Episod 12

Romance Completed 9436

Mawar memengang tengkuknya yang lenguh sambil berjalan menuju ke bilik. Terasa penat seluruh badannya kerana terlalu lama duduk menghadap komputer. Laptopnya pula bermasalah, hendak meminjam Syifa, gadis itu juga sedang sibuk menyiapkan kerja kursusnya. Dengan baki tenaga yang ada, dia menolak pintu bilik. Matanya terasa berat dan perit. Terhuyung-hayang dia menuju ke katil dan menghempas badannya di situ. Tetapi...
" ouchhh!!!," Mawar yang terdengar suara orang mengerang terus mencelikkan matanya dan melompat dari katil. Dia menoleh ke belakang, dengan nafas turun naik. Ada sesuatu di balik selimutnya, perlahan-lahan Mawar menarik selimutnya ke tepi. Terlihat Rayyan sedang tersenyum padanya dengan gaya menggoda.
" woiii..gila ke? Apa kau buat dalam bilik aku ni?," Mawar menjerit terkejut. Dia tidak menyangka Rayyan bersembunyi di balik selimutnya. Rayyan hanya tersengeh di situ tanpa berganjak.
" Rayyan..bagunlah..., keluar!!! kalau Syifa nampak macam mana? Cepatlah!!!," Mawar menarik tangan Rayyan supaya keluar dari situ. Tetapi lain pula yang jadi, tubuhnya yang tak berdaya itu di tarik ke dalam pelukan Rayyan. Mawar cuba meronta tetapi tenaganya tiada untuk melawan. Terdengar jelas nafas dan degupan jantung suaminya itu di pendengaran. Entah kenapa, Mawar terasa tenang dan nyaman bila di peluk begitu. Tangannya menggenggam lembut baju t-shirt Rayyan sambil memejamkan mata. Rayyan tersenyum senang,' alala..sayang abang ni..., mahu tapi malu rupanya,'. Selang beberapa minit, terdengar dengkuran halus dari Mawar,' lahhhh....tidur pulak dia? Hermm...penat sangat ye sayang...,' Rayyan berbisik dalam hati sambil mengelus lembut rambut isterinya itu sebelum mencium dahi Mawar.

Perlahan-lahan Mawar membuka matanya dan mengeliat lembut. Dia terkebil-kebil memandang syiling, sebelum menoleh ke sisi, memandang Syifa yang masih lena di buai mimpi.' Almakk!!Rayyan!!,' Mawar segera bagun dan menoleh ke sebelah kanannya, tetapi Rayyan tiada di situ. Kepalanya yang tidak gatal di garu, 'aik!! Malam tadi, bukan ke dia ada dekat sebelah aku?..err..aku mimpi kot..haa..betul lah mimpi,' Mawar berkata dalam hati sambil menganggukkan kepalanya. Mana mungkin Rayyan berada di biliknya, habis kecoh nanti. Tiba-tiba ada satu mesej masuk di telifon. Mawar mencapai telifonnya malas dan menekan jari di skrin.
~abang masakkan steak, ada atas meja.., jangan lupa makan, semalam tak makan kan..., jangan berani nak skip makan okay...love you..~
Mawar terkebil-kebil memandang skrin telifon sebelum mengalihkan pandangannya ke arah meja. Memang ada satu tapawer di situ. Cepat-cepat dia melompat turun dari katil dan menuju ke meja jepun di tengah bilik.
" wahh!! Memang betul lah..., eh..kejap..ni bukan perangkap kan?," Mawar bertanya sendirian. Sejak dia terminum air yang mengandungi ubat perangsang tempoh hari, dia sangat memilih untuk memakan sesuatu. Mawar mencapai telifonnya dan mendail nombor sesaorang.
" ermmm..,"
" Rayyan..,"
" apaaa?," terdengar suara serak basah Rayyan, mungkin lelaki itu baru bangun tidur.
" kau ke yang bagi steak dalam tapawer ni?," Mawar bertanya lurus.
" iyaaaa...kan aku da mesej kau tadi..., dah pergi makan...aku baru nak terlelap ni.., ngantuk tau bangun masakkan untuk kau..," Rayyan membebel. Mawar tersenyum lebar sebelum mematikan talian. Perutnya automatik berkeroncong bila terhidu bau steak panggang di dalam tapawer.
" thanks abang...," Mawar berkata sepontan.
" ehh..abang?? Eiii...asal mulut aku ni? Tiber pulak nak panggil mamat tu abang..., huii..nasib baik bukan depan dia..kalau tak mesti dah kena gelak free.., apa-apa pun...aku nak makan..lapo..," Mawar berkata sambil membuka penutup tapawer berwarna biru muda itu.
" wahhh!! Hebat dia masak...cehhh..ingat aku percaya?? Temberang je mamat tu.., jom makannn," Mawar tersenyum lebar dan menadah tangan untuk membaca doa.
" ermm..nikmatnya...," Dia memejamkan mata menikmati steak yang sedang di kunyah dalam mulut. Sedap!!.

" sayangggg,"
Tiada sahutan.
" baby sayangggg," kali ini suaranya di lunakkan. Mawar menoleh padanya dengan jelingan maut. Rayyan ketawa senang dapat mengacau isterinya itu. Mawar sibuk membaca buku di ribanya, peperiksaan percubaan tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
" Rayyan!!! Jangan renung aku macam tu boleh tak..aku nak baca buku pun tak senang...," Mawar berkata geram. Sakit pula hatinya bila terserempak Rayyan di atas bumbung. Ingatkan dia boleh bersendirian di sini, hampeh!!.
" Biarlah... bukan orang lain, isteri aku jugak..," Rayyan berkata selamba. Mawar menjelingnya lagi sambil mendengus halus.
" sekolah ni kan luas..pergi la tempat lain.., kenapa kau nak kacau aku kat sini?,"
" saja..," Rayyan jawab sepatah. Mawar malas mahu melayan Rayyan, dia mengangkat bukunya paras muka dan melunjurkan kaki ke depan. Bandannya pula di sandar ke dinding. Barulah tidak terganggu dengan renungan Rayyan. Sedang dia khusyuk membaca, tiba-tiba terjegul kepala Rayyan di ribanya. Mawar terkejut dan mahu memukul lelaki itu, tetapi Rayyan terlebih dulu mencapai tangan Mawar dan di tarik ke dadanya...
Chup!!
Bibir mereka bersentuhan. Mawar membutangkan matanya, dia meronta ingin melepaskan diri, tetapi Rayyan sudah duduk menghadap Mawar dan menarik ke dua tangannya rapat ke dinding. Bibir mereka masih menyatu dengan keadaan Mawar terkunci, tidak dapat bergerak. Seminit..Rayyan melepaskan kucupannya. Dada mereka berombak, cuba mencari nafas. Mawar ingin memarahi Rayyan, tetapi suaranya tidak terkeluar. Dadanya sesak dengan jantung yang berdegup laju. Rayyan merenung wajah Mawar yang menunduk, perlahan-lahan dia merapatkan kembali bibirnya ke bibir Mawar. Mawar tidak membantah dan memejamkan matanya.

Setibanya di bilik, Mawar terus membenamkan wajahnya ke bantal. Malu!!!. Dia tidak sedar telah membalas ciuman Rayyan tadi. Suaminya itu tersenyum penuh makna padanya.
"Arkhhhh!!!!!," Mawar menjerit sekuat hati sambil menghentak kakinya di tilam berkali-kali. Nasib baik Syifa tiada di bilik, kalau tidak, pasti gadis itu ingat Mawar telah di rasuk.
" macam mana aku nak hadap muka mamat tu nanti??? Aduhhh!!!!... eiii ni semua kau punya pasal..," Mawar menepuk-nepuk mulutnya sendiri.
" tak ada cara lain, aku kena elak jumpa dengan dia...," Mawar berkata kesal.

Rayyan tersenyum meleret sambil menyanyi kecil. Dia mencapai tualanya dan menuju ke bilik mandi. Hatinya senang hingga mahu melompat di situ. Mawar membalas ciumannya.' Yess!!!! Aku menang...,' Rayyan menjerit dalam hati. Dia sedar, isterinya itu semakin berlembut dengannya. Walaupun setiap kali berjumpa ada sahaja yang ingin di gaduhkan, tetapi hati wanita itu sudah mula menyukainya. Dia sangat bersyukur.

Mata Mawar melilau ke sana sini, mencari kelibat seseorang.' Hah..tu pun dia..,baik aku cabut cepat..,' Mawar berkata dalam hati bila terpandang Rayyan yang melangkah masuk ke cafeteria. Langkahnya di hayun laju menuju ke pintu. Dia menutup mukanya dengan bungkusan roti, supaya Rayyan tidak sedar kehadirannya di situ.
" Mawar??," Rayyan memanggil. Tanpa menoleh ke belakang, Mawar mencicit lari.
" aikk....kenapa dengan minah tu? Tak pernah-pernah lari dari aku...," Rayyan pelik bila Mawar berlari sambil menutup mukanya dengan bungkusan roti.
" dia malu dengan aku ke?," Rayyan bertanya sendiri sebelum mengukir senyum di bibir. Teringat kembali kisah mereka di atas bumbung petang semalam.
" iyalah tu...," Rayyan masih tersenyum sambil melangkah ke kaunter makanan.

" fuhhh...fuhhh..," Mawar bersandar di tepi bilik sambil memegang perut. Nafasnya cuba di atur kembali. Penat dia berlari dari cafeteria ke sini.
" naya aku kalau macam ni..., nasib baik sempat cabut..., arhhh...lepas ni aku tak nak keluar bilik dah...," Mawar berkata tercunggap-cungap sambil membuka pintu biliknya. Terhuyung- hayang dia masuk ke dalam bilik.
" Mawar...kenapa muka awak pucat? Macam jumpa hantu aja..," Syifa terus bertanya bila temannya itu masuk ke dalam bilik dengan bungkusan roti di tangan.
" haah..jumpa hantu malaun.., nasib tak kena tangkap..," Mawar menjawab selamba sebelum merebahkan badannya di katil. Habis tenaganya di buat berlari tadi.
" haaa??," Syifa menggaru kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience