Episod 1

Romance Completed 9436

" hey!!kau...,"
" sa..saya?,"
" iya..kaulah.., siapa lagi.., sini..," Rayyan memanggil dengan isyarat tangannya. Zarul teragak-agak untuk menghampiri lelaki bertubuh tinggi lampai itu.
" a..ada apa?," Zarul menunduk, dia tidak berani memandang wajah selamba Rayyan.
" kau takut dengan aku ke?"
" err..,sa..saya..sa..,"
" saya apa!!?,"
" saya takut!!," Zarul menjawab kerana terkejut di sergah begitu. Terdengar gelak tawa Rayyan memecah kesunyian. Suka benar dia mengusik pelajar baru. Memang dia sengaja menunggu di situ untuk menyakat Zarul. Itu dah menjadi hobinya bila di sekolah. Sesiapa sahaja yang berpindah di sekolah itu, pasti akan di sakat dan di buli olehnya, baik lelaki atau perempuan. Dia memeluk tengkuk Zarul sebelum berbisik.
" aku kira sampai tiga..., lari sebelum aku belasah kau..,"
" satu..,"
Belum sempat apa-apa, Zarul sudah berlari mencecet meninggalkan Rayyan yang tergelak besar. Tidak sanggup dia berlama-lama dengan lelaki itu yang terkenal dengan jolokan Big Boss di kalangan pelajar sekolah. Zarul baru sahaja dua minggu berpindah masuk ke situ kerana mengikut papanya.

" Big Boss...,over..," walkie talkie di pinggang Rayyan mengeluarkan suara.
" urmm..ape?," Dia mendekatkan walkie talkie di mulutnya dengan mata yang masih terpejam.
" anak ikan baru masuk jaring..,"
" dekat mana?" Rayyan yang mendengar, bingkas bangun dan membetulkan duduknya.
" biasa...bilik guru, baru lima belas minit...,"
" lelaki ke perempuan?" Rayyan sudah tersenyum meleret sambil membayangkan sesuatu.
" perempuan...,form 4...body boleh tahan..,"
" good.."
"Ok Big Boss...over,"
Rayyan bangun dari duduknya sebelum mengeliat. Sudah dua jam dia berbaring sendirian di atas bumbung itu. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sangat menyenagkan.
" okay...masa untuk kerja!!," Rayyan melompat turun dan mengatur langkah selambanya ke bilik guru.
_______________________________

Mawar mengangguk bila guru kelas menjelaskan beberapa peraturan padanya. Dia meneliti wanita lingkungan tiga puluhan itu, kurus, berkulit putih dan berkaca mata..' hurm..boleh tahan juga cikgu ni, mesti ramai peminat,' dia berbisik dalam hati sambil mengukir senyum di bibir.
" apa yang awak senyumkan tu Mawar? Awak dengar tak semua yang saya terangkan tadi?," Cikgu Suraya bertanya apabila tersedar Mawar tersenyum sambil merenung dirinya.
"Err..faham cikgu,"
" bagus.., awak boleh ambil senarai buku tulis ni dekat bilik koperasi, lepastu terus masuk kelas, tau kan kelas 4 virgo dekat mana?,"
" tau cikgu," Mawar menjawab walaupun dia sendiri kurang pasti.
" awak boleh pergi sekarang,"
"Okay" dia menunduk hormat sebelum mengatur langkahnya keluar dari bilik guru.

" hey!! Budak baru...," Mawar menghentikan langkahnya dan menoleh ke belakang. Matanya menangkap seorang budak lelaki sedang bersandar di dinding sambil memandangnya atas bawah.' Apahal pulak mamat ni?,' Mawar bertanya dalam hati.
" apa?,"
" sini..," lelaki itu memberi isyarat supaya datang ke padanya.
" kau yang panggil aku kan...kau lah datang sini..," selamba sahaja Mawar berkata. Lelaki itu tersenyum sinis sebelum menghampiri Mawar. Semua pelajar mula mengintai di tepi kelas dan di balik dinding. Mereka tidak mahu terlepas melihat adegan menarik yang bakal berlaku.
" uiii...berani betul kau ni...,"
" apa masalah kau?" Mawar memusingkan badannya, betul-betul menghadap Rayyan.
" masalah aku, bila aku nampak kau...," Rayyan menjawab sambil merenung tajam wajah Mawar.' Boleh tahan budak ni...putih..hidung mancung..bibir merah...mata..hah..mata tu yang lain..' sempat dia menelek wajah Mawar sambil berbisik dalam hati.
" apahal pulak? Aku kenal kau pun tak...tiba-tiba nak jadi masalah kau?..., hari ni aku malas nak gaduh... jadi kau boleh pergi jauh-jauh...," Mawar memusingkan badannya ingin berlalu dari situ. Dia memang tiada mood untuk bertekak dengan sesiapa waktu ini. Sudahlah dia di paksa pindah oleh papanya, ini mahu melayan pula kerenah budak-budak di situ, menyampah. Mawar membuka langkah tetapi bagnya di tarik ke belakang.
" woii...lepas lah!"

" hurmm...cantik bag...kau memang suka warna merah ea...,"
" suka hati aku lah, kau menyibuk kenapa?" Mawar mula naik angin.
" lek lah wey..., jangan marah..aku cuma nak usyar budak baru je..., saja nak berkenalan...," Rayyan masih memegang bag berwarna merah milik Mawar. Bibirnya tersenyum sinis,' mesti dia tak kenal siapa aku..., kesian..,'
" aku tak ada masa lah nak layan kau, lepaskan bag aku!!...,"
" kalau aku tak nak..,"
" kau akan menyesal...," Mawar berkata selamba, tanpa rasa gentar. Rayyan ketawa geli hati sambil tangan kiri memegang perut.
" first time aku jumpa budak baru belagak macam ni..., aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku buat..., takut kau pulak yang menyesal nanti..,"
" huh...berlagak, budak mentah..," Mawar berkata sinis.
" tak guna!!..," Rayyan menghayun penumbuknya ke muka Mawar. Semua pelajar yang menonton ketakutan, ada yang menutup mata dengan telapak tangan..ada yang menyorok di belakang badan pelajar lain. Mereka sudah mengagak nasib yang menimpa Mawar selepas itu.
" kau yang tak guna!!," Mawar sepantas kilat memusingkan badannya dan menarik tangan kanan Rayyan ke bahu sebelum membongkokkan badan. Sedar-sedar, Rayyan sudah terlentang di lantai. Semua pelajar terkejut dan bersorak.
" siapa yang menyesal sekarang? Kau ingat senang nak buli aku? Aku dah warning awal-awal..., huh..buang masa aku aja..," Mawar membetulkan kolar bajunya yang senget sebelum melangkah pergi. Rayyan masih terbaring di lantai, bukan kerana dia sakit, tetapi lebih kepada terkejut. ' wahhh...amazing!!..siapa kau ea?'.
" aduhhh...Big Boss tumbang sekali hayun? Acer gila?," Shaz mencangkung di atas kepala Rayyan sambil tersengeh.
" aaahh!!! Nasib baik je.., tak kan aku nak lanyak.., perempuan tu..kesian.," Rayyan bagun dari lantai dan mengesat seluarnya yang berhabuk.
" wahh..dalam sejarah kau kesian dengan budak baru.., otak kau dah mereng ke kena campak tadi?," Shaz bertanya pelik. Apa tak peliknya, sebelum ini, sesiapa sahaja pelajar baru di sekolah, tidak terlepas dari genggaman Rayyan. Tiba-tiba, Rayyan mengaku kalah hanya dengan seorang budak perempuan? Pelik!.
" B.M..aku nak kau cari maklumat pasal budak perempuan ni..," Rayyan mengekori Mawar dengan ekor matanya. Shaz yang terkenal dengan jolokan Black Monkey menoleh dengan wajah kurang senang.
" apasal?,"
" carik aja lah.., aku nak tau.., dia ni lain dari yang lain..," senyuman di bibir Rayyan penuh makna. Entah apa yang bermain difikirannya tika itu.
" yelah...aku carik..,"
________________________________________

Mawar mencampak bagnya di atas meja sebelum menarik kerusi untuk dia duduk. Matanya terasa mengantuk pula. Dia menepuk-nepuk bagnya sebelum melabuhkan kepala di situ. Matanya di pejamkan, mahu tidur sebentar.
" woii...bangun!!," baru saja dia hendak terelap,tak semena-mena mejanya di tendang kasar. Mawar mendongak dan membuka matanya sedikit, cuba melihat gerangan yang mengganggu lenanya.
" amboii...senang hidup kau ea.., kau ingat ni rumah kau...sesuka hati kau nak tidur?"
" apehal kau ni? Bising la.., kalau nak memekak pegi masuk hutan sana..., jangan kacau aku..," Mawar berkata perlahan dan kembali memejamkan matanya.
" ehh..sial lah budak ni!!..memang nak kena..," Tasya menjerit geram. Dia mencengkam rambut Mawar dan menariknya.
" lepas!!," Mawar menjerit dengan matanya yang merenung tajam pada Tasya. Tasya dan dua orang teman baiknya ketawa senang.
" kenapa? Marah? Nak nangis?.ha..ha.."
" aku kata lepas..," Mawar dengan pantas memegang tangan Tasya dan memulasnya ke belakang.
" arhhhh..sakit!! Sakit!!," Tasya menjerit.
" aku dah cakap jangan kacau aku..., kau yang degil..kalau kau sayang tangan kau ni, lain kali jangan nak menyibuk...faham!!" Mawar berbisik di telinga Tasya.
" o..okay..,"
" huh..., buang masa je," Tangan Tasya di lepaskan sebelum dia kembali duduk dan memejamkan matanya. Tasya,wawa dan Zila saling berpandangan. Mereka tertanya-tanya, siapakah Mawar?.

Z.E.P.S Zodiac Elite Private School. Nama sekolah yang tidak asing lagi di kalangan orang berada dan ternama. Mereka akan menghantar anak mereka di sekolah itu untuh mengelak dari pandangan mata umum dan kontroversi.

Tengku Malik, pemilik Z.E.P.S, ada seorang anak lelaki yang bersekolah di situ..Rayyan. Peraturan di Z.E.P.S lain dari sekolah biasa. Di sini, semuanya di atur mengikut gaya orang kaya, baik dari pakaian, makanan, asrama dan juga gelanggang permainan.

Mereka yang belajar di sini, bebas ke mana sahaja, tetapi hanya di dalam kawasan sekolah. Larangan utama adalah, keluar dari pagar yang di kelilingi hutan.
_________________________________________

" Big B!!Big B!!," terdengar jeritan pelajar perempuan memanggil Rayyan. Dia berada di gelanggang basketball bersama teamnya. Aktiviti mereka setiap petang minggu.

Mawar berjalan masuk dengan muka malas. Tangannya di masuk ke dalam kocek sweater sebelum menghampiri tempat duduk di tepi gelanggang. Matanya melihat pelajar perempuan yang menjerit teruja.
" tak de keja...," dia tersenyum sinis.
" Mawar..," ada satu suara menegurnya lembut. Mawar menoleh ke sisi dan melihat seorang budak perempuan tersengeh padanya.
" apa?,"
" bo..boleh saya duduk sebelah Mawar?," Syifa bertanya dengan teragak-agak.
" duduk lah..,"
" terima kasih..," Syifa berterima kasih sebelum duduk di sebelah Mawar.
" siapa Big B?,"
" huh?,"
" budak perempuan dekat sana tu terjerit-jerit panggil Big B, siapa Big B,?"
" oh..Big Boss..,budak lelaki yang pakai jersi nombor sembilan," Tasya menjawab sambil tersenyum pada Mawar. Dia seronok Mawar ingin berbual dengannya.
" lahh..mamat perasan bagus tu ke yang dieorang terjerit-jerit lagi tadi? Huh..mata dieorang dah buta aku rasa..," Mawar tersenyum sinis sambil matanya mengekori gerak langkah Rayyan.' Hebat sangat ke? Muka jambu macam tu...mampu cairkan hati perempuan je kot...kalau bertarung..ha.ha.ha... tak mampu..,' Mawar tergelak sendiri dalam hati.
" Mawar hati-hati..." Syifa menepuk bahu Mawar bila terlihat bola datang menghampiri gadis itu. Mawar menyambut bola dengan selamba.
" kau pun peminat aku ke? Kenapa tak cakap awal-awal..," Rayyan menegur Mawar dengan pandangan menggoda.
" orang bodoh aja minat dekat kau..," Mawar berkata sebelum melompat turun dari tempat duduknya. Dia berlari ke tengah gelanggang dan mula bermain. Rayyan tersenyum penuh makna.

" Tasya..tengok tu..," wawa menunjuk ke tengah gelanggang.
" what!! Kenapa perempuan tu ada dekat situ?"
" dia berdiri sebelah Big B...berani betul," Tasya merengus geram. Dia sudah lama meminati Rayyan dan berangan mendekati lelaki itu, tetapi tidak berpeluang. Mawar yang baru dua hari pindah ke situ sudah berani mendekati Rayyan, memang melampau.
" aku akan pastikan dia menyesal buat macam tu...," Tasya tersenyum sinis.

Mawar memandang Rayyan selamba. Bola masih di tangannya.' Hebat sangat ke?'.
" wey..bagi bola cepat.., kau duduk je kat tepi..,tak payah menyibuk," Shaz berkata sambil berjalan menghampiri Mawar. Dia malas melayan perempuan waktu permainan berlangsung. Belum sempat dia mencapai bola, Mawar sudah melompat ke kiri kanan sambil membawa bola dan sekelip mata bola telah memasuki jaring. Suasana di dewan itu sunyi seketika. Mungkin terkejut dengan adegan yang baru sahaja berlaku. Mawar mencapai bola dan di baling pada Shaz. Dia membetulkan sweaternya sambil berjalan ke luar gelanggang. Rayyan mengetap bibir, matanya tidak lepas mengekori lenggok tubuh Mawar.' Hurmm..menarik,'
_________________________________________

" aku dah tau siapa budak Mawar tu," Shaz menghampiri Rayyan yang terbaring di atas bumbung.
" Mawar? Nama dia Mawar?" Rayyan bertanya.
" ha'ah..Mawar...anak pada Datuk Paduka Haizer...bapak dia ada syarikat import export...boleh tahan kaya jugak..," Shaz duduk di sisi Rayyan sambil memejamkan matanya.
" nama klasik...," Rayyan tersenyum sebelum duduk.
" tapi..,"
" kenapa?,"
" Mawar ni bukan macam budak yang kau pernah buli sebelum ni.., dia lain..,"
" maksud kau?,"
" aku dapat tau dia buat hal dekat sekolah lama dia..., sebab bergaul dengan gangster.., bapak dia tak nak dia timbulkan masalah lagi, sebab tu dia kena pindah sini...,"
" bagus...dia yang aku tunggu selama ni..," Rayyan menepuk tangan sebelum ketawa senang.
" kau jangan nak buat kerja gila..., aku tengok budak ni lain sikit...," Shaz membuka matanya dan menoleh ke sisi. Rayyan memandangnya dengan senyuman nakal di bibir.
" perempuan tetap perempuan bro..., aku akan usyar dia sampai dia menyerah.., kau tunggu je...," Rayyan bangun dari duduknya dan mengeliat.
" suka hati kau lah.., jangan kau yang masuk jerat sudah..,"Shaz menjeling sebelum merebahkan badannya di lantai. Angin yang bertiup lembut amat menenangkan. Suasana agak mendung hari ini.

Mawar merebahkan dirinya di katil sambil mengeluh. Terdengar pintu bilik di tolak dari luar.
" Mawar, awak dah mandi? Saya baru habis kelas tambahan...," Syifa menegur sambil tersengeh. Mawar menoleh dan memerhati setiap gerak- geri Syifa.' Apasal la aku satu bilik dengan budak ni?..'
"Mawar, kenapa tadi awak tak masuk kelas? Cikgu Suraya tanya pasal awak tau..," Syifa bercerita.
" aku malas...," ringkas jawapan dari Mawar. Dia kembali memandang syiling. Hatinya masih sakit bila teringat kata-kata papanya.

" papa dah bagi peluang banyak kali dekat Mawar, kenapa Mawar degil? Kenapa mesti nak bergaul dengan budak tak tentu arah tu? Jaga imej papa boleh tak? Papa tak kira...kali ni Mawar kena ikut kata papa.., papa dah daftar nama Mawar dekat Z.E.P.S...kemas barang-barang," Datuk Paduka Haizer melangkah pergi dengan perasaan marah. Mawar membaling bag sekolahnya ke dinding sebelum menjerit sekuat hati.

" Mawar...,jom pergi kafe, saya laparlah..., awak pun belum makan kan?," Syifa yang baru keluar dari bilik air mengajak Mawar.
" kau pergilah..aku malas..,"
" alaaa..jomlah awak..., petang-petang ni makanan semua sedap-sedap..., macam-macam ada..., jomlah..saya tau awak lapar..," Syifa memujuk.
" aku dah kenyang lah..," Mawar berkata serentak dengan bunyi dari perutnya, menandakan lapar. Syifa ketawa senang. Kali ini Mawar tidak boleh menipunya lagi.
" haaaa...perut awak dah tolong jawabkan..., jom...," Syifa menarik tangan Mawar, menyruhnya berdiri. Dengan terpaksa Mawar menurut juga kemahuan Syifa. Dia mencapai sweater merahnya dan disarung ke badan.

" weii..tu..," Shaz memuncungkan bibirnya ke satu sudut kafateria. Rayyan yang sedang bermain game di talifonnya memerhati. Matanya menangkap susuk tubuh perempuan bersweater merah sedang melangkah masuk ke kafeteria. Bibirnya menguntum senyum.
" aku rasa dia ni memang minat kat aku lah.., mana aku ada, mesti dia ada..," Rayyan berkata senang.
" cehh..high level betul keyakinan kau ea..., dia pandang kau pun tak...tak yah perasan bro..,"Shaz menggelengkan kepalanya.
" jual mahal aja tu...., kau tengok je aku usyar dia..," Rayyan berkata sebelum mengatur langkah menghampiri Mawar.

" ehemm..., hai...," Rayyan menegur. Mawar menoleh ke sisinya sebelum buat muka menyampah.' Asal la aku kena hadap mamat sewel ni selalu...urkhhh,'.
" nak makan ke?," Rayyan bertanya pula.
" tak lah..aku nak berak..," Mawar berkata selamba. Rayyan ketawa senang.
" kau memang suka warna merah ea? Bag merah..sweater merah...," Rayyan menyentuh sweater Mawar, sebelum tangannya di tepis kasar.
" suka hati aku lah...nak suka warna apa...yang kau menyibuk apahal? Menyemak aja depan mata aku...tepilah..," Mawar berkata geram dan menolak tubuh tinggi lampai Rayyan.
" lembut tangan kau...," Rayyan berkata nakal.
" berambus," Mawar berbisik sambil membutangkan matanya. Entah apa nasib malangnya bila selalu terserempak dengan lelaki tak betul itu. Rayyan sempat mengenyitkan mata sebelum kembali ke tempat duduknya.

" eh Syifa...aku nak tanya kau sikit..," Mawar melabuhkan punggungnya di birai katil. Mereka baru sahaja balik dari kafeteria.
" awak nak tanya apa?," Syifa membuka tudungnya sebelum duduk di sisi Mawar.
" kau dekat sini dah lama?"
" saya masuk sini masa form 2,"
" mesti kau kenal mamat yang kau kata Big Boss tu kan..,"
" ohh..maksud awak Rayyan?"
" nama dia Rayyan?,"
" ha'ah...Tengku Rayyan bin Tengku Malik,"
" Tengku Malik?..uncle Malik?," Mawar terkejut bila mendengar nama Tengku Malik di sebut. Serta-merta wajah Tengku Malik bermain di fikirannya.
" awak kenal ke dengan pemilik Z.E.P.S?,"
" maksud kau..Z.E.P.S ni Tengku Malik yang punya?," Mawar bertanya teruja.
" yup..., Rayyan tu anak lelaki dia.., anak lelaki tunggal," Syifa tersenyum melihat wajah Mawar yang terkejut.
" wahh...baru aku rasa logik sekarang...,okay.., rupanya ini lah sebab utama papa paksa aku pindah dekat sini..," Mawar bangun dari birai katil dan berjalan mundar-mandir. Syifa melihatnya pelik.
" awak macam kenal aja dengan Tengku Malik tu?,"
" err..tak2..aku tak kenal.., dah lah..aku nak keluar kejap..," Mawar berkata gugup sebelum melangkah ke luar bilik. Syifa menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" o..okay..,"

" arkhhh!!!," Mawar menjerit sekuat hati sambil berdiri di atas bumbung. Dia melepaskan geram yang berbuku di hati. Dia teringat kembali peristiwa yang berlaku dulu.

" Red...kau free malam ni?" Zack bertanya sambil memeluk tengkuk Mawar.
" sakit lah sial.., alih tangan kau, berat bongok..," Mawar berkata sambil menepis tangan Zack.
" alah kau ni..kalau belasah orang kuat aja aku tengok...setakat tangan aku ni pun tak mampu nak angkat ke...,"
" bukan tak mampu..tapi semak.., asal kau tanya aku free ke tak ni?," Mawar bertanya sebelum menyedut air kotak di tangannya.
" macam biasalah beb.., aku nak ajak lepak tempat biasa..., kau pun dah lama tak turun tengok bebudak kita...," Zack mengeluarkan kotak rokoknya.
" kau merokok lagi?," Mawar bertanya, kurang senang.
" alah..aku sedut sebatang je kot..,"
" kau nak sedut jangan depan aku..., aku bakar kotak tu dengan kau-kau sekali kang..,"
" yelah..yelah.., ni malam ni on tak?,"
" tak boleh...,aku dah kantoi ngan papa aku..," Mawar menunduk sambil mengeluh.
" aduh...payah lah kau ni...kau tau tak, musuh kita makin menjadi-jadi, dah berani jual barang kat kawasan sekolah..., kalau kau lembik macam ni..., sapa nak cover sekolah tu..., selama ni..kau je yang berani nak berdepan dengan diaorang...," Zack berdiri sambil memandang Mawar.
" papa aku dah warning doh..., aku tak tau sapa yang report pasal aku..., kali ni aku tak boleh nak cover dah..., kau je lah cover.., kalau kantoi dengan papa aku lagi..mati aku..,"
" kau bukan buat benda jahat pon...selama ni kau tolong bebudak je kan..., kalau kau tak de...makin ramai yang terpengaruh dengan geng Feng tu..,"
" pada pandangan papa aku.. begaduh..belasah orang..semua tu kerja gangster...kalau aku terangkan kat dia pun..bukan dia faham..," Mawar mengeluh.
"Kali ni je lah beb...last..., kau tak kesian ke dengan budak sekolah kita....okay..esok, aku dengan bebudak nak jumpa si Feng..., kalau kau kesian dekat aku..kau turun.., aku cau dulu..," Zack berkata sebelum melangkah pergi.

Mawar mendongak memandang ke langit. Keluhan demi keluhan di lepaskan. Kenangan pahit manis dia di sekolah lamanya dulu menggamit memori. Entah kenapa dia memujuk papanya untuk bersekolah di sekolah yang bermasalah begitu. Di kelilingi dengan gangster dan pengedar dadah, sedangkan papanya mampu menyekolahkannya di sekolah elit seperti Z.E.P.S. Mawar tunduk ke lantai sebelum memusingkan badannya. Dia sedikit terkejut kerana ada seseorang berdiri di situ.
" kau?," Rayyan tersenyum sambil melangkah menghampiri Mawar.
" kau memang minat dekat aku ke?,"
" huh?,"
" mana aku ada..mesti kau ada.., kau suka dekat aku kan?," Rayyan bertanya sambil memandang Mawar atas bawah.
" aduhh..masalah lah mamat ni..., patut aku yang tanya kau soalan tu..., punyalah besar sekolah ni..kenapa dekat sini jugak kau nak muncul..," Mawar bercekak pinggang sebelah sambil merenung tajam Rayyan.
" cik adik manis...ni memang tempat lepak aku.., satu sekolah ni tau dan tak kan berani jejak kat sini...,"
" huh..., bukan ada nama kau pun..., blah lah..,"Mawar menolak Rayyan dan melangkah pergi. Tetapi kolar sweaternya di tarik dari belakang. Dia mencapai tangan Rayyan sebelum membongkok. Kali ini Rayyan tidak jatuh ke lantai, dia dapat mengimbangkan badannya. Ketawanya pecah di situ membuatkan Mawar geram.
" no..no..bukan untuk kali ni.., dulu aku bagi can je kat kau.., saja aku nak tengok..," Rayyan malah memeluk pinggang Mawar dari belakang sambil berbisik. Dengan pantas Mawar menyiku rusuk Rayyan untuk melepaskan diri. Rayyan melepaskan badannya tetapi dapat mengelak siku Mawar. Dia menepuk tangan sambil ketawa.
" wahhh...bagus...tak sangka, boleh tahan juga kau ni..., body kau pun boleh tahan..," Rayyan berkata sambil meramas jari jemarinya.
" Gila!!," Mawar menjerit sebelum berlalu dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience