14

Romance Completed 82748

"Apa benda yang kau nak tanya tu?"

Aku dah duduk sebelah dia..

"Mia tu ada hubungan dengan awak ke?"

"Mia mana pulak ni?"

"Tukang masak rumah ni.."

"Takde hubungan istimewa.."

"Awak rapat ke dengan dia?"

"Tak.."

"Macam mana dia boleh kerja dengan awak?"

"Mama yang kasi dia kerja dia.. Lagi pun mama suka masakan dia sebab sedap.."

"Oh.. Tapi kenapa mama awak suruh kerja sini?"

"Sebab nak cari duit untuk adik-adik dia.. Dia yang syorkan diri dia.."

"Oh, awak pernah kenal dia sebelum dia kerja sini?"

"Tak.. Kenapa kau tanya pasal dia ni?"

"Saya saja nak tahu kenapa dia suka awak.. Mungkin boleh dapat details daripada awak.."

"Kau kata apa tadi?.. Dia apa?"

"Dia suka awak.."

"Mana kau tahu pulak ni?.."

"Ketara sebab dia marah saya masak untuk awak dengan Ed.. Dia kata saya ni ambil tempat dan tugas dia.."

"Kau main-main ke ni?.."

"Tak.."

"Dia cari gaduh dengan kau?"

"Boleh dikira macam tu.."

"Kalau dia dah melebih, bagitahu aku.. Aku boleh pecat dia.."

"Kalau dia cari pasal lagi, saya takkan berlembut.. Nahas dia nanti.."

"Kau takkan bunuh diakan.."

"Ish, awak ni.. Mana berani saya buat macam tu."

"Baguslah.."

Aku nak baring berbantalkan pangkuan Ayan..
Dia tak marah..

"Okay, saya nak tidur.. Jangan lupa angkat saya.."

"Jangan tidur dulu.."

"Kenapa?"

"Aku ada benda nak dicakap."

"Okay, cakaplah.."

"Minggu depan aku cuba perkenalkan kau dengan parents aku.. Bersedia bila-bila masa.."

"Okay, saya sentiasa bersedia.."

"Lepas aku dah perkenalkan kau dengan parents aku, aku akan bawa kau pergi office biar orang tahu kau isteri aku.."

"Tak apa ke awak perkenalkan saya dengan diorang?"

"Tak apa.. Bila dah selesai, aku nak minta tolong kau.."

"Minta tolong apa?"

"Tolong aku jauhkan diri dengan seorang perempuan ni."

"Hah!"
Aku kembali duduk..
Serta-merta muka jadi serius..
Ni yang aku tak suka ni kalau ada perempuan nak dekat dengan dia.

"Kau marah ke?"

"Saya tak nak awak kena rebut.."

"Sebab tu aku minta tolong kau.. Jauhkan perempuan tu daripada aku.. Aku rimas selalu kena kacau.."

Muka aku jadi sedih..
Dia rimas kena kacau, mesti perempuan tu bukan jenis yang dia suka..

"Okay, nanti awak kenalkan saya dengan perempuan tu.. Biar saya hajar dia biar tak kacau awak lagi.."

"Yelah.."

"Dah boleh tidur?"

"Ya.."

Aku baring semula..
Terkejut je tadi tu..
.....

Dah tengah malam..
Penatnya..

Si Kath ni pulak tak nak tidur kalau tak ada aku..
Nak berkepit je dengan aku..
Manjanya..
Macam manalah abang dia boleh tahan..
Tapi aku sukalah juga dengan dia..

Aku pandang ke meja..
Berbunyi phone Kath, tak apakan kalau aku tolong angkatkan..
Bukannya kena save..

"Hello, Kath Sayang.."

"Kau siapa?"
Lelaki mana pulak yang call Kath malam-malam ni?
Lelaki yang minat Kath tu ke?

"Eh, aku yang patut tanya kau.. Kenapa kau pula yang jawab call ni?!"

"Kath dengan aku.. Siap tidur dengan aku.."

"Kau mesti perangkap diakan."

"Kau gila ke?.. Aku ni suami dia.."

"Mustahil.. Kath belum kahwin.. Kau jangan nak reka cerita.."

Patutlah Kath kata ni orang gila..
Memang gila kalau macam ni..

"Jangan kacau isteri aku lagi.."
Matikan terus panggilan ni..
Nanti aku pula jadi gila kalau bercakap lama-lama dengan dia..

Aku dah mengantuk ni..
Aku cempung badan Kath ke katil..
Harap tak ada lagi gangguan lelaki tu..

~~~~~

Hari baru menjelang..
Lena tidur semalam..
Tidur atas katil, maknanya Ayan memang angkat aku..
Arrgghh..
Happy..

Nak mandilah..
Kena siapkan breakfast untuk diorang..

"Kath.."

Eh, dia bangun?
Aku buat dia terbangun ke?

"Ya?"

"Lelaki tu ada called kau semalam.. Aku sambut.."

Dia sambut panggilan tu?
Oh, baguslah juga..
Biar lelaki tu tahu aku dah ada husband..

"Dia pernah jumpa kau depan-depan ke?"

"Ya.. Dia memang suka stalk orang jadi selalu cuba nak jumpa saya.."

"Tak bahaya?"

"Tak bahaya tapi rimas.. Dia tak boleh terima kenyataan.."

"Patutlah.. Degil juga dia nak dengan kau.."

"Nasib baiknya dia bukan taste saya.. Kenapa awak tanya pasal lelaki tu?.. Berminat nak kenal ke?"

"Tak, cuma suara dia macam familiar.. Mungkin aku kenal.."

"Oh, okay-lah saya nak mandi.. Nak ikut?"

"Hrmm, tak minat."

Tengok tu..
Tak nak pun ambil kesempatan..

.....

Kepalan tangan aku hentakan di dahi..
Peningnya kepala aku..
Macam manalah nak kerja kalau macam ni..
Aku lupa pula kalau aku ni datang haid..
Nak kerja juga tadi..

'Klack'

Ada orang masuk..
Ayan?

"Kau tak pergi kerja lagi ke?"
Memang Ayan, takkan ada orang lain nak masuk bilik ni..

"Saya balik awal.."

"Kenapa?"

"Pening-pening.."

"Takkan sebab tu je kau dah boleh balik.."

"Problem perempuan, awak.. Memang kebiasaan tak kerja kalau masa ni"

"Maksud kau, kau datang haid?"

"Ya.."
Dia faham pula..
Pengalaman daripada isteri sebelum ni ke?

"Ada ubat tahan sakit?"

"Takde.."

"Minyak angin?"

"Ada.."

Dia pergi bongkar almari kecil dia..
Entah apa dicarinya..
Dia jumpa satu paket yang aku tak pasti paket apa..

"Aku rasa benda ni masih boleh guna, kau pakailah.."

Paket panas..
Dia ada benda ni..
Mesti dia selalu bagi dekat isteri dia dulu..

"Nanti tak payahlah ambil Ed, aku yang ambil.."

"Tapi kerja awak.."

"Kerja tu boleh sambung bila-bila.. Daripada ada benda buruk jadi masa kau nak ambil Ed, baik kau tak payah ambil.. Tak payah masak, rehat je.."

Aku menyusahkan dia ke ni?

"Kenapa awak balik?.. Belum masa lunch lagi.."

"Ada benda tertinggal.. Kau rehat je hari ni."

"Terima kasih, awak.. Maaf, menyusahkan.."

Dia datang dekat aku..
Muka dia tak marah tapi..

"Kau dah jadi isteri aku, kau sendiri kata nak jadi isteri sebenar akukan.. Setakat benda kecil ni, kau tak menyusahkan aku pun.. Sekarang ni, fikir rehat je.. Kau nak aku belikan apa?.. Aku tahu masa-masa macam ni, perempuan suka makan makanan ringan.."

Terharunya dengan dia..
Polite sangat..

"Tolong belikan snek dengan coklat, boleh?"

"Boleh.. Nanti lepas ambil Ed, aku belikan.."

"Terima kasih.."

"No need.."
Tangan dia memegang leher aku..
Aku mendapat ciuman di dahi..
So sweet-lah dia ni..
Soft je dia layan aku..

"Aku balik office dulu.. Kau rehat.."

"Okay, awak.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience