat-buat ketawa dan melepaskan cengkamannya pada rambut Tasya.
" ohhh...kau ada hati dekat aku ke?? Hahaha...adoii..patutnya kau mintak papa kau belikan cermin besar letak dekat dalam bilik, tenung muka kau hari-hari..layak ke kau jadi pendamping aku?? Kau bukan tak tau aku ni siapa...hanya yang special je aku terima jadi pendamping...macam Mawar.., nak tau kenapa? Sebab dia mampu buat apa yang kau tak mampu...," Rayyan berkata sambil menghampiri isterinya.
" si..siapa sebenarnya kau Mawar?," Tasya bertanya. Mawar tersenyum sumbing. Dia cuba menahan dirinya dari membelasah Tasya.
" kau tanya dia siapa?.. ni jawapan dia..," Rayyan merangkul pinggang Mawar dan dirapatkan ke tubuhnya dan...
Chup!!
Selamba sahaja Rayyan mengucup bibir Mawar. Isterinya itu terkejut tetapi tidak membantah. Tasya,Wawa dan Zila terkejut dengan adegan di depan mata.
" dia kekasih aku...wife aku....pendamping aku..., hanya dia...sampai aku mati..., bila kau kacau dia...maknanya kau kacau aku.., kau rasa aku nak lepaskan macam tu aja? Hah!!!" Rayyan berkata dengan wajah bengis, tetapi tangannya masih merangkul pinggang Mawar, erat. Mawar yang masih terkejut hanya mendiamkan diri, lidahnya kelu, terasa wajahnya panas. Tasya dan dua rakannya diam tidak mampu bersuara lagi. Mereka sedar apa yang bakal berlaku pada mereka, mereka pasrah.
" macam nilah...aku masih ada rasa kesian lagi dengan korang ni..., pilih salah satu...kena buang dengan rekod buruk atau berambus sendiri..., lagi satu..aku tak nak hadap muka mak bapak korang merayu dekat Z.E.P.S...," Rayyan berkata dengan nada suara yang sudah di kendurkan. Dia sebenarnya rasa bersyukur juga dengan segala rancangan Tasya itu, jika bukan kerana rancangan bodoh Tasya,mungkin dia tidak serapat ini dengan Mawar. Mawar memandang wajah Rayyan penuh tanda tanya.' Siapa suami aku ni?'.
" jom sayang...," Rayyan berbisik dan tersenyum pada Mawar. Tangannya masih merangkul pinggang Mawar. Rayyan memberi isyarat pada pengawalnya dan menhulur pistol di tangan sebelum melangkah pergi meninggalkan gudang. Mawar hanya menurut kemana langkah Rayyan.

Seperti yang di jangka, pagi itu Tasya dan dua orang kawan baiknya keluar dari Z.E.P.S. Mawar dan Syifa memerhati dari jauh.
" tak ada masalah..carik masalah.., nasib kau lah Tasya..., kali ni kau salah orang...," Mawar berkata sedikit berbisik tetapi cukup untuk di dengari Syifa.
" apa yang diaorang dah buat? Teruk sangat ke?," Syifa bertanya teruja. Mawar mengeluh lembut sambil memandang temannya itu.
" aku laparlah..jom pergi cafe...," Mawar tidak menghiraukan pertanyaan Syifa dan melangkah pergi.
"Mawar..ceritalah..awak mesti tau apa yang jadi kan...," Syifa merengek. Mawar menoleh ke belakang.
" nak cerita lah ni...tapi aku nak makan dulu.., tengah lapar tak boleh nak cerita..," Mawar berkata geram. Syifa tersengeh dan mencecet mengekori Mawar. Lengan sahabatnya itu di rangkul mesra. Mereka beriringan menuju ke cafateria.

" seriuslah!!!! ," Syifa menjerit terkejut bila mendengar segala cerita dari Mawar.
" hermm..., tak nak kuat lagi ke suara tu?," Mawar memerli. Bengang bila semua mata melihat ke arah mereka.
" sorry..sorry..," Syifa tersengeh bila sedar kesilapannya.
" jadi awak dengan Rayyan memang dah..," Syifa mencantumkan kedua jari telunjuknya.
" iyaa...dah dekat dua bulan.., tapi kau jangan nak memandai canang satu sekolah ea..., aku bagitau kau je ni.., kalau ada yang tau..siap kau!!," Mawar mengugut. Syifa menelan air liurnya, kecut.
" ba..baik boss," cepat Syifa menjawab.

Mawar berjalan sambil membetulkan gulungan rambutnya. Dia baru sahaja selesai bermain badminton bersama pelajar lain. Cuba mencari hobi baru selain berenang dan berkarate. Tiba-tiba tubuhnya di tarik seseorang. Badan Mawar di tolak lembut ke dinding. Nafasnya turun naik akibat terkejut.
" Rayyan?," Mawar mendongak memandang wajah Rayyan yang dekat dengannya.
" aku rindu dekat kau..," Rayyan berbisik. Mawar menjeling, pura-pura beriak selamba. Sedangkan jantungnya berdegup laju. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, dadanya berdebar-debar bila berdekatan Rayyan.
" tepilah..aku penat ni..," Mawar cuba menolak tubuh sasa Rayyan, tetapi tidak berjaya.' Makan batu ke apa mamat ni, keras betul badan,' Mawar membebel dalam hati. Dia cuba melarikan wajahnya dari di renung Rayyan.
" kiss me..,"
" hah!!," Mawar terkejut dengan permintaan Rayyan.
" kiss aku, kalau tak.. aku jerit satu sekolah yang kita dah kahwin..," Rayyan mengugut dengan senyuman penuh makna. Mawar mendengus geram.
" satu...," Rayyan mula mengira.
" dua..," Mawar menarik kolar baju Rayyan, dia melihat bibir suaminya yang menggoda itu. Perlahan-lahan dia mendekatkan bibirnya dan...
Chup!!
Belum sempat Mawar menyentuh, Rayyan terlebih dulu mengucup bibirnya. Mawar terkejut dan menolak tubuh Rayyan.
" lambat sangat..., thanks sayang..love you..," Rayyan berbisik. Sempat lagi dia mencium pipi Mawar sebelum melangkah pergi. Mawar meraba pipinya yang mula terasa panas.' Hishhh..., kenapa dengan aku ni?'. Matanya mengekori langkah Rayyan yang berjalan menuju ke asrama lelaki.' Dari belakang pun dah handsome..hermm,' Mawar tidak sedar bibirnya mengukir senyum.
" arkhhh...sedar Mawar..sedar!!," Mawar menggelengkan kepalanya sambil menampar pipi beberapa kali. Dia kembali mengatur langkahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience