Episod 19

Romance Completed 9436

Rayyan berdiri di tepi pintu belakang kelas. Matanya tajam merenung seseorang. Wajahnya selamba tidak berperasaan, entah apa yang di fikirkannya. Sudah sepuluh minit dia tidak berganjak dari situ.
" bukan main kau usyar isteri aku ye..., baru masuk dah nak tunjuk belang..., hishh..tak boleh jadi..," Rayyan berbisik pada dirinya. Selang seminit, kakinya di atur ke dalam kelas.
" sayangg..,"
" weyyy kau!!!," Mawar terjerit sebelum menggosok dadanya, terkejut melihat Rayyan yang berdiri di sebelah.
" kenapa terkejut sangat nampak abang?," Rayyan bertanya dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Mawar.
" abang...,kenapa masuk kelas ni? Semua dok pandang dah..," Mawar bertanya sambil berbisik. Rayyan tersenyum meleret. Tangannya masih di rambut Mawar. Sempat dia melirik Darwish yang memandang aksi mereka.
" saja..abang rindu.., tengah hari ni jumpa dekat cafe ea.., love you," Rayyan berbisik di telinga Mawar. Dia mendekatkan bibirnya pada ubun-ubun Mawar dan menciumnya. Dia melangkah keluar sambil bibir tersenyum sinis.' Sorry..dia aku punya.,'.

Mata Mawar melilau ke sana-sini, mencari bayang Rayyan. Syifa awal-awal sudah ke makmal komputer sambil membawa roti dan air kotak, katanya banyak kerja yang perlu di siapkan. Tiba-tiba kerusi di hadapannya di tarik seseorang. Mawar menoleh ke depan.' Dah kenapa mamat ni pulak yang datang?, aduhhh...lagi aku nak elak..lagi dia muncul..., mati aku kalau Rayyan nampak ni..,'. Mawar merungut dalam hati. Darwish tersenyum padanya.
" awak sorang je ke?"
" sa...,"
" berdua..., dia berdua dengan aku...," Belum sempat Mawar menjawab, Rayyan sudah duduk di sisinya. Terkejut dia melihat Rayyan yang tiba-tiba muncul. Rayyan merenung Darwish, sambil tangannya melingkar di bahu Mawar.
" ahhah...lapar pulak, nak ambil makanan dulu..," Mawar berkata dan terus mengatur langkahnya ke kaunter makanan. Tidak mahu tersepit di situ.
" kau ni Boyfriend Mawar?," Darwish bertanya berani. Wajahnya masam mencuka.' Sibuk aja dia ni, aku baru nak berbual dengan Mawar,'. Rayyan hanya tersenyum sumbing bila mendengar pertanyaan Darwish.' Patut ke aku bagitau dia siapa aku? Takut frust menonggeng pulak nanti...,' Rayyan berkata dalam hati.
" kalau ia..kenapa?," Rayyan bertanya kembali.
" dah lama ke couple?"
" dalam setahun lebih..kenapa kau tanya?"
" hermm..tak ada apa..," Darwish mengeluh.
" aku tau kau suka dekat Mawar..., aku nasihatkan kau lupa je lah niat kau tu...,"
" apasal pulak? Kau bukan suami dia pun..baru jadi boyfriend dah nak belagak..," Darwish berkata sambil tersenyum sumbing. Rayyan ketawa lepas sambil memegang perutnya.
" kau takkan dapat kalahkan aku..., sudahlah...aku nak kau jauhkan diri dari Mawar..aku tak suka..," Rayyan berkata.
" kenapa? Kau rasa tergugat?," Darwish mengangkat kening.
" ehh..kau ni.." Rayyan tidak jadi meneruskan kata-katanya bila Mawar sudah kembali ke meja dengan sepinggan nasi ayam.
" err..Darwish..awak nak join kiteorang sekali ke?," Mawar bertanya.' Please say no..,'bisik Mawar dalam hati.
" takpelah Mawar..saya dah kenyang...see you later..," Darwish berkata sebelum berlalu pergi. Rayyan pula tersenyum puas.
" nasib baik...urkhh..napa tah mamat tu.., rimas bila mata dia asyik pandang-pandang...," Mawar berkata lega dan menarik kerusi di sebelah Rayyan.
" iyake? Kan handsome tu..muka macam Chris Evans...," Rayyan berkata sambil mengangkat keningnya.
" lagi-lagi Chris Evans, siapa mamat tu?," Mawar bertanya pelik. Selalunya Syifa yang berkata begitu, ini Rayyan pula.
" lahh..tak tau ke?" Rayyan bertanya dan di balas dengan gelengan dari Mawar.
" tak yah taulah..., abang ni lagi handsome..," Rayyan tersengeh.
" perasan..," Mawar mencebik.

Mata Rayyan fokus melihat atlit sekolah bermain bola keranjang. Tugasnya kini lebih kepada melatih para atlit sekolah. Sekurang-kurangnya tidak lah bosan duduk di Z.E.P.S. Terkadang dia rindu dengan teman baiknya si Shaz. Teringat kembali memori mereka menjadi top atlit di sekolah dan kegilaan para pelajar perempuan.' Mana lah budak Black Monkey tu sekarang..,'. Selepas habis sekolah di Z.E.P.S, Shaz ada hadir masa pernikahan dia dan Mawar. Selepas itu, mereka tidak pernah berjumpa, hanya berbual di telifon sahaja. Rayyan hanya di beritahu yang Shaz mengikut bapanya pindah ke Jakarta. Mereka ada syarikat di sana. Rayyan yang sedang asyik tiba-tiba terpandang Darwish yang sedang merenung ke arahnya. Lelaki itu melihat dengan gaya tidak puas hati, Rayyan tersenyum sumbing. Dari ekor matanya, dia melihat Darwish melangkah menuju tempat duduknya.
" kau nak apa?" Rayyan bertanya bila Darwish sudah berada di sisi.
" aku nak cabar kau..,"
" huh?," Rayyan mendongak memandang Darwish. ' hilang akal ke hilang pedoman dia ni? Acer gila nak ajak aku fight..,'. Darwish yang sedar riak wajah Rayyan berubah, tersenyum sinis.
" kalau kau takut kalah..it's okay..kira aku menang lah.., so aku boleh rapat dengan Mawar..," Darwish cuba memanaskan hati Rayyan. Rayyan baru sedar tujuan Darwish,' ohhh...masih tak puas hati lagi.., nak berterus terang, kesian pulak..,' Rayyan cuba menyimpan senyum.
" aku kalah atau menang...tetap juga kau tak dapat si Mawar tu..," Rayyan berkata malas. Malas melayan si Darwish yang masih tidak faham.
" huh!!...kau siapa nak tentukan aku dapat dia atau tak...," Darwish berkata sinis. Rayyan melirik lelaki itu..' aku ni suami dia ngok!!,' dia menjerit dalam hati. Keluhan berat di lepaskan.
" okay..kalau itu yang kau nak...lepas ni kita fight..., kalau aku menang..kau boleh janji ke tak kacau awek aku tu?," Rayyan berkata tegas. ' nak tunjuk jantan sangat kan..baikkk!!, no hal..,'.
" dan kalau kau kalah...bagi Mawar pada aku..," Darwish berkata berani. Rayyan hanya tersenyum sumbing..' alalah..kesian aku tengok kau ni..hurmm..layankan jelah Rayyan.., anggap je semua ni hiburan..,'.

" Mawar....," Syifa memanggil separuh berbisik. Almaklumlah mereka berada di perpustakaan ketika itu.
" ermmm...,nape?," Mawar khusyuk membaca buku Kimia di atas meja.
" awak nak tau tak cerita hot semalam?,"
" cerita hot apa pulak?,"
" tentang Rayyan fight bola keranjang dengan Darwish...,"
" hah?," Mawar terus menoleh pada Syifa.
" yup..dieorang fight pasal awak...," Syifa beecerita.
" habis tu?,"
" Darwish kalah..," entah kenapa Mawar berasa lega bila mendengar jawapan Syifa. ' ehh..kenapa pulak mamat berdua tu? Semalam Rayyan biasa je..takde pun mengadu apa-apa..hurmmm...,'.
" saya tengok Darwish tu macam ada hati dekat awak je..," Mawar mengangkat keningnya.
" ishh..apa yang kau mengarut Syifa oii..aku ni dah jadi isteri orang...,nak ada hati apanya..,"
" betullah..dia sanggup ajak Rayyan fight.., awak tak nak bagitau dia ke yang awak ni isteri Rayyan...," Syifa berkata. Jauh di lubuk hatinya terasa simpati dengan Darwish. Bukan dia tidak tahu lelaki itu asyik merenung Mawar bila di kelas. ' kalau lah orang yang Darwish suka tu aku..hurmm,' Syifa hanya mampu berangan.
" nantilah...bila perut ni makin besar.. mesti dia tau jugak..,," Mawar berkata selamba. Dia malas sebenarnya mahu bercerita kisahnya pada orang lain.
" awak tak kesian ke kalau dia kecewa..,"
" hurmm..tengok lah nanti.., takkan tetibe nak bukak cerita...dia pun tak de tanya..., tapi hari tu Rayyan dah cakap yang aku ni girlfriend dia..si Darwish tu buat do know jek..," Syifa tidak membalas kata-kata Mawar. Mahu saja dia memberitahu Darwish, tetapi takut pula di marahi Mawar. Sebenarnya, satu sekolah sudah tahu hubungan suami isteri Rayyan dan Mawar, cuma mereka tidak tahu yang Mawar sedang mengandung.

Darwish duduk termenung di tepi tingkap biliknya. Perasaannya bercampur baur, sakit hati..marah..geram..masih terbayang peristiwa petang semalam di gelanggang bola keranjang.
" aku dah cakap awal-awal...tapi kau degil.., ramai lagi budak perempuan dekat sekolah ni yang kau boleh pilih...tapi Mawar..hanya untuk aku sorang..., okaylah...aku berterus terang..., aku ni suami dia..,kami dah kahwin dekat enam bulan..., wife aku tu sekarang dah mengandung tiga bulan..., aku cerita dekat kau ni sebab tak nak kau kecewa..., aku dah malas nak carik pasal dengan sesiapa.., kau pun baru lagi dekat sini..., kalau kau nak tau aku siapa..kau tanya je dengan mana-mana budak sekolah ni...semua tau.., dah..aku gerak dulu..," Rayyan berkata panjang lebar sebelum berlalu pergi. Darwish masih terbaring kepenatan, dia menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan.
" Arkhhh!!!!," Darwish menjerit sekuat hati.' Why??? Kenapa aku mesti jatuh cinta dengan orang yang salah...aku ingat bila balik sini, peristiwa dekat Kanada tu tak berulang lagi...tapi aku silap..., kenapa hidup kau sedih sangat Darwish??,' Darwish merintih dalam hati. Dia terbayang wajah seseorang.
" I'm sorry Dar...,I'm realy sorry.., i can't..," Violet berkata sayu. Dia sedih melihat teman baiknya itu menunduk ke tanah. Lelaki itu cukup baik di matanya. Sedari kecil mereka berkawan baik, dia tidak menyangka hari ini Darwish meluahkan perasaan padanya. Apakan daya, dia sudah bertunang dan dia sangat mencintai tunangnya itu. Tidak mungkin dia dapat membalas cinta Darwish.
" Dar..,"
" It's okay..i'm fine.., thanks V.., thanks for everything..," Darwish berkata sedih sebelum mengatur langkahnya meninggalkan Violet. Dia menagis dan tenggelam dalam kekecewaan.

" hoii..termenung jauh nampak.., ingat dekat awek Kanada ke? Untunglah kau..rupa ada.., handsome..aku ni dah lah tak handsome..semua kutuk aku jongang..," Darwish sedikit terkejut bila di tegur Azri, teman sebiliknya.
" kau ingat muka macam aku ni tak kena reject ke?"
" uiii..siapa yang reject kau? Rugi la..., aku ni nasib lelaki..kalau perempuan dah lama aku rogol kau tau..," Azri berkata sambil tersenyum nakal.
" hish kau ni.., aku ni otak sihat lagi okay..,tak de nafsu macam tu..," Darwish berkata sebelum melangkah ke katilnya.
" weyy..aku kata kalau aku perempuan..., kau ingat aku gay ke..uiii..simpang malaikat 44 der..., mati hidup balik pun aku tak nak...," Azri berkata sambil badannya menggigil geli. Darwish hanya mampu ketawa, sedangkan hatinya masih bengkak.
" Zri..,aku tanya sikit boleh?,"
" tanya lah..sikit je jangan lelebih..aku cas air liur nanti..," Azri menjawab selamba.
" Rayyan tu siapa?,"
" asal kau nak tau?," Azri tidak terus menjawab.
" alaa.. saja.,"
" Rayyan tu anak Tengku Malik..pemilik Z.E.P.S...,budak-budak panggil dia Big Boss...,"
" ja..jadi..Z.E.P.S ni dia punya?," Darwish terkejut dengan kenyataan Azri.
" iya lah tu, aku dengar cerita bapak dia dah serahkan Z.E.P.S pada si Rayyan.., alaa..apa nak heran anak tunggul..ehh..salah..tunggal..,haa.., ni yang kau sibuk tanya kenapa?," Azri buat muka peliknya.
" err..tak ada apa..., kau tau ke yang Rayyan dengan Mawar tu dah kahwin?,"
" hurmm..., siapa yang tak tau? Kalau dah duduk satu bilik..., walaupun dieorang sorok.., satu sekolah ni tetap dapat hidu hubungan dieorang tu.., ehh..kau ni asyik tanya aku je..apasal? Kau ada masalah ke dengan Big Boss tu?"
" Eh..mana ada..,"
" hahh..baguslah..jangan berani nak carik pasal dengan dia.., hidup dia tu misteri sikit.., ehh..dahlah..aku nak sambung tido..," Azri berkata sebelum melompat ke atas katilnya. Selang dua minit terdengar suara dengkuran Azri.' Cehhh...pantang letak kepala dekat bantal'. Darwish menggelengkan kepalanya.
" nampaknya Darwish..kau kalah lagi.., belajarlah untuk move on..," Dia mengeluh sebelum mencapai gitarnya.

Sejak Syifa memberitahunya tentang kekalahan Darwish, lelaki itu seperti mengelak dari bertembung dengannya. Mawar malas pula hendak bertanya pada Syifa.' Ahh..biar le dia.., lagi bagus tak tenung aku dah.., aman sikit..., baik aku fokus untuk exam..,tinggal seminggu je lagi ni..hurmm, letihnya.. anak mama okay tak dalam tu?,' Mawar memebebel dalam hati sambil menggosok perutnya.
" baby sayangggg," tiba-tiba ada suara berbisik di telinganya.
" oiii...sewel!!," Mawar terlompat sedikit akibat terkejut. Terdengar ketawa Rayyan di seluruh bilik. Mawar mengurut dadanya sambil menjeling Rayyan tajam. Suaminya itu ketawa hingga terduduk.' Bertuah punya laki..., hah..baguslah..nanti kalau aku dah nak dekat beranak...cuba buat gitu..senang sikit nak keluar.. huhh!!,' Mawar membebel geram dalam hati.
" aduii..sakit perut abang gelak..., " Rayyan berkata dalam sisa tawanya. Dia menghampiri Mawar yang sudah buat muka masam.
" eiii..pergi mandi lah.., peluh-peluh sibuk nak peluk orang...,sana-sana..," Mawar menolak tubuh Rayyan yang sudah memeluknya dari belakang. Tiba-tiba Rayyan mengangkatnya.
" abang!!! Abang!!! Turunkan..abang!!!," Mawar menjerit. Tetapi Rayyan buat tak dengar dan melangkah ke bilik air. Sesampainya di bilik air, tubuh Mawar di turunkan dan pintu di tutup.
" abang...jangan nak buat benda yang bukan-bukan ea..., Sayang nak keluar..," Mawar berkata geram. Rayyan tidak mengendahkan kata-kata Mawar dan terus membuka bajunya. Mawar mengetap bibir, geram bila Rayyan buat muka selamba.
" sayang...,"
" apaaa?,"
" jom mandi..," Rayyan tersenyum menggoda.
" hishh...tak nak lah..sayang dah mandi..," Mawar berkata. Wajahnya mula membahang.' Dah kenapa laki aku ni? Tak pernah-pernah ajak mandi sama.,'. Rayyan tiba-tiba membuka pili Shower.., air tepat-tepat kena di badan Mawar.
" abang!!! Basah...,"
" i like.., muahh.," Rayyan mencium pipi Mawar yang sudah basah di cucuri air. Kini Rayyan menarik baju t-shirtnya ke atas. Mawar tidak mampu menolak apa yang di lakukan padanya. Kini bibirnya pula jadi mangsa Rayyan. Mawar pasrah, perlahan-lahan dia mememeluk leher Rayyan. Bibir mereka bersatu bersama air yang mencurah-curah.

Mawar menghempas badannya ke katil. Nafasnya di tarik dalam-dalam sebelum di lepaskan. Dia tersenyum dengan mata masih tertutup. Tiba-tiba terasa tubuhnya di hempap. Mawar membuka matanya.
" abang..., tepilah..sayang penat ni..," Mawar merengek. Dia baru sahaja selesai menduduki ujian percubaan.
" abang rindu nak peluk sayang..," Rayyan juga buat suara merengek.
" kot iya pun jangan lah tindih perut.., kesian dekat baby..," Mawar membebel.
" ehh..sorry2..alala..sayang papa ni.., sorry ye..papa tak perasan.." Rayyan bangun dan mengusap perut Mawar yang sedikit membuncit. Dia asyik mengusap perut isterinya itu. Tidak sabar menunggu kelahiran anaknya nanti. Dia tidak kisah anak lelaki atau perempuan, keduanya dia sayang.
" sayang..nanti kita nak letak nama anak kita apa?," Rayyan bertanya.
" sayang...," Rayyan menoleh.
" lahhh..tidur ke..., hurmm penat sangat ea..kesiannya isteri abang ni..," Rayyan tersenyum melihat wajah Mawar yang sudah terlentok di bantal. Perlahan-lahan dia baring di sebelah Mawar, tubuh isterinya itu di tarik ke dalam pelukan. Tangan sebelah menepuk bahu Mawar lembut, mulutnya mula membaca selawat dan matanya di pejam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience