32

Romance Completed 82748

"You tak nak terima I semula?.. Takpe.. I dah ada rancangan I sendiri.. I akan buat you milik I.."

"Apapun rancangan kau, itu takkan menjadi.."

Ayan lantas membawa Kath dan Ed menaiki kereta dan berambus dari kawasan sekolah..

Ayan membawa mereka ke sebuah restoran terdekat..

Kath tidak ingin mengatakan apa-apa..
Biarkanlah perkara tadi tidak mengganggu fikiran Ayan..

Tangisan Ed sudahpun reda setelah memasuki kereta, tadi..

Ayan pula memasang wajah kosongnya..
Mungkin terkesan dengan perkara tadi..

"Kau order-lah makanan untuk kau dengan Ed.. Lepas lunch, aku hantar balik dekat sekolah.."

Kath menganggukkan kepala..

Mereka tidak banyak bunyi, hanya makan sahaja..

.....

Selesai makan tengah hari tadi, Kath dihantar semula ke sekolah bagi mengambil keretanya..
Ed pula dihantar pulang oleh Ayan..

Kath ingin bertanya mengapa Yan datang ke sekolah, namun biarkanlah pertanyaan itu ditanya lain kali..

"Kath, kau kenapa ni?.. Beryl kacau lagi?"

"Taklah.."

"Dah tu?.. Takkan bergaduh dengan Ayan?"

"Tak.. Aku takut ni.."

"Takut pasal apa ni?"

"Mama Ed tiba-tiba datang pergi sekolah.. Dia nak jadi isteri Ayan balik tapi tak nak bermadu.. Jadi nanti aku kena cerailah kan.."

"Ayan ada cakap nak kahwin dengan ex-wife dia?"

"Tak ada tapi boleh jadi Ayan nak kahwin balik dengan ex-wife dia.. Lagi pun dia masih sayangkan ex-wife dia.."

"Kau ni, janganlah overthinking.. Belum pun Ayan cakap apa-apa, kau dah macam ni.."

"Aku takut.. Lagi pun aku dah terlanjur sayang sangat dengan Ayan.."

"Dah dah. Jangan fikir negatif.. Aku pasti Ayan akan buat keputusan yang terbaik untuk kau, Ed dan untuk dia sendiri.."

"Nak menangislah macam ni.."

"Eh, jangan.. Luntur mekap kau nanti.."

"Nanti mekaplah balik.."

"Takde masa dah nak mekap balik.. Tak lama lagi nak mula balik.."

"Yelah, yelah.."

.....

"Yan.."

Haisy, satu-satu masalah datang..

"Kau dah kenapa datang sini?"

"I nak bagitahu you something.."

"Kalau bukan hal kerja, baik tak payah bagitahu.."

"Ni pasal isteri you.. And Beryl.. I tahu mesti isteri you tak cakap apa-apa kan.."

"Apa benda yang kau nak cakap ni?"

"I dapat tahu yang Beryl tu ex-boyfriend isteri you.. You mesti terkejut.."

"Dari mana kau tahu?"
Tak terkejut pun..
Kath dah bagitahu awal-awal..

"I dapat tahu masa I ternampak Beryl pergi tempat kerja isteri you.."

"Dah tu, kau buat apa dekat sana?"

"Eh.. Takde apa-apa.. Saja je jalan-jalan.. Tak sengaja nampak diorang.."

Nak menipu pun agak-agaklah..
Ketara sangat dia yang tunggu moment tu..

"Dahlah, Rossa.. Jangan banyak bunyi.. Hubungan Beryl dengan Kath dah lama habis sejak lebih lima tahun.. Aku lagi tahu hubungan diorang daripada kau.. Kath dah jujur dengan aku. Jadi jangan fikir kau dah berjaya buat aku kagum dengan apa yang kau buat.. Kau janganlah muncul depan aku dengan keluarga aku lagi, muak aku dengan masalah yang kau buat ni."

"Yan, you tak takut ke kalau isteri you sebenarnya nak balas dendam dengan Beryl?.. Takkan dia tak tahu yang you ni abang Beryl.."

"Diam, Rossa.. Jangan nak buat masalah.. Kau jangan datang sini lagi.."

"Yan.."

"Pergi!"
Kenapa Kath tak bagitahu yang Ryl masih kacau dia?
Kenapa mesti aku tahu daripada orang lain?

.....

"Mama.."

"Ya, Sayang?"

"Papa ada bagitahu ke dia lambat pulang?"

"Takdelah, Sayang.. Mungkin papa sibuk sangat sampai tak bagitahu kita.."

"Ed dah laparlah.."

"Takpelah.. Kita makan dulu.. Lagi pun kita tak tahu bila papa pulang.."

"Ya.."

Kenapa Ayan tiba-tiba lambat balik ni?
Tak pernah macam ni sebelum ni..

"Mama.. Esok nak bekal mi goreng, boleh?"

"Boleh je, Sayang.. Apa-apa je untuk Sayang.."

"Nak adik?"

Alamak, muncul lagi topik ni..

"Nanti mama pujuk papa.. Okay?"

"Okay.."

Entah macam manalah nak buat Ayan jatuh cinta dengan aku?
Aku ni bukannya bermulut manis sangat..
Entah-entah aku yang blushing kalau nak menggoda Ayan tu lebih-lebih..

Makan sudahpun berlalu..
Jam sudah melangkau jam 10 malam..
Ayan masih belum balik..

Sebarang pesanan juga tidak diterimanya daripada Ayan..
Kath yang risau berulang-alik mengelilingi bilik tidur..
Takut kalau ada apa-apa yang terjadi pada Ayan..

Kegelisahannya sedikit membaik bila dia mendengar sebuah kereta berhenti di kawasan rumah..
Dia pasti itu Ayan..

"Awak.."
Kath menyapa Ayan sebaik saja dia memasuki bilik..
"Awak tak apa-apa ke?"

"Takde apa-apa.. Kenapa kau tanya?"

"S-saya risau awak balik lambat.. Dahlah saya tak dapat apa-apa mesej daripada awak.."

"Aku okay je.. Kau tak payah risaulah.."

"Erm, awak dah makan?"

"Dah.. Aku nak mandi.. Kau tidurlah.. Kau tu tak payahpun tunggu aku balik.. Esok kerjakan.."

"Okay.."

Ayan..
Kenapa dingin dengan Kath?
Sebab bekas isteri dia ke?
Dia memang nak berbaik dengan bekas isteri dia?

Kath mengambil tempat di katil..
Dia nampaknya tak dapat tidur walau pun Ayan dah selamat sampai rumah..
Dia risau dengan perubahan Ayan..
Dia rasa macam Ayan nak menjauh dengan dia..
Dia dah overthinking dengan Ayan..
Kekacauan di kepalanya tidak akan terjawab kalau tak bertanya terus tapi..
Tapi Ayan nampak penat..
Mungkin dia patut diamkan persoalan di kepalanya buat masa sekarang..
Bagi masa untuk Ayan rehat dulu..

~~~~~

Semakin hari, semakin lambat kepulangan Ayan..
Kath ingin bertanya namun dia risau mengganggu masa rehat Ayan..
Ayan dah banyak luangkan masa untuk bekerja.. Berbual dengan Kath sekejap saja pun tak dapat..
Ayan juga tiada masa untuk melihat Ed walau pun sekejap..

Hari ini, genap seminggu, Ayan berperangai pelik..
Sibuk sangat ke kerja tu sampai balik lambat sangat..
Dan hari ni paling mengecewakan..
Ayan tak balik rumah..
Sejak semalam tak pulang..
Sekarang sudah beranjak malam..
Ed dan Kath makan berdua..

Sedang Kath melamun, bunyi di telefonnya menyedarkan dia ke realiti..

"Hello.."

"Kath, kau tolong dulu saya.. Saya pigi hospital ni.. Teda mau jaga tu anak.."

"Hah!?.. Kenapa kau pigi hospital?.. Apa jadi?"

"Isteri saya jatuh di tandas.. Lepas tu ada darah, macam dia keguguran.."

"Bah, ni kenapa kau memandu sambil calling?"

"Saya guna handfree.. Kalau boleh, cepat-cepat kau pigi rumah saya.."

"Iya-iya.. Hati-hati arr.."

"Iya.."

Panggilan dimatikan..

"Ma, siapa pergi hospital?"

"Abang mama.. Mama nak pergi rumah abang mama, nak tengokkan Danish dengan adik dia.. Ed dekat sini, belajar.."

"Tak nak.. Nak ikut mama.."

"Tapi mama mungkin sekejap je dekat sana.."

"Nak ikut juga.. Sekarang dahlah takde papa, takkan mama pun nak tinggalkan Ed.."

"Tak, mama tak tinggalkan Ed.. Kalau Ed nak ikut, sedia buku belajar.. Lepas tu pakai baju lengan panjang, nanti sejuk.."

"Okay, ma.."

Ed sudahpun selesai makan..
Sepantas mungkin dia berlari..

"Ed, jangan lari.. Baru siap makan.."

"Okay, ma.."
Diperlahankan langkahnya..

"Mak Nab.."

"Ya, puan.."

"Nanti kalau tuan balik, bagitahu saya bawa keluar Ed.. Saya mungkin tak lama.."

"Baik, puan.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience