22

Romance Completed 82748

Di tengah malam yang sunyi..
Ayan akhirnya berhentikan aktiviti kerja dia..
Nampaknya dah penat sangat..
Sudah sampai masa untuk dia tidur..

Sejak awal Kath dah tidur..
Ayan menatap dalam wajah Kath yang terlena..
Cara dia dengan Kath sekarang jadi kasar..
Dia masa tak boleh terima kalau Kath alami hilang ingatan..

Tangannya menggapai pipi Kath..
Mengelus perlahan supaya Kath tak terbangun..

Deringan teelefon kedengaran mengejutkan Ayan..
Pantas dia mengalihkan tangannya dari muka Kath lantas pura-pura tidur..
Telefon yang berdering telah membuat Kath terjaga..

"Siapa pula call malam-malam ni?"
Kerutan di dahi kelihatan..
Badmood bila diganggu waktu tidur..
"Lelaki ni lagi.. Cepat pulak kau jumpa nombor aku ni.."
Telefon dimatikan kuasa..
Biar lelaki tu penat sendiri call Kath..
"Mengganggu betullah jantan ni.. Heisy.."

Telefon diketepikan..
Baik dia sambung tidur..
Dia menghadap ke Ayan..
Terkejut beruk dibuatnya..
Nampak Ayan yang tak tidur..

"Awak terbangun ke?"

"Hrmm.. Lelaki tu lagi ke?"

"Awak tahu pasal lelaki tu?"

"Bukan kali pertama dia call kau masa ada aku.."

"Oh.."

"Kau tidurlah.."
Ayan mengubah posisinya membelakangkan Kath..

"Awak.."
Kath duduk dahulu lalu membuat badan Ayan menghadap siling..

"Kau nak apa?"

Kath mengubah lagi posisinya..
Dia meletakkan tangannya di atas bahu ayan..
Membuatkan dia dapat melihat jelas wajah Ayan..

"Kau dah kenapa?"

"Kita dah pernah buat benda tu?"

"Benda apa?"

"Alah, yang suami isteri selalu buat tu.."

"Tak pernah.."

"Jom, buat.."

"Kau jangan gila.."

"Alah, kenapa?.. Saya tak menggoda ke?"

"Aku akan buat kalau kau dah dapat ingatan kau.."

"Eeeh."
Matanya menyepet..
"Maknanya awak sukalah dekat saya yang tak hilang ingatan.."

"Tak adanya.."

"Eleh.. Ketara sangat menipu.. Okay-lah.. Kali ni saya lepaskan awak.. Lepas je saya dapat ingatan saya, awak kena sedia.."
Senyuman nakalnya terbit di bibir..

"Tepilah.."
Ayan menjauhkan badan Kath..
Masih nakal Si Kath ni..

~~~~~

"Kau ada baju nak dipakai tak ni untuk jamuan?"

"Eh, jamuan?.. Jamuan apa?"

"Hari ni ada jamuan dekat rumah parents aku sempena kemunculan kau dalam keluarga aku.."

"Kenapa tak bagitahu awal-awal?"

"Aku lupa yang kau tak tahu, lagi pun aku dah bagitahu benda ni dekat kau sebelum hilang ingatan.. Jadi ada kecelaruan.."

"Okay-lah.. Saya tengok apa yang sesuai nak dipakai.."

Kath bergerak ke depan almari..
"Nak baju formal ke casual?"

"Casual je.. Bukannya ada orang penting pun.."

"Dress ni okay?"
Dress labuh berlengan panjang dan berwarna ungu..
Sesuai untuk acara casual..

"Okay-lah tu.."

"Ermm.. Saya mungkin dah tanya sebelum ni tapi saya nak tahu lagi sebab saya yang sekarang tak tak tahu apa-apa.. Awak ada siblings?"

"Ada adik lelaki."

"Wah, mesti encemkan.. Sebab awak encem.."

"Boleh tahan.. Tapi kau jangan jatuh hati pulak nampak dia walau pun dia lagi tua daripada kau.. Lagi pun kau masih mama Ed.."

"Hrmm.. Suspicious-lah awak.. Kata tak suka saya tapi tak nak saya jatuh cinta dengan orang lain.. Bukan lagi bagus ke?.. Sebab sayakan kahwin dengan awak sebab Ed je..Oh ya, macam deja vu dengar apa yang awak cakap tadi.."

Ayan mendekati lantas memegang lengan Kath..
"Kau dah pernah cakap yang kau nak curi hati aku, jadi jangan pernah fikir nak curi hati lelaki lain."

Senyuman nakal kini muncul..
Kath membuat tubuh Ayan mengundur ke belakang..
Sehingga Ayan terduduk di sofa, dia membuat Ayan menyandar..
Bibir Ayan dicium lembut..

"Kalau boleh, saya nak dapatkan ingatan saya sekarang juga.. Tak sabar nak makan awak.."

"Engkau tak habis-habis nak buat benda tu.. Tak menahan sangat ke?"

"Hah!.. Bukanlah.. Saya cuma curious.."

"Tak pernah buat ke sebelum ni?"

"Tak!.. Takkan saya nak bagi first-time saya dengan orang yang tak sepatutnya.."

"Dah tu, aku orang yang sepatutnya dapat first-time kau?"

"Yelah.. Awakkan suami saya.."

"Tapi first-time aku dengan perempuan lain."

"Takpe.. Lagi pun awakkan dah kahwin sebelum ni.. Kalau awak tak buat, takkan adanya Ed tu.."

"Hrmm."

"Nak tanya.. Kenapa awak dingin dengan saya kalau dalam keadaan sedar?.. Masa saya tidur, okay je awak belai saya.."
Kekecewaan terlihat jelas..

Dia sedar dengan perbuatan Ayan sebelum ni..
Tak sengaja terbangun masa Ayan manjakan dia..

Ayan memalingkan kepalanya..
Dia nak cuba lari dari soalan tadi..

"Awak, jawablah.."

"Tak ada apa pun.."

"Cakaplah betul-betul.. Saya.. Saya nakal sangat ke?"

Tak ada balasan.

"Awak.. Ke saya ada buat something yang awak tak suka?.. Cakaplah.."

"Aku.. Aku masih tak boleh terima yang kau hilang ingatan.."

"Awak rasa saya ni bukan Kathlyn yang sama ke?"

"Ya.. Perangai kau sekarang nakal sangat daripada sebelum ni.. Kathlyn yang aku kenal lebih manja, bukan nakal macam ni.."

Wajahnya menjadi mendung..
Nampaknya perwatakan dia tak disukai Ayan..

Keadaan menjadi sunyi..
Diam seribu bahasa..
Tiada apa yang mampu diperkatakan lagi..

.....

Masa telah berlalu..
Waktu jamuan telah pun tiba..
Wajah Kath tetap ceria bagi mengelak kesalahfahaman..
Wajah Ayan sudah tentu sedingin aisberg..

Jamuan antara keluarga besar sangat meriah..
Ruangan rumah dipenuhi saudara-mara yang berkunjung..
Jamuan kali ni bukan saja memperkenalkan Kathlyn, malah dapat bertemu saudara yang sudah lama tidak bertemu..

Kath hanya mengikuti Ayan yang bertemu dengan ahli keluarga lain..
Lagi pula dia tak tahu macam mana nak berkomunikasi dalam keluarga ni..

"Yow, Kath.. Amacam sihat?.. Ingat aku?"

Mendapat sapaan daripada seorang lelaki yang asing..
Tapi mungkin lelaki ni kenal dia..
Kath cukup memberikan gelengan..

"Takpelah.. Aku William, panggil Liam. Kita pernah jumpa sebelum ni.."

"Okay, Liam.. Hai.."

"Hai juga.. Yan, adik kau takde.. Takde chance-lah jumpa kakak ipar dia ni.."

"Ada hal apa, dia?"

"Entahlah.. Sibuk katanya.."

"Lantak dialah.."

"Kath lagi muda daripada diakan?"

"Ya.."

"Hati-hatilah kau.. Kang kena rebut.. Menangis air mata darah pun dah tak guna masa tu.."

"Kau ni.. Mulut cakap eloklah.."

"Yelah.."

"Kau tengokkan Kath sekejap.. Aku ada nak buat.."

"Sekejap boleh.. Jangan lama-lama, nanti aku rebut.."

"Nahas kau.."

Ayan meninggalkan mereka untuk berjumpa parents dia..
Dia nak parents dia rahsiakan pasal masalah Kath..

"Seronok kahwin dengan Yan?"

"Seronok yang macam mana?"

"Maksud aku, happy atau tak?"

"Kalau saya yang sekarang, 50/50 je.. Tapi saya pasti saya akan lagi happy kalau saya dah pulih.."

"Layanan Yan berbeza dari sebelum ni?"

"Saya rasa macam tu.."

"Nampaknya kau kenalah sabar sampai kau pulih.."

"Ya.. Awak tak nak rasa happy kahwin ke?"

"Eh, kau tau aku belum kahwin ke?"

"Saya tak nampak cincin di tangan awak.."

"Haha.. Aku tunggu jodoh aku sampai sendiri.. Mungkin dia masih belajar.. Atau pun mungkin aku dibagi peluang untuk rasa jadi sugar daddy baru jumpa jodoh.."

"Hah!.."

"Guraulah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience