"Pa, mama bangun.."
Tangannya memijit kepalanya yang sakit..
Silau matanya dengan lampu yang terang..
"Mama.."
Dia mengerutkan kepala melihat Ed di depannya..
"Ma, mama okay?"
"Mama?.. Bila masa saya ada anak ni?"
Ed kebingungan, apa maksud mama dia ni?
"Kath, keadaan kau macam mana?"
"Kau siapa?.. Aku kenal kau ke?"
"Kau tak ingat aku?"
Jawapan diberi dengan gelengan..
Eleyna baru saja membawa doktor masuk ke wad..
Keadaan terbaru Kath kena periksa..
"Puan, ingat apa yang jadi sebelum puan pengsan?"
Kath bingung..
Dia sedang mencari ingatan..
Rasa sakit di kepala serta-merta kembali..
Tangan menekan kulit kepala biar rasa sakit sedikit hilang..
"Tak apa, puan.. Jangan terlalu paksa diri.. Takut makin teruk.. Keadaan puan, kami akan perhatikan dari semasa ke semasa.."
Doktor kini keluar meninggalkan wad..
Tinggallah mereka berempat di dalam wad itu..
"El, diorang ni siapa?.. Kenapa budak tu panggil aku, mama?"
"Huh.. Barang-barang Kath mana?"
El bertanya pada Ayan..
Ayan mendapatkan beg yang dibawa oleh Kath pada hari kejadian..
El mencari sesuatu di dalam beg..
Sebuah buku yang agak kecil dikeluarkan..
Dia memberikan buku itu pada Kath..
"Baca.. Nanti kalau apa yang kau nak tanya tu takde jawapan, kau boleh tanya kitorang.."
"Okay.."
Sebenarnya buku tu, buku diari Kath..
Kath selalu tulis apa yang dia buat seharian dalam buku tu..
Mungkin dengan buku tu, dia boleh dapat ingatan pasal Ayan dengan Ed walau pun sikit..
.....
Belum separuh dari catatan harian dibaca, Kath sudah tak tahan..
Kepala dia terlampau sakit..
"Kath, jangan paksa diri.. Pelan-pelan.."
Eleyna merisaukan keadaan Kath..
Eleyna perasan kalau emosi Ed dengan Ayan terganggu dengan perubahan Kath macam ni..
Tapi dia tak dapat bantu apa-apa..
Semua cuma tergantung pada buku diari tu..
'Tok.. Tok..'
Seorang lelaki bersama seorang wanita memasuki ruangan..
"Abang.."
"Kau ingat juga pula sama saya.."
"Iya.."
"Laki sama anak kau, kau ingat?"
Dengan rupa bersalah, Kath menggelengkan kepala..
"Rajin-rajin kau mengingat orang.. Nanti melampau sedih laki sama anak kau.."
"Okay.."
"Berapa lama kau mau hilang ingatan ni?"
"Inda tau.."
"Kenapakah kau begini ni?.. Takkan kena tolak saja pun sampai amnesia."
"Saya kena tolakkah?.. Oh.. Mana saya tau.."
"Apa jakkah yang kau ingat ni?"
"Saya macam ingat yang tahun lepas ja.."
"Adeh.. Jadi betul-betul kau nda ingat apa-apa pasal dorang dua?"
"Nda.."
"Bahaya keadaan kau ni.."
~~~~~
Beberapa lama susah berlalu sejak kejadian tu berlaku..
Kath sudah dibenarkan pulang selepas keadaan dia disahkan stabil untuk keluar hospital..
"So, saya selalu panggil awak apa?"
"Sayang.. Mama selalu panggil Ed, Sayang.."
"Saya panggil papa awak?"
"Ed tak pernah dengar mama panggil papa guna nama atau panggilan.."
"Saya guna 'saya-awak' ke dengan papa awak?"
"Ya."
"Dah kenapa mama kamu ni, Ed?.. Pura-pura hilang ingatan ke?"
"Celuparnya.. Siapa ni, awak?"
"Aunty Mia, tukang masak dekat sini.."
"Oh.. Kenapa dia macam tak suka saya?"
"Tak tahu.. Tapi mama pun tak suka diakan?"
"Rasanya macam tu.."
"Dah kenapa kau pura-pura hilang ingatan?.. Buat drama ke dekat sini?"
"Jaga sikit mulut tu.. Kath tu puan besar dekat sini.. Hormat sikit dengan dia.."
Ayan bersuara supaya Mia tak melebih..
"Maaf, tuan.."
"Dah, kau pergi buat kerja kau.."
"Baik, tuan.."
Baik dia cabut dari sana sebelum kena pecat nanti..
"Kenapa awak ambil pekerja macam tu?.. Tiba-tiba je macam tu, bukannya saya kenal dia.."
"Biarkan je dia tu.. Kau dengan Ed kenapa dekat dapur?"
"Saya nak buat air minuman.."
"Lepas siap buat air, pindah tempat.. Ruang tamu tu ada.. Jangan dekat sini.."
"Okay.."
Perempuan ni, cari pasal dengan Kath ke?
Tak hormat orang..
"Mak Nab.."
Nampaknya Mak Nab sedikit sibuk uruskan tumbuhan perhiasan..
"Ya, tuan.."
"Bagitahu yang lain, jangan kacau Kath.. Sekarang ni Kath hilang ingatan, kita tak tahu apa boleh jadi kalau Kath marah.."
"Baik, tuan.."
"Peringat benda ni terutamanya Mia.. Jangan nak melampau dengan Kath.. Sekali lagi dia buat hal, masa tu juga aku pecat.."
"Baik, tuan."
Ni kalau tak takut juga dengan amaran aku, memang aku pecat terus..
"Kenapa papa awak tak nak kita dekat dapur?"
"Mungkin tak nak mama gaduh dengan Aunty Mia.."
"Oh.. Jadi papa awak tahulah yang saya ada masalah dengan Mia?"
"Mungkin.. Lagi pun mama selalu mengadu dengan papa kalau ada masalah.."
"Ye ke?.. Papa awak tak marah?"
"Tak.. Lagi pun papa dah selesa dengan mama.."
"Oh.. Saya selalu dekat rumah, buat apa je?"
"Dulu masa mama baru kahwin, mama belajar masak.. Sebab Ed nak makan masakan mama.. Lepas tu, mama selalu masak kalau ada masa.. Kalau breakfast, mama yang buatkan.."
"Rajin ke saya buat breakfast?"
"Selalu.."
"Wow.."
"Mama pun selalu hantar dengan ambil Ed dari sekolah.."
"Oh.. Kalau macam tu, esok saya hantar dan ambil awak dari sekolah.. Mana tahu saya boleh ingat sesuatu.."
"Kalau papa tak benarkan?"
"Kenapa pula papa awak tak nak benarkan?.. Kan lagi baik kalau saya nak usaha ingat awak dengan papa awak."
"Buat masa ni aku tak nak kau keluar, kerja kau aku dah minta Eleyna bagi cuti.. Kau kena rehatkan badan dulu.."
Tiba-tiba je muncul Ayan ni entah dari mana.
"Kenapa tak boleh keluar?.. Bukannya saya ada cedera teruk pun.. Setakat luka dekat dahi ni tak bagi impak pun dekat saya.."
"Aku dah kata tak payah keluar tu, tak payahlah keluar.. Jangan banyak songeh.."
"Saya-"
"Mama.. Janganlah keluar dulu.. Mungkin ada sebab papa tak bagi mama keluar."
Kath menghambarkan wajahnya.
"Ed, sekarang pergi belajar.. Sebelum jam 10 mesti tidur.."
"Okay, pa.. Bye, mama.."
Ed pergi ke biliknya menuruti apa yang papa dia cakap..
"Kau jangan keluar.. Ingat mana bilik tidur.. Lepas tu, walau pun aku kerja, aku boleh tahu kau ada atau tak dekat rumah.. Jadi jangan ingat nak keluar rumah."
"ya, ya, ya.."
Wajah tak berpuas hati tak lari dari muka Kath..
Ayan meninggalkan dia sendirian..
Dia nak buat kerja dalam bilik..
Suka hatilah apa Kath nak buat..
Kath buang masa dia dengan tengok televisyen..
Daripada menghadap muka Ayan yang dingin tu, baik dia tengok drama..
Share this novel