Episod 16

Romance Completed 9436

Mawar duduk di sebuah kerusi dengan mata tertutup. Tangannya pula di ikat kebelakang. Kedua kakinya juga di ikat pada kerusi. Tetapi Mawar beriak biasa, dia bersandar di kerusi tanpa bicara. Feng jadi hairan bila Mawar hanya menurut dan tidak membantah.' Dia ni dah tak macan dulu..., kalau dulu pantang terusik..., huh...bagus..,' Bibirnya tersenyum sumbing.
" apa nombor telifon papa kau?," Feng bertanya. Mawar segera memberi nombor telifon papanya. Nombor itu di dail, tetapi sayang tiada jawapan balas. Feng merengus, dan mendail lagi.
" kau main-mainkan aku ke budak? Kenapa papa kau tak angkat? Hah!!??," Feng mula naik angin. Mawar tersenyum sinis. Dia memang memberikan nombor papanya, tetapi nombor lama yang sudah tidak di gunakan. Lagipun, papanya tiada di Malaysia, sudah tiga hari papanya itu ke dubai. Tiba-tiba tangan Feng mencengkam leher Mawar.
" kau memang nak mati ke hah!!!??," Feng menjerit dengan nafas turun naik. Mawar tidak takut malah ketawa dengan sinis.
" aku bunuh kau!!!," Feng menjerit.
" phuhhh..," Mawar meludah ke muka Feng. Walaupun matanya tertutup, ludahnya tepat mengenai Feng. Feng melepaskan cengkaman di leher Mawar dan mengesat mukanya. Kali ini dia memang sudah hilang sabar. Pistol ditarik dari kocek seluarnya dan di halakan ke leher Mawar. Mawar pasrah, dia terbayang semua orang yang di sayanginya...lebih lagi Rayyan...wajahnya selamba, tetapi hatinya merintih dan menagis...rindu benar dia pada suaminya itu...,baru dia merasakan cinta di hati setelah sekian lama hatinya tertutup..., tapi..., 'sayang maafkan mama...', Mawar merintih. Hampir sahaja picu di tarik..tiba-tiba bunyi orang menjerit dan mengerang kesakitan memenuhi ruang. Mawar mengerutkan dahinya bila pistol di leher tiada.' Apa yang dah jadi...?' Mawar tertanya-tanya dalam hati.

Feng terkejut bila orang-orangnya mula tumbang satu persatu. Matanya menangkap susuk orang berbaju hitam seperti ninja sedang memegang pisau di kiri dan kanannya. Mereka menyerang anak buahnya dengan tiba-tiba. Feng terkelu melihat apa yang berlaku di depan matanya itu. Darah sudah menyimbah ke lantai. Bangunan terbiar itu di penuhi dengan suara erangan menahan sakit. ' a..apa ni?' Feng bertanya dalam hati. Tiba-tiba telinganya menangkap suara besi di seret ke lantai. Feng memandang ke depan, terlihat seorang lelaki lengkap berpakaian samurai berwarna hitam dan bertopeng sedang memegang sebilah pedang. Senjata itu diheret ke lantai sambil berjalan menuju Feng dan Mawar. Matanya merenung tajam ke depan, terlihat dingin dan kejam. Feng menelan air liur. Siapakah lelaki itu? Dia tidak pernah bermusuh dengan mana-mana samurai atau ninja.
" asal kau tak tembak aku?" Mawar bertanya pada Feng. Dia hanya mendengar suara bising tetapi tidak dapat melihat kerana matanya di tutup kain. Feng tidak menjawab.
" lepaskan dia...," lelaki samurai itu berkata dingin. Feng terus mengacu pistol di leher Mawar. Dia nekad, jika dia mati disitu, Mawar juga harus mati. Dia pasti lelaki itu ada kena mengena dengan Mawar.
" aku kata lepas!!," lelaki samurai menjerit dengan mata tajam melihat Feng.
" kalau kau melangkah lagi..aku tembak..., siapa kau hah!!?" Feng berkata berani. Wajahnya merah padam bila melihat satu persatu anak buahnya tumbang. Walaupun mereka bersenjata api, tetap dapat di kalahkan ninja yang hanya menggunakan pisau.
" kau dah lama hidup!!?," lelaki itu bertanya, suaranya terdengar keras. Feng ketawa mengilai.
" patut kau tanya pada budak ni..., bukan aku, sekelip mata aja dia boleh mampus di tangan aku..., sentuh lah aku kalau kau nak dia mati...," Feng tersenyum sinis. Lelaki samurai itu berhenti melangkah. Pedang di tangan kanannya di angkat. Feng ketawa lepas bila melihat pedang samurai itu.
" apa yang pedang tu boleh buat?? Ketinggalan zaman kau ni..., peluru ni lagi pantas dari pe....," Feng tiba-tiba terkelu. Kata-katanya tidak di habiskan. Matanya melirik ke bahu kirinya yang sudah terpacak sebilah pedang. Darah membuak keluar membasahi baju. Perlahan-lahan dia jatuh terlentang. Mawar mengerutkan dahinya.' A..apa yang dah jadi ni? Kenapa kecoh sangat? Ya Allah..selamatkan aku..,'. Mawar terdengar derap langkah kaki menuju ke arahnya.

Lidahnya terasa perit dan haus. Badannya melekit dek banyak berpeluh. Jantungnya berdegup laju, perasaan bercampur baur, takut, bimbang, dan tertanya-tanya.' Siapa pulak yang culik aku?, aku dekat mana?,'. Mawar tidak tahu dia akan di bawa kemana. Tiba-tiba sahaja dia di dukung seseorang dan di masukkan ke kenderaan, entah kenderaan jenis apa pun dia tidak tahu, kereta..van..ataupun lori..,yang pasti dia dapat duduk bersandar dengan selesa. Tangan dan kakinya juga diikat ke depan. Matanya tetap di tutup dengan kain hitam. Boleh sahaja dia membuka penutup matanya itu, tetapi perasaan takutnya menebal. Takut yang menculiknya ini lebih kejam dari Feng. Hendak bertanya juga dia takut. Hanya telinganya sahaja dapat mendengar bunyi enjin menunjukkan kenderaan itu sedang bergerak laju.

Entah berapa lama Mawar dibawa pergi sehinggalah kenderaan itu berhenti. Mawar semakin berdebar, membayangkan segala kemungkinan yang akan berlaku padanya. Jika tadi dia tahu Feng yang menculiknya, tetapi kini semua jadi tanda tanya. Dia hanya di bawa pergi tanpa di beritahu kemana.
" si..siapa kau?? Kau nak bawa aku pergi mana?? Kau bunuh Feng??," Mawar bertanya bila terdengar pintu kereta di buka dari luar.
" ahhhh...," Mawar menjerit kecil bila tubuhnya di angkat seseorang. Dia menelan air liur.' Ya Allah, aku sanggup mati dari disiksa..., kau cabutlah nyawaku Ya Allah..,' Mawar berdoa bila dia terfikir dirinya akan di jual. Mawar dapat mendengar deru nafas orang yang mengangkatnya itu, entah kenapa dia berasa sedikit tenang. Penculiknya tidak berkasar dan amat berhati-hati mengangkat tubuhnya. Selang beberapa minit, si penculik memberhentikan langkah. Tubuh Mawar di letak perlahan-lahan. ' ehhh..ni macam tilam, be..betul ke aku kena jual? Ja..jadi pelacur?...' Mawar semakin cuak. Tiba-tiba ikatan di tangan dan kakinya di buka. Mawar pelik. Cuma matanya sahaja di biar tertutup. Seminit...dua minit..., suasana sunyi hanya terdengar bunyi sesuatu di tolak, seperti pintu...,tiba-tiba Mawar terdengar bunyi seperti air terjun.' Ehh..kenapa dia tak bukak kain ni? Mana pulak dia pergi?,' Mawar bertanya dalam hati. Penculiknya tidak mengeluarkan kata, walau sepatah. Dia jadi bingung. Walaupun debaran di dada masih menebal, Mawar perlahan-lahan membuka ikatan kain di belakang kepalanya. ' okay Mawar..., apa-apa pun yang terjadi, kau kena kuat.., serah pada Allah,'. Mawar membuka matanya separuh, pandangannya sedikit kabur dek kerana terlalu lama matanya di tutup dengan kain. Wajahnya di sapa angin segar yang bertiup sepoi-sepoi. Mawar menggosok matanya perlahan, cuba melihat dengan lebih jelas.' A..air terjun? Kolam? Aku dekat mana ni?,' Mawar bangun dari duduknya dan mengatur langkah ke pintu sliding kaca yang terbuka luas. Matanya menangkap satu susuk tubuh lelaki tidak berbaju sedang berendam di dalam kolam. Dia membelakangi Mawar. 'Dia ke yang culik aku?,tapi..kenapa?'. Mawar masih tertanya-tanya. Dia melangkah keluar dan menghampiri lelaki yang sedang bersandar di tepi kolam, dia mahu melihat wajah lelaki itu.
" kau ni siapa? Kenapa kau culik aku?" Mawar terus bertanya. Tetapi lelaki itu masih tidak menoleh dan hanya diam membisu. Mawar jadi geram bila pertanyaannya tidak di jawab.
" hoiii..kau pekak ke?? Aku tanya..kenapa kau culik..a...," Mawar tidak jadi meneruskan ayatnya bila lelaki itu tiba-tiba memusingkan badan. Mata Mawar membutang serta mulutnya ternganga. Dia berundur selangkah ke belakang.' Tak..tak mungkin...,' mulutnya di tekup dengan tapak tangan. Lelaki itu merenungnya tajam sebelum melangkah menaiki tangga dan keluar dari kolam. Terlihat jelas lekuk-lekuk otot di badannya yang tinggi lampai. Seluar hitam yang di pakai basah lecun. Dia melangkah menghampiri Mawar dengan wajah bengis tanpa segaris senyuman di bibir. Mawar mengundur kebelakang selangkah demi selangkah, hinggalah dia tersandar di pintu sliding kaca. Tubuhnya kaku di situ. Lelaki itu makin menghampirinya, sehinggakan hidung mereka bersentuhan. Terketar-ketar tangan Mawar cuba menyentuh tubuh lelaki itu. Tiba-tiba pinggangnya di tarik merapati tubuh si jejaka dan...
Chup!!
Bibir mereka bersentuhan. Lelaki itu menciumnya rakus hingga bibirnya terluka sedikit. Setelah agak lama, bibir Mawar di lepas perlahan. Mereka tercungap-cungap mencari nafas yang hilang. Mawar mendongak, memandang wajah lelaki di hadapannya.
" abang...," suaranya bergetar. Pelbagai persoalan bermain di fikiran Mawar. Rayyan tidak bersuara dan memandang Mawar dingin. Entah apa yang ada di fikirannya tika itu.
" Rayyan...," Mawar memanggil, cuba mengawal emosinya. Rayyan mengeluh berat sebelum mengatur langkahnya ke dalam villa. Dibiarkan isterinya termangu di situ. Mawar terasa kakinya berat untuk melangkah, seluruh tubuhnya terasa lemah.' Macam mana dia boleh ada dekat sini? Macam mana dia tau? Ya Allah...apa aku nak buat ni? Perlu ke aku jelaskan semuanya?' Mawar berkata dalam hati. Bibirnya yang luka di raba perlahan. Dia tahu Rayyan marah dengan apa yang berlaku. Dari riak wajah suaminya itu, sudah pasti sukar untuknya memujuk. Mawar perlahan-lahan melangkah masuk ke bilik. Dia melihat setiap sudut bilik mewah itu. Ada katil bersaiz Queen di tengah bilik. Ada pintu ke bilik air dan ada lagi satu pintu mungkin bilik untuk baju, seperti di rumah bapa mertuanya. Bilik itu ringkas dan luas, hanya ada meja solek dan cermin besar di sebelah kiri bilik. Katil itu pula menghadap ke pintu sliding kaca. Di luar bilik ada sebuah kolam dan air terjun mini. Kelihatan seperti semula jadi dan bukan buatan tangan.'aku dekat mana ni? Rayyan tak pernah cerita pun..,' Mawar tertanya-tanya. Baru sahaja dia mahu membuka pintu bilik, tiba-tiba ada yang menolak dari luar. Rayyan muncul dengan wajah bersahaja.
" pergi mandi...baju kau semua ada dalam bilik tu.., pilih je nak pakai yang mana..,makanan ada atas meja...,aku nak keluar," Rayyan berkata dingin. Dia yang sudah lengkap memakai t-shirt dan seluar trek hijau lumut mencapai kunci di atas meja solek dan berlalu pergi meninggalkan Mawar sendirian. Mawar mengetap bibirnya.
" ahh," dia terlupa luka di bibir.' Marah sangat ke dia kat aku? Sampai pandang aku pun tak nak? Hurmmm...nasib kau lah Mawar.., kau yang cari bala..,' Mawar mengeluh sebelum melangkah ke bilik air.

" kau dah settlekan semua?,"
" sudah boss..,"
" good..., apa-apa pun thanks.., nanti aku bagi bonus..," Rayyan berkata sebelum mematikan talian. Keluhan di lepaskan sambil bersandar pada kerusi pemandu. Wajahnya diraup dengan kedua telapak tangan.
" kuat ke aku nak mengelak dari dia..., tengok bayang dia je dah rasa nak melompat...,hishhh...Mawar...Mawar... kenapa suka sangat siksa abang?...," Rayyan membebel sendirian. Kadang dia terfikir apa yang berlaku semua ini sudah di tentukan untuk mereka berdua, sejak dari peristiwa pertama dahulu. Dia orang yang menyelamatkan Mawar di kolam air panas. Sedangkan dia belum pernah mandi di kolam itu, tiba-tiba hatinya tergerak dan pergi ke sana. Bila Mawar terminum ubat perangsang, isterinya itu terus datang kepadanya...entahlah. Mungkin ini adalah ketentuan yang terbaik dari Allah untuk mereka berdua. Dia marah? Ya..memang marah..marah kerana isterinya itu tidak berkongsi masalah dengannya. Dia faham benar dengan sikap Mawar yang berani dan suka menolong, tetapi isterinya itu selalu bertindak melulu tanpa berfikir panjang. Suka menyelesaikan masalah dengan caranya sendiri tanpa memikirkan kesan di akhirnya. Nasib baik dia terdengar segala luahan Mawar malam itu, jika tidak..entah apa yang akan berlaku. Rayyan tidak dapat membayangkan segala kemungkinan.

Mawar keluar dari bilik mandi dengan pijama tersarung di tubuhnya. Rambutnya di gulung dengan tuala kecil.
" hurmmm...betul ke ada baju dalam bilik ni? Tengok sikit...," Mawar berkata separuh berbisik sambil menolak perlahan-lahan daun pintu. Kepalanya di jengguk ke dalam. Gelap?. Mawar perlahan-lahan melangkah masuk tiba-tiba..tap!!.. seluruh ruang bilik itu terang benderang dengan lampu.'ohh..lampu automatik..,'.
" wahhhh!!! Banyaknya baju..," Mawar berkata teruja. Pelbagai baju kemas tergantung di bilik itu. Dia membuka salah satu laci yang ada.
" ba..baju dalam pun ada? Saiz aku ke ni?," Mawar terkejut bila melihat laci itu penuh dengan pelbagai jenama baju dalam. Dia mengambil salah satu bra dan di ukur pada dadanya.
" dia tau ke saiz aku?," Wajah Mawar mula memerah. Rayyan tahu semua saiz di tubuhnya? Hebat!!.
" tapikan..., kenapa semua baju ni nampak seksi? Semuanya tank top dress...mini skirt? Mini dress?...yang labuh pun masih terdedah dekat belakang..., weyyy...t-shirt dengan seluar tak ada ke? Rayyan ni biar betul...,tak kan tak tau aku tak pakai baju macam ni? Aduhhh....mati aku..," Mawar membebel resah. Dia ke hulu ke hilir di dalam bilik itu. Dia tidak tahu untuk memilih yang mana.

Rayyan melangkah masuk ke dalam villa. ' sunyi aja..,' dia menjengah ke sana sini, mencari kelibat isterinya. Telinganya mendengar bunyi sudu berlaga di dapur. ' ohh..tengah makan..,' dia segera menuju ke dapur. Terlihat Mawar sedang duduk di kerusi menghadap meja makan. Wajahnya selamba mengunyah makanan. Sempat Rayyan melihat penampilan isterinya malam itu. Mawar mengenakan blouse hitam bertali halus paras lutut, rambutnya pula di gulung dan di ikat kemas, menampakkan lehernya yang putih. Rayyan menelan air liur, dia cuba berlagak biasa. Mawar masih tidak menyedari kehadirannya.
" ehemm..," Mawar terkejut sebelum mengurut dadanya. ' Ya Allah, terkejut beruk aku...ingatkan hantu mana lah tadi.., dia ni pun satu..kot ya pun marah dengan aku, bagilah salam..., dah la tinggalkan aku dengan rumah besar gedabak ni sorang-sorang...hish..,' Mawar membebel. Rayyan cuba menyembunyikan senyum bila melihat riaksi sepontan Mawar. Wajahnya sengaja di ketatkan.
" kau tidur bilik tadi..aku tidur bilik sebelah.., langsir dekat sliding door tu jangan lupa tutup..takut kau terkejut pulak kalau ada yang mengintai...dah makan jangan lupa basuh.., kat villa ni tak ada orang gaji..," Rayyan berkata dingin. Belum sempat Mawar bersuara, dia sudah mengatur langkahnya ke bilik.' Hish..baru nak tanya pasal baju.., haii..terpaksalah aku pakai baju ni sampai esok..,' dia mengeluh lemah.

Mawar melangkah malas ke bilik. Dia memandang pintu sliding yang masih belum di tutup dengan langsir.' Ish..seram jugak..baik tutup cepat,' dia berlari anak menarik langsir berwarna hijau emarald itu.
" fuhh...sunyinya..., tapi rasa tenang pulak bila dengar bunyi air terjun dekat luar tu..hermm.., tidurlah Mawar..., esok je baru fikir, macam mana nak pujuk suami kesayangan kau tu..., kan sayang mama..., kita tidur dulu okay...nanti kita pujuk papa..," Mawar mengusap lembut perutnya sebelum meletakkan kepalanya di bantal. Tidak mengambil masa lama untuk Mawar terlena. Mungkin terlalu penat dengan apa yang di laluinya siang tadi. Tiba-tiba pintu bilik di tolak dari luar dan terdengar suara keluhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience