Episod 7

Romance Completed 9435

" wahhhhh....bestnya strawberry, besar-besar pulak tu..," Mawar berkata teruja. Rayyan sekadar memerhati dengan senyuman.
" Rayyan...,kau tak nak petik ke? Gemuk-gemuk..geram aku..., jom lah petik...," Mawar memanggil.
" aku pun geram jugak...geram yang depan mata aku ni...cuma dia tak gemuk, comel-comel jek...," Rayyan melirik Mawar dengan senyuman menggoda.
" mana-mana?," Mawar bertanya lurus.
" ni yang tengah petik strawberry sambil lompat-lompat...comel..geram je aku tengok...," Rayyan menjawab selamba sebelum tergelak melihat Mawar menjelingnya tajam.
" kauuuu....,aku tengah mood baik ni.., jangan carik pasal...orang lain makan strawberry, kau mandi strawberry nanti...,huhh..," Mawar berkata geram sebelum melangkah pergi.
" oiittt...nak pergi mana?," Rayyan bertanya sambil mengekori Mawar.
" sibuk lah kau..., malas nak layan,," Mawar menjawab tanpa menoleh ke belakang.
" alaaa..gurau je beb..., aku nak buat macam mana..., dah kau comel sangat...,," Rayyan masih mengusik.
" kita dah janjikan nak enjoy macam member...,"
" okay..okay...memanglah dah janji..tapi naluri semula jadi kadang-kadang terlepas jugak...sorry lah...," Rayyan memujuk. Dia teringat sewaktu mereka makan tadi, Mawar memberi amaran keras padanya tentang perjanjian mereka, dia hanya mengangguk tanpa membantah.
" sembang...dahlah..aku nak pergi sana.. nak celup strawberry dengan coklat..," Mawar mengeluh dan meninggalkan Rayyan.
" kadang-kadang...dia ni ganas..kadang tu girl2 sangat..., yang ni...sensitif pulak? Unik jugak Isteri aku ni...," Rayyan berbisik sendirian.
" woiii..nak ikut ke tak nak? Tercegat macam patung cendana tu dah kenapa?," Mawar menjerit bila melihat Rayyan masih berdiri di situ. Rayyan tersengeh sebelum berlari anak mendapatkan Mawar.

Rayyan terdengar sayup-sayup suara orang sedang menyanyi. Dia membuka matanya perlahan-lahan tanpa menggerakkan tubuhnya. Dia menoleh ke arah cermin solek dan terlihat seseorang sedang menari. Matanya di gosok perlahan supaya lebih jelas. Terlihat Mawar sedang berkemban tuala sambil menyikat rambutnya di depan cermin.

I love it when you call me señorita
I wish I could pretend I didn't need ya
But every touch is ooh la la la
It's true, la la la
Ooh, I should be running
Ooh, you keep me coming for you

Mawar asyik menyanyi dan tidak menyedari Rayyan sedang memerhatinya di sofa. Dia menyikat rambutnya sebelum di ikat kemas. Rayyan menelan air liur sambil melihat Mawar atas bawah. Naluri lelakinya terusik.' Fuhhh...sabar Rayyan, sabar tu separuh dari iiimannnnn....tarik nafas..lepas....tarik..lepas..,' Rayyan berbisik dalam hati. Dia cuba mengalihkan pandangan, tetapi matanya tetap juga degil ingin melihat keindahan tubuh kekasih halalnya.' Mawar oiii..jangan lah lama sangat macam tu...pergilah pakai baju.., aduhai..macam mana ni..,' Rayyan mula gelisah. Mawar mencapai baju t-shirt biru muda yang sudah di letakkan di tepi katil. Tiba-tiba terdengar suara Rayyan berdehem di sofa membuatkan dia terkejut dan menoleh.' Fuhh..nasib baik..ingat dia dah bangun, ishhh..bahaya ni..baik aku salin baju dekat toilet...,' Mawar berbisik sebelum berjengket ke bilik air bersama baju di tangan. Rayyan terus bangun bila melihat Mawar sudah masuk ke bilik air.
" Apa yang kau nak heran Rayyan, sebelum ni pun kau dah tengok kan...," Rayyan berbisik pada dirinya sambil ke hulu hilir cuba menenangkan diri.' Itu belum halal..sekarang dah jadi milik kau Rayyan,'ada satu suara berbisik di telinganya. Cepat-cepat Rayyan menggelengkan kepala.
" bersabar...kau kena sabar Rayyan...biar dia yang merayu dekat kau...," Rayyan cuba meyakinkan dirinya. Tiba-tiba pintu bilik air di buka, Rayyan kelam kabut kembali berbaring di sofa. Mawar keluar dari bilik air lengkap berpakaian sebelum membelek wajahnya di cermin.
" Rayyan..." Mawar memanggil.
" Rayyan!!!,"
" ermmm...," Rayyan pura-pura baru terbangun.
" bangunlah...pergi mandi..aku lapar lah..,," Mawar berkata jujur. Jam sudah menunjukkan pukul lima petang, perutnya sudah berkeroncong.
" ermmm..okay...aku mandi kejap...,kau jangan nak pergi mana-mana pulak, solat asar dengan aku...," Rayyan berkata sambil mengeliat. Dia mencapai tualanya dengan mata yang separuh terbuka, sedangkan dia sudah terbagun sedari tadi.
" okayy..., cepat sikit mandi...jangan lambat..," Mawar berkata sambil menggelengkan kepalanya. Rayyan memasuki bilik air.
" arkhhh...wanginya bau dia...,kenapa dengan aku ni? Selamatkan lah aku dari segala godaan...," Rayyan berbisik sambil menampar-nampar pipinya. Dia cuba mengawal nafsu yang semakin memuncak.

Rayyan membawa Mawar makan di sebuah restoran dengan pemandangn kebun teh. Suasana segar menyapa mereka yang menjamu selera di situ.
Mawar tersenyum senang, tetapi dia pelik melihat Rayyan yang cuba mengelak darinya.' Apa kena mamat sengal ni? Lepas bagun tadi terus diam jek...selalu ada je nak menyakat aku...,'.
" weyy..,"
" hermm..,"
" asal kau ni?," Mawar bertanya.
" takde...," Rayyan menjawab sepatah tanpa menoleh pada Mawar.
" kenapa muka kau macam pucat jek? Kau demam ke?" Mawar bertanya bimbang sambil meletakkan tangannya di dahi Rayyan.
" errr..aku o..okay..okay sangat..., " Rayyan mengelak dari di sentuh Mawar.
" sembang lah kau ni..., selalu mulut kau tu tak berenti nak gaduh dengan aku, ni tetiba senyap aja...kena sampuk ke?," Mawar bertanya selamba.
" uishhh..kau ni..., ada ke situ pulak.., aku okay..cuma..rasa tak selesa sikit.., mungkin penat drive kot..," Rayyan teragak-agak menjawab.' Abang ni tengah menahan rasa sayang oiiii...., jangan lah tanya lebih-lebih...,' Rayyan menjerit dalam hati. Mawar sekadar mencebikkan bibirnya sambil mata melihat menu. Sempat dia menelan air liur melihat pelbagai menu menarik di hadapannya.
" Rayyyy...," tiba-tiba seorang gadis memanggil Rayyan. Mereka berdua menoleh serentak. Riak wajah Rayyan sedikit berubah, seakan-akan menyampah melihat gadis yang memanggilnya itu.
" haaa...kau..buat apa dekat sini?," Rayyan bertanya sedikit kasar. Mawar buat tidak endah dan terus melihat menu di tangan. Gadis itu menjeling Mawar sebelum menghadiahkan senyuman pada Rayyan.
" i tengah holiday dengan family i, tak sangka you ada dekat sini..., mana parents you? Takkan you makan dengan maid je..," selamba sahaja gadis itu membahasakan Mawar sebagai maid. Mungkin melihat penampilan Mawar yang hanya ber t-shirt longgar dan berseluar jeans. Rayyan melirik Mawar yang sudah mengetap bibir.
" aku datang dengan wife aku...kiteorang honeymoon dekat sini...," Rayyan menjawab tanpa memandang gadis itu. Gadis yang bernama Aida itu sedikit terkejut dengan kata-kata Rayyan.
" o..ohhh...you honeymoon..., mana wife you?" Aida bertanya dengan suara sedikit bergetar.
" aku wife dia...asal? Ada masalah? Kau ni dah la datang tak bagi salam...main hembus jek..., kau ingat muka macam aku ni sesuai jadi maid je ke? Macam-macam aku boleh buat...kalau nak bunuh orang pun boleh rasanya..., lagi-lagi kalau aku tengah lapar...," Mawar menghempas menu di atas meja sebelum membebel. Dia merenung tajam wajah Aida. Rayyan cuba menyembunyikan senyum. Aida terus ternganga bila mendengar bebelan Mawar.
" w..what!!? Who are you? Ray...betul ke dia ni wife you? I tak sangaka pulak Uncle dengan auntie pilih perempuan macam ni..., so scary..," Aida berkata dengan gaya gediknya dan cuba memegang bahu Rayyan.
" hah..berani kau sentuh...kenyang makan penumbuk ni nanti...," Mawar berkata sambil menunjuk penumbuknya. Aida terus membatalkan niatnya.
" Aida..baik kau pergi dari sini...jangan kacau kitaorang, aku tau niat kau..., dan apa yang kau rancang tu tak akan pernah berjaya....aku dah lama terangkan dekat kau dulu...rasanya tak perlu aku ulang semula..., jadi orang biar boleh terima kenyataan...kau bukannya tak cantik..," Rayyan berkata serius.
" sampai hati you Ray...," Aida berkata sedih.
" nak buat macam mana...hati aku dah ada dekat dia..sepenuhnya!!!, please lah..aku tak nak kecoh-kecoh dekat sini...okay.."
"Apa lagi...blah lah..," Mawar berkata garang. Aida menjeling mereka berdua sebelum berlalu dari situ. Rayyan tersenyum melihat Mawar.
" hah..yang kau ni kenapa? Senyum-senyum..ingat lawak?..huhh..," Mawar menjeling Rayyan sebelum kembali melihat menu yang di campak tadi.
" kau tak nak tau ke...,"Rayyan memancing.
" apaaaa!!!,"
" siapa Aida..."
" minah tak cukup kain tu?" Kata-kata Mawar membuatkan Rayyan ketawa geli hati.
" asal gelak? Betul apa...pakai baju nampak pusat..., aku pun tak taulah kulit dia jenis apa..sejuk macam ni pun boleh lagi nak pakai baju macam tu...eiii..sengal!!," Selamba sahaja Mawar mengutuk.
"Mawar..Mawar..., haiii.., budak Aida tu..sebaya aku..., anak kawan baik mommy, dari kecik dah kenal dengan family dia..., mama dia teringin sangat nak jodohkan anak dia dengan aku..., tapi daddy aku tak setuju, aku pun tak tau kenapa..., daddy macam ada simpan rahsia pasal family Aida.., aku pulak memang alergik dengan perempuan gedik macam tu...,"
" ohhhh...,patutlah dia tengok kau macam nak telan...,ha..ha..ha..," Mawar ketawa mengejek.
" tapi aku pelik juga kenapa kau tetiba marah dia...jealous ker?," Rayyan bertanya sambil tersenyum meleret.
" eiiiuuu...sorryyyy sikit.., aku hangin sebab aku lapar..., tiber pulak minah gedik tu datang buat ceramah free..., makin bertambah lapar aku..., huhh...," Mawar menjawab dan mencebikkan bibirnya.
"Iyalah tu..sayangggg...,"
" kalau kau taknak aku mengamuk..baik kau pergi order..., aku lapa ni...," Mawar berkata geram.

" hello..waalaikumsalam Mommy," Mawar menjawab salam setelah telifon di letak ke tepi telinga.
" Mawar dengan Rayyan macam mana? Sihat?," Puan Zhi Ting bertanya mesra.
" kiteorang okay mommy, sihat alhamdulillah..., mommy dengan daddy sihat?,"
" sihattt...,err...Mawar..., Rayyan layan Mawar okay tak?," Puan Zhi Ting bertanya separuh berbisik.' Aikk mak mertua aku ni..., macam lah Rayyan boleh dengar suara dia dalam telifon..' Mawar tersenyum sendiri.
" okay je mommy..., kadang tu ada jugak gaduh sikit..,"Mawar berkata jujur. Bila berbual dengan wanita itu, terubat sedikit rindu pada arwah mamanya.
" baguslah...jangan gaduh lama-lama tau...sikit-sikit tak apa..," Puan Zhi Ting berkata lega.
" baik mommy..," Mawar menjawab mesra sambil tersenyum. Setelah puas berbual dan bertanya khabar, talian pun di matikan.
" amboii..mommy sekarang tak call aku lagi dah...iyalah..dah ada menantu, anak di lupakan," tiba-tiba Rayyan menegur sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Mawar melirik lelaki itu dengan senyuman di bibir.'lahhh cemburu ke??,'
" Rayyan...,"
" apa??,"
" bila kita nak balik?," Mawar bertanya.
" lahhh..baru dua hari kot.., kenapa? Kau bosan ke?," Rayyan memandang wajah isterinya. Mawar mengangguk lemah, dia di besarkan di bandar, sentiasa di kelilingi suasana riuh dan hiruk pikuk kota. Dia tidak biasa duduk bersantai dan melepak tanpa aktiviti lasak. Sudahlah berbulan di Z.E.P.S yang dikelilingi hutan. Sekarang dia terpaksa pula berbulan madu dengan lelaki tiga suku di hadapannya ini. Bosan.
" apa kata.. kita balik KL, tapi bukan balik rumah...," Rayyan berkata sambil tersenyum meleret. Mawar mengerutkan dahinya.
" maksud kau?," Dia tidak dapat meneka apa yang ada di fikiran Rayyan.
" aku ada tempat best..mesti kau suka...dulu aku selalu buat benda ni...kalau kau okay, kita kemas barang, petang ni kita gerak KL...," Rayyan berkata penuh semangat.
" o..okay...tapi nak pergi mana? Kau jangan bawak aku tempat sembarangan...putus leher kau nanti..," Mawar memberi amaran.' Bukan boleh percaya mamat senget ni, jangan dia jual aku sudah..,' bisiknya dalam hati.
" ishhh..banyak bunyi la kau ni..., dulu takde lah pok pek sangat...bila dah jadi isteri ni..asyik nak membebel aja ea...," Rayyan berkata geram. Mawar sekadar menjeling sebelum membuka almari pakaian.
" Mawar...,"
" ermmm...,"
" kau rajin kan..,"
" asal?,"
" kemaskan baju aku sekali...please...," Mawar memusingkan badannya menghadap Rayyan sambil matanya di besarkan.
" boleh lahh...sayanggg...," Rayyan membuat muka kesian sambil mata terkebil-kebil.
" huhhh....baju kau mana? Kumpul la dekat sini...senang aku nak lipat..., baju kotor letak satu tempat, nanti singgah dobi..," Mawar berkata sambil mengeluh. Rayyan tersenyum senang,' walaupun kuat membebel...tetap juga nak buat..sayang isteri abang...,' bisiknya dalam hati. Dia segera bagun dari sofa dan menuju ke bilik air untuk mengambil baju yang telah di gunakan. Satu sahaja kelemahannya, melipat dan mengemas baju.., tetapi jika di suruh masak..dia sanggup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience