BAB 21

Romance Completed 8195

Johana melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia melihat sekujur tubuh sedang terbaring lemah di atas katilnya.

" Tak kerja ke? " soal Johana perlahan.

Selalunya Hazim akan pulang lewat. Jam baru saja pukul 2 petang. Takkanlah dah balik kerja kot. Awalnya. Johana melangkah mendekati suaminya itu.

" Abang tak kerja ke? " soalnya.

Hazim hanya menggeleng perlahan.

" Kenapa ni? Tak sihat? " soal Johana risau.

" Badan abang rasa panas sikit " jawab Hazim lemah.

Johana terus menyentuh dahi Hazim. Panas.

" Abang demam ni. Dah makan? " .

Hazim menggeleng lagi.

" Kenapa tak makan lagi? " .

" Tak ada selera " .

" Abang tunggu sekejap. Hana masakkan bubur untuk abang. Lepas tu makan ubat " Johana terus berlalu ke dapur.

Bibir Hazim terukir senyuman kecil. Ternyata Johana masih mengambil berat tentangnya.

Johana merenung lama wajah Hazim yang sedang tidur lena itu. Suaminya itu baru saja lepas makan ubat. Perlahan-lahan Johana mengusap lembut rambut Hazim.

" Hana masih cintakan abang. Walau beribu tahun pun, perasaan ini tetap sama dan takkan pernah berubah. Maafkan Hana " air matanya menitis perlahan.

Hazim terus mengenggam tangan Johana. Johana tersentak. Sangkanya suaminya itu sedang tidur. Ini bermakna Hazim dengar apa yang dia katakan tadi.

" Kalau cinta, kenapa menjauh? Kenapa menafikan rasa cinta tu? " lembut Hazim menyoal.

" Hana, beri peluang pada hati Hana untuk bahagia " pujuk Hazim. Dia bangun dan duduk bersandar di kepala katil.

" Hana taknak jadi penyebab abang lupakan arwah kak Hanis " .

" Hana tak pernah jadi penyebab abang lupakan arwah Hanis. Arwah Hanis masih tetap ada di dalam hati abang. Yang masih ada, berhak untuk bahagia " .

" Tapi Hana takut.. " .

" Shutt.. " Hazim meletakkan jari telunjuknya di bibir Johana.

" Boleh tak kita mulakan hidup baru? Lupakan semua yang pernah terjadi. Beri abang peluang untuk mencintai Hana. Untuk hidup bahagia dengan Hana. Abang merayu " pinta Hazim.

Lama Johana diam. Akhirnya lambat-lambat dia mengangguk. Dia kalah pada perasaannya sendiri. Fikirannya berlawanan dengan hati. Fikirannya kata tidak tapi hati pula berkata mahu.

" Kita buka buku baru. Abang cintakan Hana ikhlas dari hati abang. Bukan kerana terpaksa dan bukan juga kerana kesian " .

Johana tersenyum nipis.

" Hana cintakan abang " .

Ya Allah kekalkanlah kebahagiaan ini. Berkatilah rumah tangga ini. Jika sudah tertulis di luh mahfuz dia jodoh kita, pada akhirnya kita tetap akan bersama dengannya.

Hazim memimpin Johana yang sarat mengandung itu. Mereka berdua jalan beriringan menuju ke kubur arwah Johanis. Sedar tidak sedar sudah tiga tahun arwah meninggalkan mereka semua.

" Kak Hanis, Hana datang ni. Hana doakan semoga kak Hanis tenang dekat sana. Hana dah tunaikan janji Hana untuk jaga abang Hazim dan Mikha. Terima kasih untuk semuanya kak " .

Hazim di sebelahnya hanya menjadi pemerhati.

" Hanis, walaupun abang dah kahwin dengan Hana. Abang dah mulakan hidup baru dengan Hana. Sedetik pun abang tak pernah lupakan Hanis. Hanis tetap ada dalam hati abang. Abang doakan semoga Hanis tenang di sana " .

Johana tersenyum nipis memandang suaminya. Siapa sangka cinta pertamanya itu menjadi jodohnya juga. Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Terima kasih Ya Allah.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience