23

Romance Completed 82748

"Mana Liam?"

"Dia kata nak jumpa kawan.."

"Ada yang kacau kau tak?"

"Takde.."

"Baguslah.. Sekarang kau ikut mama.. Mama perkenalkan kau dengan yang lain.."

"Awak?"

"Aku jumpa orang.."

"Awak ikutlah sekali.. Takutlah.."

"Mama tak makan orang.. Tak payah nak takut sangat.."

"Saya tahulah mama awak tak makan orang tapi takutlah nak jumpa orang lain.."

"Mamakan ada.. Dah, dah.. Kau pergi dekat mama.."

"Awak.."

"Kath, sini.. Mama nak kenalkan dekat kamu ni.."
Dah dapat panggilan daripada mama tu..

"Hah, mama dah panggil.. Pergi.."

"Yelah.."
Dengan hati terpaksa, kaki melangkah mendekati mama..

.....

"Isteri kau, kau tinggalkan?"

"Hrmm.. Mama aku nak kenalkan dengan aunty aku.."

"Kau tak risau dia kena sindir?.. Aunty tu bukannya pandai jaga mulut.. Entah apa jadi nanti kalau isteri kau terasa.."

"Pandailah mama aku settle.. Mulut mama aku tu pun mulut laser juga.."

"Uish, cantik menantu baru kau ni.. Ambil dari mana?"

"Ni Yan yang cari sendiri.."

"Kenapa tak jemput majlis?"

"Malas nak hebohkan.. Tu yang tak bagitahu.."

"Kau ni, jangan macam-macam.. Bini Yan dah mengandung ke masa tu?"

Hey, hey..
Jangan nak buat cerita..

"Eh, mana ada.. Sekarang dah nak 6 bulan diorang kahwin.. Tak ada perut pun."

"Lah, dah lama kahwin rupanya.. Kenapa tak bagitahu awal-awal, sekarang bagitahu?"

"Supaya kamu semua tak salah faham.. Kalau aku bagitahu awal-awal mesti korang semua ni syak dia mengandung.. Hah, mulalah mulut korang bekerjakan.."

"Tahu-tahu jelah kau ni.."

"Aku dah kenal korang macam mana.."

Macam patung je Kath mendengar mak cik bawang ni bercerita..
Baik tak payah menyampuk, nanti kang ada masalah..

"Berapa lama kamu kenal dengan Yan?.. Aunty tak pernah pula dengar Yan keluar dating.."

"Kenal sebulan sebelum kahwin.."

"Eh, cepatnya kahwin.. Kamu tak kisah kahwin duda anak satu?"

"Saya tak kisah pun.."

Mak aih..
Mak cik bawang ni tanya Kath pulak..

"Kamu nak sesuatu dengan Yan ke?.. Nak harta dia?"

"Takde benda pun yang saya nak dekat Ayan.. Harta, saya boleh cari sendiri.."

"Kamu masih kerjakan lepas dah kahwin, kenapa?.. Mustahil Yan tak bagi duit belanja.."

"Suka-suka je, aunty.. Lagi pun saya tak suka duduk diam je.. Nak buat kerja juga.."

"Kerja dalam rumah tu, tak nak buat?"

"Dah ada pembantu rumah yang boleh uruskan.."

"Bagus kamu kerja dengan mak mentua kamu je, lagi senang.."

"Ayan tak benarkan.."

"Kenapa pulak?"

"Tak tahu.."

"Hah, dah dah.. Kath, kamu pergilah dekat Yan.. Sekarang nak gosip-gosip.."
Mama sengaja nak elak mak cik bawang tahu pasal masalah kerja ni..
Sebab berkait rapat dengan pemasalahan perkahwinan Yan sebelum ni..
Diorang memang sembunyikan dengan keluarga lain..

"Okay, ma.."
Akhirnya, dapat juga Kath pergi..
Baik dia pergi dekat Yan cepat-cepat..

"Kathlyn, isteri Ayan Gie.. Sini sekejap.."

Mata Kath memandang ke arah seorang wanita yang baru saja menyebut namanya..

"Awak panggil saya?"

"Dah tu takkan orang lain.."

Wah, cantiknya bahasa..

"Awak nak apa?"

"Aku nak kau hantar minuman ni dekat situ.."
Jari perempuan tu tunjuk ke arah sekumpulan lelaki..
Dah kenapa Kath yang nak hantarkan minuman tu?

"Kenapa awak tak minta pelayan je buat?"

"Banyak cakapkan kau.. Aku suruh tu, buat jelah.."

Tertawa mengejek sekumpulan perempuan dekat Kath ni..
Entah apa yang lucu..

"Saya bukan pelayan.. Jadi saya tak nak-.. Hukk.. Hukk.."

"Upps, sorry.. Tangan aku tak kuat nak pegang gelas ni.."

Air yang sengaja disiram ke arah Kath membasahkan sebahagian muka dan badannya..

"Takpe, sebab.."
Kath lantas mengambil gelas berisi air dan menyimbahnya ke arah perempuan tadi..
"Tangan saya pun tak kuat nak pegang gelas ni.. Sorry ae.."
Dengan suara mengejek, dia bercakap..

"Mantaplah, Kath.. Keadaan dia macam tu pun, masih adakan savage dia.."

"Padanlah muka perempuan tu cari pasal dengan dia.."

"Kurang ajar, kau.."
Tangannya sudah diangkat tinggi dan bila-bila masa saja akan mendarat di pipi Kath..
Namun sebelum itu terjadi, Ayan sudah pun sampai sebagai hero penyelamat untuk Kath..

"Jangan berani kau sentuh dia.. Kau fikir isteri aku ni hamba kau ke sampai nak hantarkan minuman bagai, nak ikut cakap kau.. Jaga sikit perangai tak guna kau tu.."

"Yan, perempuan biasa je pun.. Bukannya ratu.. Setakat hantar minuman tu, bukannya jadi apa-apa.."

"Dah tu, aku nak kau hantarkan minuman ni dekat orang.. Buatlah.. Kau bukannya ratu pun.."

"Isy.. Memang taklah I nak buat.. Bukannya kerja I.."

"Dah tu kau nak kata ni kerja isteri aku, macam tu?.. Kau jangan cari pasal.."

"Ih, dahlah.."
Lari pun diorang..
Takutlah ke nak hadap Yan?

"Kau okay tak?"

"Okay.."

"Jomlah, balik.. Nanti banyak pula nak buli kau.."

"Okay.. Ed?"

"Kita ambil Ed dulu.."

Ed sejak awal lagi memang dengan kumpulan budak kecil..
Memang dah niat nak main dengan kawanlah tu..
.....

"Savage pula isteri dia ni.."

"Kalau ada yang buat dia marah, mungkin nampak savage.. Sebab sebelum ni aku pernah bertegur dengan dia, okay je perangai dia.."

"Bertegur dekat mana?"

"Jamuan dekat office, masa tu nak perkenalkan dia dekat staf.."

"Ed suka dengan mak baru dia?"

"Mestilah suka.. Dah dia yang nak perempuan tu jadi mak dia.."

"Apa kisahnya ni?"

"Perempuan tu selalu temankan Ed tunggu orang ambil balik sekolah.. Mungkin adalah yang buat Ed suka perempuan tu sampai nak papa dia kahwin dengan perempuan tu.."

"Buat apa dia dekat sekolah?"

"Ambil anak buah dia.."

"Tahu banyak pula kau pasal dia.."

"Yan yang bagitahu.. Lagi pun dia minta pendapat aku sama ada nak kahwin atau tak dengan perempuan tu.."

"Sejak bila kau jadi pakar perkahwinan ni?"

"Sejak Yan minta pendapat aku.."

"Aku harap perkahwinan Yan kali ni tak kecundang.. Kesian aku tengok Si Yan sebelum ni sebab bekas isteri dia tu.."

"Aku pun harap macam tu.."

"Okay-lah, bro.. Aku gerak dulu.. Penat pulak dekat sini lama-lama.."

"Samalah.. Aku pun dah nak gerak balik ni.."
.....

"Perempuan tu suka awak?"
Persoalan muncul sebaik saja mereka berdua memasuki bilik tidur..

"Tak tahu.."

"Takkan dia tak pernah confess?"

"Takde.."

"Apa hubungan awak dengan dia?"

"Sepupu.."

"Dia memang kasar dengan perempuan ke?"

"Entah.. Mungkin sebab suka membuli.."

"Sebenarnya dia suka awak.. Ketara sangat tak suka dengan saya.."

"Aku tak kisah pun dia suka aku tak.. Bukan masalah aku.."

"Memanglah awak kisah.. Sebab saya yang dapat padah, kan?"

"Kau mengarut apa ni?"

"Semua perempuan yang suka awak, dah sakitkan hati saya tau.. Benda ni dah ganggu hidup saya.. Dalam rumah, ada Mia.. Dekat office awak, ada Belle tu.. Dekat keluarga awak pula, ada perempuan yang simbah air dekat saya.. Benda ni memalukan, dahlah pertama kali saya jumpa keluarga awak, saya dah buat hal.."

"Aku bukannya tahu apa benda akan jadi di masa depan.. Kalau apa-apa berlaku dekat kau, aku akan cuba selamatkan kau.."

"Memang awak tak tahu apa yang jadi di masa depan tapi awak patutnya risau kalau diorang buat benda lagi buruk dari sebelum ni.. Saya ni dah ditolak sampai hilang ingatan, entah-entah nanti saya kena tolak sampai hilang nyawa.. Awak tak fikir ke depan ke?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience