"Maksudnya?"
"Mungkin kita akan balik bertiga dengan adik Ed.."
"Jadi awak dah sedia nak ada anak lagi?"
"Ya.. Nanti kalau aku buat perangai lagi, marah je aku tau.. Aku tak nak aku ulang benda sama.."
"Okay, nanti bukan setakat marah, saya gigit-gigit awak ni.."
"Amboi, beraninya nak gigit orang.."
"Mestilah, awak mana nak dengar kalau marah je.."
"Yelah.. Tapi jangan gigit kuat sangat.."
"Tengoklah macam mana.. Hehe.."
"Aku nak tanya kau satu perkara.. Kau kena jawab dengan jujur.. Jangan main-main.."
Kenapa tiba-tiba serius pulak ni?
"Tanyalah.."
"Kenapa kau terima nak kahwin dengan aku?"
"Yang tu.."
Matanya meliar tak nak pandang Ayan..
Tangannya mengusap diusap sendiri..
"Jawablah.."
Kini Kath berkerut dahi pula dengan matanya semakin liar memandang ke seluruh bilik..
Takut nak jujur..
Nanti Ayan tak terima..
"Kathlyn, pandang aku.."
Ayan membuatkan wajah Kath tepat di depan wajahnya..
Mata Kath kini tertumpu pada mata coklat gelap yang dimiliki Ayan..
Hampir saja kelihatan hitam..
"Sebenarnya saya cuma hilangkan gelaran ANDARTU saya.. Jadi saya tak kisah kalau awak nak ceraikan saya bila-bila masa.. Tapi bukan sebab tu je, lagi pun awak bukannya tak baik sampai saya tak boleh terima awak dan."
Kath menutup wajahnya dengan tangan..
Dia merasakan bahang di wajahnya..
"Dan apa?"
Tangan Ayan cuba mengalihkan tangan Kath yang menutupi wajah Kath..
Kath menurunkan tangannya..
Dan Ayan melihat jelas pipi Kath yang memerah..
"Saya tak nafikan saya jatuh suka dekat awak masa pertama kali jumpa awak.."
"Betul-betul jujur ke ni?"
"Ya, 100% saya jujur.. Kenapa awak tiba-tiba tanya macam ni?"
"Sengaja.. Sekarang dengar aku baik-baik.."
"Okay.."
"Aku sebenarnya pernah kemurungan lepas aku bercerai, hampir nak gila sebab tak terima perbuatan bekas isteri aku.. Tapi keluarga aku dah bantu aku untuk keluar daripada kemurungan, aku masih ikut terapi dan masih buat rawatan.. Kalau kau nampak ubat-ubat aku, kau jangan pelik pulak.."
"Kenapa simpan ni lama-lama dengan saya?.. Kalau saya tahu, saya takkan susahkan awak layan perangai gila saya.."
"Aku tak nak kau simpati dengan aku.. Dan siapa kata kau susahkan aku dengan perangai kau?.. Aku suka sikap manja kau tu.. Malah aku rasa aku yang susahkan kau layan perangai aku dengan Ed.."
"No, awak dengan Ed tak pernah susahkan saya.. Cuma tulah, selalu buat saya risau.."
"Risau macam mana?"
"Kalau Ed, saya risau dia dapat layanan kasar dengan orang, apa lagi saya ingat perempuan yang tampar dia masa dekat office awak.. Lepas tu saya risau kalau saya buat dia kecewa.. Awak pula dahlah encem, kaya pula tu. Mestilah banyak yang nakkan awak. Lepas tu sikap awak yang berubah-ubah.. Buat risau tau, saya takut dah buat awak marah atau buat salah dengan awak.."
"Kau fikir banyak sangat ni.."
"Nak buat macam mana lagi.. Saya memang suka overthinking.."
Ayan tersenyum sambil mengusap pipi Kath..
Comel je dia nampak muka risau Kath ni..
Nak je dia makan puas-puas.
"Hah!.. Awak pula.. Kenapa kahwin dengan saya?.. Awak dahlah tak kenal saya.. Lepas tu, kenapa awak nak percaya cakap Ed yang saya ni baik?.. Boleh jadi saya ni ada niat jahat dekat keluarga awak.."
"Entahlah.. Dengar cerita daripada Ed, aku tak rasa kau ni jahat.. Lepas dah dapat details pasal kau, aku tak rasa kau nakkan duit aku sampai nak ambil hati Ed.. Aku rasa kau cukup baik untuk jadi mak Ed tapi siapa sangka kau terima dan nak curi hati aku.."
"Ish awak ni. Awak kenalah siasat dalam-dalam.. Mana boleh percaya senang-senang je.. Mana tahu saya sengaja nak ambil hati Ed.."
"Takpe, lain kali aku buat.."
"Ih, awak nak cari baru ae.."
"Mungkin.."
"Ih, awak ni.. Tak cukup ke ada saya?"
"Bukan kau ke yang suruh aku kahwin lain?"
"Ih, itu dulu masa awak tak nak kawan saya.. Sekarang dah okay.. Takkan awak nak cari baru dah.."
Mukanya seakan ingin menangis..
"Alah, aku bergurau jelah.. Akukan dah ada kau.. Tapi kau takkan tinggalkan akukan?"
"Mestilah tak.. Kenapa pula saya nak tinggalkan awak?"
"Mungkin sebab masalah mental aku?"
"No.. Saya takkan tinggalkan awak tapi awak kena janji dengan saya.."
"Janji apa?"
"Awak janji awak takkan curang.. Saya paling benci orang yang pencurang.. Dan saya juga takkan curang dengan awak.."
"Okay, aku janji takkan curang.. Terus, macam mana kau boleh benci sangat dengan pencurang?.. Kau pernah couple sebelum dengan Beryl?"
"Taklah.. Semuanya sebab bapa saya.."
"Bapa kau curang?. Macam mana boleh jadi?"
"Saya tak tahulah kenapa dia curang.. Padahal mama bukannya tak cantik, nak kata tak menarik, dia selalu jaga badan.. Mama dulu selalu terima order buat kek, kek mama selalu sedap.. Saya rasa situlah dia dapat duit tambahan untuk cantikkan badan.. Bapa selalu je balik on time.. Tak ada masa langsung untuk keluar dengan kawan dia.. Tak tahulah macam mana dia boleh curang.. Mama dapat tahu bapa curang lepas kawan dia tunjuk bukti bapa dengan perempuan seksi pergi hotel.. Bila mama pergi sana, bapa bawa dia pulang dan masa tu diorang dah tak sampai rumah.. Diorang tak pernah balik lagi.."
"Diorang menghilang?"
"Taklah.. Diorang kemalangan.. Kan saya pernah cerita diorang kemalangan kena langgar dengan lori.."
"Jadi kenapa kau benci pencurang?"
"Kalau bapa saya tak curang, mungkin sekarang saya masih boleh tengok mama saya hidup happy.. Dulu, masa saya dapat tahu Beryl dengan perempuan lain, saya rasa saya sedang berada di tempat mama saya.. Sakit sangat, mesti mama saya tahan diri tak bunuh je bapa dengan perempuan dia tidur tu.."
"Dan kau pun berjaya tahan diri.."
"Maaf, saya tersebut pasal Beryl.."
"Tak apa.."
"By the way, kenapa tangan awak dalam baju saya ni?"
"Nak mencari harta karun."
"Ih, awak ni.. Keluarkan tangan awak.. Saya nak pilih tempat honeymoon kita.."
"Pilih jelah.. Gunakan otak je berfikir.. Bukannya badan kau.."
"Macam mana nak fikir kalau tangan awak ni liar nak memegang sana-sini?"
"Pilih jelah.. Aku takkan keluarkan tangan aku selagi aku tak puas mencari harta karun.."
"Harta karun apa bendalah yang awak cakap ni?"
"Titik nikmat kau.. Dah, hiraukan aku.. Pilih tempat mana kau nak pergi.."
"Yelah yelah."
Share this novel