Episod 10

Romance Completed 9436

Syifa melangkah longlai menuju ke biliknya, jam sudah menunjukkan pukul 12.50 malam, nasib baik dia tidak tertidur di makmal tadi. Silapnya juga bila suka menangguh kerja. Banyak kerja kursus yang perlu di siapkan.
" ehhh...Mawar belum tidur ke?," Syifa menggosok-gosok matanya yang kelat bila terlihat lampu dari celah pintu. Jarang temannya itu tidur lewat begini. Syifa mencapai kad dan meletakkan di pintu. ' aikk..tak kunci? Rosak ke?' Dia pelik bila pintu tidak berbunyi seperti biasa. Memang benar pintu tidak berkunci dan senang di buka. Syifa melangkah masuk dengan mata yang separuh terbuka, mengantuk sungguh.
" Mawar...," Syifa menegur bila terpandang satu susuk tubuh sedang berdiri di tepi katil Mawar.' Ehh..kejap..tu bukan Mawar..,' Syifa menggosok-gosok matanya untuk melihat dengan lebih jelas.
" si..sipa kau?," Syifa tergagap bila sedar yang tubuh itu milik seorang lelaki yang tidak di kenalinya. Lelaki itu agak terkejut dengan kehadiran Syifa. Dia kelam kabut hendak keluar dan menolak Syifa ke lantai. Kepala Syifa terhantuk di bucu meja.
" woiii..," Syifa memegang kepalanya sebelum pandangannya mulai gelap.

Mawar meraba-raba tangannya di katil dan menepuk-nepuknya perlahan.' Ehh..kenapa katil aku ni keras semacam? Apa ni?,' Mawar mengerutkan dahinya tetapi matanya masih lagi terpejam. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan memerhati tangannya.' A..apa ni?' Mawar masih mamai dan cuba melihat dengan jelas apa yang di depan matanya. Telinganya terdengar degupan jantung bernada tenang. Mawar membuka matanya luas-luas dan mengangkat kepalanya. Dadanya mula berdebar-debar. Dia mendongak ke atas.
" Sayang..dah bangun?," Rayyan bertanya dengan senyuman menggoda. Mawar membutangkan matanya dan terus menolak tubuh lelaki itu dan melihat tubuhnya di dalam selimut, serta-merta wajahnya merah padam. Bibirnya terketar-ketar dan mata sudah berkaca-kaca.
" Mawar...," Rayyan sudah mengagak apa yang difikir Mawar. Gadis itu sudah tersedu-sedu sambil memeluk selimut. Rayyan menghampiri Mawar dan menariknya ke dalam pelukan, Mawar memukul dadanya berkali-kali. Namun Rayyan tidak menghiraukan pukulan itu dan terus memeluk Mawar erat.
" kau tak guna!!! Kenapa??," Mawar menjerit sambil menagis tersedu-sedu.
" Mawar..., maafkan aku...maafkan aku sebab tak dapat tahan nafsu aku sendiri...," Rayyan berbisik lembut di telinga Mawar. Walaupun dia senang dengan apa yang berlaku, separuh hatinya terasa kesal. Dia faham perasaan Mawar tika itu.
"Aku...jijik dengan diri aku sendiri..., bunuh je aku Rayyan...," Mawar berkata sayu. Terasa lemah seluruh tubuhnya. Semangatnya melayang entah ke mana.
" heyy..Mawar..pandang aku..," Rayyan melepaskan pelukannya dan merenung wajah Mawar.
" Mawar .., kau isteri aku yang sah..., apa yang berlaku ni bukan dosa sayang...tapi pahala..., aku tau kau belum bersedia dengan semua ni...,aku faham.., sebab tu aku mintak maaf..., aku tak mampu tahan perasaan aku bila kau goda macam tu...," Rayyan berkata dengan nada lembut. Mawar merenung ke dalam anak mata Rayyan.
" a..aku..," Mawar hilang kata-kata. Dia terasa dirinya begitu bodoh dan hina di mata Rayyan. Rayyan mengesat air mata di pipi Mawar sambil tersenyum.
" jujur..aku cintakan kau..., aku ikhlas jadikan kau isteri...sampai bila-bila pun, hanya nama kau yang terpahat dekat hati ni..., jangan pernah menyesal jadi isteri aku..sebab aku bangga jadi suami kau...," Rayyan berkata jujur dan tegas.
" tapi kenapa?? A..aku tak faham..kenapa semua benda ni boleh berlaku? Ke..kenapa dengan aku Rayyan?" Mawar bertanya kesal. Masih segar di ingatannya apa yang berlaku malam tadi. Dia sedar apa yang di lakukannya dengan Rayyan, tetapi..macam mana dia boleh bertindak begitu. Kepalanya terasa pening, pening memikirkan apa yang bakal berlaku selepas ini. Rayyan menarik Mawar kembali dalam pelukannya.
" tapi aku bersyukur Mawar...sebab kau datang pada aku...," Rayyan berkata lega. Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku jika Mawar tidak ke biliknya semalam. Entah siapa yang sanggup melakukan perkara terkutuk ini pada Mawar.
" kenapa kau cakap macam tu? " Mawar bertanya.
" kau ingat tak apa yang kau makan sebelum datang bilik aku?," Rayyan menjawab pertanyaan dengan pertanyaan.
" a..aku tak makan apa pun..cuma..," Mawar teringat dia ada minum air pepsi di dalam botol yang di beri Syifa.
" cuma?," Rayyan memandang wajah isterinya.
" aku ada minum air pepsi dalam botol.., lepas tu..,"
" badan kau tiba-tiba panas...," Mawar menganggukkan kepalanya. Rayyan mengeluh berat sambil membelai rambut Mawar.
" aku rasa dalam air tu ada ubat perangsang...,"
" huh!!!?" Mawar mendongak memandang wajah Rayyan.' Ubat perangsang?'
" takpe..aku akan siasat benda ni....ada orang yang dengki dengan kau..., mungkin orang yang sama buat kau dekat kolam air panas dulu..." Rayyan berkata geram.
" siapa?,"
" kita akan tau tak lama lagi..., yang pasti..dia akan terima akibatnya .., aku tak akan lepaskan dia dengan mudah...,"
" err..Rayyan..,"
" ermm...,"
" bo..boleh tak ambikkan baju aku..," Mawar berkata serba-salah. Dia malu melihat baju dan seluarnya berterabur di lantai.
" baju yang mana? " Rayyan bertanya dengan senyuman nakal. Mawar menjeling Rayyan tajam.
" yang tu lah...mana lagi..,"
" kau tak nak pakai baju dalam ke?" Rayyan bertanya selamba. Mawar terus menendang Rayyan hingga tergolek jatuh dari katil.
" ouchhh!!!, sayang!!! Pinggang abang ni nak pakai lama...," Rayyan menggosok-gosok pinggangnya yang terasa perit.
" padan muka...aku cakap elok-elok, kau nak melawak kan..hambik!!," Mawar berkata puas. Dia masih malu dengan Rayyan, walaupun lelaki itu suaminya yang sah.
" alaaa...gurau ajalah..., kalau tak pakai baju pun takpe..., abang dah tengok semua.., masih melekat lagi dekat kepala ni haa..," Rayyan masih mengusik, pura-pura tidak menghiraukan wajah malu Mawar. Mawar mencapai bantal di sisinya dan di baling kasar pada Rayyan.
" dah lah..aku nak mandi..., layan perangai kau..habis subuh aku..," Mawar berkata dan berusaha untuk bangun dengan selimut yang berbelit di badan.
" mana kau nak bawak selimut aku tu?," Rayyan bertanya pelik.
" kau diam....," sempat Mawar menjeling sebelum masuk ke bilik air. Nasib baik bilik air di bilik Rayyan ini lebih besar berbanding di biliknya, kalau tidak pasti dia tersangkut di pintu dengan selimut-selimut sekali. Rayyan menggelengkan kepalanya sambil tersengeh, dia melihat cadar katilnya yang ronyok di sana sini dan terpandang satu tompok merah di situ. Dia tersenyum meleret, masih jelas di ingatannya, apa yang berlaku malam tadi.
" Rayyan!!!," Mawar menjerit dari dalam bilik air.
" yup...,"
" bagi aku tuala dengan baju..," Mawar meminta.
" okay..," Rayyan menuju almarinya dan mencapai tuala serta baju t-shirt putih sebelum menuju ke pintu bilik air.
" nahh..," pintu bilik air di buka sedikit sebelum Mawar menghulurkan tangannya.
" cepatlah..," Mawar berkata marah bila Rayyan cuba bermain dengannya.
" okay..okay..nah..hati-hati mandi tu.., lepas mandi kau solat lah dulu, aku dah sudah tadi.., kau nak apa-apa tak? Aku nak pergi cafe..,"Rayyan bertanya.
" ermmm...belikan je apa-apa....aku lapar..," Mawar menjawab dalam bilik air.
" okay...," Rayyan berkata sepatah sebelum melangkah keluar.

Wajah Rayyan berseri-seri pagi itu. Senyuman sentiasa menguntum di bibirnya. Dia bernyanyi kecil sambil meninjing satu bungkusan berisi roti, kuih dan air. Dia asyik dalam dunianya sendiri. Setibanya di satu selekoh di koridor dia terpandang Tasya dan kawan-kawannya bersama seorang pelajar lelaki. Pada mulanya Rayyan tidak mengendahkan apa yang dibincang mereka berempat, tetapi bila telinganya menangkap nama Mawar di sebut, cepat-cepat dia bersembunyi untuk mencuri dengar perbualan mereka.
" mana benda yang aku suruh kau buat..," Tasya bertanya tidak sabar.
" benda apanya...dia tak ada dalam bilik tu.., kau kata dia dah ready...,"
" kau jangan nak main-main Zam.., "
" apa yang main-mainnya...kau yang buat kerja tak betul..nak salahkan aku pulak.., macam mana aku nak ambik gambar kalau bayang budak Mawar tu pun tak ada dalam bilik tu..,"
" Mustahil!!! Budak lagi sorang...?," Tasya bercekak pinggang. Zam menggaru kepalanya serba-salah ingin menjawab.
"Err..,"
" takkan tak ada jugak..," Tasya sudah mula berangin.
" sebenarnya...masa aku dekat dalam bilik..dia baru masuk...,"
" maksud kau..dia tak makan roti tu?," Wawa pula bertanya. Zam menggelengkan kepalanya.
" sial lah!!!," Tasya menjerit sambil menendang dinding. Nafasnya turun naik.
" kau jangan kata yang budak tu nampak kau..,"
" err..," Zam tidak mampu menjawab pertanyaan itu.
" bodoh!!!" Tasya tiba-tiba menumbuk wajah Zam hingga dia tersungkur ke lantai.
" macam mana ni Sya? Aku mula tak sedap hati ni...," Zila berkata dengan wajah bimbang.
" ta..tapi..air tu tinggal separuh..aku rasa Mawar dah minum..," Zam memberi tahu sambil mengelap hujung bibirnya yang berdarah. Tasya menoleh ke arahnya.
" habis tu..mana dia? Aku pelik lah dengan perempuan sial ni...bila aku nak kenakan dia..mesti dia hilang macam tu ja.., ilmu apa yang dia pakai hah!!?," Tasya berkata separuh menjerit. Bengkak hatinya bila segala rancangannya musnah.
" aku dah kata Sya.., jangan carik pasal dengan dia, Mawar tu lain..kau tak nak dengar.." Wawa berkata kesal.
" kau diam lah!!!," Tasya menjerit.
" kau...kalau apa -apa jadi, tutup mulut kau tu..jangan libatkan aku..faham!!!," Tasya memberi amaran pada Zam. Budak lelaki itu mengangguk sebelum melangkah pergi dari situ. Rayyan menggenggam penumbuknya sambil matanya merenung tajam ke depan dan giginya di ketap geram.' Huhh...lepas ni aku kerjakan korang cukup-cukup, kau tunggu!!,'.

Pintu bilik di tolak dari luar. Mawar menoleh dan melihat Rayyan masuk dengan bungkusan di tangan.
" sayang..," Rayyan tersengeh sambil menghulurkan bungkusan pada Mawar.
" weyy..sorry aku guna dua kain pelikat kau buat solat..habis tak ada telekung..," Mawar memberitahu.
" lahh..aku lupa pulak kat bilik aku tak ada telekung.., tapi macam mana kau guna kain tu?" Rayyan bertanya sambil menggaru dagunya.
" adalah...,aku kan kreatif.., dah jangan banyak bunyik..aku lapar...," Mawar mencapai bungkusan roti dan membukanya. Sekelip mata roti itu sudah di kunyah separuh.
" amboii..lapar betul..., cukup tak ni?" Rayyan bertanya sambil ketawa lucu melihat pipi isterinya yang penuh dengan roti itu.
" bising lah...aku lapar ni..tak ada tenaga..," Mawar menjeling Rayyan.-
" sorry sayang...abang ganas sangat ea malam tadi?," Rayyan bertanya nakal sambil tersenyum penuh makna. Mawar menghentikan kunyahan di mulutnya sambil membutangkan mata pada Rayyan. Dia mendekati Rayyan di katil dan cuba menumbuk lelaki itu. Tetapi Rayyan mengelak menyebabkan Mawar terjatuh di katil meniarap betul-betul di dada Rayyan. Wajahnya terasa panas. Rayyan menghadiahkan senyuman menggoda.
" nak repeat malam tadi ke?" Dia berbisik di telinga Mawar sebelum tubuhnya di tolak kasar. Mawar bangun tanpa menoleh ke arah Rayyan, dia menuju ke meja dan menyambung makan. Rayyan ketawa senang, bahagia sungguh hatinya tika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience