BAB 16

Romance Completed 8189

Johana merenung dirinya di dalam cermin. Sebentar lagi dia akan menjadi isteri kepada lelaki yang dicintainya. Ya, Johana setuju untuk berkahwin dengan Hazim. Walaupun pada awalnya dia menolak. Dia mimpikan arwah Johanis dan arwah kakaknya itu meminta dia menjaga Hazim dan juga Mikhail. Kerana mimpi itulah Johana mengubah fikirannya.

" Hana janji kak. Hana akan jaga Mikha. Hana akan bagi kasih sayang seorang ibu pada Mikha " tekadnya.

Dengan sekali lafaz kini Johana sudah menjadi isteri kepada Hazim. Inilah impian yang paling besar dalam hidupnya dulu. Tiada majlis persandingan. Cuma majlis kecil sahaja. Mereka hanya menjemput ahli keluarga yang terdekat dan jiran-jiran. Ini semua permintaan Johana sendiri. Lagipun perkahwinan ini bukan atas dasar cinta. Dia lakukan ini hanya kerana Mikhail dan dia juga yakin Hazim setuju untuk berkahwin dengannya kerana Mikhail. Bukan kerana lelaki itu cintakannya.

Mana mungkin lelaki itu cintakannya. Cinta Hazim hanya untuk Johanis. Dan Johana harus terima hakikat yang satu itu. Sampai bila-bila pun cinta Hazim hanya untuk Johanis.

Pintu bilik Johana dikuak perlahan daripada luar. Terjengul wajah Hazim di muka pintu.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " jawab Johana. Dia sedikit gugup.

" Boleh abang masuk? " soal Hazim.

" Masuklah " Johana bangun daripada duduknya. Dia melangkah ke arah katil. Punggungnya dilabuhkan di birai katil.

Hazim terus melangkah masuk ke dalam bilik isteri yang baru dinikahinya itu tadi.

" Abang ada benda nak cakap dengan Hana " Hazim menarik kerusi di meja solek. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di situ.

" Apa dia? " soal Johana.

" Abang tahu Hana terima abang sebab Mikha. Cuma abang harap kita dapat jalani rumah tangga macam biasa. Bukan macam orang asing. Ya walaupun Hana tak cintakan abang. Abang sebenarnya memang tak nak Hana rasa terpaksa macam ni " .

Johana menarik nafas seketika.

" Apa maksud abang jalani rumah tangga macam orang lain? " .

" Abang nak kita belajar untuk saling mencintai " .

Johana terus bangun daripada duduknya. Dia memandang ke arah Hazim.

" Abang, dengar baik-baik. Hana kahwin dengan abang bukan sebab Hana nak hidup dengan abang. Hana buat semua ni sebab Mikha. Abang bekas abang ipar Hana. Tak mungkin untuk kita hidup bahagia macam suami isteri. Hana taknak. Dan sampai bila-bila pun Hana takkan pernah boleh terima abang dalam hidup Hana. Jadi tolong, jangan pernah paksa Hana untuk terima abang dalam hidup Hana. Hana tak boleh. Bila Mikha dah besar nanti, Hana nak abang lepaskan Hana " Johana terus berlalu keluar daripada bilik.

Hazim mengeluh berat. Dia meramas rambutnya kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience