13

Romance Completed 82748

"Seronoklah kan kau lepas tuan dengan Ed pergi.. Boleh suka hati je dalam rumah ni.."

"Awak nak dengki sangat ni kenapa?.. Saya ada buat masalah dengan awak?.. Setahu saya, saya tak pernah jumpa awak sebelum ni.."

"Engkau menyemak dekat sini.. Sakit mata aku tengok kau.."

"Menyemak?.. Bukan awak ke yang menyemak dalam rumah ni.. Lepas saya ada, awak ni boleh je dibuang.. Hal masak, saya boleh urus.. Dan kenapa awak nak sakit mata?.. Cemburu nampak saya cantik sangat daripada awak ke?"

"Heh.. Jangan nak perasanlah.. Aku tau yang kau nak masuk rumah ni semata-mata nakkan harta tuan.."

"Ye ke?.. Macam mana awak tahu?.. Awak bukannya tahu apa-apa pasal saya.. Mesti awak tak pernah tahu yang saya ni modelkan?.. Saya ada bisnes online.. Saya pasti saya berlipat kali ganda lebih kaya berbanding awak.."
Nak mengata aku, bukannya tahu apa-apa pasal aku..

"Nak menipu pun agak-agaklah.. Mustahil orang macam kau ni nak jadi model"

"Kenapa?.. Tak boleh terima kenyataan ke?.."

"Dah tu kenapa kau kahwin dengan tuan?"

"Suka hati sayalah nak kahwin dengan tuan awak.. Awak nak kisah kenapa?.. Cakap jelah awak cemburu saya kahwin dengan tuan awak.. Alah, itupun susah.."

"K-kau.. Mana ada aku cemburu.."

"Ketara.. Sekarang awak dah terlepas peluang nak bersama tuan awak sebab awak lambat.. Saya dapat dulu dan saya takkan bagi peluang untuk awak rebut tempat saya.. Ingat tu.. Lepas ni, saya takkan berlembut dengan awak.."
Heh..
Menyakitkan hati..
Sekali lagi dia bising pasal aku kahwin dengan Ayan, memang aku sembur dia dengan sumpah seranah aku..
Kali ni dah kira baik aku berlembut sikit..

Dah masa Ed nak balik, baik aku gerak sekarang..
Taklah berdepan perempuan tu lagi..
Malam ni aku nak tanya Ayan pasal Mia ni..
Berani betul dia ada hati dengan tuan dia sendiri..
.....

"Yan.. Kau lunch mana?"

"Rumah.."

"Lepas ada is-"

"Tutup mulut kau.."
Engkau ni kang, aku bagi penumbuk baru kau tau..

"Hampir tersasul.. Esok lusa pun kau lunch dekat rumah ke?"

"Kadang-kadang je.. Kali ni sebab dia nak sangat.."

"Oh.. Dahlah, kau baliklah. Nanti aku tersasul pula kalau bercakap banyak dengan kau.."

"Nahas kau kalau kau tersasul.."

"Ya ya.."

Bahaya betul kawan aku ni kalau tersasul..
Kena sembur aku nanti dengan papa..

"Gie~"

Suara ni lagi..
Baik jalan cepat-cepat..

"Gie, tunggulah I.. I nak ikut you.. You nak lunch-kan.."

Suka-suka kau je nak ikut aku..
Menyibuk betul dengan aku..

"Gie, tunggu I.."
Tangan dia dah pegang lengan aku..
Boleh pulak perempuan ni kejar aku dengan kasut tinggi dia..

"Kau nak apa ni?"

"I nak you.. Boleh?"

"Kau ni tak habis-habis nak ganggu aku.. Kau blahlah dari hidup aku.."

"Tak nak.. Nanti I tak boleh dengan you.."

"Kau jangan mimpi nak dengan aku.. Aku dah ada yang lebih baik berbanding kau.."
Betullah tu..
Kath memang lebih baik daripada perempuan gatal ni..
Belum apa-apa lagi dah berpegang-pegang, rimas..

"Hah.. You ada perempuan yang lagi baik daripada I.. Takkan ada perempuan macam tu.. I lagi perfect untuk you.. I paling faham you.."

Ceh..
Kath yang tak kenal akupun, tak macam kau yang menggedik..

"Kalau kau faham aku, dengar sini.. Aku tak ada hati dengan kau, jadi pergi dari hidup aku dan jangan nak masuk campur hal aku.. Aku takkan pernah suka kau.."

"Memanglah sebab you kena cintakan I.."

Ish, degilnya..
Ni kalau ada Kath, mesti aku tak payah atur perempuan macam ni.

"Dahlah, perempuan gila.."

Aku tolak je dia..
Biarlah dia anggap aku ni tak gentleman, bukannya aku kisah..

"You, sampai hati you buat I macam ni.."

Aku pandu kereta dengan laju..
Biar tak dikejarnya perempuan tu..
.....

"Hai, awak.. Selamat pulang.."

"Kenapa dekat pintu ni?"

"Tunggu awaklah.."

"Ed dah ambilkan?"

"Dah, dia tengah mandi.. Awak masuklah dulu.."

"Okay.."

Kenapa tadi aku asyik fikir Kath?
Kenapa aku bandingkan dia dengan perempuan tadi?
Aku dah ada perasaan dengan dia ke?

"Awak, termenung apa tu?.."

Aku dah terbuka hati ke?
Tak apalah.. Dia mungkin dah berhak masuk dalam hati aku..

"Takde apa.."
Batang leher dia, aku bawakan mendekat..
Aku mengucup dahi dia..

Dia terdiam..
Mungkin terkejut dengan apa yang aku buat..

"Ish, awak ni.. Janganlah dekat sini.."
Malu ke?

"Kenapa?.. Takkan dalam bilik je aku boleh cium kau.."

"Dekat sini orang nampak.."

"Biarlah, kau isteri akukan.. Jangan malu sangat.."

"Ckk.."
Macam mengeluh tapi dia tersenyum..
Malu tapi mau..
Faham..

"Papa.. Papa makan sini ke hari ni?"

"Ya.."

"Kalau macam tu selalulah makan sini.."

"Tak boleh.. Atok belum tahu pasal mama.. Nanti atok pelik papa selalu balik rumah."

"Kalau macam tu, cepat-cepatlah bagitahu atok dengan nenek.."

"Papa cuba.."
.....

Ayan dah balik office..
Ed pula tengah tidur..
Bolehlah main phone kejap..

'Esok dah nak kerja.. Kau ok ke nak kerja lps tu nak urus family kau lagi?.. Tak takut penat?'

'Tgklah esok.. Kalau aku penat sgt, aku kena berhenti buat satu kerja..'

'Eloklah tu, jgn bebankan sgt badan kau tu..'

'Esok location jauh tak dari sklh?'

'Mcm tak, mcm jauh..'

'Nnti ingatkan aku ambil anak tau.'

'Ya, mcmlah aku tak biasa masa kau nak ambil Danish..'

'Niceee...'

'Kau dgn laki kau dah ok kan?.. Aku tak nak esok nmpk muka masam kau..'

'Settled.. Don't worry.. Aku tak masam esok..'

'Tidur awal..'

'Okay..'

.....

Malam menjelang..
Mata masih nak terbuka luas..
Yan pula buat kerja dia..

"Awak~"
Aku buat suara manja..

"Hrmm.."

"Lama lagi ke awak nak tidur?"

"Ya.."

"Alah, nak tidur dengan awak.."

"Nanti aku tidur juga sebelah kau.."

"Saya nak awak ada masa saya tidur.. Susahlah nak tidur tanpa awak ni.."

"Sebelum kahwin pun kau tidur sendirikan.."

"Itu belum kahwin.. Sekarang saya ada awak.."

"Mengada.."

"Siapa suruh awak kahwin dengan saya.. Lepas tu saya ada benda nak ditanya ni.."

"Tanya jelah.."

"Nak awak sebelah saya.."

"Datang sini.."

"Tak nak, nanti saya tertidur pula.. Terpaksa awak angkat saya.. Saya tak suka kena bangun lepas tidur.."

"Sini, aku kuat lagi ni kalau nak angkat kau.."

"Betul ni?"

"Ya.."

"Okay.."
Arrgghh..
Happy lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience