Semua dah selesai..
Terus balik rumah..
Penat..
Nak baringlah..
"Ed, terus mandi.. Kamu ada main pasir pantaikan.."
"Hehe.. Ada.. Ed, mandi dulu.."
"Ya.."
Besarnya rumah dia..
Aku rasa dia ni businessman lah..
Kaya macam ni..
"Kau ikut aku.."
Aku anggukkan kepala..
Bilik Ed bersebelahan je dengan bilik ni..
Bilik siapa ni?
"Ni bilik awak ke?"
"Ya.. Barang kau sebelah almari tu.. Kau susun je barang kau dalam almari tu.. Memang dah jadi almari kau.."
"Seriuslah kita sebilik?.. Awak tak kisah?"
"Tak kisah pun, kot-kot kau nak goda aku."
Goda..
Aku kalungkan tangan aku pada leher dia..
Muka kitorang, aku perdekatkan lagi.
"Saya suka je goda-goda awak tapi jangan marahlah.."
Aku perdekatkan lagi wajah kitorang sehingga nafas masing-masing menyentuh kulit..
Aku jilat sedikit bibir dia..
Ketara muka dia berubah jadi pelik..
Mungkin terkejut dengan perangai aku ni..
Hehe..
Aku menjauhkan diri..
"Saya nak guna bilik air, nak mandi.."
Aku buka kotak peralatan harian aku..
Nak ambil barang mandian aku..
Tak lupa tuala..
Tanpa membasahkan rambut, aku bersiramkan air..
Selepas sepuluh minit, aku dah siap mandi..
Disebabkan tak bawa baju, aku berkembankan tuala je..
Tak kisahlah Ayan masih ada atau tak..
Suami aku juga..
"Oii.. Awal lagi ni kalau kau nak goda aku macam ni.."
"Lupa bawa bajulah.. Tapi takkan saya macam ni, awak dah tergoda.."
"Setakat kau macam tu, tak adanya aku tergoda.. Kau bogel pun, aku tak teransang.."
"Oh, really?"
Nak mencabar dulu..
Aku dekatkan diri aku..
"Bukalah towel ni.. Nak tengok betul atau tak statement tadi.."
"Gila.."
Ayan larikan diri dengan keluar bilik..
"Eleh, takutlah tu.. Ck.."
"Bahaya betul perempuan tu.. Boleh gila aku agaknya.."
"Pa, mana mama?"
"Pakai baju, baru je dia mandi.."
"Kenapa muka papa macam marah, paap gaduh dengan mama ae?"
"Mana ada.."
"Ed tak percaya, Ed nak tengok mama.."
"Eh, kamu ni.. Tu mama tiri kamu je tau.. Bukan mama kandung.. Jangan nak bela sangat.."
"Biarlah, lagi pun mama layan Ed macam anak sendiri.. Papa tak nampak tapi mama tak layan Ed macam yang papa layan Ed.."
"Eh, mulut kau ni.. Asyik nak menjawab je.."
"Anak papa memang macam ni.."
"Kamu.."
"Ed, buat apa ni?"
Sampai dah perempuan ni..
"Bawa papa gaduh.. Ma, papa ada marah mama?"
"Takde, kenapa?"
"Takde apa.. Ma, jom, makan malam.."
"Jom.. Papa awak, awak tak ajak ke?"
"Papa boleh makan sendiri.."
Ditariknya tangan Kath oleh Ed..
Entah apa dah perempuan ni buat sampai anak aku suka sangat dengan dia..
Jangan dibomohkan, sudah..
"Selalunya siapa masak dekat sini?"
"Aunty Mia.."
"Mesti sedapkan masakan dia?"
"Bolehlah.."
"Eh, kenapa cakap macam tu?"
"Dia tak bagi saya makan makanan goreng.. Sekali-sekala pun tak.."
"Alah, cian.."
Aku belai kepala dia..
Kesiannya kalau tak makan makanan goteng langsung..
Takkan nak jaga lemak sampai macam ni..
Lemak pun pentinglah dalam hidup ni..
"Nanti mama belajar masak something yang bergoreng, awak kena jadi yang pertama makan.."
"Betul ni, ma?"
"Betul.."
"Tapi bukan mama kata mama tak boleh nak masak ke?"
"Betul.. Tapi.."
Aku berbisik dengan Ed..
Jangan biar Ayan tahu..
"Betul ke, ma?"
"Betul.."
"Yeah."
"Dah, habiskan makanan dulu.."
"Okay.."
Comelnya dia ni..
Geram je aku tengok kecomelan dia ni..
.....
"Lepas ni, awak buat apa?"
"Nak belajar dulu.. Lepas tu, tidur.."
"Mama temanlah.. Lagi pun mama nak tanya awak.."
"Tanya apa, ma?"
"Nantilah.. Jom, mama teman pergi bilik.."
"Jom, mama.."
Masuk ke bilik dia..
Kemas tau..
Kena bantu dengan pembantu rumahlah ni..
Bilik dia ni pun luas..
Tapi luas lagi bilik Ayan tu..
"Ma, duduklah.. Saya nak belajar dulu.."
"Belajar sini.. Mama ajar.."
"Wah.."
Aku akan mulakan hari aku sebagai mama yang baik..
Nantilah aku tanya pasal kerja aku tu..
.....
"Huargh.. Dah ngantuk.. Ma, tanyalah apa yang mama nak tanya tu?"
"Awak tunggu ke tadi?"
"Erm.."
Dia anggukkan kepala..
"Mama sebenarnya masih nak kerja.. Tapi papa awak kata mama kena tanya awak dulu.. Mama harap awak benarkan mama kerja lagi.."
"Kerjalah.. Ed tak kisah pun.. Asalkan mama ingat Ed.."
"Betul ni?"
"Ya.."
Aku tarik dia ke dakapan aku..
"Terima kasih.."
"Hihi, sama-sama, ma.."
"Dahlah, awak tidurlah sekarang.. Dah mengantukkan.."
"Ya.."
Aku bawa dia ke katil..
Selimutkan dia juga..
Sebelum pergi, aku cium dahi dia..
"Selamat malam, tidur lena.."
"Selamat tidur, mama.."
Aku balas dengan senyuman..
Lampu tidur di meja kecil, aku hidupkan..
Aku menghampiri pintu dan menutup lampu utama..
Aku tutupkan pintu..
Settled untuk hari ni..
As a mama..
Sekarang aku pulak nak tidur..
Penat sebab majlis tadi..
.....
Aku masuk ke bilik..
Ayan menghadap laptop dia dekat sofa..
Tak penat ke lelaki ni?
Banyak betul tenaga dia..
Aku mendekat dengan dia..
"Oii.."
Dia tengok aku..
Macam dia cakap 'nak apa kau ni?'
"Saya kena tidur mana?"
"Katil.."
"Katil mana?"
"Katil besar tulah, takkan katil bilik sebelah pulak.."
"Okay.."
Saja nak pastikan..
Mana tau dia nak sebilik tapi tak sekatil..
Malu kang kalau dia halau aku dari katil kalau tak tanya..
.....
Bunyi deringan telefon bergema..
Telefon Kath berbunyi..
Dah tengah malam pun ada lagi yang call..
Hah..
Dah bangun..
Dikuaknya rambut panjang dia..
Dia pandang sekejap phone dia.
Dia angkat call..
"Kau nak apa lagi, gila?.."
"Tak habis-habiskan kacau aku.."
"Jangan mimpi.."
"Mana taknya aku marah.. Kau ni dahlah suka kacau aku, kacau masa tengah malam pulak tu.. Tak reti berehat ke kau ni?"
"Jangan harap aku angkat call lagi.. Gila.."
Kasar dia matikan phone..
Ada banyak personaliti ke perempuan ni?
Tadi menggoda, lepas tu macam ibu mithali sekarang ni kasar..
Dia selimutkan seluruh tubuh dia..
Lepas tu disingkap balik selimut dia..
Dia duduk pula tu..
"Maaf ganggu awak kerja tadi.. Awak kenapa tak rehat lagi?"
"Masih ada benda nak uruskan.."
"Tak baik tidur lewat.. Saya tidur dulu.."
Dia baring lagi..
Cepatnya berubah perangai..
Menarik..
~~~~~
Buka mata.
Celik, celik..
Mengantuknya..
Lama tak rasa penat macam ni..
Eh, semalam lelaki tak guna tu called aku..
Kurang ajar betul..
Dahlah setiap kali aku bangun, aku selalu badmood..
Aku dah terkasar depan Ayan..
Harap dia tak kisahlah..
"Awal bangun.."
Oii mak kau..
Terkejut aku..
"Awak ada tidur ke semalam?"
Lesu aku nampak dia ni..
Jangan kata tak tidur..
"Tak.."
Gilalah..
Takkan lah masih banyak tenaga..
Tak takut sakit..
"Awak dah jadikan ini sebagai kebiasaan awak ke?"
"Boleh jadi macam tu.."
Haish dia ni..
Merosakkan badan sendiri..
Aku nak mandilah..
Kalau tak mandi, memang tak segarlah badan aku..
.....
Aku berkemban lagi..
Lupa bawa baju lagi..
Mungkin sebab kebiasaan aku sebelum ni..
Aku memang tak pakai baju dalam bilik air..
Sebab tu asyik lupa bawa baju..
"Eh.."
Entah kenapa tiba-tiba aku boleh ada di bawah Ayan..
Dia tolak aku ke?
Aku berbaring atas katil sambil Ayan genggam tangan kiri aku di atas kepala aku..
"Awak, awal sangat ni kalau awak nak saya.."
"Bukan kau ke yang goda aku?"
"Mana ada.. Saya tengah lemau ni, awak.. Tak rajin saya nak goda awak sekarang.."
'Okay.."
Dia lepaskan aku..
Aku tak kisah pun dia nak buat benda tu tapi masalahnya bukan masa yang tepat..
Aku tengah lemau sangat..
Pakai bajulah..
Aku nak tengokkan Ed dulu..
Share this novel