20

Romance Completed 82748

"Mengadalah bini bos tu.."

"Apa kau cakapkan ni?"

"Yelah tadi cakap cemburu dengan kopi aku tu.. Bos pula cakap dia tak terpikat dengan kopi aku.. Lepas tu anak bos kata nak lari dari bos kalau bos suka aku.. Entah apalah yang perempuan tu kasi dekat anak bos sampai nak bela dia.."

"Mama diakan, memanglah dia bela.."

"Mama tiri je pun.."

"Dah sayang, dah tak kisah kandung atau tiri.. Kau nipun tak pandai putus asa ke nak dapatkan bos tu.. Dah ada bini dah pun.."

"Kau nampak aku kisah ke?"

"Kau jangan buat hal, kau nampakkan puan tu tampar perempuan yang selalu kacau bos.. Sakit dia macam aku yang rasa.. Kau bayangkan kalau kau yang kena.."

"Aku tak kisah.. Asalkan aku dapat bos.. Bila bos dah dalam genggaman aku, bos mesti bela aku.."

"Jadi kau nak manipulate laki aku?.. Macam tu?"

Kehadiran tiba-tiba yang membuatkan dua sekawan menjadi kaku..
Tepat di telinga Isabelle, Kath mengungkapkan kata-kata..

"Nice try, Isabelle.. Tapi dia dah dalam genggaman aku dulu, kau ingat aku nak bagi dia dekat kau ke hanya sebab kopi kau tu sedap.. Nope, aku takkan biarkan.."

Isabelle berdiri pantas menghadap Kath..

"Untuk orang baru yang masuk dalam hidup bos, takkan kekal lama.. Lagi pun bos tak cintakan kau.. Kau tu jadi babysitter Ed je.. Tak lebih.."

"Memang dia tak cintakan aku tapi dia dah jadi suami aku.. Bila-bila masa aku boleh goda secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi untuk buat dia cintakan aku.. Tak macam kau, kena pelan-pelan.."

"Mama.. Papa panggil.."
Muncul pula Ed di tengah-tengah pergaduhan mulut macam ni..

"Okay, kejap lagi mama datang.."

Ed ingin pergi semula ke bilik kerja Ayan..

"Munafik.."

"Dengan perampas macam kau je.."

"Tak guna punya perempuan.."

'AARRGGHH!'

Ed mendengar teriakan mamanya..
Pantas dia berlari kembali ke pantry..

"Mama!"

Ed melihat ke arah perempuan yang mencederakan Kath..
Mukanya menjadi marah..

"Apa aunty buat!?"

"Ed, aunty tak buat apa-apa.. Mama Ed jatuh sendiri.."

"Tipu!"

"Ed, mama kenapa?"
Kehadiran Ayan mencemaskan Isabelle..

"Aunty ni, aunty ni yang buat mama macam ni.. Tadi dia senyum jahat dekat mama.."

"Isabelle, apa yang kau dah buat ni?.. Kau sedar tak dia isteri aku!"

"Bos, saya tak buat apa-apa.. Puan yang jatuh sendiri."

"Jatuh kenapa?"

"Tak tahu, mungkin dia terlanggar kaki kerusi.."

"Tak munasabah betul jawapan kau.. Kath, Kath.."
Ayan menampar perlahan pipi Kath..
Nampaknya Kath dah tak sedarkan diri..
Luka di dahi pasti kerana terhantuk dinding..
Takkan Kath begitu cuai sampai boleh macam ni..

"Ingat, Isabelle.. Tempat ni memang tak ada CCTV tapi depan pantry ni ada CCTV, kalau aku tahu kau punca Kath macam tu.. Bersedia untuk dipecat.. Ed, jom hantar mama pergi hospital.."

Dengan kadar segera, Ayan membawa Kath ke hospital..
Harap tak ada yang kritikal..

Sesampai saja di hospital, Kath dibawa ke unit kecemasan..

"Encik, luka isteri encik kami dah rawat.. Cuma saya bagitahu awal-awal yang isteri encik mungkin akan hadapi amnesia.. Hentakan di kepala dia memang bagi impak dekat kepala.."

"Baiklah, terima kasih, doktor.."

"Sama-sama, encik.."

Doktor berlalu pergi meninggalkan mereka..

"Pa, amnesia tu apa?"

"Hilang ingatan.."

"Jadi mama tak ingat kita ke?"

"Mungkin.. Tapi kena harap yang baik-baik supaya mama ingat kita.."

"Okay, pa.."

Bunyi tapak kasut mendekati mereka berdua..

"Bos, ni hasil rakaman CCTV.. Bunyi rakaman tak jelas sebab suara diorang kuat.."

"Okay, perhatikan Isabelle.. Jangan sampai dia lari.."

"Baik, bos.. Keadaan puan macam mana?"

"Okay je tapi mungkin nanti dia amnesia."

"Bos nak saya buat apa-apa?.. Masih jam kerja ni"

"Tundakan kerja aku untuk dua tiga hari ni.. Kalau Isabelle memang bersalah, pecat dia lepas tu minta business partners syarikat untuk blacklist dia, pasal ni aku yang pastikan.. Lepas tu, tolong ambilkan barang-barang kitorang yang tertinggal dekat office.."

"Okay, bos.. Saya pergi dulu.."

"Hrmm.."

.....

Kath sudah dipindahkan ke wad.
Ayan dah Ed menunggu Kath sedar..

"Yan.."

"Ma.."

"Apa jadi ni?.. Kenapa tiba-tiba macam ni?"

"Yan tak faham apa yang jadi tapi staf Yan tolak Kath sampai macam ni"

"Keadaan dia macam mana?"

"Luka dah kena jahit cuma mungkin dia amnesia.."

"Teruk sangat ke staf kamu tolak Kath?"

"Nampaknya memang macam tu sebab lepas je kena tolak, dia dah tak sedarkan diri.."

"Dah tu mana staf kamu tu?"

"Yan dah suruh PA pecat dia.."

"Tu je?"

"Dah blacklist dia dari beberapa syarikat.."

"Tu je?"

"Dah tu nak buat apa lagi?"

"Bagi dia saman.. Ni dah teruk tau sampai masuk hospital.. Kalau cedera sikit takpe.."

"Mama nak apa dengan saman dia.. Nak bawa kes pergi mahmakah?"

"Taklah.. Minta pampasan je biar dia rasa menyesal sangat buat Kath macam ni.."

"Tak payahlah, ma.. Bukannya Yan tak boleh tanggung Kath.. Jangan rumitkan keadaan.."

"Baik sangat.."

"Dah tu takkan mama nak Yan jahat.. Mama ni pun.."

"Hrmm.. Ni dah berapa lama pengsan?"

"Dah nak lima jam.."

"Doktor tak cakap bila dia bangun?"

"Paling cepat dia bangunpun lepas 12 jam.."

"Kamu dah makan?"

"Tengah hari tadi je.."

"Takpelah.. Mama belikan kamu makanan.. Abang nak makan juga ke?"

"Tak.."

"Yelah.. Keluar kejap.."
Mama nak ke kantin hospital.
Harap makanannya sedap.

.....

'Tok.. Tok.. Tok..'
Ketukan pintu dari luar..

"Masuk.."

Eleyna masuk ke dalam wad..
Melihat Kath terlantar baring di atas katil..

Parents Yan masih berada di sana..

"Kamu siapa?"
Papa Yan bertanya..

"Saya Eleyna, PA dan kawan Kath.."
Senyuman kekok saja yang mampu diberi..

"Ni parents aku.. Kath mungkin sedar dalam empat lima jam.."

"Ermm, kenapa Kath jadi macam ni?"

"Ada orang tolak dia.."

"Boleh tak kalau aku nak tunggu dia bangun?"

"Boleh je.. Duduklah mana kau nak duduk.."

"Okay.. Abang Kath dah tahu ke benda ni?"

"Aku belum bagitahu.."

"Lebih baik kau bagitahu cepat-cepat.. Nanti ada masalah lain yang timbul.."

"Okay.."

"Isy, tak guna betullah perempuan tu.. Sekali je dia muncul, hancur musnah plan aku.."

"Yang kau bodoh sangat pergi tolak dia tu dah kenapa?.. Lagi pun kau lupa ke dia tu isteri bos?"

"Aku dah geram sangat.. Berani dia kata aku perampas padahal dia yang rampas bos daripada aku.."

"Haisy, tak habis-habis dengan bos tu.. Sekarang ni kau kena fikir macam mana nak cari makan lepas ni.. Kau dah kena blacklist tau dengan syarikat lain.."

"Tak kisahpun.. Banyak je benda lain aku boleh buat.."

"Kau fikir senang nak cari kerja?"

"Pandai-pandailah aku.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience