Episod 2

Romance Completed 9435

Zack, Bad, Sam dan Shila berhadapan dengan gang Fang di bawah jembatan, tempat selalu mereka bertarung. Kali ini Feng bawa ramai budak baru, membuatkan ahlinya lebih ramai berbanding Zack. Tetapi mereka tidak goyah hendak menentang.
"wey..budak..., balik aja lah..., jangan kacau kerja aku...," Feng berkata sambil menyedut rokok di mulut.
" aku dah bagi warning kat kau kan...jangan jual barang kau dekat bebudak aku...," Zack merenung Feng tajam.
" huhhh...budak mentah macam kau apa tau...., bukan aku yang nak jual..tapi bebudak kau yang nak barang...aku kesian..tu aja..ha..ha..ha.,"
" tutup mulut sial kau tu...," tiba-tiba ada satu suara mencelah. Mereka semua menoleh pada datangnya suara itu. Mawar dengan memakai sweater merahnya berjalan selamba menghampiri Feng.
" Red Rose....," Zack dan kawan-kawannya tersenyum senang.
" wah..wah...heroin korang datang jugak..., aduhh...anak orang kaya macam kau ni tak payah lah nak terukkan diri bergaul dengan bebudak tak guna macam ni....baik kau balik rumah tido..,,"
" asal? Kau goyang ke bila nampak aku?" Mawar berbisik betul-betul di hadapan Feng.
" ha..ha..ha..aku goyang? Kau melawak ke? Budak aku ramai...setakat lawan budak sekolah macam korang ni...celah gigi ajalah...kau..me..," belum sempat Feng menghabiskan kata-katanya, satu penumbuk hinggap di pipi menyebabkan dia tersungkur ke tanah. Orang-orang Feng mula menyerang Zack dan kawan-kawannya. Mawar dan Feng bertarung, masing-masing handal bergaduh tetapi gerak langkah Mawar lebih teratur. Dengan tubuh kecilnya itu, lebih senang untuk dia bergerak pantas. Mereka asyik bergaduh sehinggakan tidak sedar ada yang memerhati. Tiba-tiba satu tembakan di lepaskan. Masing-masing terkejut dan berhenti bergaduh. Mawar dan yang lain mencari datangnya bunyi tembakan tadi. Wajahnya terkejut bila ternampak papanya berdiri di tepi kereta sambil merenungnya tajam. Ada dua orang lelaki lengkap berpakaian hitam menghampiri Mawar.
" cik sila ikut kami,atas perintah Tuan..," mereka berkata sambil memegang lengan Mawar.
" lepaslah!!!..aku taulah nak jalan sendiri..," Mawar mendengus sebelum mengatur langkahnya.
" Red..," Zack memanggil.
" ni last aku jumpa korang...lepas ni pandai-pandai nak hidup..., aku tak boleh tolong lagi...," Mawar meneruskan langkahnya tanpa menoleh ke belakang.
" arkhhh!!!," tiba-tiba Feng berlari ke arah Mawar dan melibas sesuatu di belakang badannya. Belakang badan Mawar luka dan berdarah. Semua terkejut dengan apa yang berlaku. Mawar terasa belakangnya sakit yang amat sangat sebelum pandangnnya kabur. Dia tidak sedarkan diri.

Syifa mencuci tangannya di sinki bilik air. Dia membetulkan tudungnya yang senget di cermin sambil menyanyi riang. Tiba-tiba Tasya,Wawa dan Zila masuk ke bilik air membuatkan Syifa diam terkaku.
" ermmm..wanginya...kau pakai minyak wangi ke?," Tasya bertanya sinis. Syifa sekadar mengangguk.
" uiii...pakai makeup la...kau cantik-cantik ni nak tunjuk kat siapa? Budak nerd macam kau ni mana ada yang nak pandang...tak payah nak berangan ea...," Tasya menarik-narik tudung Syifa.
" janganlah..," Syifa berkata perlahan. Dia tidak berani melawan Tasya.
" Sya..takut budak ni..ada yang terkencing nanti..," Zila berkata sebelum ketawa senang.
" hancing lah wey..," Wawa juga ikut ketawa.
" dah habis dah?, dah puas?," mereka menoleh serentak ke pintu. Mawar bersandar di tepi pintu sambil memeluk tubuh. Tasya merenung geram.
" kau tak payah nak menyibuk..., ni urusan aku..," Tasya berkata berani. Mawar tersenyum sinis dan menghampiri Tasya.
" kau ni memang tak serik...berani tu bagus..tapi biar bertempat, kau tak kenal aku siapa...,"
" huh..jangan nak belagak sangat..., ok takpe..aku lepaskan dia kali ni.., dah jom..," Tasya berkata sebelum berlalu dari situ.
" thanks Mawar...,"
" kau ni lembik betul lah...," Mawar menjeling Syifa.
" sa..saya tak berani nak lawan dia..., dia pandai gaduh...," Syifa menunduk, wajahnya sudah memerah menahan tangis.
" eiii..dah...dah..alergik aku tengok orang menagis...makeup tu basuh..rimas aku tengok..kau tak makeup macam tu pun dah cantik...," Mawar berkata sebelum melangkah keluar. Syifa sekadar mengangguk.

" woii..bangunlah..., membuta aja kau ni..," Shaz menarik selimut yang membalut tubuh Rayyan. Rayyan memeluk tubuhnya yang tidak berbaju.
" weyy..bagi balik selimut aku...sejuk la..," Suaranya masih serak-serak basah.
" kau tak reti nak carik makan ke? Tak lapar? Dah pukul sepuluh doh...,"
" suka hati aku lahhh....nak bangun ke tak nak..., bagi balik selimut aku!!," Rayyan menjerit.
" bangun!!!!," Shaz naik ke atas katil dan memijak betis Rayyan.
" woiii!!!, sakit sial!!," Rayyan bangun dan menggosok betisnya sebelum mengejar Shaz yang sudah mencicit lari.
" siot la mamat ni...., baik aku tak lapar..jadi lapar pulak..," Rayyan merungut sebelum mencapai tuala.

Hari minggu begini, ramai pelajar yang pulang ke rumah masing-masing. Hanya beberapa pelajar sahaja yang masih di asrama termasuk Mawar dan Syifa. Ibubapa Syifa menetap di luar negara, hanya beberapa kali sahaja mereka melawat Syifa di situ.
" Syifa...,"
" ermm?,"
" apa aja yang ada kat sekolah ni?," Mawar bertanya sambil mengunyah roti bakar di mulut.
" maksud awak?,"
" iyalah..aku dengar Z.E.P.S ni semua ada.., kolam renang, gelanggang tenis..,"
" ohh..awak belum pusing satu sekolah lagi ke?,"
" aku malas..,"
" macam-macam ada.., haa...gelanggang takewando pun ada.., saya dah lama berangan nak jadi ahli.., tapi saya takut..,"
" takewando?,"
" haah..saya selalu mengintai dieorang belatih...seronok sangat...hujung minggu macam ni, dieorang selalu berlatih..," Syifa berkata teruja.
" hurmmm...jomlah..aku pun teringin nak tengok..," Mawar tersenyum membuatkan Syifa ternganga. Baru kali ini dia melihat Mawar tersenyum padanya.' Cantikkk,"

Mawar dan Syifa mengintai di tingkap cermin. Ada beberapa pelajar sedang berlatih takewando di dalam bilik khas. Syifa tersenyum dengan wajah teruja. Sedang Mawar asyik melihat, tiba-tiba muncul satu tangan di sisi.
" kau mengintai aku ke?," Rayyan berbisik di telinganya. Mawar menggigit bibir, geram.
" kau!!!,"Mawar menoleh ke belakang. Wajahnya benar-benar hampir dengan wajah Rayyan. Mereka saling memandang sebelum Mawar menolak tubuh Rayyan.
" mengaku ajalah kau minat dekat aku...," Rayyan lengkap memakai seragam dobok dengan tali pinggang hitam. Mawar melihat Rayyan atas bawah' Wahh..boleh tahan jugak mamat ni..,' bisiknya dalam hati.
" Big B..," Syifa teruja. Baru kali ini dia dapat melihat Rayyan sedekat itu.
" woii..kau ni nak join ke tak?...," Shaz menjengah ke luar.
"Kejap la...aku busy ni..," Rayyan menjawab sambil merenung wajah Mawar.
" suka hati kau lah..," Shaz menjawab malas.
" berambus sana...," Mawar menjeling.
" tak nak join?," Rayyan memancing.
" tak..,"
" nak!!," Mawar dan Syifa menjawab serentak tetapi berbeza. Mawar merenung Syifa yang sudah tersengeh.
" hah..kawan kau ni nak join..kau pun kenalah join sekali..kan..," Rayyan sudah tersenyum senang.
" jomlah Mawar..please..," Syifa memujuk sambil menarik-narik lengan baju Mawar.
" urkhh..yelah!!," Mawar menjawab.
" good...silakan tuan puteri..," Rayyan tersenyum penuh makna.

" kau tak nak pakai?," Rayyan bertanya bila hanya Syifa sahaja yang mahu memakai dobok.
" tak payah...aku dah ada...," Mawar berkata malas. Rayyan menghampirinya.
" hurmm...aku nak tau jugak kau lavel berapa.., dari gaya kau ni, selalu juga kau berlatih..kan?,"
" yang kau sibuk sangat nak tau kenapa? Tak ada kena mengena dengan kau pun..," Mawar malas melayan kerenah Rayyan.' Semua tempat dia ada...taulah sekolah ni bapak dia punya.., huhhh..menyampah..,'.
" ehh..mesti ada kena mengena..kalau kau hebat dalam takewando...kau boleh wakil sekolah.., buat masa ni..tak ada budak perempuan yang jadi wakil sekolah...kalau ada yang masuk takwando ni pun sebab ada aku aja..bukan betul-betul nak bertarung.,"
" eiii...geli aku dengar...., kau ingat muka kau tu handsome sangat ke? Ada jugak manusia perasan macam kau ni...," Mawar buat muka meluat. Rayyan ketawa senang.
" geli konon...kau pun sama, mengintai aku..,"
" urkhh...takde masa aku nak ngintai mamat perasan macam kau ni..,"
" Mawar..jomlah..belajar sama..," Syifa mengajak Mawar.
" kau ajalah buat..aku tak nak..,," Mawar berkata malas. Tiba-tiba Rayyan menghayunkan penumbuknya, tetapi dapat di elak Mawar.
" woii..gila ke?," Mawar bertanya sambil menjeling Rayyan, tetapi lelaki itu terus menyerangnya. Mawar berjaya mengelak setiap serangan Rayyan. Tanpa sedar semua mata tertumpu pada pertarungan mereka berdua. Mawar tangkas mengelak semua serangan yang di tuju padanya. Sesekali dia menyerang Rayyan. Mereka bergelut tetapi masing-masing sama hebat. Sudah lima belas minit mereka bertarung, tapi tidak ada petanda mereka akan mengalah. Peluh sudah membasahi badan. Mawar merenung tajam ke anak mata Rayyan. Mereka yang menonton teruja melihat pertembungan itu.
" kau kenapa gila? Tetiba nak serang aku?," Mawar bertanya dengan nafas turun naik.
" aku saja nak test power kau..., hebat sangat ke Red Rose tu sampai gangter pun boleh kalah..," Rayyan tersenyum sinis. Mawar terkejut bila nama Red Rose di sebut.' Dia tau pasal aku?'. Mawar berhenti berlawan dan terus melangkah keluar.
" woii..belum habis lagi..," Rayyan menjerit.
" aku tak nak buang masa layan orang macam kau..," Mawar berkata tanpa menoleh ke belakang.

Mawar duduk di hujung bumbung sambil memeluk lutut. Air matanya mengalir deras di pipi. Memorinya kembali berputar di tubir mata.

" Mama!!!!," Mawar menjerit sekuat hati. Dia ketakutan melihat mamanya yang di ikat pada sebuah kerusi tidak jauh darinya.
" Rose..., are you okay?,"
" Mama!! Rose takut...,"
" honey, jangan takut, nanti papa datang..," Datin Paduka Evelyne tersenyum melihat Mawar.
" tapi papa tak datang pun..., lama lagi ke mama?," Mawar bertanya lurus. Air mata yang bertakung di tubir mata gugur butir demi butir.
" don't cry honey...," Datin Paduka Evelyne cuba memujuk. Tiba-tiba pintu bilik di tolak dari luar. Dua lelaki bertopeng memasuki bilik dengan pedang samurai di tangan. Mawar memejam mata kerana takut.
Lelaki itu mula menalifon seseorang dan bercakap dalam bahasa jepun. Mawar melihat salah seorang menghampiri mamanya dan seorang lagi sedang bercakap dalam telifon dengan nada marah. Dia tidak faham apa yang di perkatakan lelaki itu.
" please...,lepas kan anak i, dia masih kecil..," Datin Paduka Evelyne merayu. Lelaki yang bercakap di talifon sudah mematikan talian. Dia menghampiri rakannya dan bercakap dalam bahasa jepun. Rakannya itu mengangguk sebelum menarik rambut Datin Paduka Evelyne.
" nampaknya Suami kau tak sayang dekat kau..., aku dah bagi masa lama untuk dia tebus kau, tapi dia lengah-lengahkan masa..., sekarang aku nak kau pilih...siapa yang aku nak bunuh dulu...kau..atau anak kau...," lelaki itu berkata.
" nooo!!!.. please lepaskan kami...,"
" kau ingat kitaorang ni main-main ke?, tiga juta tu bukan banyak pun pada suami kau yang kaya raya tu..., tapi dia main-main dengan nyawa kau..., susah sangat nak bagi..., jadi kau pilih..., kau atau anak kau..,"
" please..jangan apa-apa kan dia..., you bunuh aja i.., lepaskan dia..please!!!,"
" mama!!!!," Mawar meronta-ronta. Dia tidak mahu mamanya di bunuh.
" baik!!..aku bagi peluang kau cakap dengan anak kau..sebelum aku bunuh kau..," lelaki yang menarik rambut Datin Paduka Evelyne itu memberi isyarat pada rakannya supaya membawa Mawar kepada mamanya.
" mama!!!...papa mana!!?? Rose takut..., Mama jangan tinggalkan Rose...," Mawar menagis tersedu-sedu.
" honey..listen to me..,it's okay..papa akan datang...cuma lambat sikit aja...,you janji dengan mama.., kena jadi kuat..jangan biar orang buli you...,pastikan diri you selamat.., okay...mama pergi sekejap aja.., jangan risau...," Datin Paduka Evelyne memujuk dan memaksa dirinya tersenyum walaupun air matanya sudah berjuraian di pipi. Dia mencium Mawar sepuas-puasnya sebelum rambutnya kembali di tarik kasar.
" cukup!! Kau ikut aku..," lelaki tadi mengheret Datin Paduka Evelyne ke satu bilik.
" mama!!!.mama!!!," Mawar meronta-ronta ingin mengejar mamanya tetapi mulutnya di tekup seorang lagi, lelaki berpedang itu. Selang beberapa minit, terdengar erangan Datin Paduka Evelyne dan terlihat darah terpercik di seluruh bilik. Mawar terkelu, nafasnya seakan terhenti.
" ma..mama...MAMA!!!!," dia menjerit sekuat hati sebelum pandangannya gelap gelita.

" nah...," sapu tangan di hulur pada Mawar. Mawar menoleh ke sisinya. Rayyan yang masih berpakaian dobok merenungnya lembut. Dia juga duduk memeluk lutut seperti Mawar.
" apa?," Mawar bertanya sambil mengerutkan dahinya. Suaranya serak basah akibat banyak menagis.' Bila pulak mamat gila ni ada dekat sebelah aku?,'
" ambik ni..lap air mata kau tu..., smemeh aku tengok..," Rayyan berkata selamba. Mawar cepat-cepat mencapai sapu tangan dan mengelap wajahnya. Dia menoleh ke arah lain, malu Rayyan melihatnya begitu.
" kau ni memang hidup tak pernah happy ke apa?,"
" asal kau tanya?,"
" iyalah..muka masam memanjang..., garang.., ni menagis pulak..,"
" suka hati aku lah..hidup aku.., menyusahkan kau ke?," Mawar menjeling tajam, membuatkan Rayyan tersengeh senang.' Aduhhh..mata tu..mata..,'.
" tak de lah menyusahkan...cuma..,"
" cuma apa?,"
" aku rasa kau ni menarik..., lain dari yang lain...beza dengan budak perempuan yang aku pernah jumpa..., macam ada satu rahsia yang kau simpan dari semua orang...," mata Rayyan merenung setiap inci wajah Mawar.' Cantik budak ni..bibir..hidung...mata..yes..mata..,'.
" apa kau mengarut ni gila?" Mawar mengalihkan wajahnya dari di tenung Rayyan.
" aku tak mengarut...itu yang aku nampak.., betul atau tak...aku tak tau.., tapi betul kan?,"
" apanya?,"
" kau ada rahsia yang kau simpan...," Rayyan masih memancing. Mawar menjeling Rayyan yang tersenyum memandangnya.' Mamat ni dah kenapa..senyum-senyum...,'.
" macam mana kau tau pasal Red Rose?,"
" adalah..," Rayyan berkata selamba. Mawar pantas mencengkam kolar baju Rayyan, tetapi lelaki itu hanya tersenyum nakal.
" aku tak suka orang carik tau pasal aku...,"
" masalahnya.. aku dah tau siapa kau..." Rayyan mengangkat keningnya. Mawar melepaskan kolar baju Rayyan dengan kasar.
"Kau tak kenal siapa aku...,"
" Red Rose...., Red..sebab kau memang suka warna merah...warna merah melambangkan keberanian...Rose..sama makna dengan Mawar..., kau guna nama Rose sebab hanya mama kau yang panggil kau dengan nama tu...," Mawar menoleh ke arah Rayyan.' Ma..macam mana dia tau?,'
" aku ada semua info pasal kau..., masa umur kau sebelas tahun, kau dengan mama kau kena culik masa bercuti di jepun, musuh papa kau yang culik..kan? Lepas tu mama kau..ma..,"
" cukup!!!," Mawar menjerit. Pipinya kembali basah dengan air mata, kali ini Rayyan mengesat air mata itu menggunakan ibu jarinya.
" jangan risau...aku je yang tau benda ni..., daddy dah cerita semuanya dekat aku.., kau kenal daddy aku kan?," Rayyan bertanya lembut. Mawar menolak badan Rayyan sebelum berdiri.
" korang semua sama je...aku benci!!," Dia melangkah pergi meninggalkan Rayyan di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience