BAB 2

Romance Completed 8189

Pukul 12.45 malam baru Hazim pulang ke rumah. Disebabkan assignment perlu dihantar esok, dia dan rakan-rakannya terpaksa bersengkang mata menyiapkan tugasan itu. Sudahlah esok dia ada kelas pagi.

Rumah yang sudah gelap kembali terang benderang apabila Hazim menyalakan lampu. Dia melangkah ke dapur. Perutnya terasa lapar pula ketika ini.

Mata Hazim terhenti pada tupperware yang ada di atas meja makan. Dia membuka penutup tupperware itu.

" Wah kek batik " Hazim tersenyum lebar.

Memang rezekinya. Tengah lapar, ada pula kek batik. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ. Sepotong kek batik disuapkan ke dalam mulut.

" Ni mesti Hana yang buat " Hazim mengambil lagi sepotong kek batik itu.

Dia kenal sangat dengan rasa kek batik yang Johana buat. Sangat sedap. Hampir separuh kek batik di dalam bekas itu dihabiskan oleh Hazim. Dia memang gemar dengan kek batik. Lagi-lagi yang dibuat oleh Johana. Rasa kek batik yang dibuat oleh Johana memang sedap. Tidak terlalu manis rasanya.

Johana merenung gambar yang ada di tangannya.

" Abang Azim ni, cakap nak datang. Tapi tak datang pun. Tak tahu ke yang Hana ni dah separuh mati rindukan abang? " Johana bercakap sendirian seolah-olah dia sedang bercakap dengan Hazim ketika ini.

Dia mengeluh perlahan. Sejak akhir-akhir ini memang sudah lama dia tidak berjumpa dengan Hazim kerana lelaki itu sibuk dengan kuliah nya. Lainlah Johanis. Hari-hari dia dapat bertemu dengan Hazim kerana mereka belajar di kolej yang sama. Umur mereka hanya beza dua tahun sahaja. Manakala jarak umur Hazim dan Johana, lima tahun.

Tok..tok..tok..

Pintu bilik Johana diketuk daripada luar.

" Masuk! " laung Johana. Dia cepat-cepat sembunyikan gambar Hazim di bawah bantalnya.

Pintu biliknya terbuka. Muncul Johanis di muka pintu.

" Tak tidur lagi ke Hana? " soalnya.

" Hana masih belum mengantuk lah kak " .

" Esok Hana sekolah tau. Nanti bangun lewat pulak " Johanis melabuhkan punggungnya di birai katil Johana.

" Akak pun ada kelas pagi kan esok. Pergilah tidur " .

" Ni kenapa muka monyok semacam jer? " soal Johanis.

" Tak ada apa-apa lah " .

" Ni mesti sebab abang Azim kan? Hana, abang Azim bukan saja-saja tak nak datang lah. Dia kan ada assignment yang kena siapkan " .

" Tapi dia dah janji " .

" Memanglah dia dah janji. Tapi nak buat macam mana, assignment tu penting. Bila Hana dah masuk kolej nanti barulah Hana faham " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience