Episod 5

Romance Completed 9436

Sekolah beroperasi seperti biasa, cuti panjang selama dua minggu sudah habis. Masa untuk mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun sebelum mereka bercuti selama sebulan. Mawar seperti biasa, hanya belajar ikut moodnya, terkadang dia belajar hingga lewat malam, kadang dia hanya merenung sahaja bukunya. Rayyan pula sekadar membelek buku sebelum di campaknya ke tepi. Dia memang tidak minat belajar sejak arwah kakaknya tiada. Tetapi IQnya senang menyerap ilmu. Dia boleh menghafal hanya sekali pandang, itu kelebihannya.
"Syifa...kenapa dengan hidung kau tu?," Mawar yang baru keluar dari bilik air pelik melihat Syifa menyumbat tisu di hidungnya.
" hidung saya berdarah...., huhuhu," Syifa menjawab dengan sura sedikit sengau.
" kau ni..., asal la 'bijak' sangat? Sampai dua hari kau tak tidur sebab nak study? Sia-sia je kau belajar kalau masa exam kau pingsan...," Mawar membebel.
" saya tak pandai macam awak...,"
" belajar tu bukan susah pun...kalau kau pandai teknik dia..., musuh paling jahat stress and badan sakit.., sebab ko boleh hilang fokus..,"
" saya yang lain ok...cuma sejarah je saya tak berapa okay..," Syifa memuncungkan bibirnya.
" kau nak senang hafal tak?," Mawar menghampiri Syifa di meja belajar.
" macam mana?,"
" kau pejam mata...lepastu kau bayangkan suasana sejarah tu...contoh kalau zaman melaka, kau bayangkan macam mana rupa sultan..baju dia..kalau ada kapal ke sampan ke...kau bayangkan...kalau ada pedagang..kau bayangkan pedagang tu macam mana...," Syifa mengikut arahan dari Mawar dan memejamkan mata.
" lepastu kalau ada perjanjian antara mereka, kau bayangkan kau ada dekat situ tengah dengar,"
" o..okay.., tapi macam mana teknik ni nak berkesan?,"
" senang..nanti masa exam, kau pejam mata dan bayang benda sama...,"
" ooohhhh, betul juga tu..tak payah penat nak baca ayat panjang-panjang...,"
" yup...,"
" tapi Mawar, awak tak belajar ke? Kan lusa dah exam?," Syifa bertanya pelik.
" hari ni aku malas nak tengok buku...dah kau jangan banyak bunyi pergi hafal mana yang patut...," Mawar berkata sebelum mencapai sweaternya dan keluar bilik.

" bagus..tak ada orang ..," Mawar tersenyum senang bila memasuki stadium mini bola keranjang. Suasana sunyi sepi, hanya dia seorang sahaja berada di situ. Dia mencari suiz lampu dan menghidupkannya. Mawar berjalan menghampiri bakul bola dan mencapai sebiji bola. Dia berjalan ke bangku penonton sebelum membuka sweaternya dan di campakkan di situ. Kini dia hanya memakai t-shirt putih dan berseluar tracksuits. Bola di banting ke lantai sambil dia berlari anak menuju ke tengah gelanggang. Dia melompat dan memasukkan bola ke dalam jaring. Hanya terdengar bunyi bola dan decitan kasutnya di lantai. Peluh sudah membasahi tubuhnya yang kecil molek itu.
" ok..last shot..," Mawar berlari sambil membawa bola, baru sahaja dia ingin melompat, tiba-tiba kakinya terpelecok di lantai. Dia tidak dapat mengimbangi badannya. Hampir sahaja tubuhnya mencecah kelantai sebelum ada satu tangan menyambutnya. Mawar terjatuh di badan seseorang. Selang beberapa saat, Mawar membuka matanya perlahan-lahan, dia melihat leher seseorang sebelum dia melihat wajah pemilik leher itu.
" hai sayang..," Rayyan menyapanya dengan senyuman menggoda. Mawar terkejut dan segera bangun dari tubuh Rayyan. Dia sempat menumbuk perut lelaki itu.
" ouch!!!...sayang..sakit lah..," Rayyan berkata sambil memegang perutnya.
" padan muka kau..., nak bersayang-sayang sangat..., tu baru sikit..," Mawar menjeling tajam.
" nasib baik aku ada tau...kalau tak..dah gedebuk kau dekat lantai tadi..."
" aku lagi rela jatuh kat lantai, dari jatuh dekat kau...," Mawar berkata selamba.
" iya ke...," Rayyan menghampiri Mawar yang sedang menyarung sweater di badan.
" Wey...aku pelik lah...kau ni memang ikut aku ke mana aja aku pergi ke? Sampai kat sini pun kau ada..., rimas tau tak..," Mawar berkata geram. Dia baru sahaja ingin bersendirian.
" dah jodoh...," Rayyan berkata selamba. Matanya tidak lepas memerhati setiap gerak geri Mawar. Entah kenapa, semakin hari gadis itu semakin menarik pada pandangannya. Bila tidak berjumpa pasti dia rasa rindu, pelik.
" hallooo!!! Dah habis dah tenung aku? aku kalau tengok muka kau ni boleh jadi stress tau tak..," Mawar melambai tangan di hadapan Rayyan.
" kau ni cantik ikut siapa?, nak kata bapak kau..., muka melayu je...,tapi muka kau ni...," Rayyan menggaru dagunya yang tidak gatal.
" mama aku orang turki," Mawar menjawab.
" ohhhh...patutlah cun.., untung aku nanti dapat anak comel-comel..," Rayyan tersenyum sambil membayangkan sesuatu.
" urkhhh...dia da start dah..., daripada layan kau, baik aku blah..," Mawar mengeluh sebelum mengatur langkah meninggalkan Rayyan di situ.
" Mawar!!! Tunggu...," Rayyan mengejar Mawar dari belakang.

" kau nak bawa aku pergi mana ni?," Mawar bertanya malas. Selepas dia keluar dari stadium mini tadi, Rayyan terus menariknya menuju ke suatu tempat.
" ikut je tak payah banyak bunyi...," Rayyan berkata separuh berbisik.
" kau jangan nak buat apa-apa kat aku ea...aku ketuk kau cukup-cukup...," Mawar memberi amaran. Bimbang juga dia bila Rayyan mengajaknya tanpa memberitahu arah tujuan. Mereka berjalan menuju ke penghujung kawasan sekolah tetapi Rayyan masih juga meneruskan langkahnya.
" wey..kau nak bawak aku pegi mana ni?," Mawar masih bertanya bila Rayyan berhenti di sebuah pokok berhampiran tembok pagar sekolah.
" ehh..kau pandai panjat pokok tak?," Rayyan bertanya sambil matanya melilau ke sana sini, bimbang ada yang melihat mereka.
" kenapa kau tanya macam tu?," Mawar pelik.
" aku nak kau ikut aku panjat pokok ni..,"
" dah kenapa pulak aku kena panjat?,"
" ikut ajalah..." Rayyan sudah memanjat ke atas. Mawar mengikut langkah Rayyan walaupun serba salah. Rupanya Rayyan mahu memanjat pokok dan keluar dari tembok pagar sekolah.
" Rayyan... kau biar betul...takkan nak keluar dari sekolah macam ni..kalau kena tangkap macam mana..aku..," belum sempat Mawar menghabiskan ayatnya,tangan Rayyan menekup mulutnya.
" syuu...tu..," Rayyan memberi isyarat ada tukang kebun sedang berjalan di bawah pokok. Selang beberapa minit tukang kebun tersebut berlalu dari situ.
" fuhh..nasib tak kantoi..., ishh..kau ni banyak bunyik lah.., kata budak nakal..., ikut je lah..," Rayyan mengeluh.
" memanglah...aku cuma nak tau je kau nak bawak aku pergi mana? Aku kalau dekat bandar tu sesat pun aku boleh balik...ni hutan kot.., tak nak aku kalau kena makan rimau..," Mawar berkata bimbang.
" ish mulut dia ni..kau bising lagi aku gigit mulut kau..," Rayyan pura-pura marah.
" berani la..nampak ni..," Mawar membutangkan matanya dan menunjuk penumbuk.
" dah..jangan risau..aku biasa dah buat kerja ni...cepat peluk aku.."
" nak buat apa?,"
" peluk ajalah..," Rayyan menarik tangan Mawar dan di bawa ke pinggangnya. Mawar terpaksa mengikut arahan dari Rayyan.
" ok..satu..dua..tiga...," Rayyan melompat terjun dari atas pokok ke tanah. Nasib baik tidak terlalu tinggi, kalau tidak, pasti sakit seluruh badan mereka.
" kau lompat dekat sini...nanti nak balik macam mana?," Mawar bertanya lagi.
" adalah...jom ikut aku..," Rayyan menarik tangan Mawar dan berlari masuk ke dalam hutan.

" wahhhh...cantiknya..., first time aku tengok pemandangan secantik ni..," Mawar berkata teruja sambil mendepakan tangannya. Rayyan tersenyum melihat riaksi Mawar. Tidak sia -sia dia membawa gadis itu ke sini.
" best tak?,"
" mestilah best...kenapa tak cakap awal-awal kau nak ajak aku pergi sini?," Mawar asyik melihat pemandangan di atas gunung itu.
" saja nak bagi kau surprise..,"
" wey..gila cantik...aku tak pernah tau pergi tempat yang ad view macam ni...serius memang cantik sangat... kau selalu ke datang sini?..,"
" Rayyan?," Mawar memanggil Rayyan tetapi tiada jawapan. Dia menoleh ke sisinya sebelum tersenyum melihat Rayyan yang berbaring sambil memejamkan mata.
" lahhh..tidur ke? Senang betul mamat ni tidur..," Mawar tertawa kecil sambil merenung wajah Rayyan yang sedang lena.
"Hurmm...handsome jugak kau ni ea..., walaupun muka macam budak cina..tapi tetap ada melayunya..., body pun boleh tahan..nak kata sado, tak juga..tapi ada juga la six pack kat perut tu..., tinggi pun tinggi.., kira untung juga la sapa dapat kau..," Mawar membebel sambil menguntum senyum di bibir.
" kau la yang untung..," Rayyan tiba-tiba menjawab dan membuka matanya. Mawar terkejut dan menoleh ke arah lain.' Dia tak tidur ke...aduhh..malunya..kau ni Mawar..' Mawar menepuk-nepuk mulutnya.
" uiishh..tak sangka kau pandang body aku jugak ea..., tau aku ada six pack lagi..., selalu la ni kau intai aku..," Rayyan berkata nakal sambil mendekati Mawar.
" diam lah...aku tak maksudkan apa yang aku cakap..so kau lupakan je..," Mawar berkata tanpa melihat ke arah Rayyan. Dia tidak mahu Rayyan melihat wajah malunya.
" ehh..kenapa aku nak kena lupakan pulak? Tunang aku yang puji..kena la ingat..betul tak?," Rayyan masih mengusik Mawar.
" baru tunang...belum tentu kahwin pun..,"
" jadi kau mengaku la ni jadi tunang aku?,"
" ishh kau ni..," Mawar menoleh ke arah Rayyan sambil menggenggam penumbuk. Tetapi wajahnya dan Rayyan sangat hampir.
" mengaku je kau dah suka kat aku..," Rayyan berbisik sambil tersenyum menggoda. Mawar terkelu sesaat sebelum menolak tubuh Rayyan.
" kau kalau tak nak mati dekat sini baik kau diam...," Mawar berkata sebelum berdiri menjauhi Rayyan. Bahaya jika berdekatan dengan lelaki itu, entah mengapa dia selalu kalah bila berhadapan dengan Rayyan.
" kau tetap tak boleh nak mengelak dari aku Mawar, tak lama lagi kita akan menikah, nak tak nak kau kena terima aku sebagai suami..," Rayyan berkata jujur.
" kenapa pulak? Aku masih muda...baru 16 tahun..," Mawar berkata tidak puas hati. Rayyan tersenyum mendengar pertanyaan Mawar.
" mulanya aku pun menolak permintaan Daddy bila aku tau kau ni tunang aku, tapi bila aku dah kenal siapa kau...aku rasa tertarik pulak...,jujur aku dah mula sukakan kau...," Rayyan berkata berani. Mawar ternyata terkejut tetapi berusaha berlagak biasa.
" aku rasa kita dah lama dekat sini, jom balik..., ni dah petang dah..., takut tak sempat nak panjat tembok tu..," Mawar berkata tanpa melihat wajah Rayyan. Rayyan tersenyum penuh makna ' lahh..sayang malu ke?'.
" kejap lah..., bukan selalu dapat pergi sini..,"
" kau tak nak balik sudah..aku balik sendiri..," Mawar berkata geram.
" pergilah...ingat ke jalan balik? Tak takut harimau? Gorila ke?," Rayyan berkata selamba. Mawar yang baru melangkah, cepat-cepat kembali ke sisi Rayyan dengan wajah bimbang. Rayyan ketawa senang dapat menyakat Mawar. Dia tidak bimbang dengan semua itu kerana tanah persendirian Daddynya telah di pagar untuk mengelakkan haiwan buas.
" wey..jom lahhh...," Mawar menarik baju Rayyan dengan suara bergetar. Dia bimbang perkara yang di sebut Rayyan akan terjadi.
" iyalah..jom..," Rayyan akhirnya mengalah dan bangun dari duduknya. Mawar memegang hujung baju Rayyan sambil matanya melilau ke sana sini. Mereka mengatur langkah menuju tembok sekolah.

" Mawar...awak pergi mana? Puas saya carik awak tau.., ingatkan awak dekat cafe..," Syifa terus bertanya bila Mawar melangkah masuk ke bilik.
" kau jangan banyak bunyi...aku dah lambat nak solat ni.., ni semua mamat tu punya pasal..," Mawar membebel sambil menarik tualanya. Dia melangkah longlai ke bilik air. Syifa mengeluh lembut. Tiba-tiba Mawar menjerit di bilik air.
" Ma..Mawar..awak okay ke?," Syifa berlari ke hadapan pintu bilik air. Bimbang dia bila mendengar jeritan Mawar.
" aku okay...cuma nak lepaskan geram je..," Mawar menjawab selamba dari dalam.
" o..okay..., hati-hati mandi tu..," Syifa berkata pelik.
" iyalah...," Mawar menjawab sebelum membuka air.' Aduhhh...kenapa aku tak boleh lupakan muka mamat sengal tu? Arkhhh...Mawar..apa yang tak kena dengan kau ni?' Mawar berkata dalam hati. Wajah dan kata-kata Rayyan berlegar di fikirannya.' Ni tak boleh...aku kena cakap dengan papa jugak, tak kira..,'.

Shaz yang sedang bermain game di telifonnya pelik bila Rayyan asyik tersenyum. Sejak temannya itu pulang petang tadi, hanya senyuman yang menghiasi bibirnya.
" woii..kau dah kenapa tersengeh macam tu? Gaya macam orang menang loteri aku tengok..,"
" ni bukan setakat menang loteri...tapi dapat menangi hati..," Rayyan menjawab penuh makna.
" haaa?," Shaz menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" kau angaukan siapa pulak ni Rayyan? Tak pernah kau usyar perempuan dekat sekolah ni...tiba-tiba je jadi mat jiwang..,"
" aku angaukan tunang aku...,"
" wey..serius kau dah tunang? Bila? Tak citer pun..," Shaz bertanya teruja.
" daddy yang tunangkan aku..,"
" tunang kau tu budak sekolah ni ke?," Shaz bertanya lagi. Rayyan tersenyum sebelum menarik selimutnya hingga ke muka.
" woii..bagitau aku lah..siapa?,"
" rahsia..., nanti kahwin aku jemput kau la bro..," Rayyan berkata dalam selimut. Shaz membaling bantal tepat mengenai Rayyan, geram dia bila di biar tertanya-tanya begitu.

" papa please...perlu ke semua ni? Mawar muda lagi pa..., takkan lah soal kahwin pun papa nak paksa Mawar?" Mawar bertanya tidak puas hati.
" Mawar, ini untuk kebaikan Mawar jugak..., papa kena buat macam ni,"
" but why?,"
" sebab papa nak ada orang yang boleh jaga Mawar, papa takut kalau papa dah tak ada, Mawar sorang-sorang...," Datuk Paduka Haizer menjawab sayu.
" paaaa...kenapa Rayyan? patutlah Papa beria sangat nak Mawar pindah sini, rupanya papa nak Mawar jumpa dengan Rayyan...," Mawar berkata kesal.
" iya..apa yang Mawar kata tu betul...semua ni rancangan papa dan Uncle Malik...kami memang dah lama rancang benda ni..dari tahun lepas lagi.., Mawar...papa yakin bila Mawar dah kenal dengan Rayyan, Mawar akan suka dengan dia.., papa bukan pilih lelaki sembarangan..., dia setaraf dengan kita...rupa pun ada.., yang penting dia boleh jaga Mawar...," Datuk Paduka Haizer memujuk.
" whatever papa...jujur Mawar cakap...semua ni mengarut, walaupun papa berjaya kahwinkan Mawar dengan dia, jangan harap Mawar nak layan dia sebagai suami..., assalamualaikum," Mawar berkata sebelum mematikan talian. Dia meraup wajahnya sebelum menagis di atas meja.' Mama...Rose rindu mama..., rindu sangat...kalau mama ada, mesti mama bela Rose kan?,' Dia merintih di dalam hati.

Minggu ini minggu exam, semua pelajar sibuk mengulangkaji, begitu juga Mawar. Tetapi dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada ujian. Fikirannya bercelaru. Sudah dua hari dia tidak terserempak dengan Rayyan. Entah kemana lelaki sengal itu pergi, selalunya ada sahaja menganggu Mawar.
" Mawar...susahnya exam tadi..," Syifa merengek sambil meletakkan kepalanya di bahu Mawar. Mereka baru selesai menduduki ujian Matematik dan ingin ke kafeteria.
" apa yang susahnya...kau kata dah belajar..," Mawar berkata malas.
" memanglah...tapi saya tak ingat...hurmm..,"
" dah la...benda pun dah lepas..tak yah fikir sangat, esok lusa ada exam lagi..study betul-betul...," Mawar membebel.
" baikkkk," Syifa menjawab sambil memberi tabik hormat.

Setelah seminggu bertungkus lumus dalam exam, akhirnya semua pelajar menarik nafas lega kerana akan bercuti panjang selama sebulan. Masing-masing sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumah. Ada juga yang ibu bapa sudah datang menjemput.
" kau dah kenapa tersengeh macam tu?," Mawar bertanya pada Syifa pelik.
" Mawar...mama dengan papa saya balik Malaysia..., dieorang tengah on the way nak ke sini...saya nak kena kemas cepat-cepat...," Syifa berkata teruja.
" ohhh...patutlah..., kau sebulan ni ikut dieorang balik sana ke?," Mawar bertanya lurus.
" haah..., saya sebulan ni tak ada dekat sini.., mesti saya rindu dekat awak..," Syifa tiba-tiba memeluk Mawar.
" ehhhh...dah2..pergi kemas cepat..takut tak sempat pulak..," Mawar menolak tubuh Syifa.
" okayyy...,"
" sini aku tolong.." Mawar berkata sambil tersenyum. Seronok dia melihat teman sebiliknya itu gembira. Selama mereka tinggal sebilik, baru kali ini Syifa berpeluang berjumpa ibu bapanya. Dia tumpang gembira buat sahabatnya itu. Selama ini dia sengaja tidak pulang bila papanya suruh semata-mata untuk menemani Syifa di asrama. Akhirnya, Syifa dapat juga pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience