7

Romance Completed 82748

"Mama.."

"Hai, Ed.. Semalam tidur lena?"

"Lena sangat.. Mama nak breakfast?"

"Ya.."

"Papa mana?"

"Mandi.."

"Lamanya.."

"Mama panggilkan papa.."

"Tak payahlah, ma.. Tunggu je."

"Takpe.. Makin cepat papa datang, makin cepat kita makan.."

"Okay-lah..:

Sekejap je nak panggil papa awak tu, Ed..

"Awak.."

Uish..
Six packs..
Mengancam.. Aumm..
Nampak dia separuh bogel..
Tuala melilit keliling pinggang..

"Seronok tengok badan orang?"

"Seronok, dapat cuci mata.."

Gatalkan aku..

"Awak cepatlah pakai baju, turun makan breakfast.."

"Makan jelah dulu.. Tak payah tunggu pun.."

"Awak, ni first day saya masuk keluarga awak.. Jadi saya nak breakfast ni, kita sama-sama makan sekali.."

"Banyak songehkan, kau.."

"Siapa suruh awak kahwin saya.. Terimalah perangai saya.."

Muka hambar dia bagi aku..

"Saya tunggu dekat luar.. Cepat tau.."

"Tak nak cuci mata lagi?"

"Tak naklah, nanti saya breakfast makan badan awak pulak kalau tengok lama-lama."

"Keluarlah."

Malu ke?
Aku tak rasa dia malu..
Lagi pun takkan bekas isteri dia tak pernah goda dia..

Tak lama lepas tu, dia keluar..

"Bukan kau kata kau lemau ke tadi?"

"Oh.. Tiba-tiba tak lemau lepas cuci mata tadi.."

"Banyak songeh.."
.....

Lepas dah breakfast, Ayan hantarkan Ed pergi sekolah..
Tinggal aku bersendirian di sini tanpa teman..
Aku duduk di sofa ruang tamu..
Tunggu Ayan balik..
Nak tanya kalau ada benda aku boleh tolong..
Boring kalau tak buat apa-apa..

"Puan.. Nak saya buatkan apa-apa?"

Dah kenapa tanya aku?
Aku bukan tuan kau..
Lagi pun aku sendiri nak ada buat sesuatu.
Kau tanya aku pulak..

"Tak ada.."

"Err.. Nak saya buatkan air?"

"Tak perlu.."

"Buatkan makanan?"

"Tak perlu.."

Kenapa tanya ni?
Aku ni nampak macam perlukan bantuan ke?
Atau aku ni nampak bossy?
Aku tak nak jadi big boss pun dalam rumah tu..
Asalkan dilayan macam manusia, dah memadai untuk aku..

"Puan nampak gelisah, ada yang saya boleh bantu?"

"Awak jangan risau.. Saya tak perlukan bantuan.. Saya cuma nak tunggu suami saya balik.."

"Baiklah.. Kalau nakkan bantuan, boleh panggil saya.."

"Okay.."

Ayan..
Cepatlah balik..
Aku tak suka sorang-sorang dekat sini..
Nak kau balik..
Cepatlah..

.....

Bunyi kereta..
Ayan dah sampai..

"Awak, kenapa lama?"

"Lama apanya?.. Tak sampai pun 30 minit.."

"Saya tunggu macam 30 tahun tau.."

"Melebih sangat.. Nak apa sampai nak tunggu aku balik?"

"Saya bosan.. Dahlah tak ada benda nak dibuat, tak ada awak pulak tu.. Tak ada Ed lagi.."

"Mainlah phone.."

"Bosan.. Orang hyper macam saya susah duduk diam.. Kecuali bila perlu je.."

"Mengada.."

"Isteri awak ni memang mengada.."

"Kau kata nak masakkan makanan untuk Ed, buatlah.."

"Itu kena buat latihan dulu.."

"Buatlah.. Banyak je bahan masakan dekat dapur tu.."

"Takkan saya nak bazirkan.."

"Guna jelah.. Kau tak nak bosankan, pergi buat.."

"Kalau bahan memasak habis, macam mana?"

"Belilah lagi.. Aku izin kau habiskan bahan masak tu.."

"Betul ni?.. Tak menyesal?"

"Betul.. Pergilah.."

"Yeah.. Terima kasih.."

"Hrmm.."
.....

"Apa benda yang wangi sangat ni?.. Perempuan tu punya masakan ke?"

Tapi dia kata dia tak pandai sangat nak memasak..
Dah ni, bau wangi macam mana boleh ada kalau tak pandai sangat..
Nak tengoklah..

Makin wangi pulak masakan dia ni..

"Kau masak apa ni?"

"Ayam goreng madu.."

"Pandai pula kau masak benda ni.."

"Easy je ni, awak.. Awak, Ed boleh makan pedas?"

"Boleh tapi bukan yang pedas sangat.."

"Baguslah, boleh saya masak satu lagi makanan.."

"Hrmm."

"Kenapa awak turun?.. Nak ambil air?"

"Tak.. Saja tengok kau.."

"Kenapa?.. Tertarik dengan bau masakan saya ke?"

"Bolehlah.."

Boleh pula dia tahu..

"Baguslah kalau tertarik.. Senang sikit hati ni.. Awak tak nak saya buatkan air?"

"Kalau kau rajin sangat, buatkan lah.."

"Okay, awak nak air apa?"

"Apa-apa je.."

"Panas?"

"Ya.."

Rajinnya lah dia ni..
Tapi takpelah..
Merasa juga aku air tangan dia..

"Tadaaa.. Teh susu dah siap.. Harap awak suka.. Saya sambung masak dulu.."

Baik aku pergi bilik..
Nanti mengganggu dia pula..

"Aku masuk bilik dulu.."

"Okay, awak.."

Cawan minuman yang dia bagi tadi aku bawa sama masuk ke bilik..
Buat kerja sambil minum air ni..

"Kau kenapa beria sangat nak masak untuk tuan dengan Ed?.. Nak meggoda dengan masakan kau ke?"

Uish, bahasanya..
Sopan betul..

"Apa maksud awak ni?"

"Aku yang bertanggungjawab dalam hal makanan diorang.. Kau tak payah nak masuk campur.. Masakan kau ni bukannya berkahsiat pun.. Kalau diorang tu dapat penyakit sebab kau, macam mana?"

Eh dia ni?
Aku tampar sekejap lagi kang..
Macamlah aku ni bodoh sangat dalam bab makan..
Dia ni mungkin Aunty Mia yang Ed cakap semalamkan..
Garang mukanya..

"Mia, janganlah cakap macam tu dengan puan.. Kalau puan marah, macam mana?"
Seorang lagi pembantu rumah..
Tak kenal, aku..

"Biarlah.. Mentang-mentang dia dah jadi puan dekat sini, dia ingat senang-senang je nak ganti tempat aku.. Aku yang patut masak untuk diorang.. Bukan dia.."

"Takpelah.. Lagi pun diakan masak untuk suami dengan anak dia.. Kau janganlah nak cakap kasar depan puan.."

"Masalahnya, makanan yang dia masak tu banyak lemak.. Kalau ada penyakit teruk, macam mana?"

"Ish, dahlah.. Pergi minta maaf dengan puan.."

"Aku yak buat apa-apa salah.. Dia yang patut minta maaf ambil tugas aku.. Siapa suruh kahwin dengan tuan.."

"Ish, kau ni.. Puan, saya minta maaf sebab kawan saya ni tak pandai jaga mulut.."

Aku pandang Si Mia tu atas bawah..
Cantiklah juga tapi sayang perangai tak cantik..

"Mia, right?.."

Dia pandang aku dengan marah..
Tapi tak takut pun..

"Saya ganti tempat awak?.. Wah, sejak bila awak pernah jadi isteri pada Encik Ayan Gie pulak ni?.. Awak tu cuma tukang masak tau.. And tak payah ajar pun pasal pemakanan, saya dah ada MASTER dalam bidang makanan.. Oh ya, satu benda saya peringatkan.. Dalam hidup, lemak pun penting.. Kalau tak ada lemak, lagilah bahaya.."

Menyibuk je dia ni..
Nak mengajar orang konon..
Lagi pun aku ni dah jadi isteri bos dia, mestilah aku nak bagi suami dengan anak aku merasa masakan aku..
Takkan nak bagi makan masakan pembantu je..

"Aku dah lama dekat sini, aku lagi tahu apa nak bagi diorang makanan.. Kau tu baru sehari je dekat sini, tak payah nak berlagak sangat.."

"Mia, dahlah.."

"Wah, okay.. Kalau awak tak nak saya berlagak, cubalah buang saya dari sini sebelum saya yang buang awak.. Dan ingat sikit, saya isteri tuan awak.. Saya lebih berkuasa berbanding awak kecuali awak nak gantikan saya.."
Teruskan guna 'saya-awak'..
Biar dia tahu betapa sopannya aku..
HAHAHA..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience