Episod 6

Romance Completed 9435

Selepas mengiringi Syifa berjumpa ibu bapanya, Mawar ke bumbung sekolah untuk mengambil angin. Suasana sekolah kembali sunyi. Dia tertanya-tanya, kemana perginya Rayyan. Sudah dua minggu dia tidak berjumpa lelaki itu. Mungkin sibuk dengan exam?. Selalunya, di mana dia berada, pasti Rayyan akan menyibuk. Entah kenapa ada satu perasaan muncul di hatinya, rindu. Dia terasa rindu hendak bergaduh dengan lelaki itu. "aishhh..Mawar..lupakan..fuhhh..lupakan...," Mawar menampar-nampar wajahnya.
" kenapa lah aku asyik teringat dekat budak tak betul tu? Agaknya aku pun ikut tak betul jugak..," Mawar membebel sendirian. Sedang dia asyik melayan perasaan, tiba-tiba telifonnya berbunyi. Mawar mencapai telifon di kocek sweaternya.
" hello..waalaikumsalam pa.." Mawar berkata malas.
" papa ada dekat bawah.., Mawar kemas-kemas, ikut papa balik KL, papa bagi masa setengah jam.., kalau lambat papa heret..," Datuk Paduka Haizer berkata sebelum mematikan talian. Mawar mengetap bibirnya geram.
" hahh..mula la ni papa aku buat perangai balik...hishhh...tak boleh ke bagi aku senang sikit..," Mawar mengatur langkahnya menuju asrama.

Mawar sengaja melambatkan langkahnya menuju ke kereta. Dia geram bila papanya memaksa begitu, menyampah. Dia hanya membawa beberapa helai baju dan seluar.
" Mawar..cepat masuk, papa tak banyak masa ni..," Datuk Paduka Haizer menyuruh sambil tersenyum. Dia tahu anak gadisnya itu akan mendengar segala arahannya.
" kenapa papa suka buat macam ni?" Mawar bertanya sambil menjeling.
" kalau tak buat macam ni, Mawar banyak alasan..,"
" Mawar tak suka..,"
Datuk Paduka Haizer hanya tersenyum bila Mawar menjelingnya marah. Dia faham benar dengan perangai anak gadisnya itu yang tidak suka di paksa. Tetapi terpaksa dia buat begitu kerana tidak mahu Mawar memberika beribu alasan.
" papa sibuk ambil Mawar ni nak pergi mana? Biar je lah Mawar duduk dekat Z.E.P.S...kalau dekat rumah bukannya papa ada pun..," Mawar bertanya tidak puas hati.
" kali ni Mawar tak balik rumah papa...,"
" habis tu?," Mawar menoleh.
" adalah...," Datuk Paduka Haizer tersenyum sambil melirik Mawar di sisi. Mawar mendegus geram dengan sikap papanya itu.

" Mawar..., kita dah sampai..," Datuk Paduka Haizer mengejut Mawar yang terlena di kereta. Perlahan-lahan Mawar membuka matanya.
" dekat mana ni?," dia bertanya dengan mamai.
" nanti Mawar masuk.. taulah..,"
" urkhhh..," Mawar mengeliat sebelum menggosok-gosok matanya. Dia melihat ke sisinya sebelum mulutnya ternganga. ' wahhh...besarnya rumah..., uishh..dah macam istana ni...,' Mawar berbisik di hatinya teruja. Dia membuka pintu kereta sambil melihat keindahan rumah di hadapannya.
" jom kita masuk..," Datuk Paduka Haizer
mengajak. Mawar hanya mengangguk dan mengekori langkah papanya. Mereka memasuki rumah agam itu. Mawar berasa sungguh teruja melihat segala perhiasan mewah yang ada.
" Haizer!!! Sampai pun..," Tiba-tiba ada satu suara menyapa mereka. Tengku Malik berjalan menghampiri Datuk Paduka Haizer sambil tersenyum mesra. Mereka saling berpelukan. Mawar sekadar memerhati.' Ohhhh...rumah Uncle Malik rupanya...ehh..kejap..maksudnya...rumah..,'
" hai Mawar..," satu sura yang amat dikenalinya. Mawar menoleh dan terpandang Rayyan yang sedang menuju ke arahnya. Dia terkaku di situ, entah apa perasaannya...gembira..geram..rindu..? Dia juga tidak tahu. Rayyan berdiri di hadapannya dengan senyuman manis.
" Rayyan..,"
" kenapa tenung muka aku macam tu? Rindu ea..," Rayyan bersisik di telinga Mawar. Membuatkan wajah gadis itu memerah. Mawar memegang pipinya yang mula terasa panas.
" betul lah tu...," Rayyan ketawa senang.
" kau nak mati ke?," Mawar bertanya sambil membutangkan matanya, geram.
" Haizer..ni anak bujang aku..Rayyan..kau mesti dah tak berapa ingat kan..dulu masa kau jumpa dia kecik lagi..," Tengku Malik berkata ramah.
" ohh..ini Rayyan...alhamdulillah..besar panjang dah...handsome macam kau jugak..tak rugi lah aku buat jadi menantu...," Datuk Paduka Haizer berseloroh.
" ni mesti Mawar kan?,"
" haah..ni anak gadis aku..., maaflah anak aku ni kasar sikit... kau tak kisah kan..," Datuk Paduka Haizer berkata sambil melirik Mawar yang merenungnya geram. Tengku Malik ketawa senang.
" bagus...aku memang carik menantu yang garang...senang sikit nak handel anak bujang aku ni...,"
" kira ok lah ni..,"
" okayyy..," Mereka ketawa bersama. Mawar menjeling papanya, sebelum kembali memerhati Rayyan. Lelaki itu kemas memakai t-shirt coklat berseluar slack hitam. Rambutnya juga di sikat rapi, menyerlahkan aura kacaknya.
" sayang...kenapa tenung abang macam tu..," Rayyan mendekatkan wajahnya ke wajah Mawar sebelum berbisik. Mawar yang terkejut terus menolak tubuh Rayyan.
" nampak ni?," Mawar menunjukkan penumbuknya.
" Rayyan, bawa Mawar jumpa Mommy. Malam ni kita ada majlis penting..," Tengku Malik berkata. Rayyan mengangguk faham.
" jom...," Dia mencapai tangan Mawar.
" pergi mana?,"
" pergi jumpa ibu singa..," Rayyan menjawab sambil tersenyum meleret. Entah apa yang ada di fikirannya. Mawar menelan air liur, ' mommy dia garang ke? Garang macam singa?,'. Dia terpaksa mengekori langkah Rayyan.

Mawar di bawa ke sebuah bilik. Rayyan mengetuk daun pintu sebelum menolaknya.
" mommy...," Rayyan memanggil. Mawar bersembunyi di belakang Rayyan. Kecut juga perutnya jika Mommy Rayyan itu garang seperti singa.
" dah sampai pun menantu mommy...Mawar!!!," Seorang wanita lingkungan 30an memanggil Mawar dengan senyuman lebar di wajah. Puan zhi Thing menghampiri Mawar dan memeluknya mesra. Mawar sedikit terkejut melihat wanita di hadapannya.
" ni mommy aku..." Rayyan tersenyum bila Mawar memandang padanya.
" Mawar, panggil auntie mommy je okay..., jom kita siap-siap..., Rayyan cepat keluar...jangan kacau Mawar..., sana..sana..," puan Zhi Thing menolak tubuh Rayyan ke luar bilik. Mawar masih kaku di situ. Dia tidak menyangka yang Mommy Rayyan orang cina, cantik.
" Mawar jom...," Puan Zhi Thing merangkul lengan Mawar dan membawanya ke katil. Dia menepuk tangan dua kali dan muncul empat orang pelayan siap membawa baju dan perhiasan di tangan.
" Mawar boleh pilih yang mana satu Mawar suka..,"
" err...," Mawar masih tidak mengerti mengapa dia perlu memakai semua itu.
" a..auntie...,"
" mommy..,"
" err..mommy..kenapa Mawar kena pakai semua ni?," Mawar bertanya lurus.
" lahh...Rayyan tak bagi tau ke?,"
" bagi tau apa?," Mawar bertanya pelik.
" malam ni Mawar dengan Rayyan menikah.., kenalah bersiap..cantik-cantik.., Mawar pilih je..nak pakai baju ala princess ke atau nak baju tradisional...Mommy okay aja..," Puan Zhi Ting teruja menjawab.
" hah!!!?," Mawar terkejut sebelum rebah ke katil. Dia pingsan.

" Mawar!! Mawar!!," Mawar terdengar sayup-sayup namanya di panggil. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya sedikit kabur.
" Mawar...okay tak ni? Nak air?," Puan Zhi Ting bertanya bimbang. Mawar bangun perlahan-lahan dan melihat sekelilingnya. Semua ada di situ termasuk Rayyan dan Tengku Malik.
" papa..," Mawar memandang papanya.
" Mawar...macam mana boleh pingsan pulak ni? Kamu tak makan ke pagi tadi?," Datuk Paduka Haizer bertanya. Bimbang dia bila di beritahu yang Mawar jatuh pingsan.
" Kau pun satu Haizer, lain kali bagi la tau budak ni dulu yang malam ni dia nak menikah...tak lah terkejut dia..," Tengku Malik berkata sambil menepuk lembut bahu Datuk Paduka Haizer.
" Mawar okay tak?" Puan Zhi Ting bertanya sambil mengusap rambut Mawar. Rayyan hanya memerhati.
" Ma..Mawar nak cakap dengan Rayyan berdua..," Mawar berkata serius sambil memandang Rayyan. Mereka semua saling berpandangan sebelum mengangguk setuju. Masing-masing keluar dan meninggalkan Rayyan bersama Mawar.
" Kau okay?"
" kau gila ke?," Mawar bertanya sambil merenung Rayyan tajam.
" maksud kau?,"
" kau gila ke nak kahwin dengan aku? Dah tak ada perempuan lain ke yang kau nak jadikan isteri? Kenapa aku?," Mawar bertanya dengan mata berkaca-kaca. Terasa hidupnya di permainkan, langsung tiada peluang untuk dia memilih jalannya sendiri. Rayyan mengahampiri Mawar dan duduk di sebelah gadis itu.
" aku tak gila..aku waras.., memang aku nak jadikan kau isteri aku..., aku ikhlas..dan aku rasa aku boleh jaga kau.., percayalah..., aku cintakan kau..," Rayyan berkata jujur. Mawar menggelengkan kepalanya.
" tapi aku tak cintakan kau..,"
" aku tau..tapi aku sedia tunggu rasa tu wujud dalam hati kau..,'
" kau akan menyesal..., aku tak pernah terfikir pun nak jadi isteri sesiapa...aku tak nak jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri...aku tak bersedia...aku baru 16 tahun Rayyan...kau pun muda lagi.., mampu ke kita nak tempuh alam perkahwinan? Aku masak pun tak reti...apa lagi nak buat kerja rumah..., aku ni perangai macam lelaki..., apa yang kau pandang pada aku? Kecuali kau gila...," Mawar berkata sambil air mata mengalir di pipi. Rayyan tersenyum dan mengesat air mata di pipi Mawar dengan tangannya.
" iya..aku gila...sebab tu aku jatuh cinta dengan kau..., aku nak gaduh dengan kau hari-hari..., nak belasah kau hari-hari..., aku tak suka perempuan buat kerja rumah...aku tak suka perempuan pandai masak...aku tak suka perempuan pakai cantik-cantik.., aku cuma suka apa yang ada pada kau..," Rayyan berbisik sambil tersenyum.
" sembang...," Mawar menjelingnya.
" betul lah..," Rayyan ketawa senang.
" kalau aku kata tak nak pun, papa akan paksa aku..., okay..aku boleh kahwin dengan kau...tapi jangan paksa aku cinta kan kau..dan aku takkan jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri selagi aku tak bersedia..., terpulang pada kau..kalau kau rasa tak adil..boleh cakap dengan papa suruh batalkan pernikahan kita malam ni...," Mawar berkata tegas. Rayyan mengangguk sambil melirik Mawar.
" Mommy dah boleh siapkan Mawar...dia dah setuju nak nikah dengan Rayyan!!," Rayyan memanggil Puan Zhi Ting. Mawar memandang Rayyan tidak percaya. Dia ingatkan Rayyan akan mengubah fikirannya, ternyata tidak.
" selagi kau jadi isteri aku...aku akan goda kau sampai kau merayu pada aku..," Rayyan mengenyitkan matanya sebelum melangkah ke luar bilik. Mawar mengeluh lembut, perasaannya bercampur baur.

Majlis pernikahan Rayyan dan Mawar ringkas tetapi mewah. Hanya saudara dan kenalan terdekat yang hadir memeriahkan mjlis. Mawar terpaksa memaniskan wajahnya, walaupun hati terasa sebak. Rayyan belagak biasa seperti tidak ada apa-apa. Dengan sekali lafaz, Mawar sah menjadi isteri Rayyan. Mengalir juga air matanya, dia tidak tahu air mata terharu atau sedih dengan pernikahan itu.
Rayyan tersenyum padanya, dalam terpaksa Mawar membalas senyuman itu kerana semua mata tertumpu pada mereka berdua.

" alhamdulillah...selesai sudah majlis yang kita rancang-rancangkan selama ni..., Malik..anggaplah anak aku ni macam anak kau..kalau dia ada buat salah, jangan segan nak menegur...," Datuk Paduka Haizer berkata terharu.
" sama lah Haizer...anak aku dah jadi anak kau juga..kalau ada yang tak kena tu tegur-tegurlah.., aku harap dieorang akan cepat serasi...," Tengku Malik berkata sambil tersenyum gembira.
" iyalah...sama-sama kita doakan...,"
" daddy..semua tetamu dah nak balik tu, jom kita jumpa dieorang..," Puan Zhi Ting memanggil. Mereka berdua mengangguk dan berjalan seiring menuju ke arah tetamu.

Mawar duduk di birai katil sambil memainkan jarinya. Dia serba tidak kena, perasaannya gelisah tika itu. Tiba-tiba pintu di tolak dari luar. Mawar cepat-cepat berlari memasuki bilik air dan mengunci pintu.
" Mawar?," terdengar suara Rayyan memanggilnya.
" kau nak apa?," Mawar menjawab dari bilik air. Terdengar Rayyan melangkah ke arah bilik air.
" kau buat apa dalam bilik air tu? Tak siap mandi lagi ke?," Rayyan bertanya di balik pintu.
" kenapa kau datang sini? Kau kata nak tidur bilik sebelah..," Mawar menjawab dengan pertanyaan.
" memanglah..tapi Mommy tak bagi, dia suruh juga aku tidur dekat sini..., wey..cepat lah keluar...takkan kau nak tidur dalam tu..., kau tak tak takut kalau ada labah-labah ke..lipas ke..haa cicak pun banyak tau..," Rayyan berkata sambil menyimpul senyum. Mawar terus melilau ke sana sini dengan perasaan takut.
" Ayooo...," Rayyan berbisik..
" arkhhh...," Mawar membuka pintu dan berlari keluar, tetapi badannya terlanggar Rayyan menyebabkan mereka berdua terjatuh ke lantai. Mawar benar-benar di atas tubuh Rayyan.
" aduhhh...sayang...kalau ye pun nak peluk..slow2 lah...sakit badan abang kalau selalu macam ni...," Rayyan mengusik. Mawar segera bangun dan terus menuju ke katil. Rayyan sudah tergelak kecil bila melihat wajah merah Mawar.
" kau tidur sini...aku rela tidur dekat sofa..," Mawar mencapai bantal dan selimut menuju ke sofa di dalam bilik.
" kau ni...takkan lah aku nak biar kekasih hati aku tidur dekat sofa...kau tidur dekat katil..aku tidur dekat sofa..., tapi aku tak janji lah..kalau aku tertidur dekat sebelah kau..," Rayyan tersenyum nakal. Mawar menjelingnya tajam.
" kalau kau rasa nak hidup lama...jangan berani nak tidur sebelah aku...," Mawar memberi amaran.
" okayyy..., aku faham..., dah pergi tidur...esok kita nak gerak dah..., kalau tak cukup tidur nanti penat...," Rayyan mencapi bantal dan melemparkannya di sofa.
" esok? Pergi mana pulak?," Mawar bertanya pelik. Tidak pula papanya memberitahu apa-apa.
" honeymoon la sayang..., kita pergi Cameron highland...,"
" hahhh!!?," Mawar ternganga..' ho..honeymoon? Gila ke apa? Apesal nak honeymoon bagai? Nikah paksa je kot'
" jangan nak ternganga sangat...tutup mulut tu..., ke nak abang tutupkan...," Rayyan menggoda. Mawar cepat-cepat mengatup bibirnya rapat.
" eiii....aku rasa aku mimpi..yes..aku mimpi ngeri..pejam mata..tarik nafas..fuhhh...Mawar..kau mimpi aja ni..bangun!!!," Mawar menepuk-nepuk pipinya. Rayyan yang melihat tingkah Mawar ketawa geli hati. Mawar membuka matanya perlahan-lahan.
" mimpi apanya...aduhai..tak sangka isteri aku ni masuk air jugak kadang-kadang...," Rayyan berkata dalam sisa tawanya.
" kau tau tak aku rasa otak aku ni dah jem.., rasa semua benda yang berlaku ni tak masuk akal..., pagi tadi aku masih single..tup..tup malam ni dah jadi isteri orang...weyyy...aku baru 16 tahun..., aku nak enjoy lagi kot...., tetiba kena kahwin dengan kau...ehh..tak boleh nak brain....," Mawar bercekak pinggang.
" apa yang kau risau kan....kita boleh je enjoy sama-sama...bukannya kau kahwin dengan orang tua..., aku tua setahun je kot dari kau..., masih kacak..muka pun handsome..., bergaya..berharta...," Rayyan berkata selamba.
" urkhhh...mendogak sangat kau ni..., kau nak kata aku beruntung la dapat kahwin dengan kau?,"
" bukan aku yang cakap...tapi kau yang kata kan...," Rayyan tersenyum sambil menghenyakkan tubuhnya di sofa. Mawar teringat kata-katanya di atas gunung tempoh hari.
" kalau aku gila...semua salah kau..arkhhh..stresss...," Mawar menjerit sebelum mencampakkan dirinya di atas katil dan bergolek ke sana sini. Rayyan tersengeh penuh makna...' memang kau akan gila...gila kan aku..., tunggu je,' bisiknya dalam hati.

Mawar memaksa dirinya untuk tersenyum sedangkan hatinya bengkak melihat kegembiraan mereka semua. Rupanya papanya dan bapa mertuanya yang merancang honeymoon mereka berdua. Dia menjeling Rayyan yang berlagak selamba seperti tiada apa yang berlaku.
" Mawar..jaga diri elok-elok ya..., kalau Rayyan buli..call je mommy ea..," Puan Zhi Ting memeluk Mawar mesra.
" okay mommy...," Mawar tersenyum.
" Rayyan..tengok-tengokkan anak papa ni.., kalau dia ada sakitkan hati Rayyan...,papa mintak maaf awal-awal...," Datuk Paduka Haizer menepuk lembut bahu Rayyan.
" baik pa..., Rayyan okay je..,"
" kalau macam tu dah boleh lah gerak sekarang.., kereta pun dah ready..," Tengku Malik berkata.
" okaylah..kami gerak dulu..,"
" hati-hati bawak kereta tu..," Rayyan dan Mawar mengangguk sebelum memasuki kereta.
Sepanjang perjalanan mereka, Mawar mendiamkan diri. Dia malas hendak bertekak dengan Rayyan, moodnya kurang baik.
" ishhh...aku rasa aku tertinggal lah...," Rayyan tiba-tiba mencari sesuatu. Mawar mengerutkan dahinya' apa pulak mamat ni, takkan nak patah balik..dah jauh kot..,'
" aduhhh...kalau tak de...baik tak payah pergi..macam mana boleh hilang...," Rayyan berkata serius.
" kau carik apa? Dah jauh sibuk plak tinggal-tinggal...apanya?," Mawar membebel.
" hah dah jumpa dah...,"
" apa yang jumpa?,"
" aku dah jumpa suara kau yang hilang...," Rayyan mengekek ketawa.
" ehhh!!! Mamat ni...ada yang kena ni karang...orang drive pakai tangan kau drive pakai kaki..., jangan kacau hidup aku boleh tak? Diam pun salah..., aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka kau sekarang...,eiii!!," Mawar berkata geram.
" alololo...marah ke? Marah pun comel...," Rayyan masih mengusik.
" Rayyan!!!," Mawar menjerit sekuat hati.
" okay..okay...aku gurau je...jangan la marah sangat...santai-santai la..., kata nak enjoy...,"
" okay...aku boleh enjoy..dengan satu syarat...,"
" apa?,"
" kita enjoy macam member..., bukan macam suami isteri...,"
" okay..deal..," Rayyan tersenyum senang. Dia faham jika Mawar masih janggal dengannya. Rayyan tidak berniat untuk memaksa isterinya itu, biarlah Mawar menerimanya dengan ikhlas. Bila daddy dan bapa mertuanya bercadang untuk mereka berhoneymoon, dia sengaja memilih lokasi dalam Malaysia, sedangkan daddynya sudah menempah tiket ke jepun. Bagi Rayyan, dia tidak mahu Mawar terasa lebih janggal dengannya bila di tempat orang. Biarlah bercuti di tempat yang isterinya itu selesa.

" sayang....sayang...," Sayup-sayup Mawar terdengar suara. Bahunya di goyang lembut. Matanya di buka perlahan-lahan.
" woiii..kau!!!," Mawar terkejut bila wajah Rayyan benar-benar di hadapannya.
" sayangggg...., kenapa terkejut sampai macam tu sekali...muka abang ni macam beruk ke?," Rayyan bertanya.
" haah..beruk..gorila..orang utan..semua lah.., aku mimpi sedap-sedap, sekali bukak mata nampak muka beruk...," Mawar membebel.
" amboiii kau...kalau bagi peluang mengutuk, semua kau sapu ea..., muka beruk ni dah pun jadi suami kau..nak tak nak kena lah kau hadap sampai tua..," Rayyan bercekak pinggang, geram pula dia melihat mulut Mawar yang berceloteh itu.
" nak buat macam mana kan...dah nasib aku malang..," Mawar mencebik.
" kau buat lagi sekali mulut macam tu, eiii...aku dah lama geram...kat sini jugak aku cium karang...," Rayyan mengugut.
" cium lah..kau ingat aku heran.. hah..cium..cium..," Mawar sengaja memuncungkan mulutnya. Rayyan masuk ke dalam kereta dan mencium bibir isterinya. Mawar terkesima dengan tindakan Rayyan. Seluruh tubuhnya kaku tidak bergerak.
" lain kali jangan cabar abang..., Big Boss pantang di cabar..ingat tu Red Rose....," Rayyan berbisik di telinga Mawar sebelum dia keluar dari kereta. Bibirnya menguntum senyum..' padan muka, sapa suruh mulut tu tak berenti bunyi..,'.
" woiii!!!!," Mawar menjerit sekuat hati. Wajahnya memerah, marah bercampur malu. Kelam kabut dia keluar dari kereta.
" berani kau ea...nak mati cepat ke?," Mawar menghampiri Rayyan, mahu menumbuk lelaki itu. Tetapi Rayyan terlebih dahulu mengelak. Mawar terus menyerang Rayyan, mereka bergelut di situ tanpa sedar ramai mata yang memerhati dengan pandangan pelik. Akhirnya Rayyan memeluk Mawar dari belakang dan mengunci tubuh isterinya itu.
" sayang..kalau nak berkarate dengan abang tunggu kita masuk bilik..., dekat sini ramai orang..., tu tengok makcik pakcik semua tengok kita pelik..," Rayyan berbisik. Mawar menyiku perut Rayyan tetapi pergerakannya itu dapat dibaca suaminya.
" opsss..tak kena..dah lah sayang...abang penat drive ni..., ni ajak singgah nak makan je kot..., sayang pun lapar kan...jom makan dulu..nanti kita sambung gaduh..," Rayyan memujuk. Mawar mengeluh berat.
" lepaslah...," Rayyan tersenyum dan melepaskan pelukannya. Tiba-tiba Mawar berpusing dan menumbuk perut Rayyan.
" ouchhh!!!, Mawar!!!," Rayyan menjerit kecil sambil memegang perutnya yang senak.
" sakit? Tadi cium aku sedap je kan..hambik!!...," Mawar berkata puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience