24

Romance Completed 82748

"Kau nak apa sebenarnya ni?"

"Saya cuma nak awak lebih hati-hati dengan orang sekeliling awak.. Boleh jadi tanpa awak sedar awak ni dalam bahaya.. Lepas tu, bayangkan kalau Ed yang jadi mangsa, lagi bahaya.. Awak tak kisah pasal saya, takpe, saya terima.. Tapi tak, dengan Ed.."

"Benda macam tu aku pun boleh fikir.. Kau tak payahlah nak perbesarkan.."

"Okay, fine.."

Tuala dan pakaian ganti dibawa masuk ke bilik air..
Dia nak mandi, nanti melekit pula badan dia sebab minuman tadi..

Ayan biarkan je Kath..
Panas pula hati dia tengok Kath marah-marah macam tu..
Macamlah dia tak perhatikan pesekitaran dia..
Ed tu dahlah anak dia, takkan dia nak biarkan anak dia dalam bahaya..
Macam nak merendahkan dia pulak..

.....

'Klack.'

Kath akhirnya selesai mandi..

"Mulai esok kau dah boleh keluar.. Buatlah apa kau nak buat.."

"Ya.."

Kenapa tiba-tiba ni?
Sebab tadi ke?
Marah?

Ayan mengganti Kath menggunakan bilik air..
Dia pun nak mandi juga..
Ayan sengaja biarkan Kath boleh keluar..
Lagi pun tak ada apa yang Kath nak buat dekat rumah..
Dia tahu Kath tak suka duduk diam..
Pada masa yang sama, malas dia nak melayan Kath yang sekarang ni..
Emosi tak menentu, bukannya tengah 'bendera jepun'

~~~~~

Semenjak hari tu, Kath banyakkan masa untuk bekerja..
Tapi dia sentiasa hantar dan jemput Ed dari sekolah..
Cuma tulah, dia tak pernah lagi masak untuk diorang.. Memang sejak dia hilang ingatan lagi..
Dia dengan Ayan pun sekarang dah tak banyak komunikasi..
Masing-masing tak nak bertegur..
Entah apa yang nak jadi dengan diorang ni..
Sepatutnya Ayan pergilah tolong Kath cari ingatan dia biar dapat jumpa Kath yang sebelum ni lagi cepat..
Bukannya biarkan je Kath tu..
Aduhai..
Ni dah sebulan dah berlaku..
Hentikanlah benda ni..

"El, lama lagi ke nak photoshoot macam ni?"

"Lama lagi.. Kenapa?.. Kau tak tahan?"

"Sejuklah air ni.."

"Takpe, jap ae.."
"Evan, kita rehat jap.. Kath dah kesejukan ni.."

"Okay, okay.. Rehat 20 minit, cukup?"

"Okay.."
"Kath, jom.."

Kath perlu bergambar dalam kolam untuk promote baju renang..
Tapi bukan baju renang yang bikini ya..
Jangan fikir macam-macam..
Lebih kurang macam tank top dan seluar pendek gitu je..

"Kau pakailah tuala ni.. Masih boleh kerja ke?"

"Boleh.."

"Kalau tak boleh, bagitahu aku.. Jangan paksa diri sangat.."

"Okay.."

"Nak minum?"

"Ya.."

Eleyna ambilkan botol mineral yang dia ada..

"Dah jam berapa sekarang ni?"

"Jam 10 lebih.."

"Nanti ingatkan tau nak ambil Ed, Danish lagi.."

"Ya.. Aku ingatkan nanti.."
.....

"Mummy.."

"Ermm."

"Mummy sakit ke?"

"Taklah.. Kenapa?"

"Muka mummy macam sakit.. Putih macam takde darah.."

"Mungkin sebab mummy bergambar dalam kolam tadi.. Lama-lama mummy dalam kolam.."

"Nanti mummy sakit macam mana?"

"Nanti makan ubatlah.."

"Mummy ni.."

"Mama dengan papa macam mana?.. Sihat ke?.. Lama mummy tak jumpa diorang.."

"Okay je, mummy.. Semua sihat.. Nanti pergilah rumah.. Nak main dengan Ed.."

"Aikk.. Sebab nak main dengan Ed je.."

"Hehe.. Mummy-kan mesti bercerita dengan mama papa.. Jadi Danish nak main dengan Edlah.."

"Yelah.. Tengok keadaan macam mana.."

"Okay, my.."

"Okay, dah sampai rumah.."

"Bye, my.. Bye, Ed.."

"Bye.."
"Bye.."

Kereta kini menuju keluar dari perkarangan rumah..

"Awak, okay?.. Nampak tak semangat je.. Badmood?"

"Kenapa mama tak happy macam tadi kalau dengan papa?.. Mama tak suka papa ke?"

"Mana ada.. Saya sukalah dengan papa awak.."

"Tapi kenapa mama tak nak cakap dengan papa?.. Kenapa mama tak rapat dengan papa?"

"Mungkin sebab sibuk.. Masing-masing penat, Ed.."

"Tak.. Mama yang mengelak.. Sebelum ni, walau pun mama kerja, mama tak pernah tak bercakap dengan papa.. Mama tak sayang papa dah ke?"

"Ed, bukan macam tu.. Saya dengan papa awak betul-betul penat.. Banyak kerja nak dibuat.. Awak janganlah salah faham ya.."

Tak mendapat jawapan..
Ed mendiamkan dirinya..

Risau pula Kath..
Macam manalah Ed boleh perasan perubahan diorang ni..

Setelah kereta berhenti, pantas Ed turun dari kereta..
Dia meninggalkan mama tanpa sebarang kata..

Kath menghela nafas berat..
Rasa bersalah pula jadinya..
.....

"Kau kenapa berselimut ni?"

Pelik pula Ayan tengok Kath ni awal-awal dah berselimut..
Nak kata berselimut nak tidur tapi masih awal lagi ni tidur..
Dahlah berselimut satu badan..

"Sejuk.."

"Kau ni okay ke tak?.. Aku yang tak berbaju ni pun rasa panas, kau tau.. Inikan pula kau ni yang berselimut?"

"Entahlah.."

"Bagi sini muka kau.."

"Buat apa?"

"Aku ada nak check.. Buka selimut, cepat.."

"Ya, ya.."
Selimut disingkap..

Tangan Ayan menyentuh dahi Kath..
Panasnya..
Apa perempuan ni buat sampai sakit..

"Kau panas ni.. Kau buat apa?"

"Err.. Mungkin sebab saya bergambar dalam kolam agaknya.."

"Sampai bergambar dalam kolam.. Kau jadi model baju renang?"

"Macam mana awak tahu?"

Terkejut yang teramat menerpa hati Ayan..
Seriuslah jadi model baju renang..

"Kenapa awak terkejut macam tu?.. Ohh, awak fikir saya pakai bikini ke?.. Apalah awak ni, saya tak gilalah nak jadi model macam tu."

"Yelah.. Dah makan ubat?"

"Belum.."

"Engkau ni, sakit tapi tak makan ubat."

"Belum nak makanlah."

"Cakap jelah lupa.. Itupun susah.. Nah, ubat.. Kau jangan tak makan.."

"Ya, ya.. By the way, terima kasih.."

"Hrmm.."

~~~~~

"El, aku tak boleh kerja.."

"Kau sakit sebab semalam?"

"Ya.."

"Tulah kau.. Aku suruh kau tolak kerja tu, tak nak.. Kan dah sakit.."

"Hehe.. Mana aku tahu dia nak gambar banyak-banyak.."

"Yelah tu.. Ni nak aku bagi cuti berapa hari?"

"Dua hari jelah.."

"Okay.. Kalau masih sakit, bagitahu je.."

"Ya.."

"Aku off ya. Kau rehat cukup-cukup tau.."

"Okay.."

Telefon diketepikan..
Dia nak tidur balik..
Mengantuk betul..
Padahal baru je bangun tadi..

"Nanti mama papa datang.. Adik aku pun ada.. Kau turunlah sekejap nanti.. Lagi pun aku dah bagitahu mama yang kau sakit.."

"Diorang datang kenapa?"

"Saja nak lawat.. Lagi pun dah lama diorang tak jumpa kita.. Matching pula hari ni adik aku free.."

"Yelah.. Jam berapa diorang datang.."

"Waktu lunch time.. Sama-sama lunch nanti dengan Ed.."

"Ed balik awal ke hari ni?"

"Ya, hari nikan jumaat.."

"Oh.. Nanti awak bangunkan je saya kalau diorang dah sampai.. Saya masih nak tidur ni.."

"Okay.."

.....

"PAPA!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience