Episod 4

Romance Completed 9436

Pintu bilik di tolak dari luar. Mawar melangkah masuk dengan wajah ketat.
" Mawar!!," Syifa melompat ke arahnya dengan wajah teruja. Tetapi bila dia melihat baju yang di pakai Mawar, dia buat muka pelik.
" Mawar, kenapa awak pakai baju kemeja besar macam ni? Seluar pun sama, siap lipat-lipat," Syifa bertanya lurus. Dia melihat Mawar atas bawah. Kemeja blue navy dan seluar slack warna sama. Mawar merenung Syifa dengan tajam.
" kenapa kau tak cakap bilik mandi perempuan rosak?,"
" haa?? Mana ada rosak..saya okay je mandi tadi," Syifa menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" urkhh..whatever... aku nak mandi balik...kalau tau macam ni, sanggup aku mandi dalam bilik air ni jek...tak kisah la sejuk macam air batu..," Mawar mencari tualanya sebelum memasuki bilik air. Syifa yang tidak faham hanya mengangkat bahunya.

Rayyan berbaring di katil sambil merenung syiling. Terbayang-bayang wajah Mawar di tubir matanya. Entah kenapa, sejak peristiwa petang tadi, wajah Mawar asyik mengganggu fikirannya. Bibirnya menguntum senyum bila terkenangkan bagaimana dia membawa Mawar ke biliknya.

" aduhh...kenapa kau pingsan pulak???, macam mana ni? Aishhhh...mati aku..," Rayyan menggaru kepalanya panik. Dia keluar dari kolam air panas dan menuju rak baju di ruang sebelah. Matanya melilau ke sana sini, tetapi tiada satu baju pun yang ada, hanya baju t-shirt dan seluar tracksuitsnya sahaja.
" alamakkk...perempuan ni gila ke apa tak bawak baju langsung, tuala pun tak ada...,nak tak nak terpaksalah...," Rayyan mencapai seluar dan menyarungkan di kakinya. Manakala baju t-shirt nya di bawa ke dalam. Dia mencapai tuala yang di gantungnya tadi sebelum kembali pada Mawar.
" errr...patut ke aku angkat dia? Tapi dia tak pakai baju...,pehhh..naya aku ni..., seumur hidup aku, tak pernah aku pegang badan perempuan tengah bogel...jahat-jahat aku, tak pernah buat kerja macam ni..., Mawar..Mawar...kenapa kau gila sangat sampai macam ni? Nasib kau tunang aku..," Rayyan membebel. Dia melipat kaki seluarnya sebelum melangkah masuk ke dalam kolam. Dengan teragak-agak Rayyan menarik tangan Mawar.
" Fuhhh..Fuhhh..kau boleh Rayyan....," Rayyan memejamkan matanya. Hanya tangannya yang meraba bahu dan lutut Mawar. Jantungnya berdegup laju bila tangannya menyentuh tubuh Mawar. Suhu badannya mulai panas.' YA Allah...aku cuma nak tolong dia ja..,'. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh Mawar dengan mata terpejam. Dia meletakkan tubuh tunangnya itu di lantai sebelum mencapai baju kemeja dan tuala. Matanya masih di pejamkan waktu memakaikan Mawar baju. Nafasnya turun naik melawan nafsu sendiri.
" sabar Rayyan...kau masih waras..kau masih waras..jangan buka mata..," Rayyan menampar-nampar wajahnya. Dengan susah payah dia memakaikan baju t-shirt dan tuala di tubuh Mawar. Nasib baik Mawar bertubuh kecil molek. Setelah selesai, baru dia membuka matanya.
" huhh..selamat.., macam ni je dah banyak guna tenaga..., takkan aku nak angkat kau pergi blok perempuan.., jauh nak angkat kau.., kau tak kisah kan kalau aku bawa masuk bilik aku? Dekat sikit..., lagipun tak ramai orang..., kalau aku hanta kau kat bilik kau, mesti jadi isu nanti..urkhhh...kau kuat Rayyan..kau boleh..," Rayyan membebel sendiri sebelum mengangkat tubuh Mawar.

" Mawar...Rose...," Rayyan masih tersenyum memandang syiling.

" Tasya, Wawa,Zila...kamu tau tak apa yang kamu buat ni salah..., kenapa buat cerita tak elok macam ni?, mana sivik kamu? Saya akan denda kamu semua, sebelum tu, saya akan panggil Mawar untuk jelaskan hal yang sebenar," Puan Hani berkata pada tiga pelajar perempuan yang sudah menunduk di hadapannya.
" Puan..please jangan panggil Mawar, kami salah faham aja..," Tasya merayu. Jika puan Hani memberitahu pada Mawar, pasti pecah tembelangnya.
" kali ni saya bagi amaran pada kamu semua, sebagai denda mulai esok..kamu kena cuci bilik air selama tiga hari...,"
" Puan...," Mereka semua merungut. Wawa dan Zila menjeling Tasya geram.
" kalau kamu tak nak..saya boleh laporkan pada ibu bapa kamu...,"
" jangan..jangan..ka...kami akan buat...," Wawa berkata bimbang.
" baik..pastikan kamu buat jangan mengelat..,"
" baik puan..," mereka berkata serentak.

" semua salah kau Tasya...tak pasal kiteorang sekali kena cuci jamban...huh..," Wawa berkata geram.
" kau jangan nak salahkan aku.., tapi korang tak pelik ke, macam mana dia boleh tak ada dekat bilik tu? Kan baju dengan tuala dia kita dah ambil...,"
" aku dah cakap jangan kacau dia..budak Mawar tu lain sikit...kau degil..lepas ni aku tak nak ikut lagi kalau kau nak buat kerja gila..., selalu kau buat mesti menjadi..tapi kali ni kita pulak yang kena...aku tak nak kena buang dari sekolah..," Zila berkata sambil menjeling Tasya.
" asal nak salahkan aku? Korang pun tak suka dia jgk kan..," Tasya tidak puas hati.
" tak suka..tapi takde lah teruk macam kau.., dia bukan kacau kita pun.., kau yang sibuk nak kacau hidup dia kan..,"
" ok2..fine..kali ni aku salah..sorry.., tapi aku tak boleh biarkan dia macam tu je..,"
" suka hati kau lah...kiteorang malas nak ikut dah...kau ingat tak malu ke nak hadap esok kat bilik air...," Wawa dan Zila meninggalkan Tasya sendirian.

Telifon berbunyi di atas meja, tetapi Mawar sekadar menjeling skrin sahaja. Tiada orang lain selain papanya yang menalifon. Dia mengeluh sebelum mencapai telifon dan di letakkan ke telinga.
" waalaikumsalam..., papa nak apa?," Mawar menjawab salam dan bertanya.
" Mawar sihat?," suara Datuk Paduka Haizer di hujung talian.
" terlebih sihat...kenapa papa call?, kalau nak tanya pasal tu je Mawar busy...," Mawar berkata selamba.
" Mawar....sampai bila Mawar nak marah papa macam ni? Dah dekat dua bulan Mawar dekat sana kan...,papa rasa dah okay..., sampai Mawar tak nak balik..,"
" Mawar bukan marah papa sebab tu...tapi sebab lain...,"
" sebab lain?,"
" papa mesti dah lupa...tapi Mawar tak kan lupa sampai bila-bila...,"
" apa ni? Papa tak faham...,"
" papa yang bunuh mama...,," suara Mawar bergetar.
" Mawar...papa kan dah lama mintak maaf soal itu...mama meninggal tu dah takdir...,"
" huh..takdir...kalau papa tak lambat...mesti mama hidup lagi...papa selfish..., duit lagi penting dari nyawa mama..., entah-entah..Mawar pun papa anggap sama je..., Mawar tak penting kan??," air mata Mawar sudah mengalir ke pipi.
" sayang..., jangan cakap macam tu, papa pun tersiksa bila kehilangan mama..., papa sayang mama...sayang Mawar..., tapi takdir dah menentukan...papa terlambat hanya berapa minit...tetapi mama dah tak ada....please honey..., jangan benci papa..,"
" no!!!....pada Mawar, papa tetap bersalah..., sebab tu Mawar nak jadi orang biasa...Mawar tak nak jadi anak orang kaya macam papa..., Mawar nak bebas..., tapi papa hantar Mawar dekat sini..., sebab apa? Sebab papa takut reputasi papa buruk kalau orang tau Mawar ni anak papa kan...,"
" Mawar...,"
" dah...Mawar penat, nak tidur..," Mawar mematikan taliannya. Dia menagis sambil menutup mukanya, cuba tidak mengeluarkan suara, bimbang Syifa terjaga dari tidur. Dia mencapai sweaternya dan melangkah keluar bilik.

Mawar mendongak memandang langit yang di hiasi beribu bintang. Malam itu bulan penuh, sungguh cantik. Bila angin malam bertiup terasa sejuk hingga ke tulang, tetapi Mawar masih di situ melayan perasaan sedihnya. Hidupnya terasa sunyi. Dulu, waktu dia di sekolah lamanya, tidaklah sesunyi itu, ada sahaja perkara gila yang di buatnya. Tapi dia sudah di sini, sekolah di atas gunung, dikelilingi hutan, jauh dari hiruk pikuk kota. Sunyi. Tiba-tiba mulutnya di tekup dari belakang, dan badannya di kunci.
"Kau tunggu aku ke?," suara yang amat di kenalinya berbisik di telinga. Mawar dengan pantas memijak kaki lelaki itu.
" ouch...," Rayyan mengerang kesakitan.
Mawar ketawa senang sambil bercekak pinggang.
" woiii...sakit kot...kalau ye pun nak pijak...pijak lah dengan kasih sayang...," Rayyan berkata sambil duduk menggosok kakinya.
" padan muka kau..., tu baru sikit...ikutkan hati aku, nak je aku pijak-pijak satu badan..," Mawar berkata selamba.
" haii..malang nasib aku dapat tunang macam kau ni..," Rayyan menggelengkan kepalanya.
" sorry...aku salah dengar..., kau kata aku tunang kau?? Memang tak lah!!,"
" aduhhh...aku pun tak tau nak cakap macam mana lagi..., kau tau tak Daddy aku tu, boleh kata setiap hari asyik tanya pasal kau...," Rayyan kembali berdiri di hadapan Mawar.
" sembang...," Mawar menjeling. Dia memang kenal dengan Tengku Malik daddy pada Rayyan. Tetapi dia tidaklah rapat dengan lelaki itu, cuma kenal sebagai teman rapat daddynya. Pernah juga lelaki itu memujuknya dulu untuk bersekolah di Z.E.P.S, tetapi di tolaknya.
" suka hati kau lah nak percaya atau tak..., yang aku tau...kau Mawar Elyna binti Datuk Paduka Haizer adalah tunang aku...," Rayyan mengangkat keningnya. Mawar tersenyum sumbing sambil menjeling tajam.
" dah lah..aku malas nak layan benda merepek...., malas nak gaduh dengan kau..., buang masa..buang tenaga..,"
" okay..okay..releks lah...kita boleh je jadi kawan kan..," Rayyan meletakkan tangannya di bahu Mawar, tetapi di tepis.
" aku tak suka orang kaya...lagi-lagi berkawan dengan dieorang...,"
" haaa..yang ni pelik...kau tak nak kawan dengan orang kaya..tapi kau pun kaya kot..,"
" papa aku yang kaya..bukan aku..," Mawar berkata sebelum duduk di tepi bumbung sambil memeluk lutut.
" sama lah tu...lastly kau yang dapat harta dia..macam aku jugak.., bila kakak aku meninggal, daddy cuma ada aku je untuk jadi waris dia...,"
" kau ada kakak?," Mawar menoleh Rayyan di sebelahnya.
" yaa..dulu ada, tapi sekarang dia dah meninggal..., tragik jugaklah..,"
" tragik?,"
" yup..., kalau kau nak tau, aku ni kembar dengan kakak aku tu, kembar lain jantina...tapi..kakak aku tu suka tiru gaya aku, rambut..baju..kasut..semualah..
sampaikan orang ingat dia lelaki, puas mommy aku pujuk dia suh jadi perempuan..,"
" okay...," Mawar sabar mendengar cerita Rayyan.
" satu masa tu, daddy selalu dapat surat layang berbaur ugutan..., biasalah..daddy ada buat satu projek besar, ramai yang kena reject tapi daddy dapat projek tu.., orang tu ugut daddy kalau daddy tak lepaskan projek tu, daddy akan menyesal seumur hidup.., daddy pulak jenis tak mudah mengalah...dia teruskan juga projek tu..,"
" habis tu?,"
" masa aku dengan kakak aku balik sekolah, kiteorang melencong kat tempat lain..., kau pun tau aku kan degil.., masa tulah kakak aku kena culik..mulanya dieorang nak culik aku, sebab aku anak lelaki..., tapi tersalah culik kakak aku pulak..., kecoh masa tu.., daddy aku panik.., lastly dieorang minta daddy aku lepaskan projek tu, sedangkan dah separuh nak siap.. nak tak nak daddy aku terpaksa lah ikut cakap dieorang...,"
" dah tu..kakak kau macam mana?,"
" masa dieorang pulangkan kakak aku tu, dekat seberang jalan.., belum sempat kakak aku melintas, ada lori langgar dia..," Rayyan berkata sambil meraup wajahnya.
" itulah last aku nampak kakak aku senyum dekat aku..., kalau kau nak tau muka dia macam mana, tengok muka aku..tapi versi perempuan lah..," Rayyan tersengeh menampakkan giginya.
" Rayyan...," Mata Mawar susah berkaca-kaca, sedih mendengar cerita Rayyan.
" kenapa pulak kau ni.?,"
" err...tak ada apa cuma, aku pelik..macam mana kau boleh berlagak biasa, sedangkan kau pernah alami kisah silam yang perit?,"
" aku je tak tunjuk...orang tengok aku ni kasar...nakal...asyik buat hal...hakikatnya, hidup aku sunyi...walaupun aku dapat semua yang aku nak...tapi semua tu tak sama dengan kakak aku...,"
" sama dengan aku..., bila mama tak ada, aku sunyi...," Mawar mendongak ke langit.
" tapi bila kau datang sini...sunyi aku hilang, sikit demi sikit..., sebab perwatakan kau sama dengan kakak aku..., tak ada siapa yang berani lawan aku kecuali kau.., " Rayyan merenung wajah Mawar di sebelahnya.
" kau kalau sembang kalah mamak...," Mawar tergelak kecil.
" wahh..," Rayyan terpana melihat senyuman Mawar.
" kau dah kenapa tengok aku macam tu? Dah lama hidup?" Mawar bertanya sambil mengerutkan dahinya.
" kan cantik kalau kau ketawa macam ni.. manis aja..,"
" aduhhh..geli aku dengar...,please lah...,"
" aku kata benda betul.., ni first time aku nampak kau senyum...," Rayyan berkata jujur.
" dah lah...ni yang kau tetiba muncul dekat sini kenapa? Sibuk je...aku baru nak layan perasaan sorang-sorang..," Mawar melirik Rayyan di sebelahnya.' Boleh tahan kacak juga mamat ni..hurmmm,'
" aku nak pergi cafe..., nampak pulak kau jalan sorang-sorang, tu yang aku ikut...,"
" iyalah tu...,"
" iyalah...,"
Mawar bangun dari dududknya.
" kau nak balik bilik ke?," Rayyan bertanya dan ikut berdiri.
" balik bilik aku lah...tak kan nak balik bilik kau..," Mawar berkata selamba sebelum melangkah pergi.
" apa salahnya kan...," Rayyan tersenyum nakal. Mawar membalikkan badannya dengan isyarat penumbuk di tangan. Rayyan ketawa geli hati dapat menyakat gadis itu.

Seperti yang telah di janjikan, Tasya, Wawa dan Zila terpaksa mencuci tandas hari itu. Nasib baik pelajar tidak ramai yang memasuki bilik air. Tapi ada juga yang berbisik-bisik membicarakan mereka. Mereka tertanya-tanya apakah kesalahan Tasya dan rakan-rakannya, sehinggakan di denda mencuci tandas.
" betul lah awak suka lagu tu? Saya pun suka juga..," Syifa berkata teruja sambil melangkah masuk bersama Mawar. Mereka berhajat untuk makan di cafe tetapi singgah di bilik air berdekatan.
" aikkk...bila masa korang berminat nak buat kerja amal ni? tak sangka pelajar 'tercantik' dekat sekolah sanggup cuci tandas...," Mawar ketawa sinis. Terkejut juga dia bila terserempak Tasya di situ yang sedang mencuci.
" ehh..perempuan..kau diam boleh tak? Ni semua kau punya pasal...," Tasya berkata geram. Mawar mengangkat keningnya ' aikkk...aku pulak kena?'
" ni mesti awak kena denda cuci tandas kan? Haaa...mesti buat salah ni..," Syifa mencelah sambil bersembunyi belakang Mawar.
" kau diam!!! Aku rodok pakai mop ni baru tau..," Tasya naik angin.
" aduhh..geli pulak aku nak membuang dekat tolet ni..., takut tak bersih...yang basuh pun banyak kuman...," Mawar berkata sambil ketawa mengejek sebelum melangkah keluar.
" sial lah!!!," Tasya menjerit sekuat hati.
" wey..releks..., kau ni kecoh la..kalau kantoi macam mana?," Wawa memujuk.
" aku tak kira..aku nak siasat jugak macam mana dia boleh terlepas macam tu ja..," Tasya berkata sebelum mencampakkan mop ke lantai.

" hai sayang!!," Rayyan memanggil sambil berjalan ke arah Mawar yang sedang husyuk memilih kuih di atas meja. Mawar melihat ke arah Rayyan sebelum menoleh ke kiri dan kanannya.
" ishh dia ni...apa yang tertoleh-toleh..., aku panggil kau le..," Rayyan berkata sambil tersenyum menggoda. Mawar mencebik dan tidak menghiraukan Rayyan di hadapannya.
" semak la kau..mana aku ada, kat situ lah kau nak menyibuk.., tak ada benda lain ke ko nak buat?, aku nak makan pun tak senang..," Mawar membebel sambil menyepit kuih ke dalam pinggan.
" dah jodoh...aku nak wat camner.., jodoh jangan di tolak..musuh jangan di cari...," Rayyan mengubah peribahasa.
" hah..ni yang aku menyampah sangat bila kau ada...keje nak merepek aja...blah la!!," Mawar menolak badan Rayyan menggugakan tangan kanannya. Tetapi tangannya di pegang Rayyan.
" weyy...kau ni dah lama hidup ke apa? Aku tendang tengah tu mandul karang...," Mawar berkata geram.' Sesuka hati je mamat ni,'.
" uuuuiii..., seram dengar, jangan la tendang, nanti kau juga yang tak ada anak..," Rayyan melepaskan tangan Mawar sambil mengenyit mata nakal. Mawar mengetap bibirnya, geram melihat perangai Rayyan yang suka mengacau hidupnya.
" huh!!!...sapa nak kahwin dengan kau...," Mawar berkata sebelum berlalu pergi meninggalkan Rayyan. Lelaki itu ketawa senang sambil menyanyi riang. Nasib di cafe tiada orang, kalau tidak, pasti mereka berdua sudah menjadi buah mulut di sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience