19

Romance Completed 82748

"Guys, ni Kath.. Korang kenal-kenallah dulu.. Rasanya dia masih malu-malu.. Dia guna 'saya-awak' dengan aku.."

Uish..
Janganlah bongkarkan..

"Takpe.. Awal lagi ni kalau nak dia selesa.."
.....

"Korang nak sambung lagi jamuan ni, aku nak bawa Kath balik.."

"Masih nak sembang ni, kalau Kath nak balik, bawa je.. Isteri kaukan.."

"Kath, jom balik.."

Aku berdiri ke sebelah Yan..

"Seronok dapat jumpa awak semua.."

Mereka memberikan senyuman kecil..

Sekarang nak balik..
Nak tidur..
Tak biasa aku tidur lewat..
Sekarang ni pun dah nak jam 11 malam..
Luar kebiasaan tidur aku..

"Macam mana dengan kawan aku?.. Ada tak nak membuli kau?"

"Okay je.. Best dapat dengar cerita diorang.."

"Maknanya kau boleh selesa dengan diorang?"

"Boleh.."

"Baguslah.. Nanti kita pergi rumah mama papa.. Diorang nak buat jamuan kecil sempena kemasukan kau dalam keluarga ni.."

"Perlu ke?"

"Perlu supaya saudara lain tak salah faham kalau diorang nampak kita berduaan.. Nanti diorang fikir aku nak rosakkan perempuan pulak.."

"Oh, okay.. Bila?"

"Hujung minggu ni.. Ada masa?"

"Hrmm, ada masa sebab hari tu tak banyak kerja.."

"Baguslah.. Nanti kau akan kenal adik aku.."

"Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki.. Kau jangan jatuh hati pulak kalau nampak dia.. Lagi pun dia lagi tua daripada kau.."

"Hehe.. Tak naklah saya.. Dah dapat abang, buat apa nak dekat adik lagi.."

"Hrmm.."
Muka dia tak confident..
Tak percaya ke dengan apa aku cakap?

"Awak tak percaya ke cakap saya?"

"Ragu-ragu.. Lagi pun kau belum nampak muka adik aku.."

"Eleh.. Handsome sangat ke sampai awak tak percaya saya tak pilih dia?"

"Aku tak tahu perspektif perempuan, tapi rasanya handsome sangat sebab banyak perempuan nakkan dia.."

"Eleh, butakan harta je tu.. Rupa handsome sikit, ada harta banyak, memanglah banyak yang suka.."

"Bagi kau je.."

"Hrmm, mungkin.. Tapi saya dah ada awak, jadi saya takkan pilih adik awak.."

"Hrmm.."

"Ish, awak ni.. Tak nak percaya lagi.."

"Okay, okay.. Kau ikut sekalilah, esok baru ambil kereta kau.."

"Okay.."

Ayan baringkan Ed dekat tempat duduk belakang..
Aku awal-awal masuk kereta sebelah pemandu..

~~~~~

Hot pants hitam dengan t-shirt polos putih dikenakan pada badan..
Bahagian depan t-shirt dimasukkan dalam seluar..
Simple-simple je..
Rambut pun tak diikat tinggi..
Muka mekap sikit je..
Mekap tebal pun nanti kena padam juga kalau nak matching type model yang photographer nak..

"Terdedahnya.."

"Apa yang terdedah?"

"Badan kau.."

"Err, saya pakai sebab senang sikit nak tukar baju.. Takpelah, saya tukar-"

"Tak payah pun.. Aku cakap je tadi tu.. Bukannya aku suruh tukar.."

"Awak tak marah?"

"Buat apa aku nak marah.. Kau tak buat salah dengan aku.. Dahlah, jom aku hantar pergi kerja.. Aku nak hantar Ed lagi ni.."

"Okay, betul ni awak okay saya pakai macam ni?"

"Okay.. Pakai je apa yang kau selesa.."

"Terima kasih.."

"Tak ada apa yang nak diterimakasihkan.. Jom, gerak.."

"Okay.."

Nampaknya Ed dah sarapan..
Aku awal-awal lagi memang dah breakfast..
Sebab nak awal pergi kerja..

"Cantiklah mama hari ni.."

"Ye ke?.. Mama pakai simple je ni.."

"Lagi simple, lagi cantik.."

"Pandaikan puji-puji orang.."

"Alah, mama memang cantik dari dulu.."

Aku cubit manja pipi Si Ed ni..
Pandai memuji orang..
Comel..

Kami ke kereta Ayan..
Masing-masing masuk kereta sendiri..
Mula-mula Ayan hantar Ed pergi sekolah, lepas tu baru dia hantar aku..

"Nanti aku ambil Ed dulu, baru ambil kau.. Aku bawa pergi office, nak balik, guna kereta kau.."

"Okay.."

"Nanti lunch sekali.."

"Aipp, kapten.. Hehe.. Saya pergi dulu.."

"Ya.."

Uhuu..
Boleh lunch sama-sama..
Tak sabar..

"Uuu, ada suami tolong hantarkan.. Kereta pergi mana?"

"Tinggal drkat office dia.."

"Kenapa?"

"Semalam ada jamuan sampai malam, dia suruh aku sekereta dengan dia.. Mungkin takut aku tertidur.."

"Dah tu, kau tidur jam berapa?"

"Dalam jam 11.30.."

"Seriuslah, kau okay tak ni nak kerja?"

"Okay je.. Sekali-sekala lewat tidur, aku okay je ni.."

"Yelah.."
.....

Lepas je lunch tadi, Ayan bawa aku dengan Ed pergi office.
Aku singgah sekejap..
Sebab nak rasa kopi Si Isabelle tu..
Buat aku curious rasa kopi dia sampai Ayan boleh suka..

"Hai, puan.. Ni kopi buatan saya.. Harap puan sukalah.."

"Mesti sedap punya ni.."
Aku tak nak akui tapi kena cakap juga..
Jangan tunjuk sangat kalau aku tak suka dia..

"Saya keluar dulu."

"Ya.."
Aku cicipi air buatan dia tu..
Sah, memang sedap..
Lagi sedap daripada buatan aku..

"Kenapa ketat je muka tu?.. Pahit sangat ke kopi tu?"
Ayan tiba-tiba menegur..
Ketera ke muka tak puas hati aku tu?

"Taklah.. Perfect.. Sedap sangat.."

"Kalau kau tak suka, cakap je tak suka.."

"Saya sukalah.. Sedap ni.."
Jangan baca muka aku..

"Dah tu kenapa kah bagi senyuman palsu kau tu?.. Ketara sangat kau menipu.."

Muka aku berubah hambar..
Suka sangat baca muka aku ni..

"Tak payah nak menipu dengan aku.. Senang sangat nak baca muka kau tu.. Kau ada masalah dengan Isabelle tu ke?"

"Tak ada masalahpun.. Saya cuma cemburu dengan dia.."

"Mama cemburu?.. Kenapa?.. Papa buat apa?"
Menyampuk dah Ed..

"Papa tak buat apa-apalah.. Mama cemburu dengan aunty tu.. Dia pandai buat kopi lepas tu selalu bagi papa rasa kopi dia.."

"Alah, kopi mama mesti lagi sedap.."

"Taklah.. Lagi pun mama mana pandai buat kopi.."

"Tapi mama pandai masak.. Mesti lagi sedap daripada aunty tu.."

"Pandaikan nak sedapkan hati mama.."
Cubitan manja mendarat di pipi dia..

Aku perasan Ayan geleng-gelengkan kepala..
Aku kebudak-budakan sangat ke?
Mesti dia fikir aku tak rasionalkan?

"Kau nak cemburu dengan dia dah kenapa?.. Setakat kopi macam ni, tak adanya aku nak terpikat dengan dia.."

"Sekadar kopi pun boleh mengubah hati tau.. Awak tu dahlah belum jatuh cinta dengan saya.. Nanti senang-senang je dia rebut."

"Jangan nak overthinking sangatlah.."

Aku tak percaya..

"Ed, pujuk mama kamu tu.."

"Mama, janganlah risau.. Kalau papa suka aunty tu, nanti kita denda papa.."

"Denda apa?"

"Kita lari daripada papa.."

"Ed, jangan cakap bukan-bukan.. Kamu ni pun nak memujuk dengan cara salah.."

"Eleh, nak ugut papa sebenarnya.."

Hehe..
Panjang akallah Ed ni..
Ni betul ke budak umur 7 tahun?

"Haish, menangkan sangat mama dia.."

"Mestilah, kan mama.."

Aku anggukkan kepala..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience