BAB 10

Romance Completed 8195

Johana tersenyum lebar melihat keputusan peperiksaan yang berada di tangannya ketika ini. Dia mendapat semua A+ dalam setiap subjek yang diambil. Betapa gembiranya dia ketika ini hanya Allah yang tahu. Dia langsung tidak pernah menyangka yang dia akan mendapat keputusan yang cemerlang seperti itu. Kerana ketika peperiksaan percubaan, dia cuma mendapat 7A sahaja.

" Tahniah Hana. Aku dah agak kau memang akan dapat straight A+ " ucap Sarah.

Dia memeluk erat tubuh Johana.

" Thanks Sarah. Tahniah jugak untuk kau. Kau cuma kurang dua A jer daripada aku " .

" Walaupun tak straight A macam kau Hana, apa yang aku dapat ni pun aku dah bersyukur " .

" Alhamdulillah. Usaha kita selama ni terbalas jugak " .

Sarah mengangguk kecil.

" Kau dah fikir nak sambung belajar dekat mana Hana? " soal Sarah.

" Tak tahu lagi. Kalau boleh aku nak belajar dalam Malaysia jer. Tak nak lah jauh-jauh " .

" Eleh tak nak pisah dengan abang Azim kau tu lah kan " teka Sarah.

" Excellent! 5 bintang untuk kau " .

Sarah tergelak kecil.

" Aku dah agak dah. Tapi kalau ada rezeki, why not kau sambung belajar dekat oversea " .

" Tengoklah macam mana nanti. Tapi buat masa ni aku tak terfikir lagi nak sambung belajar dekat oversea " .

Johana tersenyum sendiri. Dia tidak sabar ingin pulang dan menunjukkan keputusan peperiksaannya itu pada keluarganya dan Hazim.

Sebaik tiba di rumah, Johana melihat kereta Hazim berada di halaman rumahnya. Ini bermakna lelaki itu ada di rumahnya. Johana sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan Hazim. Semenjak lelaki itu tamat pengajian, Hazim sudah mula sibuk dan mereka jarang bertemu.

Johana melangkah masuk ke dalam rumah. Tetapi langkah kakinya terhenti apabila melihat keluarganya dan Hazim sedang berbual di ruang tamu. Puan Zawiyah juga turut ada. Mata Johana jatuh pada kotak cincin yang berada di tangan Puan Zawiyah. Mereka semua masih tidak perasan dengan kepulangan Johana.

" Ini cincin merisik untuk Hanis. Umi ingat nak terus nikahkah kamu berdua minggu depan. Macam mana? Hanis setuju? " kedengaran suara Puan Zawiyah menyoal pada Johanis.

" Hanis tak kisah umi. Hanis ikut jer. Abang Azim okay? " .

Hazim mengangguk setuju.

" Lagi cepat, lagi bagus " jawab Hazim.

Mereka semua ketawa mendengar kata-kata Hazim.

" Eloklah tu. Kiranya semua dah setuju lah kan " sampuk Puan Anita.

" Hanis tak sabar nak beritahu Hana ".

Luruh jantung Johana saat mendengar perbualan mereka. Rasa macam tak percaya apa yang baru saja didengarinya ketika ini. Tubir matanya bergenang dengan air mata.

Ya Allah aku tak kuat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience