Episod 18

Romance Completed 9436

Mawar tersenyum melihat Rayyan yang lincah memasak di dapur. Tidak menyangka lelaki itu benar-benar pandai memasak.' Untungnyalah dapat dia ni.., aku pulak rasa segan sebab tak nak belajar masak...,tulah Mawar..kalau kau dengar nasihat Mak Nab dulu, mesti sekarang kau dah boleh masak untuk suami kau..,hurmm,'. Selepas lima belas minit, akhirnya siap juga sepinggan nasi goreng di atas meja. Mawar menelan air liur,'wahhh...sedapnya bau...,'. Rayyan melirik isterinya dengan senyuman .
" jom makan...,"
" satu pinggan je?,"
" kita kongsi..aaa," Rayyan berkata dan membuka mulutnya. Mawar mengerutkan dahi..' kenapa pulak dia ni?,'
" penat abang masak..suapkan la..," Rayyan pura-pura merajuk.
" lahhh..suruh suap, ingatkan kenapa mulut ternganga macam tu..hahaha..," Mawar ketawa geli hati sebelum menyuap sesudu nasi goreng ke mulut Rayyan.
" ermmm...sedapnya..,"
" eiii..masuk bakul angkat sendiri nampak..," Mawar mencebik.
" tak caya? Meh sini..," Rayyan mencapai sudu di tangan Mawar dan menyudu nasi goreng ke mulut isterinya itu. Mata Mawar membulat,' sumpah sedap!!!, pandainya laki aku masakkk!!,' Mawar menjerit dalam hati. Rayyan sudah tersengeh melihat riaksi Mawar.
" sedapnya abang..., abang memang pandai masak ke? Siapa ajar? Mommy?," Mawar terus bertanya teruja.
" daddy...,"
" hahhh???," Mulut Mawar melopong membuatkan Rayyan tergelak.
" iya...daddy memang pandai masak.., cuma sekarang dia busy sangat.., nak masak pun tak sempat..., abang pulak suka kacau dia masak...sebab tulah abang tau..,"
" ohhh..., bestnya..,"
" tapi abang ada satu kelemahan..,"
" apa?,"
" abang tak pandai susun barang..., lebih tepat, kemas barang...lipat baju..,dan sewaktu dengannya...,"Rayyan berkata jujur.
" okay..kalau macam tu..abang masak..sayang kemas rumah...," Mawar berkata.
" alright..cun.., dah..jom kita duduk tepi kolam..., sambil makan sambil berendam.., abang bawak pinggan, sayang bawakkan air..boleh?," Rayyan mengajak.
" okay..jom..," Mawar bangun dari kerusi dan mencapai mug berisi air nescafe di atas meja sebelum mengekori langkah suaminya itu.

" sorrylah Red...aku terpaksa cerita..," terdengar suara Zack di hujung talian. Mawar meregus geram.
" banyak la kau punya sorry, asal kau tak bagitau aku yang Rayyan ada call kau? Hishh...nasib baik suami aku tu sebaik-baik ummat...,kalau kau cakap awal-awal tak lah aku ikut si Feng tu...," Mawar membebel.
" alaaa...kau jangan nak salahkan aku sorang, semua ni rancangan laki kau lah.., dia yang nak jumpa dengan Feng..., dia yang suruh aku berlakon sungguh-sungguh...," Zack cuba menjelaskan.
" sampai hati kau kan..., nasib aku tak kena bunuh tau, kalau aku mati...,aku jadi hantu lepas tu aku datang cekik kau..., biar mati sama-sama...,"
" sorry la Red...jangan marah aku, kau ingat aku tak takut ke bagi kau dekat si Feng tu, aku nangis tu tak tipu ea..., tapi aku percaya dekat Rayyan..., mulanya tu aku cuma mintak duit dekat dia.., tapi dia kata kalau tak hapuskan Feng, sampai bila-bila pun benda tak Settle, aku terpaksa la turutkan..., masa tu aku dah cuba halang kau kan...,tapi kau yang degil..," Zack membela diri.
" okay..takpe-takpe...tunggu aku jumpa kau.., taulah aku nak buat apa.., huhhh!!.. Mak Nab dengan Lily macam mana? Okay?,"
" alhamdulillah, dah okay, Mak menagis nak jumpa kau, dia ingat kau dah mati.., tapi aku dah pujuk dah..., apa-apa pun, terima kasih Red, aku tak dapat balas budi kau dengan laki kau..., aku menyesal sebenarnya cerita masalah aku pada kau, lagi-lagi bila Rayyan cakap yang kau tengah mengandung..., memang menyesal gila.., tapi aku betul-betul buntu...kau jelah kawan aku yang berduit.., siapa lagi aku nak tuju..,"
" dahlah Zack..., yang lepas tu biarkan lepas, janji korang dah okay..selamat..,aku dah lega.., kau dah taukan nak jadi pakcik.., lepas ni behave sikit ea..., jadi jantan.., jangan nak lembik sangat..,"
" iyalah..., kak long kawasan...,"
" okaylah..aku letak dulu..kirim salam dekat Mak Nab dengan LiLy..,"
" insyaallah..,"

Rupanya Villa itu di beri nama Garden in the Forest, daddy buat khas untuk mommy masa mereka baru sahaja berkahwin. Kiranya hadiah perkahwinan untuk mommy. Suasana villa itu memang mendamaikan sesiapa yang berkunjung. Dibina betul-betul besebelahan air terjun yang berada di hutan. Tetapi air terjun itu tidaklah besar mana. Villa ini hanya setingkat, tetapi cukup besar dan luas. Separuh berdinding batu, dan selebihnya berdinding kaca. Tidak jauh dari villa, ada satu perkampungan orang asli, tidak besar, hanya ada lima keluarga sahaja menetap di situ. Mereka semua memang kenal dengan keluarga Tuan Malik, mereka jugalah yang menjaga Villa itu bila Tuan Malik berpindah ke Kuala Lumpur. Sebab itulah, villa Garden in the Forest sentiasa bersih dan terjaga.

" abang, bila nak hantar sayang balik Z.E.P.S?, periksa percubaan dah nak dekat...," Mawar bertanya Rayyan semasa mereka sedang menonton televisyen di ruang tamu.
" sayang okay ke nak duduk dekat Z.E.P.S?,"
" kenapa abang tanya macam tu?," Mawar bertanya kembali. Terdengar Rayyan mengeluh lembut.
" abang bukan apa, takut sayang tak selesa, kan tengan pregnant, ni baru nak masuk tiga bulan, aktiviti dekat sekolah semua sayang tak boleh join, lepastu perut nanti makin membesar..., sayang tak kisah kalau budak dekat sekolah tu mengata?," Rayyan melirik Mawar di sisinya.
" biarlah...nak mengata ke apa ke, bukannya sayang tak ada suami...," Mawar berkata dengan wajah masam. Rayyan ketawa sebelum menarik pipi isterinya.
" bukan ke sayang yang tak bagi abang announce dekat dieorang..,"
" alaa...haritu masa sayang bawak abang turun pergi kereta, semua dah pakat mengumpat..., mesti dieorang dah selidik dah hubungan kita,"
" okay..kalau macam tu, sayang boleh duduk dekat Z.E.P.S, tapi ada syarat...,"
" syarat?," Mawar bertanya dengan kerutan di dahi.
" syaratnya, sayang kena sebilik dengan abang..," Rayyan sedah menguntum senyum.
" nanti dieorang kata apa pulak..,"
" lahhh..kita kan suami isteri...apa yang nak heran..,"
" memanglah..tapi dekat sekolah...,"
" yup sekolah...sekolah abang yang punya..., suka hati abang nak buat apa.., "
" eiii..belagaknya...," Mawar mencebek.
" tak yah risau...semua dekat Z.E.P.S tu tau siapa abang, dieorang tak berani punya nak buat apa-apa...,lagipun sayang tinggal tujuh bulan je dekat Z.E.P.S, percubaan pun tinggal dua bulan je lagi...," Rayyan mengusap-usap rambut Mawar.
" kita balik esok ea..,"
" cepatnya..,"
" sayang rindu dekat Syifa..," Mawar merengek. Memang dia rindu dengan teman sebiliknya itu. Sudah dua minggu dia tinggal di villa. Mereka berhubung melalui telifon sahaja.
" okay...okay..esok kita balik Z.E.P.S, bukan jauh pun.., abang ingat..nak duduk sini ulang alik ke Z.E.P.S, tapi sayang dah kata macam tu, abang okay je lah..," tangan Rayyan menarik hidung Mawar geram. Mawar tersengeh sambil memeluk Rayyan.
" thanks abang..,"

" Mawar!!!," Syifa menjerit sambil berlari anak menuju ke arah Mawar yang baru sahaja keluar dari perut kereta.
" Syifa!!! Rindunya dekat kau..," Mawar memeluk temannya erat.
" sunyi tau awak tak ada," Syifa berkata.
" aku pun...,"
" ehem..," Rayyan berdehem di sebelah Mawar. Mereka melepaskan pelukan masing-masing. Syifa menunduk hormat pada Rayyan.
" Syifa.., Mawar akan duduk sebilik dengan saya, awak tak kisah kan? Takpa, kalau nak jumpa saya izinkan..," Rayyan berkata sambil memeluk bahu Mawar.
" err..o..okay..okay.., saya faham..saya okay jek..," Syifa tergagap-gagap.' Seram pulak Big Boss ni,'.
" bagus..lagipun Mawar tengah pregnant, senanglah saya nak tengok-tengokkan dia..," sambung Rayyan,membuatkan mata Syifa membutang. Dia memandang wajah Mawar, dan melihat temannya itu mengangguk perlahan.
" ...Mawar!!!, yey!!! ," dia melompat gembira, terlupa yang Rayyan masih di situ. Rayyan dan Mawar tersenyum sambil berpandangn sesama mereka.
" dah..dah..jangan nak melompat sangat, sakit perut aku tengok kau..," Mawar menegur Syifa yang sudah tersengeh.
" okaylah..sayang boleh ikut Syifa..biar abang angkat barang,," Rayyan berkata.
" okay..jom Syifa..aku rindu nak makan dekat cafe," Mawar mencapai lengan Syifa dan menariknya pergi.' Sa..sayang?, wahhh...jealousnya..,' Syifa berbisik dalam hati.

Mawar meletakkan kepalanya di atas meja, entah kenapa dia berasa sungguh mengantuk pagi itu. Terasa malas untuk belajar di kelas, tapi apakan daya peperiksaan makin hampir. Tinggal sebulan sahaja lagi peperiksaan percubaan di adakan.
" Mawar!! Mawar!!," Tiba-tiba Syifa menyenggol lengan Mawar.
" apaaa??," Mawar bertanya malas sambil mata terpejam.
" tuu..awak tengok, ada budak baru masuk.., handsomenya..muka dia sebijik macam Chris Evans...," Syifa berkata teruja.
" hah?? Siapa tu?," Mawar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengangkat kepala dari meja dan memandang ke luar kelas. Terlihat guru kelas mereka bersama seorang budak lelaki sedang berdiri di tepi pintu.
" alahh..Chris Evans, pelakon dalam avenger tu..handsomenya...tapi kenapa dia baru masuk ea..kenapa tak masuk dari awal tahun..," Syifa berkata sambil matanya asyik merenung ke luar. Mawar mencebik, malas melayan Syifa.' Hurmm..budak Syifa ni semua dia kata handsome, pakcik tukang kebun pun dia kata handsome..., aku rasa dia ni bukan rabun lagi..dah buta kot..ha.ha.ha,' sempat Mawar mengutuk dalam hati. Matanya yang ngntuk di pejamkan kembali. Tiba-tiba Syifa yang kecoh terus terdiam.' Ehh..kenapa minah ni diam pulak?? Budak tu tak jadi masuk kelas ni ke?,' Mawar tertanya-tanya dalam hati.
" hai..can i sit here?," ada satu suara lelaki bertanya, betul-betul di sebelah Mawar. Mawar membuka matanya sebelum mendongak. Budak lelaki yang berada di luar kelas tadi sedang tersenyum kepadanya. Berkerut dahi Mawar,' apasal pulak mamat ni? Tiber nak duduk sebelah aku?'.
" suka hati kau lah..," Mawar menjawab malas.' Kacau je aku nak tidur, hurhh!!,' mata kembali di pejam. Pelajar baru itu tersenyum dan menarik kerusi di sebelah Mawar. Meja di kelas itu tidak lah rapat, semua di jarak-jarakkan, senang untuk di lalui. Lagipun bilangan pelajar dalam satu-satu kelas tidak ramai, dalam 15 ke 20 orang sahaja. Syifa tersengeh memandang pelajar baru yang duduk di sebelah Mawar.
" hai..,"
" hai," Syifa membalas sapaan pelajar itu.
" i'm Darwish..,"
" ohh...saya Syifa..,Nur Syifa Hani.., awak ni dari mana?" Syifa bertanya ramah.
" saya baru pindah dari Kanada.., ikut my mom pindah, dia orang Malaysia..," Darwish menjawab sambil tersenyum.
"Wahhh..., ayah awak orang Kanada lah ni ea..,"
" yeah..how do you know?,"
" sebab muka awak sebijik macam Chris Evans...," Sifa berkata sambil tersengeh. Tidak jemu dia merenung wajah Darwish. Lelaki itu ketawa bila mendengar jawapan Syifa.
" pandai awak bergurau..," Darwish berkata dalam sisa tawanya. Walaupun dia fasih berbahasa melayu, lidahnya masih pelat untuk bertutur. Syifa tersenyum simpul bila Darwish sudi berbual dengannya. Mawar mengeluh,' aduhaiii...dieorang ni kalau nak berborak pun nanti-nantilah..aku ngntuk sangat ni weyyy...bunyik dah macam langau jek..urkhhh..,'. Dia bangun dari tempat duduknya dan mengatur langkah ke luar kelas.
" Mawar..awak nak pergi mana?" Syifa bertanya.
" jalan-jalan...," Mawar menjawab selamba tanpa menoleh. Darwish memerhati langkah Mawar,' Mawar? Nice name...,'bibirnya menguntum senyum.

Rayyan sibuk memerhati dua orang pelajar tingkatan satu yang sedang berlatih takewando. Tiba-tiba dia melihat kelibat Mawar di luar bilik.
" sayang...buat apa dekat sini? Bukan tengah waktu kelas ke?," Rayyan menegur Mawar separuh berbisik. Dia terus mendapatkan isterinya itu bila terlihat Mawar yang bersandar di pintu. Wajah mengantuk Mawar di tatap lembut.
" abang..nak lepak sini boleh tak? Mengantuk sangat...nak naik bilik jauh pulak..," Mawar merengek.
" sayang...kan dah janji dengan abang, kata nak belajar betul-betul.., tak nak nakal dah.., kenapa nak ponteng kelas pulak?" Rayyan membebel. Kemarin,Mawar juga yang bersungguh untuk tekun belajar dan mengikut segala peraturan sekolah. Ini dia pula yang ponteng.
" alaaa...tak bagi lepak takpelah...sayang naik bilik je.., bukan bilik abang...bilik Syifa..," Mawar berkata dengan nada merajuknya. Dia memusingkan badannya ingin melangkah pergi dari situ, tetapi tangannya sempat di tarik Rayyan.
" lahh..merajuk pulak.., okay..abang bagi lepak..tapi..boleh ke sayang nak tidur? Kan bising.."
" takpe..lagi rela dengar bunyi bising ni dari dengar bunyi langau..," Mawar menjawab selamba sebelum menonong masuk ke bilik rehat.
" langau? Ada langau ke?," Rayyan menggaru kepalanya pelik.

Sudah seminggu Mawar berasa mengantuk di kelas, entah apa silapnya, masuk sahaja ke kelas, mengantuknya pun datang. Puas dia memaksa mata untuk terbuka, tetap juga ingin terlelap. Mungkin baby dalam perut yang mengantuk kot..
" Syifa..kau ada gula-gula tak? Aku dah tak tahan la..mengantuk sangat..," Mawar berkata separuh merengek.
" ada..tapi gula-gula berangin lah..,"
" hah..boleh lah..bak sini..," Mawar menadah tangannya. Syifa menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan dua biji gula-gula dan di beri pada Mawar. Temannya itu tersenyum senang. Darwish leka memerhati gelagat Mawar tanpa sedar bibirnya tersenyum. Mawar memandang Darwish pelik,' dah kenapa mamat ni pandang aku? Tak kan nak jugak kot,'.
" kau nak ke?," Mawar bertanya lurus.
" hah?," Darwish tersedar bila di tegur Mawar.
" kau nak ke gula-gula ni? Lagi tadi usyar aku..,"
" err..no..thanks..," Darwish menjawab. Malu pula bila perbuatannya di sedari Mawar. Dia memalingkan wajahnya ke tempat lain, tidak mahu Mawar perasan riak di mukanya. Mawar tersenyum sumbing,' tak nak sudah..aku ngap..,' bisiknya dalam hati. Sejak Darwish pindah di situ, Mawar hanya berbual sepatah dua sahaja dengannya, entah kenapa dia tidak berminat hendak beramah mesra dengan lelaki itu. Hanya Syifa yang rajin melayan dan berbual dengan Darwish.

Mawar sibuk membelek buku sejarah di tangan sambil mengunyah buah tembikai yang baru sahaja di potongnya tadi. Rayyan masih mandi di bilik air selepas balik dari bermain tenis.
" sayang..., abang tengok sejak-sejak ni rajin betul makan buah tembikai?" Rayyan menegur apabila keluar dari bilik air. Dia yang masih bertuala paras pinggang sedang mengelap rambutnya yang basah dengan tuala yang lebih kecil. Punggungnya di labuhkan sebelah Mawar.
" abang..jangan kacau lah...pergi pakai baju, tak sejuk ke?," Mawar berkata tanpa menoleh pada suaminya. Dia masih malu melihat Rayyan begitu.
" ehh..orang tanya dia..dia tanya orang balik.., sayanggg...," Rayyan memanggil.
" ermm,"
" baby sayangggg,"
" abang nak apaaa?," Mawar mula geram.
" tolong lapkan rambut..," Rayyan berkata sambil tersengeh. Mawar menjeling sebelum merampas tuala di tangan Rayyan.
" ishhh...dah tua bangka pun sibuk nak suruh orang lapkan rambut...,nanti kalau baby dah keluar takkan nak suruh sayang lapkan lagi? Kalau sorang yang keluar..ada dua kepala nak kena lap..kalau tetiba dapat kembar..dah tiga kepala tau nak kena lapkan..," Mawar membebel. Rayyan tidak kecil hati, sebaliknya dia suka mendengar bebelan Mawar. Bebelan isterinya itu bagai satu terapi bila dia bosan. Tiba-tiba dia memusingkan tubuhnya dan mengangkat Mawar dengan gaya bride style.
" heyy..abang!!!," Mawar terkejut tiba-tiba di angkat. Rayyan mengangkat badannya dan di letakkan di atas katil.
" abang...jangan nak mengada ea..pergi pakai baju..sayang nak baca buku lah..," Mawar menapuk bahu Rayyan tetapi tidak diendahkan, sebaliknya lelaki itu memeluknya sambil berbaring di sisi.
" abanggg!!!"
" abanggg...,tepilah..," Rayyan masih tidak berganjak dari memeluk pinggang Mawar.
" Tengku Rayyan bin Tengku Malik!!!," Mawar menjerit nama penuh Rayyan membuatkan Rayyan terpisat bangun.
" aduhh..pekak telinga abang sayang oii..," Rayyan berkata sambil menggosok telinganya.
" ingatkan memang pekak tadi.., dah..jangan nak banyak songeh..pergi pakai baju.., berlambak baju dalam almari tu.., ingat kacak sangat ke tayang body?," Mawar pura-pura marah. ' eleh Mawar...kau memang suka kan tengok body laki kau? Sampai terbayang-bayang..,' ada satu suara berbisik di kepalanya.
" cehh..tak kacak konon..., kalau tengah tidur tu, asyik raba-raba abang.., ingat abang tak tau ke? Tak baik tau menipu..,"
" sibuk lah..," Mawar membaling sebiji bantal pada Rayyan. Wajahnya mula memanas, malu. Rayyan tertawa senang sambil mencari baju di almari. Dia suka bila Mawar malu-malu begitu. Comel.

Mawar baru tersedar, budak si Darwish yang duduk di sebelahnya itu suka benar mencuri pandang dirinya. Pada awalnya dia tidak mengendahkan perkara itu, tetapi makin lama, makin kerap dia bertemu pandang denagan Darwish. ' dari hari tu aku perati je perangai mamat ni.., walaupun tak cakap banyak..tapi mata tu asyik nak pandang-pandang..., hishh..kalau laki aku tau ni..,matilah..,' Mawar berbisik dalam hati. Bimbang pula dia jika Rayyan ternampak Darwish yang sedang memandangnya.
" pstt..Syifa.." Mawar memanggil Syifa dengan berbisik.
" apa?," Syifa bertanya dengan gaya sama.
" kau nak tak tukar tempat dengan aku?," Mawar bertanya.
" kenapa Mawar?," Syifa bertanya pelik.
" alaaa..jangan la banyak tanya..kau nak ke tak ni?,"
" mestilah nak.., dapat duduk sebelah Chris Evans tu...," Syifa berkata teruja. Nasib baik dia masih berbisik, kalau menjerit, pasti satu kelas memandangnya pelik.
" good..dah jom tukar..," Mawar tersenyum senang. Dia mencapai bagnya dan di campak ke atas meja Syifa. Mereka bertukar tempat. Terlihat wajah Darwish sedikit berubah, Mawar juga tidak tahu apa yang di fikirkan lelaki itu.' Fuhh..harap lah dia tak padang aku dah..., lagipun Syifa kan rajin berbual dengan dia.., okay lah tu..,' Mawar menarik nafas lega.
" sayang...,"
" weyyy kau!!!," Mawar terjerit sebelum menggosok dadanya, terkejut. Entah bila Rayyan sudah berdiri di sebelahnya. Satu kelas menoleh ke arah mereka, ada yang sudah berbisik-bisik.
" kenapa terkejut sangat nampak abang?," Rayyan berbisik sambil tangannya membetulkan rambut Mawar. Semua mata tertumpu pada mereka berdua. Mungkin seronok melihat pemandangan yang jarang berlaku.
" abang...,kenapa masuk kelas ni? Semua dok pandang dah..," Mawar bertanya sambil berbisik.
" saja..abang rindu.., tengah hari ni jumpa dekat cafe ea.., love you," Rayyan berbisik di telinga Mawar. Sempat dia mencium ubun-ubun isterinya itu sebelum melangkah pergi. Selepas Rayyan keluar, satu kelas kecoh dan menyakat Mawar. Tetapi bila Mawar menunjukan penumbuknya, kelas kembali senyap.' Tau takut...,'.
" Syifa...,"
" yup"
" itu boyfreind Mawar ke?," Darwish yang melihat adegan romantik tadi terus bertanya. Entah kenapa hatinya terasa sakit.
" err..itu..," Belum sempat Syifa menjawab, guru Matematik mereka sudah melangkah masuk ke dalam kelas. Soalan Darwish itu di biar sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience