45

Romance Completed 82748

Dari kejauhan, Ayan mendengar tangisan bayi di bilik kerjanya.

"Siapa dalam ni?. Sejak bila aku ada appointment dengan orang yang ada baby?"

"Bos tengoklah dulu. Orang penting tu."

"Lain macam kau ni."

"Baru kali ni saya macam ni, bos."

Ayan kini memasuki bilik kerjanya.
Dia melihat seseorang wanita yang dia kenal.

"Kath."

"Hai."

"Ni memang Kath ke?"

"Ya, ni saya."

"Bila balik?"

"Baru je."

"Sweetheart pergi mana?. Kenapa tak tunggu saya jelaskan apa yang jadi?"

"Saya tak fikir panjang."

"Sweetheart ada berbincang dengan PA saya ke?"

"Ada, saya suruh dia jangan bagi tahu awak yang saya nak balik."

"Anak siapa ni?. Takpe ke Ed main dengan dia?"

"Takpe, adik diakan."

"Adik dia? Awak mengandung ke sebelum ni?"

"Yup."

"Kenapa awak tak bagitahu?"

"Saya nak bagitahu awak masa hari anniversary kita tapi awak yang tak datang malam tu"

"Dah tu kenapa awak lari? Awak patutnya dalam jagaan saya."

"Saya ikutkan sangat perasaan saya. Lagipun tak nak stress dengan masalah. Saya takkan biarkan baby kita dapat masalah."

"Tapi saya tak jalankan tugas saya sebagai suami awak."

"Itu tak masalah. Saya yang pilih jalan macam ni."

"Selama awak pergi, takde apa-apa yang jadikan?"

"Takde. Semua okay. Macam mana dengan awak?"

"Semua okay cuma semua risaukan awak. Rindukan awak. Lagi satu, ada berita yang Beryl dah berkahwin."

"Wah. Dengan siapa?"

"Dengan Rossa."

"Rossa? Sepupu yang sukakan awak?"

"Ya."

"Eh, dia dah takde perasaan dengan awak?"

"Tak tahulah, awak."

"Takpelah."

"Awak, saya nak terangkan pasal apa yang dah jadi."

"Nantilah. Saya tak nak nanti mood saya rosak. Lagi bagus kalau awak pergi gendong anak kita tu."

"Tapi-"

"Nanti saya dengar penjelasan awak."

"Okay-lah. Nama dia ni siapa?"

Ayan menggendong anak perempuannya.
Rupanya dia yang menangis tadi.

"Jenny Plum."

"Cantiknya nama dia."

"Mestilah. Kan mama papa dia yang pilihkan nama."

Ayan tersenyum mendengarnya.
Kath masih mengingat nama yang pernah dia sebut.
Jenny Plum, puteri pertama dia.

"Awak dah makan?"

"Belum."

"Kenapa tak makan lagi?"

"Tak sempat sebab tak nak kantoi dengan awak. Nanti rosak plan."

"Kalau macam tu kita pergi makan."

"Bukan awak dah makan ke?"

"Tadi makan sikit je. Awak masih dalam fasa berpantang ke? Boleh saya pilihkan menu sesuai."

"Masih. Jenny baru sebulan lebih."

"Yelah. Ed, jom jalan."

"Jom."
.....

"Kath."

Kath bertemu dengan keluarga abangnya setelah makan tengah hari bersama Yan dan Ed.

"Kau pigi mana ni?. Bikin risau oo kau ni."

"Pigi jalan."

"Kau ini, sudah tau mengandung masih juga pigi jauh-jauh. Kalau ada yang jadi apa-apa sama kau, macam mana?"

"Teda apa-apa juga bah. Sudah juga saya sampai sini."

"Ish, kau ni."

"Dorang semua sihat jugakah?"

"Iya. Si Danish rindu sudah kau tu."

"Bah, lain kali saya datang pigi rumah kau tingu dia."

"Ya."

~~~~~

Ryl melihat Rossa berada di beranda.
Tangan Rossa kelihatan sedang mengusap perutnya.

"Kau dah kenapa pegang perut kau macam tu?"

Tersentak Rossa dibuatnya.

"Takde apa."

"Kau pergi bersiap. Kita pergi rumah mama."

"Buat apa?"

"Perjumpaan keluarga. Kath dah balik."

"T-tak naklah."

"Kau dah kenapa pulak?. Aku dah ajak elok-elok dah pun."

"Aku tak nak pergi."

"Kenapa?"

"Aku rasa bersalah nak pergi."

"Lantaklah dengan rasa bersalah kau tu. Buat masalah, tak nak fikir panjang. Kau pergi bersiap sekarang."

"Ryl-"

"Pergi bersiap. Kalau kau tak bersiap, aku seret je kau pergi rumah."

"Beryl, aku tak naklah."

"Aku tak nak dengar bantahan."

Rossa mengeluh kasar mendengarnya.
Kenapa dia kena jumpa Kath?
Gila.

Beryl meninggalkan Rossa bersiap.
Dia tak kisahkan perasaan Rossa.
.....

"Kath, kenapa kamu pergi?. Kamu dah tahu ke kamu mengandung sebelum ni?"

"Kath ikutkan perasaan. Sebenarnya Kath tahu yang Kath mengandung. Lepas tu, nak bagitahu masa hari anniversary tapi tak jadi. Hehe. Tapi mama jangan risau, Kath okay je selama dekat luar."

"Kamu ada berpantang ke ni?"

"Ada."

"Kamu pergi mana selama ni?"

"Tinggal dekat kampung, dekat Sabah."

"Yelah. Jadi nak panggil dia apa?. Jenny ke Plum?"

"Jenny."

"Hrmm. Kalaulah Rossa tak keguguran, tak lama lagi dia dapat sepupu."

"Rossa keguguran? Anak Beryl? Kenapa?"

"Mestilah anak Beryl. Kejadian hari anniversary kamu tu tak ada hasil pun. Rossa kata dia terjatuh masa nak pergi dapur."

"Kesiannya. Dah tu dia macam mana sekarang? Mesti sedih hilang anak."

"Macam tulah dia. Nampak murung je masa mama lawat dia. Ryl pula macam tak ada jadi apa-apa. Tak nak tengokkan Rossa."

"Beryl marah ke?"

"Tak tahulah. Hah, tu panjang umur. Diorang dah sampai."

Rossa dan Beryl memasuki ruang tamu lalu duduk di hadapan mereka mama dan Kath.

"Balik juga kau. Ingatkan tak nak balik sampai bila-bila."

"Ryl, kenapa cakap macam tu?"

"Sengaja cakap."

"Kalau aku tak balik, siapa nak jaga abang kau. Nak harapkan kau, kau kena jaga isteri kau."

"Dah besar tak payah jaga."

"Beryl."

"Apa?"

"Kamu janganlah nak bawa orang bergaduh."

"Mana ada. Tu Kath okay je. Mama yang over."

"Takpe, ma. Kath okay je. Macamlah Kath tak pernah kenal Beryl ni."

"Kalau dia buli kamu, tumbuk je dia ni."

"Amboi, ma. Lebih nampak."

"Kamu yang lebih."

Tiba-tiba tangisan bergema memenuhi ruang tamu.

"Dia nak menyusu ni, ma. Kath bawa dia masuk dulu."

"Yelah. Mama nak ke dapur nak buat air. Ryl dengan Rossa tunggu kejap ya."

Berdua serta keheningan di siang hari.
Ryl meninggalkan Rossa dan lantas ke halaman luar rumah.
Dia tidak ingin berdua-duaan dengan Rossa.

"Eh, Beryl mana?. Dia tak temankan kau ke?"

"Tak."

Kath sudah selesai menyusukan Jenny.
Kath membiasakan Jenny menyusu badan supaya dadanya tidak membengkak dan kerana itu dia memerlukan privasi.

"Aku dengar kau keguguran. Dah berapa lama?"

"Satu bulan lebih."

"Oh, masih baru. Nak pegang Jenny?"

"Jenny?"

"Nama baby girl ni. Jenny Plum. Nak pegang?"

"Boleh ke?"

"Boleh, nah."

Kath memberikan Jenny pada Rossa.
Rossa dengan berhati-hati memangku Jenny.

Rossa berasa sebak ketika dapat memegang tubuh bayi.
Membuat dia rindukan anak di perutnya.

"Kenapa benarkan dia pegang Jenny?"

"Kenapa, tak boleh ke?"

"Tak boleh. Dia penyebab awak tinggalkan saya dengan keadaan mengandung. Tak payah baik sangat dengan pengganggu rumah tangga orang. Tak payah nak kesian pun pasal keguguran dia. Karma ganggu hubungan kita."

"Awak. Kenapa awak cakap macam ni? Tak baik tau."

"Saya tak perlu baik dengan orang yang ganggu kebahagiaan saya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience