BAB 7

Romance Completed 8189

Seperti yang dijanjikan semalam, Hazim menanti Johanis di cafe tepat jam 2 petang. Dia mengerling jam di tangan, sudah pukul 2.15 minit. Tetapi Johanis masih belum tiba.

" Abang sorry. Hanis tiba-tiba kena jumpa lecturer tadi " kata Johanis sebaik tiba di meja Hazim duduk.

" Eh takpa-takpa. Duduklah " .

Johanis menarik kerusi di hadapan Hazim dan melabuhkan punggungnya di situ.

" Hanis dah makan? " soal Hazim.

" Hanis puasa ganti hari ni " .

Hazim mengangguk faham.

" Ada apa abang nak jumpa Hanis? " soal Johanis.

" Oh sebagai sebenarnya macam ni, abang ada benda nak beritahu Hanis".

" Apa dia? " .

" Er..er macam mana ea nak cakap, tapi Hanis janji dulu dengan abang yang Hanis takkan marah abang kalau apa yang abang nak beritahu ni buatkan Hanis tak selesa " .

Johanis mengangguk.

" Okay " .

" Okay sebenarnya abang, abang dah lama simpan perasaan pada Hanis. Daripada Hanis sekolah menengah lagi abang memang dah suka pada Hanis. Sebab tu waktu Hanis nak sambung belajar, abang suruh Hanis pilih kolej yang sama dengan abang supaya hari-hari kita boleh jumpa " .

Johanis terkedu mendengar luahan perasaan Hazim. Rasa macam tak percaya apa yang baru saja didengari ketika ini.

" Hanis tak tahu nak cakap apa tapi.. ".

" Hanis tolak cinta abang? " soal Hazim memotong kata-kata Johanis.

" Hanis tak cakap pun yang Hanis tolak cinta abang " .

" Maksud Hanis? Hanis terima cinta abang? " soal Hazim teruja.

Johanis tersenyum penuh makna. Sebenarnya dia juga menyimpan perasaan yang sama seperti Hazim. Dia takut ingin meluahkannya kerana takut Hazim akan menolaknya. Rupa-rupanya selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan. Hazim juga ada rasa yang sama sepertinya.

Hazim dan Johanis berjalan beriringan menuju ke perpustakaan. Memandangkan tidak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan akhir, mereka ingin mengulang kaji di perpustakaan.

" Hanis " .

" Ya? " .

" Kita rahsiakan dulu hubungan kita ya? Semester ni semester akhir abang, insya Allah lepas abang dah ada kerja tetap abang akan jumpa dengan keluarga Hanis " .

Johanis menoleh ke arah Hazim. Rasa macam tidak percaya pula.

" Abang biar betul? Tak terasa terlalu cepat ke? " .

" Kenapa? Abang rasa okay jer. Ke Hanis yang tak sudi nak kahwin dengan abang? " .

" Eh bukan macam tu lah. Hanis cuma rasa macam terlalu cepat jer " .

" Kalau boleh sekarang jugak abang nak kahwin dengan Hanis tau " .

Johanis tergelak kecil. Ada-ada saja Hazim ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience