27

Romance Completed 82748

Seperti yang diperkatakan kelmarin, Ayan membawa Kath ke hospital untuk memeriksa keadaan Kath..

"Hasil pemeriksaan tak ada yang ganjil.. Keadaan puan stabil.. Tahniah atas kesembuhan puan.."

"Terima kasih, doktor.."

"Sama-sama, puan.."

Uhuu..
Ingatan Kath dah kembali..
Berita gembira yang ditunggu-tunggu..

"Nampaknya kau dah pulih sepenuhnya.."

"Ya.."

"Kau masih ingat apa yang jadi lepas kau hilang ingatan?"

"Ingat.. Kenapa?"

"Saja tanya.."

"Takut saya lupa pasal malam tu ke?"

"Malam apa pula ni?"

"Alah, malam yang saya bawa awak buat 'ehem' tu.."

"Ke situ pulak yang kau fikir.. Ni kau betul-betul demam ke tak ni?"

"Alah awak ni.. Awak nampak saya ni tengah pura-pura sakit ke sekarang ni.. Ish, ish, ish.. Tak patut, tak patut.."

"Kalau macam tu, ke kau pura-pura ingat ingatan kau?"

"Mana adalah.. Saya memang dah ingat.. Awak pernah cakap saya ni kawan awak sebab tak nak parents awak tahu pasal kita.. Lepas tu saya bawa awak mandi sama tapi awak tak nak.. Lepas tu mama awak ada minta saya kerja dengan dia tapi awak tak kasi sebab bekas isteri awak.. Hah, apa lagi awak nak saya cakap?"

"Dah, dah cukup.."

"Ck.. Ed mana?"

"Dalam kereta.."

"Okay.. Awak tak kerja ke?"

"Kalau aku kerja, aku takkan temankan kau pergi hospital.. Lagi pun boleh je aku kerja dekat rumah.."

"Okay.."

"Kau ada nak pergi mana-mana sebelum balik?"

"Takde.."

"Kalau macam tu kita terus baliklah.."

.....

"Mama dah ingat semua ke, ma?"

"Ya.. Semua pasal Sayang, mama ingat.."

Mereka sudah pun di rumah..
Mereka bahkan sudah berada di atas katil..
Kath perlukan lagi banyak rehat..

"Jadi, mama jadi macam dululah kan?"

"Ya.. Kenapa happy semacam ni?.. Sayang tak suka mama yang sebelum ni?"

"Bukan tak suka tapi mama lain sangat.. Lepas tu, mama tak panggil Ed, Sayang.. Lepas tu, Ed tak dapat makan makanan yang mama masak.. Ed rindu sangat dengan mama yang dulu.."

"Sorry tau.. Mama masih degil masa tu.."

"Takpe, ma.. Yang penting mama dah ingat Ed sekarang.."

"Sweet-nya.."

"Ed,, nanti-nantilah bawa mama tu berbual.. Bagi mama rehat.."
Ayan menyampuk bagi menghentikan perbualan mereka..
Excited sangat nanti tambah sakit pula Kath tu..

"Okay, pa.. Mama rehat banyak-banyak tau.. Jangan sakit lama-lama."

"Okay.."

"Ed pergi dulu.."

Kath mengangguk melihat Ed..
Ed kini keluar dari bilik parents dia..

"Kau tu masih sakit.. Jangan excited sangat.. Lepas kau sihat, buatlah apa kau suka pun, aku tak kisah.."

"Betul ni?"

"Hah!.. Kau fikir apa lagi?.. Senyum-senyum macam tu.."

Semacam je Ayan tengok senyuman nakal Si Kath ni..

"Heh, macamlah awak tak faham.."

"Engkau ni, sakit-sakit pun fikir pasal tu lagi.."

"Yang sakit, badan.. Bukan otak saya.."

"Gatal.."

"Awak tolong garukan.."

"Kau pergi tidur sekarang.. Malas aku nak melayan perangai gatal kau ni.."

"Eleh.. Gatal-gatal ni juga yang awak nak.."
'Bwee'
Dijelirkan pula lidah dia, ditunjuk pula tu dekat Ayan..

~~~~~

"Kathhhh.."

"Nak apa?"

"Amboi, makin kasar nampak.."

"Mana ada, gurau jelah.."

"Kurang asamkan kau.. Ni betul dah ingat semua ke?"

"Ya.. Tak payah nak ragu sangatlah.. Kau nampak aku tengah pura-pura ke sekarang ni?"

"Tak nampak.."

"Hah.. Dah tahu jawapankan.. Mesti banyak kerja tergendalakan sebab aku cuti lama.."

"Taklah banyak.. Lagi pun kau cuti empat hari je kan."

"Jadi kerja semua stabil?.. Tak payah nak tergesa-gesalah kan?"

"Ya.. Kita tenang-tenang je.."

"Bisnes, macam mana?"

"Okay, cuma banyak orders buat aku nak gila.. Nak kena urus cepat-cepat.."

"Alolo, ciannya dia.. Nanti aku tolong kau.."

"Takpe ke kau nak tolong?. Kau tu bukannya free sangat.. Nak urus suami dengan anak kau lagi.."

"Boleh je aku buat kerja lepas dah siap urus suami dengan anak aku.."

"Kalau kau tidur lewat macam mana?"

"Bukan selalu pun kan.. Sambil tu aku boleh teman suami aku.. Dia tu buat kerja sampai lewat malam.."

"Okay-lah.. Nanti aku bagi details dekat kau.."

"Okay.."

.....

"Dah sihat, nampak.."
Suara yang tidak asing menegurnya..

Kath tidak menghiraukan orang tersebut..
Biarkan bercakap dengan angin..

"Aku takkan benarkan kau bahagia dengan Yan.. Kau tetap milik aku sampai bila-bila.."

Masih membisu..
Kath membuka pintu kereta namun ditahan..

"Kau memang nak sakitkan hati aku kan.. Berani kau kahwin dengan Yan.."

"Tepilah.."
Kath cuba lagi membuka pintu keretanya..

"Aku tak habis cakap lagi.. Kau sepatutnya dengan aku.. Apa special-nya dia sampai kau pilih Yan!?"

'Pakk'
Kakinya dipijak dengan kaki Kath..
Berdecit kesakitan dibuatnya..

"Hormat aku sebagai kakak ipar kau.. Jangan fikir kau adik suami aku, aku akan berlembut dengan kau.. Jangan harap.. Dan kalau pun aku cerai dengan Ayan, aku takkan pergi dekat kaulah.."

Habis dah nak dicakap..
Pantas dia mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam kereta..
Tidak lupa untuk dia kunci..
Dia memandu laju untuk larikan diri..

Bahaya betullah Beryl ni..
Ni kalau tak hati-hati, memang dah kena ambil kesempatan..
Nasib baiklah tadi tempat umum..

.....

Masa kini berlalu ke waktu malam..
Makan malam juga sudah berlalu..
Kini masing-masing dengan kerja..

Kath sibuk mengurus orders yang El hantar..
Ayan dengan kerja office dia..
Ed pula tengah belajar..
Tak lama lagi dia nak tidur..

"Kath.."

"Ermm?"
Kath pandang sekejap Ayan sebelum kembali fokus melihat skrin laptopnya..

"Kau ada hubungan apa dengan Beryl?"

"Ex couple.."

"Boleh aku tahu lagi banyak?"

"Awak nak tahu dari mana?"

"Mana-mana je yang kau rasa aku boleh tahu.."

"Kalau macam tu saya cerita dari awal alkisahnya.. Okay?"

"Okay.."

"Ceritanya macam ni.. Dia tu senior saya dekat U.. Disebabkan ada aktiviti bersama senior buat kami rapat.. Tak lama lepas tu, kitorang couple.. Tak lama lepas tu kan, dia habis belajar.. Masa tu hubungan masih okay.. Lepas setahun hubungan kitorang, dia berubah dan tak lama lepas tu, saya dapat tahu dia curang.. Tidur dengan perempuan lain, masa tu juga saya minta putus.. Lepas tu, dia tak muncul lagi depan saya tapi lepas dua tiga bulan macam tu, dia muncul lagi dan minta saya jadi girlfriend dia lagi tapi saya tak nak sampailah sekarang dia masih buat hal.. Macam tulah kisah dia.. Ada faham?"

"Faham.. Kau memang tak bagi dia peluang kedua?"

"Tak sebab saya memang pantang dengan lelaki curang.. Hehe.."

"Patutlah.. Tapi kau kahwin dengan aku bukan sebab dendam dengan Rylkan?"

"Taklah, eh awak ni.. Saya kenal awak pun tak pernahlah sebelum ni.. Dia tak pernah nak cerita pasal keluarga, gambar keluarga pun saya tak pernah nampak tau."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience