BAB 18

Romance Completed 8195

Johana membuka matanya apabila terasa ada sesuatu yang melingkar di pinggangnya. Dia terkejut apabila melihat wajah Hazim yang begitu hampir dengannya. Tangan lelaki itu yang melingkar di pinggangnya. Johana pantas bangun. Dia menepis tangan lelaki itu.

Hazim yang nyenyak tidur itu terus terjaga.

" Hana? Kenapa ni? " dia terus duduk. Matanya di gosok-gosok.

" Apa abang buat kat sini? " soal Johana tegas.

" Abang tidur lah " jawab Hazim lurus.

" Yelah. Tapi kenapa tidur dekat sini? Bukan sebelum ni abang tidur kat atas sofa tu ke? " .

" Salah ke kalau abang tidur atas katil ni dengan Hana? Kita ni suami isteri. Bukannya berdosa pun. Lagipun abang cuma tidur jer. Tak buat apa-apa pun dengan Hana kan ".

" Tak buat apa-apa? Yang abang peluk Hana tadi tu apa? " .

" Bukannya berdosa pun. Lagipun Hana memang hak abang. Apa masalahnya? " .

" Malaslah nak cakap dengan orang yang tak faham bahasa " Johana mengetap gigi geram.

" Abang tak faham kenapa Hana nak marah sangat dengan abang sampai macam ni sekali? Apa salah abang pada Hana? Apa yang abang dah buat pada Hana sampai Hana marah sangat? Sejak Hana sambung belajar, Hana terus berubah. Sampai abang dah tak kenal lagi Hana yang abang kenal selama ni " soal Hazim bertubi-tubi.

Johana tidak menjawab pertanyaan suaminya itu.

" Mana Mikha? " soal Johana. Dia baru perasan Mikhail tidak ada bersama. Selalunya Mikhail akan tidur bersamanya. Tapi hari ni Hazim pula yang mengambil alih tempat Mikhail.

" Jawab soalan abang dulu " kedengaran tegas suara Hazim.

Johana hanya buat tidak tahu. Dia terus bangun daripada katil dan berlalu keluar daripada bilik. Hazim mengeluh berat.

" Alamak habis basah baju Mikha " kata Puan Anita.

Air yang diminum oleh cucunya itu tertumpah pada baju. Johana yang sedang makan itu mahu bangun dan mengambil baju yang baru untuk Mikhail tetapi pantas dihalang oleh Hazim. Dia terus berlalu ke bilik untuk mengambil baju baru buat Mikhail. Johana hanya membiarkan.

Mata Hazim melilau mencari baju untuk Hazim. Di dalam bilik Johana ada tiga buah almari. Dia tidak tahu almari yang mana satu letaknya baju-baju Mikhail.

" Dalam ni kot " almari yang berada di sebelah kiri bilik dibuka.

Hazim terkedu seketika. Dia melihat blouse dan skirt yang ada di dalam almari itu. Masih segar di ingatannya tentang blouse dan skirt itu. Blouse dan skirt itu adalah hadiah daripadanya untuk Johana beberapa tahun lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience