17

Romance Completed 82748

"Awak.. Awak okay ke?"

"Kau nampak aku tak okay ke?"

"Muka awak dari tadi macam marah.. Awak marah saya ke?"

"Taklah.. Aku badmood je.."

"Pasal mama awak?"

"Ya.. Pasal aku cerai sebelum ni, nanti jelah aku cerita.. Kalau kau tak dengar dari mulut aku, boleh jadi cerita tu tipu."

"Takpe.. Kalau awak tak nak cerita, saya tak paksa.."

"Kau tak curious?"

"Mustahil saya tak curious.. Cuma tukan pasal awak, mungkin susah awak nak bagitahu.. Jadi saya tak nak paksa awak bagitahu.. Lagi pun awakkan dah mention jangan tanya pasal penceraian.."

"Huh.."

"Awak nak apa-apa tak?.. Saya nak pergi dapur ni.."

"Takde.."

Kenapa mama nak snagat aku tahu pasal penceraian Ayan?
Bukan lebih baik aku tak tahu ke?
Aku pun tak kisah apa jadi..
Yang aku fikir just nak cari jalan nak dapatkan hati Ayan tu..
Walau pun dia dah mula terbuka dengan aku, kenalah usaha juga nak eratkan hubungan..

~~~~~

'Awak..'

'Apa?'

Ih, dia fast reply lah..
Arrggh..

'Hari ni saya tak dpt nak ambil Ed.. Kerja kena siap cpt..'

'Aku boleh ambil.. Danish pun aku hntr.. Bila kau habis kerja?'

'Dalam jam 3 mcm tu..'

'Nnti ambil Ed dkt office.. Alang2 tu aku perkenalkan kau dkt staf aku..'

'Ok, awak.. Sorry susahkan awak..'

'Tak susah pun.. Anak aku juga yang aku ambil..'

'Ok, awak.. Sy tak nak ganggu awak kerja.. Bye..'

'Ya..'

"Amboi, senyum lebar nampak.. Chat siapa Puan Kath?"

"Chat dengan 'syuben'(husband)."

"Mentang-mentang dah ada suami ni, makin banyak senyuman kau ae."

"Al-maklumlah, dilamun cinta.."

"Yang dekat sana, dilamun cinta tak?"

"Tak tahu.."

"Cinta bertepuk sebelah tangan?"

"Agaknya.. Tapi takpelah.. Lagi pun dah kahwin.. Kan ada yang kata kalau cinta lepas kahwin tu lebih baik"

"Eleh, yelah.. Pergi tukar baju, nak mula dah ni"

"Okay.."

.....

'PAPP!'
Berdengung telinga aku dengar tamparan tadi..

Sebaik saja tamparan itu berlalu, tangisan Ed pecah..
Mesti sakit..

Perempuan ni pulak kenapa nak tampar anak orang?
Aku maju ke hadapan perempuan tadi..

'PAPP'

"Hey, perempuan.. You ni dah kenapa nak tampar I?"

"Kenapa?.. Tak boleh ke?"

"Kurang ajar ae, you.. You tau tak I ni siapa?"

"Tahu.. Kau ni orang gila.."

"Biadabkan.. I ni girlfriend CEO dekat sini tau.."

"Ye ke?.. Dah tu, anak CEO ni kenapa kau tampar?"

Membulat mata dia..
Entah apa yamg terkejut sangat?

"You, you Edward ke?"

Dia cuba menggapai tangan Ed.
Tapi Ed cepat bersembunyi di belakang aku..

"Menyesal tampar dia?.. Dah terlambat.."

"You ni siapa?.. Sampai kenal anak CEO?"

"Kau rasa?"

"Babysitter dia?"

"Salah.. Aku mak dia.. Lepas ni, aku lapor dekat CEO yang kau tampar dia.."

"Mak dia?.. You gila ke?.. CEO tu dah lama bercerai dengan wife dia.."

"Oh, dah tu dia tak boleh kahwin lagi ke?"

"Apa kau ni?"

Ketar-ketir..
Suara Ayan mendekat..

"You.."

"Apa kau buat dekat anak aku sampai dia menangis ni?"

"Mana ada I buat apa-apa.. You, perempuan ni gila.. Dia kata dia mama anak you.."

"Berani kau menipu aku dekat sini.. Lagi pun dia ni isteri aku, memanglah dia mak Ed.."

"Isteri you?.. No!.. Mama you kata you belum kahwin.."

"Sebelum ni je.. Dengar sini, kau jangan ganggu kitorang lagi.. Aku pun bukannya nak sangat dengan kau.. Kau, aku blacklist dari masuk office."

"You, mustahil.."

"Kath, jom pergi.."
Ayan menarik tangan aku ke lif..
Nak ke tingkat atas.

Nak tinggalkan macam tu je ke perempuan tu?
Aku masih nak tahu kenapa dia tampar Ed.

"Awak, saya nak tahu sebab dia tampar Ed"

"Ed langgar dia.."

"Sebab tu je?"

"Ya.."

"Tadi tu perempuan yang awak maksudkan?"

"Ya.."

"Kenapa awak tak bagitahu, boleh saya ganyang je dia tadi.."

"Mati pulak nanti kalau kau yang ganyang.."

"Tak mati, masuk hospital je.."

"Sama teruk dah tu.."

"Hehe.. Jadi kita nak ke mana?"

"Bilik kerja aku.."

"Oh.."

"Tangan kau tak sakit?"

"Tangan?.. Tak.. Kenapa?"

"Tak sakit ke lepas tampar orang?"

"Eh, awak nampak?"

"Nampak.."

"Hehe.."

"Beranikan kau buat macam tu.."

"Hehe, kacau Ed, maknanya kacau saya juga.. Jadi itulah balasannya.."

"Teruskan macam tu.. Aku tak kisah pun kalau kau kasar.."

"Hehe.."

.....

'PAP'
'PAP'
'PAP'

Tepukan gemuruh memenuhi ruangan bilik yang besar..

'Selamat datang, Puan Kathlyn..'

Uish..
Banyaknya orang, staf Ayan ke?

"Perkenalkan ni orang penting aku dalam syarikat ni dan merangkap kawan aku juga.. Aku rasa kau masih ingat tetamu yang datang masa kita kahwin.."

Angguk-angguk kecil..
Tak tahu nak bagi reaksi macam mana..

Ni bilik kerja Ayan ke?
Besar sangat..

"Awak, ni bilik kerja awak ke? Besar sangat.."

"Tak, ni dewan mini.. Nanti aku tunjuk mana bilik kerja aku.."

"Okay.."

"Sekarang jamuan kedatangan kau, kalau kau selesa pergi je berbual.."

"Tak apa ke?"

"Takpe.."

"Pa, mengantuk.."

"Kamu buat apa dekat sekolah sampai nak tidur petang?"

"Tadi sukan main lompat-lompat.. Seronok.."

"Patutlah penat semacam.. Dekat sana ada sofa, tidurlah kalau dapat.."

"Saya tidurkan Ed.."

"Tak payah, Kath.. Kau tu kena bergaul dengan yang lain.. Ed ni lain kali kau boleh manjakan.."

"Takpelah awak.. Lagi pun saya nak rehat jap.. Penat berdiri lama masa kerja.."

"Yelah.. Lepas Ed tidur, kau biarkan dia.."

"Okay.. Sayang, jom."

"Jom, mama.."

Kejutan betul aku hari ni..
Tiba-tiba ada jamuan, Ayan tak bagitahu pun..
Dahlah aku baru balik kerja.
Mana adanya mood aku nak bercakap dengan orang ramai..

"Mama.."

"Ermm."

"Esok, mama masak breakfast, boleh?.. Lama tak makan masakan mama.."

"Okay, nanti masakkan.."

"Yeah.. Yang paling sedap tau, ma.."

"Okay.."

"Ed tidur tau.. Nanti mama biarkan je Ed dekat sini.."

"Yelah, mama tunggu Sayang tidur.."

.....

"Hai, puan.."

"Hai.."

"Puan tak nak join diorang ke?"

"Nantilah.. Nak rehat jap.."

"Puan baru balik kerja ke tadi?"

"Ya.."

"Lah, saya fikirkan puan tak kerja.. Lagi pun bos kan kaya, takkan dia tak bagi puan duit belanja.."
Eh, mulut dia ni lain macam je..

"Sengaja kerja.."

"Maknanya bos memang tak bagi duit belanjalah ni?"

"Bukan.. Saya kerja bukan sebab tak kena bagi duit belanja tapi suka-suka.."

"Ye ke?.. Puan kalau ada masalah, bagitahu jelah.. Jangan simpan-simpan.. Nanti stress.."

Yang kau nak tahu masalah aku kenapa?
Bukannya aku ni kawan kau..

"Tak ada masalahpun.."

"Ni Ed berkepit dengan puan, tak rimas ke?.. Bukannya anak kandung puan.."

Suka hatilah apa Ed nak buat, kau sibuk kenapa?

"Saya okay je selagi dia berperangai baik.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience