BAB 20

Romance Completed 8189

Johana mengerling jam di tangan. Waktu kerjanya sudah tamat. Dia mengemas barangnya dan siap sedia untuk pulang. Langkah kaki diatur keluar daripada hospital. Saat tiba di kereta, langkah kaki Johana terhenti.

" Hai " Hazim tersenyum manis padanya.

" Abang buat apa kat sini? " soal Johana tegas.

" Nak jemput isteri abang. Salah ke?" .

" Hana drive sendiri. Tak perlu nak jemput Hana " .

" Jom ikut abang. Kita keluar makan " ajak Hazim.

Dia akui untuk memujuk Johana bukan mudah. Johana yang sekarang dan dulu sangat berbeza. Jika dulu senang saja dia ingin memujuk gadis itu. Tapi sekarang hati Johana agak keras. Walau keras macam mana pun hati Johana, Hazim tidak akan mengalah untuk memujuk.

" Taknak. Hana nak terus balik rumah. Penat " .

" Jom lah " Hazim memujuk lagi.

" Abang ni tak faham atau buat-buat tak faham? Hana rasa abang tak pekak kan. Jadi tolong jangan paksa Hana. Tepi sikit " .

Hazim terpaksa akur. Johana terus masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak ditekan. Keretanya meluncur laju keluar daripada petak parking. Hazim mengeluh perlahan.

" Abang takkan mengalah " tekadnya.

" Doktor Hana " panggil jururawat yang bernama Anisa itu.

Johana menoleh.

" Ya Nisa. Ada apa? " soal Johana.

" Ni bunga untuk doktor " sejambak bunga ros merah dihulurkan pada Johana.

" Siapa yang bagi ni? " soal Johana pelik.

Tiba-tiba saja dapat bunga.

" Tak tahu lah doktor. Ada kad tu. Mesti ada tulis siapa yang bagi " .

Johana mengangguk.

" Okay terima kasih " dia mengambil bunga itu.

" Sama-sama doktor. Saya minta diri dulu " Anisa terus berlalu pergi.

Johana membawa bunga itu masuk ke dalam biliknya.

" Siapa yang bagi bunga ni? " kad yang terselit pada bunga itu dikeluarkan. Kemudian di baca.

Dear Hana, I'm truly sorry. I'm sorry for hurting you. I truly am. If I could take back it back I would. I love you. I miss you Hana. I miss the old you.

-Your Husband-

Johana tergamam membaca kad itu. Berulang-ulang kali dia membawa kad itu. Tahukah Hazim betapa dia terseksa apabila terpaksa menafikan perasaan cintanya pada lelaki itu. Tetapi dia tidak mahu lelaki itu cintakannya kerana terpaksa dan kesiankan dia. Dia mahu cinta yang tulus ikhlas daripada lelaki itu. Air matanya mengalir perlahan.

" Maafkan Hana, kak Hanis " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience