25

Romance Completed 82748

Dua buah kereta memasuki perkarangan kereta..
Nampaknya mereka yang ingin datang sudah sampai..

Ed sedia menyambut tetamu..
Ayan pula ke bilik hntuk membangunkan Kath..

"Kath, diorang dah sampai.."

"Ermm?"

"Diorang dah sampai.."

"Okay.."
Berat mulut Kath nak bercakap..
Dia pergi ke bilik air dulu nak cuci muka..
Takkan nak jumpa orang dengan muka basi..

"Dah lama sampai ke?"

"Baru-baru je.. Jom, turun.."

"Okay.."

Ayan bergandingan dengan Kath..
Biar Ayan boleh bersedia kalau tiba-tiba Kath lemah nak berjalan..
.....

Erghh..
Susah nak bergeraklah kalau sakit ni..
Nak kena tolong dengan orang baru okay sikit..
Menyusahkan Ayan je..

"Yan, kamu tak payah bawa dia turun pun takpelah.. Bukannya mama tak boleh tengok dia dekat bilik kamu.. Biar dia rehat je.."

Aku melihat tetamu yang datang..
Jantung aku rasa nak berhenti bila tengok seorang lelaki ni..
Ni ke adik Ayan?
BERYL HAN!!
Seriuosly?

"Sekejap je, ma.. Lagi pun nak lunch terus nanti.. Lepas lunch, Yan bagi dia rehat balik.."

"Susah-susah je.. Kath, kamu ada makan ubat ke?"

"Ada, ma.."

"Ni Kath, adik aku.. Beryl Han.."

See..
Betullah dia Beryl..
Aku nak lari boleh?

Bagi senyuman je walau pun tak nak..

"Macam pernah nampak."
Bersuara dah dia..

"Dekat mana kamu nampak, Ryl?"

"Entahlah.. Dalam iklan rasanya.."

"Mungkin sebab dia model, jadi kamu pernah nampak dia.."

"Mungkin.."

Kau tak payah nak berpuralah Beryl!.
Tak guna..

"Marilah lunch.. Makanan dah siap tu.."

"Hah, jom-jom.."

Kami semua beralih ke dapur..
Harap cepatlah aku dapat masuk bilik balik..
Malas nak hadap lelaki tu..
.....

Semasa makan tengah hari, Kath hanya mendengar perbualan mereka..
Sudah tentu mengenai kerja..

Makan ubat siap..
Bila boleh masuk bilik ni?
Kath nak rehat..

"Kita pindah pergi ruang tamulah tapi Yan hantarkan Kath dulu.. Baik bagi dia rehat.."

"Baguslah.. Kesian mama tengok.. Pucat je.."

Ni mesti sebab tambah bebanan kerja dengan bebanan perasaan kan..
Ni yang sakit semacam je..

"Ryl, mana, ma?"

"Pergi beranda.. Ada orang calling.. Tak senang betul nak ada masa nak berkumpul ni.."

"Orang busy-lah katakan.. Yan hantar Kath dulu.."

"Ya, pergilah.."

Mereka menuju ke bilik mereka..
Prihatin pula Yan bila Kath sakit nikan..
Lembut je dia layan Kath..

"Kau kalau nak apa-apa, call je.. Lagi pun kau tak laratkan nak panggil aku.."

"Okay.."

"Aku keluar dulu.."

"Ya.."

Ayan meninggalkan dia..

Kath menyelimutkan badannya dengan selimut tebal..
Selesa sangat..

'Klack'

Eh, Ayan masuk ke?
Kenapa?

Kath membuat posisi duduk lalu menyingkap selimut..
Betapa terkejutnya bila melihat bukan Ayan yang masuk..

"Kau buat apa masuk sini?.. Aya-"
'PAKK!'
Mulutnya ditutup kasar sehingga kepala terdorong ke belakang.
Sempat kepalanya terhentak kuat di dinding..

'Mmmmm.. Mmmmm.'
Sukar untuk bercakap..
Tangannya cuba mengalihkan tangan yang menutup mulutnya..
Namun apa kudratnya untuk melepaskan tangan itu apa lagi dia memang di keadaan lemah..

"Kau diam.."
Sekejap saja kedua-dua tangan Kath digapai dan ditekan di atas kepalanya..

"Memang kurang ajarkan kau.. Aku nak kau, kau tak nak.. Abang aku juga yang kau nak.. Apa yang kau nak sangat daripada abang aku tu?.. Harta?.. Rupa?.. Akupun adalah.. Kau memang nak kena dengan aku.."

Air mata Kath kelihatan ingin jatuh..
Kakinya mula menendang bahagian tubuh Beryl yang sudah menindihnya..

"Kau ingat sini, kau isteri abang aku sekali pun, aku akan pastikan kau cuma milik aku.."

Beryl tanpa segan silu memagut kasar bibir Kath sehingga ada luka di celah bibirnya..
Kath sedaya upaya mengelak namun sukar bila mengingat dia masih sakit..
Dia juga sudah tidak berupaya untuk melawan lebih lama..
Tenaganya hampir habis..
Berderai air matanya..

Dengan bibir Beryl yang masih memagut bibir Kath, tangannya bekerja untuk membuka satu persatu butang di baju Kath..
Tangannya mengambil alih semula untuk menutup mulut Kath..
Bibirnya kini mencium rakus leher Kath..

"PAPA!"
Ed mendekati papanya segera..

"Kenapa ni?"

"Mama, tolong mama.."

"Mama kenapa?"

"Pa, tolong mama.. Uncle kunci pintu dari dalam.. Ed dengar mama nangis.."

"Uncle.."
"Beryl.. Apa dia buat ni?" Ucap mama
"Yan, cepat pergi cari kunci pendua.. Ada tempat kamu?" Papa segera memberi arahan..

"Ada, pa.."

"Cepat pergi tengok.. Apa bendaalh yang Si Ryl ni fikir.."

Kunci pendua sudah ada di tangannya..
Dari luar, dia memang mendengar esakan tangis Kath..
Pintu cepat dibuka..

'Klack'

Membulat mata mereka melihat posisi Ryl segera..

"Kurang ajar.. Kau buat apa ni!?"
'Dush.."
Sebuah tumbukan melayang di pipi Ryl..

Ayan menarik Ryl bagi menjauhkan daripada Kath..

"Ryl.. Apa yang kamu dah buat ni?.. Dia ni isteri abang kamu, takkan dia pun kamu nak rebut.."

"Heh.."
Menyinis pula Si Beryl ni..

"Ma, pa.. Bawa dia keluar.."

Papa bertindak memaksa Ryl keluar..
Menyibuk kacau rumah tangga orang..

"Kath, kau tak apa-apa?.. Ada luka atau sakit?"

Masih mengalir air mata Kath sambil melihat ke arah Ayan..
Ayan lantas membawanya ke pelukan..
Ayan dapat merasakan badan Kath bergegar..

"Ed, sejak bila uncle masuk sini?"

"Tak tahu.. Tadi Ed pergi tandas, lepas tu nak tengok mama tapi Ed dengar mama nangis.. Lepas tu dengar suara uncle.."

Ayan menghelakan nafas berat..
Sedang memikirkan apa punca Beryl buat benda ni dekat Kath..
Padahal baru kali ni berjumpa..

Ayan melihat wajah Kath dalam..
Dia dapat melihat luka di bibir Kath..
Nampaknya Ryl memaksa Kath..

"Kau dengan Ed dulu.. Aku nak settle-kan benda ni dengan Ryl.. Tapi kau pernah jumpa Ryl ke sebelum ni sampai dia berani buat macam ni?"

"D-dia.. Lelaki y-yang kacau saya.."

Ohhh..
Patutlah bila Ayan jawab called hari tu, suara lelaki dalam phone tu macam familiar dengan dia..

"Okay.. Kau tunggu sini.. Aku turun dulu.."

"Ya.."

"Ed, teman mama.."

"Okay, pa.."

.....

"Kau nak apa hah daripada Kath tu?.. Apasal kau nak rogol dia?"

"Aku yang sepatutnya dengan dia, bukan kau.. Aku jumpa dia dulu sebelum kau.. Dah 7 tahun, aku tunggu dia.. Engkau pula yang dapat.."

"Dah dia tak suka kau, kau terima jelah kenyataan."

"Kau cakap senanglah.. Aku ni dah lama sukakan dia.. Dah banyak kali aku rayu dia, tiba-tiba jadi kakak ipar aku.. Kau fikir aku boleh terima.."

"Tapi kenapa kau nak rogol dia?.. Kau nak dia trauma ke macam mana ni?"

"Dah alang-alang tak dapat cara baik, ambil jelah cara buruk.. Padanlah muka dia.. Banyak-banyak orang, kau juga yang dia nak.."

"Tak.. Dia tak nak aku.. Tapi aku yang nak dekat dia.. Dah dia boleh terima aku, kau tak payahlah nak kacau dia."

"Kau fikir aku suka mengalah macam tu je ke?"

"Kau cubalah apa cara sekali pun, jangan harap aku biarkan dia bersama dengan lelaki macam kau ni.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience