Episod 14

Romance Completed 9436

" iya pa.., dah dua hari dia muntah-muntah..., dah makan dah..tapi bila waktu pagi..habis semua keluar balik..., Mawar risaulah..," Mawar berkata di telifon dengan wajah bimbang.
" teruk dah tu..., tak hantar bilik rawatan?,"
" dia tak nak..., lepas tu asyik sibuk nak balik rumah mommy, puas dah Mawar pujuk dia suruh pergi bilik rawatan..., macam mana ni pa? Memanglah kereta dia ada..tapi Mawar mana pandai drive..,"
" okay tak apa...nanti papa hantar orang, Mawar dengan Rayyan siap-siap okay..," Datuk Paduka Haizer berkata.
" okay..," Mawar menjawab sebelum talian di matikan. Matanya memandang tubuh Rayyan yang terbaring di katil. Baru sepuluh minit suaminya itu tertidur, itupun kerana sudah letih asyik keluar masuk bilik air.' Nasib baik hari minggu..., boleh lah aku jaga kau.., apa yang tak kena dengan kau Rayyan? Hati aku sakit tengok kau macam ni..., cepatlah baik.., aku rindu nak gaduh dengan kau...,' Mawar duduk di sisi Rayyan sambil membelai rambut suaminya itu.. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya ke wajah Rayyan dan mencium bibir lelaki itu lembut. Entah apa yang merasuknya tika itu, dia pun tak tahu. Tiba-tiba bibir Rayyan bergerak dan membalas ciuman Mawar. Mawar terkejut dan melepaskan bibirnya. Rayyan sudah membuka mata dengan senyuman meleret. Mawar memegang wajahnya yang memanas. Cepat-cepat dia bagun dan menjauh dari Rayyan.
" papa suruh bersiap..., nanti kita balik rumah mommy," Mawar berkata tanpa memandang Rayyan. Wajahnya yang putih jelas kemerah-merahan.
" Mawar..,"
" a...aku balik bilik..nak kemas..," Mawar kelam kabut menuju ke pintu. Rayyan tersenyum melihat Mawar keluar dari bilik tanpa memandangnya.' Cakap jelah sayang dah cintakan abang..,'.

Mawar memandang ke luar tingkap kereta tanpa menoleh pada Rayyan. Dia malu dengan apa yang berlaku pagi tadi. Nasib baik Rayyan tidak terus mengusiknya. Mawar pasrah bila semua memandang mereka waktu dia memimpin Rayyan turun dari asrama. Semua berbisik-bisik, mungkin tertanya-tanya hubungnnya dengan lelaki itu. Apakan daya, kesihatan Rayyan lebih penting. Dia sudah tidak kisah jika satu sekolah tahu hubungan mereka. Biarlah...
Perlahan-lahan dia menoleh ke sisinya,' ohh..patutlah senyap..dia tidur rupanya...,' Mawar berkata dalam hati.

" Tengku Rayyan cuma demam biasa, tak ada tanda-tanda dia keracunan makanan, semuanya okay...," Doktor Suzy memberitahu Puan Zhi Ting dan Mawar.
" tapi doktor, dah dua hari dia muntah-muntah, bila makan je muntah..., malam okay sikit..., tak kan demam biasa aja..," Mawar tidak puas hati.
" betul..tapi dia demam ni pun sebab kurang cecair dalam badan sahaja bukannya sebab lain...,"
" kejap..Mawar kata Rayyan muntah waktu pagi?," Puan Zhi Ting bertanya. Mawar sekadar mengangguk.
" doktor..," Puan Zhi Ting memandang doktor Suzy dengan pandangn yang sukar di tafsir Mawar.
" dulu..masa mommy pregnant, daddy yang kena alahan teruk..," Puan Zhi Ting berkata teruja. Mawar memandang ibu mertuanya terkejut,' takkanlah...'.
" kalau macam tu..Puan Mawar boleh buat ujian kehamilan...," Doktor Suzy berkata sambil tersenyum.
" err..," Mawar tiba-tiba terkelu. ' aku....mengandung?,'.

Mawar mengetap bibirnya dan menolak daun pintu bilik perlahan-lahan. Kepalanya di jenguk ke dalam. Sepi. Dia menjingkitkan kakinya melangkah masuk ke bilik.' Fuhh...dia tak ada..,' Mawar berkata lega.
" kenapa sayang berdiri tercegat dekat sini?" Rayyan tiba-tiba bertanya dari belakang Mawar. Mawar memusingkan badannya kerana terkejut. Terlihat Rayyan berdiri betul-betul di hadapannya sambil mengelap rambut yang masih basah. Mawar terkaku di situ, jantungnya sudah nerdegup laju. Rayyan terlihat tampan tanpa baju, terserlah lekuk-lekuk otot di tubuhnya, lagi-lagi six pack. Mawar menelan air liur melihat tubuh Rayyan.
" sayanggg," Rayyan memetik jari di hadapan Mawar.
" haaa..," Mawar tersedar.
" kenapa tengok abang macam tu?," Rayyan bertanya lagi.
" errr...., kau dah okay? Perut macam mana? Sakit lagi tak?," Mawar melarikan pandangannya dan menuju ke katil.
" okay lah sikit..., tekak pun dah lega..tadi sempat aku balun semangkuk pelam muda..," Rayyan berkata jujur.
" baguslah..., kau lapar tak.."
" dah makan dah...tadi doktor cakap apa? Aku keracunan kan?"
" err..," Mawar serba-salah ingin menjawab.
" Mawar..," Rayyan memanggil.
" ermm...," belum sempat Rayyan bertanya, pintu bilik mereka di ketuk dari luar. Mawar menarik nafas lega. Rayyan berjalan ke pintu dan membukanya.
" tahniah Ray!!! Akhirnya...termakbul juga doa daddy nak dapat cucu cepat..," Rayyan terkejut bila dadynya tiba-tiba memeluk.
" cu..cucu?," Rayyan bertanya pelik.' Cucu? Cucu mana pulak daddy ni? Tiber..'.
" iyalah..cucu daddy, anak kamu dengan Mawar..., daddy cepat-cepat balik bila Mommy call tadi..., tahniahhh... daddy happy sangat..., jaga Mawar elok-elok tau.., dah..pergilah berehat..," Tengku Malik menepuk-nepuk bahu anaknya dengan gembira. Rayyan mengangguk sebelum menutup pintu bilik. Mawar menunduk resah, dia mendengar segala perbualan tadi.
" sayang...,"
" haaa..," Mawar menjawab sambil memandang Rayyan yang menghampirinya. Air liur di telan payah.
" apa maksud papa kata dia nak dapat cucu, dengan kita nak dapat anak?," Rayyan bertanya sebelum melabuhkan punggung di sisi Mawar.
" ermm..nah..," Mawar menghulur sesuatu pada Rayyan. Lelaki itu menyambut dengan wajah pelik.
" apa ni?"
" pregnant test..," Mawar berkata sambil menunduk ke lantai.
" Mawar...kau..," Rayyan merenung wajah Mawar.
" a..aku mengandung..," Mawar berkata hampir berbisik. Sesaat suasana sunyi sepi.
" yeyyyyy!!!!!!... wohoo!!!..yes!! Yes!!.., alhamdulillah...amin..aminn...,muahh..muah,"Rayyan melompat gembira sebelum memegang pipi Mawar dan mencium-cium wajah isterinya itu. Mawar terus membatu, dia gembira tetapi masih terkejut dengan berita yang baru di terimanya. ' aku bakal jadi mama?'.
" terima kasih sayang...., i love you so much!!," Rayyan mengangkat Mawar dan mencium perut isterinya. Terjerit Mawar kerana terkejut di angkat begitu.
" Rayyan!!!, turunkan akulah..," Mawar menjerit kecil. Rayyan membaringkan Mawar di katil.
" abang sanggup muntah beratus kali janji isteri abang dengan baby dalam ni sihat..," Rayyan berbisik sambil mengusap perut Mawar. Mawar terasa janggal bila tangan lelaki itu mengusap perutnya, gili pun ada.
" ishh..kau ni, kalau ye pun..tak payah lah over..., rasa nak tercabut jantung bila kau angkat aku macam tu..." Mawar pura-pura memarahi Rayyan. Dia juga teruja dan gembira sebenarnya. Rayyan ketawa senang hati sambil memeluk isterinya itu.
" i love you..,"
" iya..aku tau..," Mawar membalas pelukan suaminya.' Betul ke aku dah boleh terima semua ni? Aku dah jatuh cinta dengan dia? Biarlah masa yang menentukan,'.

Zack masuk ke dalam rumah. Matanya melilau ke sana sini melihat rumah yang sudah berselerak. Nafasnya turun naik.
" Mak!! Makk!!!..Lily!!!..," Zack berlari pula ke dapur sambil menjerit memanggil Mak Nab dan Lily. Jantungnya sudah berdegup laju.
" Mak!!!...Lily!!," Zack menjerit tak keruan sambil berpusing di dalam rumah. Mak Nab dan Lily tiada di rumah. Zack tidak sedap hati bila melihat rumahnya yang berantakan. Tiba-tiba telifonnya berbunyi. Terketar-ketar tangannya menjawab panggilan.
" hello,"
" abang!!!! Tolong abang!!," terdengar suara jeritan.
" Lily!!! " Zack terkejut mendengar suara adiknya di hujung talian.
" hai abang ipar...," Terdengar suara garau seorang lelaki.
" woiii!!!...kau siapa hah?? Lepaskan adik aku dengan Mak aku!!!," Zack menjerit bagai orang gila. Matanya sudah memerah dan badannya menggigil. Lelaki di hujung talian ketawa mengilai.
" hello bro...jangan la gabra sangat..ni kawan lama kau...lupa ke? Aku Feng...," Zack terkejut bila lelaki itu menyatakan dirinya Feng.
" ta..tapi kau kan dalam penjara,"
" hahaha...setakat dua tiga bulan tu..., apalah sangat...aku banyak kaki yang tolong..., "
" kenapa kau nak libatkan keluarga aku pulak? Kalau nak aku, aku boleh jumpa kau!!,"
" releks lah..., kalau terus jumpa kau...tak seronok...,"
" apa kau nak setan!!!," Zack sudah hilang sabar. Lelaki bernama Feng itu ketawa senang bila Zack marah.
" aku nak kau bagi aku tiga juta...,"
" apa!!!," Zack terduduk mendengar permintaan Feng.
" kau gila ke? Aku mana ada duit banyak tu?," Zack terasa ingin menagis.
" tu bukan masalah aku..., yang aku tau kau kena bagi aku duit tu dalam masa tiga hari..., kalau tak..,"
Bang!!!
Terdengar bunyi tembakan serta jeritan Lily dan Mak Nab.
" kau faham kan? Lagi tiga hari aku call kau," Talian di matikan.
" ARKHHHH!!!!," Zack menjerit sambil menangis. Perasaannya bercampur baur.

Mawar menyanyi kecil sambil menendang-nendang air di pinggir kolam. Perutnya di usap perlahan. Tiba-tiba telifonnya berbunyi, tertera nombor telifon Zack.
" hah...panjang umur mamat sekor ni..., tau-tau je dia dah nak jadi pakcik," Mawar tergelak kecil sebelum mengangkat telifon.
" Red...to..tolong aku.., aku tak tau nak mintak tolong sapa lagi..., kalau kau tak tolong.., Mak dengan Lily mati.., tinggal esok je Red..," belum sempat Mawar memberi salam, dia sudah mendengar Zack merintih dan menagis.
" Z..Zack...kenapa ni?" Mawar bertanya, dadanya berdebar-debar. Dia bangun dan menuju ke kerusi.
" Feng...Feng dah keluar penjara, semalm aku balik sekolah...tengok rumah kena pecah masuk, lepas tu Mak Dengan Lily tak ada..., dieorang kena culik dengan Feng..,"
" Apa???!!!," Mawar terkejut, nafasnya turun naik.
" a..aku takut Red..., dia kata kalau aku tak bagi dia tiga juta, dia nak bunuh Mak dengan Lily..., aku mana ada duit banyak tu..keja pun tak..," Zack menagis teresak-esak hingga suaranya serak.
" bila dia nak duit tu?," Mawar cuba mengawal emosi.
" esok...dia akan call aku...,"
" okay..kau tenang dulu..., jangan buat benda-benda bodoh..., kau percaya dengan aku kan?," Mawar berkata tegas.
" apa kau nak aku buat?,"
" tunggu aku dekat rumah..., esok pagi aku jumpa kau..kita satle sama-sama..," Mawar berkata sambil merenung tajam ke depan.
" okay..,"

Malam itu Mawar tidak dapat tidur. Perasaannya bercampur baur. Dia serba salah melihat Rayyan di sebelahnya. Tangannya mengusap wajah yang sedang lena itu.
" Rayyan...kalau aku pergi sana...kau marah aku tak?..kalau aku mintak izin..mesti kau tak bagi...semua orang tak bagi.., tapi aku banyak berhutang budi dengan Mak, Zack, Lily..., nyawa dieorang..bagaikan nyawa aku..., selama aku rasa sunyi dan tak ada kasih sayang dari seorang mama..., Mak Nab belai aku macam anak dia..., dia masakkan untuk aku..., dia jahitkan baju aku bila baju aku koyak masa gaduh.., kalau aku sedih ke gaduh dengan papa..dia nasihatkan aku..., Zack pulak dah jadi macam abang aku..., walaupun dia cuma tua tiga bulan je dari aku...dia jela kawan aku yang setia..dari first aku masuk sekolah..sampai sekarang..., maaf Rayyan..aku tau kau suami aku..aku tau kau cintakan aku...aku tau apa yang aku buat tanpa izin kau satu dosa..., maafkan aku..i love you..," Mawar berbisik dan mencium dahi Rayyan sebak. Dia mengiring badannya dan menagis teresak-esak. Mulutnya di tutup dengan selimut agar tidak mengeluarkan bunyi. Perlahan-lahan Rayyan membuka matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience